Showing posts with label Kempen PAS. Show all posts
Showing posts with label Kempen PAS. Show all posts

Wednesday, April 10, 2013

Tarikh Penting PRU-13

Tak sempat pulak nak tengok penetapan tarikh Penamaan Calon Pengundian Awal, Pengundian Biasa dan Daftar Pemilih bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang akan diumumkan di TV3 semalam. Sepatutnye semalam saye dah boleh balik awal dari Manjung dan usha sendiri bile penetapan tarikh untuk PRU-13 kali nih, disebabkan terjadinye perkara tidak diingini (penutup radiator hilang) di masjid Besar Manjung, hampir 2-3 jam hanya mencari penutup radiator kerete yang hilang.. keh3.. 

Penyudahnye, terpakse lah search sendirik.. kalau boleh saye nak update sendiri dari ape yang di dengar secara LIVE, tapi tu lah, so hasil yang saye dapat di Google tentang  tarikh Penamaan Calon Pengundian Awal, Pengundian Biasa dan Daftar Pemilih bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), anda sume boleh tengok keputusan yang diumumkan oleh ahli SPR semalam (rabu).

Tarikh Penting PRU-13

PUTRAJAYA, 10 April (Bernama) -- Hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-13 ditetapkan pada Ahad 5 Mei, manakala tarikh penamaan calon pada 20 April, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Rabu.

Pengundian awal ditetapkan pada 30 April.

Tempoh berkempen ialah selama 15 hari. Tempoh berkempen pada pilihan raya umum 2008 ialah selama 13 hari.

Ketika mengumumkan tarikh-tarikh itu, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata seramai 13,268,002 rakyat Malaysia layak mengundi kali ini, berdasarkan daftar pemilih yang digazetkan Khamis (11 April).

Pilihan raya umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Abdul Aziz membuat pengumuman itu pada pukul 12.30 tengah hari di ibu pejabat SPR di Putrajaya, yang disiarkan secara langsung oleh RTM dan TV3.

SPR mengadakan mesyuarat khas Rabu untuk menentukan tarikh pengundian dan pencalonan bagi PRU13 selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat pada 3 April lepas.

Jadi ape lagik? berkempen lah sepuas-puasnyer ! lepas nih takde dah, mudah-mudahan ada perubahan pemerintahan untuk kali ni, of kos la kearah kebaikan dan perubahan yang positif untuk rakyat.. jangan awal-awal dah buat manifesto atau mandat, janji tu ni tapi tak boleh nak tunaikan.. tu memang paling masalah.. cube lah try sekali je tukar pemimpin, hehehe.. tnegok ape jadi, lepas dah 5 tahun, bagi lah balik pada BN.. tapi kalau boleh amik la.. keh3..

Share:

Tuesday, April 9, 2013

Kelantan dituduh tiada air tapi yang terseksa rakyat Kuantan

Hah aku rase aku patut share satu artikel yang rasenye best untuk dibace dan diketahui semue.. keh3.. gajah depan mata pon boleh tak nampak, dah cari semut. Huish aku pon tak paham.. yelah, gajah depan mate, tapi tetap jugak nak carik semut.. dan.. nape bile tanye "Weh.. ade nampak tak gajah?" boleh slmber je mereka menjawap "Aik tak nampak pon?" padahal gajah depan mate (^_^)

Kelantan dituduh tiada air tapi yang terseksa rakyat Kuantan

Kelantan dituduh tiada air tapi yang terseksa rakyat Kuantan

Kelantan sering dituduh melalui mendia arus perdana sebagai negeri yang gagal mengurus air bersih kepada rakyatnya sampaikan Najib Razak berjanji akan menyelesaikannya jika rakyat Kelantan menyerahkan amanah dan mandat kepada UMNO untuk memerintah Kelantan pada PRU 13 nanti..

Bila UMNO perintah Kelantan, semuanya akan menjadi beres dan tiada lagi timbul sebarang masalah.

Tapi Najib ni jenis tak tengok gajah depan mata sebab dok asyik mengintai kuman di seberang laut.

Dia lupa bahawa Kuantan sudah lebih 3 minggu dilanda gangguan air yang kritikal.

Rakyat Kuantan kini terpaksa beratur untuk dapat bekalan air bersih.

Kini sudah sampai buat demo dan hantar memo kepejabat Pengurusan Air Pahang Berhad semalam.

Kepada Najib, sebelum menuduh dan buka mulut kena tengok dulu negeri sendiri punya keadaan.

Share:

Friday, April 6, 2012

Perlu Ada Sifat Menghormati Orang Lain


Aku terkilan lepas baca satu artikel yang menyangkut masalah semasa Malaysia sekarang, (SUMBER) disebabkan satu hal tertentu.. sanggup drang buat perkara yang tidak sepatutnye dilakukan di khalayak ramai.. mmmmm.. aku taknak entry ni nampak formal sangat, hahaha.. bukan kata takut, tapi sebaiknye hindarkan kalau masih boleh di hindarkan.. buat tambah masalah je buat ape kan? kat sini pon bertimbum masalah aku, so.. sebaiknye dihindarkan.. cume aku nak keluarkan jugak suara hati ni.. tak semestinye kalau artikel yang kita tulis, secara terbuka, confirm boleh jinakkan hati orang lain.. banyak cara lagi..

Yelah.. memang aku 100% menyokong segala kebijakan pemerintahan yang mengikut aliran QUran dan SUnnah, dan dari yang aku nampak, Malaysia dah tak macam ikut semua tu.. macam2 perkara ada kat Malaysia, macam2 kes timbul.. tak habis satu, dua lagi timbul.. bile nak selesai? bile nak aman Malaysia? kalau dah orang2 dalam Malaysia pon saling bertengkar.. apetah lagi serangan America nanti, anytime drang boleh lancarkan.. sebab, tak ikut ape yang Allah kata.. bile tak ikut kata Allah, ertinye dah tak nampak Allah, bile dah tak nampak Allah.. kes2 banyak lah timbul, kite tak merujuk pada Dia, memang kantoi..

Aku teringat kes dulu, kes bakar Quran.. dan bukan sekali jer kes bakar & koyak Quran ni berlaku, dah banyak kali dan rasanye tak payah aku list satu2.. search je dengan keyword "Aksi Bakar Quran" hah bertimbun keluar.. bile Quran dibakar, kita (Islam) marah dengan perbuatan tersebut, sebab Quran adalah kata2 Allah dan kitab suci Islam.. itu adalah buku suci kita (Islam).. mungkin contoh bakar Quran terlalu besar untuk dijadikan masalah utama, sebab mempengaruhi iman Islam sedunia, tak pe lah.. aku amik contoh BUKU KARANGAN KITA dipijak, dibakar, dihancurkan dll.. what u think? 

Sini kau! aku nak terajang! hah.. mesti marah kan? lagipulak dalam buku kite tu semuanya mengajar kepada kebaikan dunia dan akhirat, tertera ayat2 suci Quran, artikel2 tentang ketuhanan, masalah dunia dan akhirat.. semuanya nasihat yang membawa manusia kearah kebaikan.. DIKOYAK??!! ahh.. sedihnye hati ini.. kenapa langsung takde hormat pada orang lain? padahal kalau buku tersebut dibaca, insyaallah banyak manfaat pada orang lain.. tapi.. kenapa mesti DIKOYAK?? salahkan aku ingin menyampaikan kebenaran? salahkah kalau2 kebenaran terealisasi? menjadi panutan kepada setiap manusia? tidakkah kita mahukan negara Malaysia sebuah negara Islam?

Mencerca, memaki, menuduh semuanya sifat syaitan.. syaitan akan senantiasa mempengaruhi manusia agar melakukan perkara yang Negatif! semua itu tidak tergolong dalam golongan orang yang menghormati orang lain.. orang yang menghormati orang lain adalah mereka yang sangat peka terhadap apa sahaja tindakan lawannya (kawannya).. misalnya, Abdul mempunyai seorang kawan dan kawannya sangat aktif dalam kuliah, Abdul sangat iri hati dan menanamkan satu tekad di hatinya yaitu "AKU AKAN BERUBAH SEPERTI DIA" itu satu contoh yang baik.. dia tidak bertekad untuk membunuh Abdul atau mengenakan Abdul.. tapi.. contoh begini sangatlah susah untuk dituruti, apetah lagi kalau dikaitkan dengan pemerintahan di Malaysia.. mudah2an satu hari (PRU13) Malaysia akan ditakbir oleh PAS, Amin!..

Credit :
Share:

Thursday, February 23, 2012

Bilakah PRU 13 Akan Dilaksanakan?

Bilakah PRU 13 Akan Dilaksanakan?

Semalam aku call father aku kat Malaysia, tanya2 kabar kat sane macam mana sihat ke semua? dengo2 mak tak jadik nak gi Johor sebab mak tak larat jalan jauh2.. lagipon dari Perak ke Johor bukan dekat beb, walaupun anak sedara kawen.. paling2 kita hadir waktu kat Ipoh. Tengah2 best nyembang, aku menyampuk tanya father.. "Ayah bile PRU 13 ea?" terjadilah perbualan antara kami berdua :

Father : Owh.. PRU 13 tuh akan berjalan kalau kerajaan dah tetapkan masa tertentu..

Aku : Aik.. dengo2 kan yah, bukan ke nak buat ujong tahun ni? tapi dalam harakah takde pulak drang sebut.. betullah, ni kan Pilihan Raya Umum, mestilah under goverment..

Father : A'ah.. memang di bawah kerajaan, itu pasal kalau kita baca kat mana2 news paper pon yang bersangkutan, mesti banyak isu yang dibahsakan.. tak kire la isu ape sekalipun, salah cakap sikit mesti kene hentam padahal mende tu sikit jer.. kerajaan dah takde idea lagi untuk menarik minat pengundi undi BN..

Aku : Orang semua dah pandai yah.. drang dah boleh pikir tambah2 mahasiswa.. lagi lah.. tapi drang amik kesempatan pada rakyat2 miskin atau pendalaman, bagi beras sikit.. ada hari tuh, terbaca yang BN adakah perhimpunan untuk bagi beras setiap individu yang hadir ke perhimpunan tuh. Tapi, last minit drang ni edarkan borang serta BN pada semua yang hadir, ni jelas tak adil dan tektik kotor dari kerajaan sendiri..

Ayah : Itu semua dari dulu lagi kita dah boleh baca wat.. tektik sama jugak sampai orang dah boleh tahu.. mesti ada ape2 ni kalau tibe2 kasi beras? selalu tak pernah pun.. time PRU jer bagi macam2.. bile dah naik, menang kerusi, terus lupe rakyat.. buat macam2 kezaliman terhadap rakyat sendiri, amik duit rakyat untuk kepentingan peribadi.. rasuah sana sini, abaikan hak rakyat dengan alasan yang tak munasabah, bile PRU.. buat talam dua muka, semua bagi.. laptop la, duit la, kain pelikat la.. padahal peruntukan untuk semua tu apela sangat banding imbuhan yang drang akan dapatkan bile dah menang nanti..

Aku : Hmmm.. lagipun, awt tengok sistem pemerintahan sekarang ni dah sekuler, takde lagi yang dinamakan dengan mengikuti Quran dan Sunnah, patut la macam2 bencana datang kan yah..

Ayah : Itulah pasalnya, Malaysia mesti diperintah oleh PAS sebab PAS (termasuk PKR) adalah satu2nya parti yang berlandaskan pemerintahan Islam sebenar. Dah jelas2 BN buat jahat, termasuklah lesen JUDI, ARAK, PELACUR dan baru2 ni kerajaan lepaskan kapal ZIM kepunyaan Negara Israel laknatullah. Memang dari pernyataan PM sendiri, drang tak admit adanya hubungan dengan Israel, tapi bile adanya kapal dari Israel mai belabuh kat lembah Klang tuh kerajaan buat donno. Bukan tak tahu dan mestilah ada report dari perlabuhan Klang tuh sendiri. Tapi boleh masuk.. 

Aku : A'ah ada jugak baca tu..

Ayah : Itu pasal, lesen bile PRU 13 dilaksanakan, jatuh atas kerajaan.. tak boleh nak bagi tarikh bile.. drang akan kumpulkan segala macam kekuatan termasuklah tipu daya, kata2 manis dan lain untuk menarik minat pengundi, bile drang dah kuat barulah drang akan umum.. tapi rakyat tak bodoh macam BN..

TUT.. TUT.. TUT.. TUT..

Alahai habis kredit la pulak.. tapi jadik la Rp10.00 buleh cakap lelama.. hihi.. dengan mother pon da cakap tadi.. so lepas kewajipan aku sebagai seorang anak untuk mengatakan keadaan semasa kat sini macam mane, bukan wajib belajar jer.. ^_^ Ape2 pon.. masa depan Negara Malaysia terletak di tangan anda semua, baik di balas baik dan jahat dibalas jahat. Undilah PAS insyaallah Malaysia akan maju jaya, Amin..
Share:

Monday, February 20, 2012

PRU 13 Kucar Kacir? Sape Yang Patut Memerintah?

Aku tak tahu why i must to publish anything about PRU 13.. yelah, masalah politik negara sebelum bermulanya PRU 13 dan macam perang sedara aku tengok, kenapa tak.. ada dua parti besar yang paling diwar-warkan kehebatan mereka satu PAS dan satu lagi UMMO. Yap.. memang kalau kite tengok secara garis besar, PAS adalah satu parti yang sebenarnye memperjuangkan ajaran dan agama Islam berpandu Quran dan Sunnah dan sangat jelas UMMO pulak sebagai penolakan dari perjuangan PAS dalam memperjuangkan agama Islam. Jelas2 tanpa perlu aku panjangkan cerita, kaum ape yang tak nak Islam diperjuangkan? jenis manusia ape yang bile kata hudud wajib dilaksanakan mereka2 ni menolak dengan dalil yang sangat tidak masuk akal.. walaupun pernah aku dengar sorang kawan aku kata, "hudud wajib dilaksanakan menurut hukum Islam tapi buat masa sekarang tak pantas lagi dijalankan di Malaysia" kenapa tak? at least tekankan pada warga Malaysia yang hukum hudud wajib dilaksanakan demi kebaikan semua, walaupun pasti ada segelintir orang takkan mahu terima, sape sanggup mencuri potong tangan? macam aku cakap tadi.. hudud sangat efektif kalau diterapkan dalam sistem penghukuman dunia sekarang tetamboh Malaysia.. tengok lah, harian metro, berita harian, ape lagi? setiap hari mesti ada kes rogol, pecah rumah, simbah asid, kes bunuh, buang bayi dan macam2.. 

Biler sesuatu yang baik itu jelas baik, kenape kite mesti tolak? mesti ada cari dalih untuk menundukkan bende baik tu.. tapi bile perkara jahat, ok jer, tambah2 bab duit.. baru2 ni aku rajin layan berita2 terbaru dari Harakah.. tengok betapa banyak provokasi dan perbuatan2 tak normal diperlakukan pada PAS dan PKR, jujur cakap 100% aku menyertai PAS, kalau ada orang tanya.. kenapa hg sokong PAS? first aku jawap, Islam adalah agama Allah.. PAS memperjuangkan agama Allah, kenapa mesti aku tolak dan ikut serta dalam parti yang jelas2 mengajak kemungkaran? disebabkan cemburu, takut dan sebagainya drang sanggup belasah sedara seislam, pecahkan sana sini, polis buat sekatan jalan tibe2 time ada ceramah pulak tuh.. ape nak jadik? politik penting diserapkan pada masyarakat, dan wajib disebarkan kepada semua warga, untuk ape sorok2 pulak kalau dah mende betul kan? sepatutnye mende betul dikedepankan la baru namanya politik bersih, ni pakai baju BERSIH pown kene lockup? hahaha.. nak tegelak pon ada.. padahal perhimpunan bersih adalah perhmpunan kearah mencapai kemajuan negara kan? untuk ape la pi pukoi2 pulak bro.. kesian kawan tuh.. alahai.. sape ketua kerajaan? tak tahu lah.. cube search google dengan keyword "ketua kerajaan Malaysia" nanti dapat la result dia dari google.. google pon tahu mana baik mana buruk, prove? korang pakai browser ape? movilla? bile masuk satu2 website yang bercontent sesuatu yagn sensitif atau porno, google akan bagi warnig untuk teruskan atau tidak.. padahal dalam tu cume kata2 jer tapi dianggap virus... kan?

Entry aku ni memang nak kempen pon (join PAS jom), ajak korang pikir balik, mana pi jati diri korang yang sebenar? dah bermacam artikel korang boleh dapatkan kalau betol2 nak tahu isu semasa kat Malaysia sekarang macam mana, masyarakat sekarang pon dah boleh nampak dengan jelas mana baik mana buruk, jangan sembang la mahasiswa yang berpelajaran tinggi.. tengok la kes menuntut hak mahasiswa hari tuh? betaburan polis dok kawal drang, yelah.. menuntut hak kan? contoh la, kite amik pen orang lain tanpa kebenaran, tuan punye pen tu berhak buat tuntutan atau pi tumbuk je terus sebab dia ada hak dan pen tu milik die.. macam tu lah konsep hak, bile jadi tak berhak ni apabile seseorang mempunyai prerogrative atau kuase victor dalam satu2 hal, ha dalam kes ni.. istilah hak bertukar kepada tak berhak sebab hanya dia yang berhak segalanye.. cube dikaitkan dengan masslah kat atas korang akan nampak jelas antara hak dengan tak berhak. Bukti lagi korang boleh tengok, dari usaha PAS dan PKR untuk mengajak orang2 kerajaan ni berdebat mengenai isu2 semasa, ada tak respon? dan banyak kali Anwar ajak Najib debat pasal hal semasa, takder jawapan sampai sekarang, DAP dengan MCA pon berani, buat malu je Melayu oi !! jawapan ada pada korang, dah terjawap pon kat atas tuh dan pikir la mana baik buruk demi kemajuan negara kita kedepan nanti.. ingat le pepatah ni "Jahat dibalas jahat, baik dibalas baik".
Share: