Ape tu Lynas? yang orang rami dok buat demo baru2 ni mengenai ketidak setujuan tentang Lynas.. aku malas nak syarah panjang pasal Lynas ni, tapi nak paste satu artikel berkaitan dengan Lynas.. rasanya baik untuk korang amik tahu lebih mendalam ape sebenar Lynas tu.
Paste dari link : http://pemudatua.blogspot.com/2011/05/ringkasan-berkenaan-isu-lynas.htm
(Versi 6.0 - 03/06/11)
LYNAS : Apa Yang Perlu Anda Ketahui
  Jika anda seorang ibu atau ayah, cuba renungi mata anak-anak anda dan  katakan kepada diri anda, haruskah perkara ini diabai atau diendahkan?.1.      Kilang Lynas sudah pun 95% dibina di Gebeng Kuantan. Keluasan menyamai 140 buah padang  bola atau 100 hektar tanah. Kedudukan Kilang Lynas diapit oleh  Polyplastic dan Projek Fasa 1 Kluster Industri Minyak Kelapa Sawit yang  juga berhadapan dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan  bersebelahan dengan BASF Petronas Chemicals. Juga tercatat papan tanda  LAMPSON atau Lynas Advanced  Material Plant (LAMP) antara Lynas Malaysia Sdn Bhd dan UGL Resources.  UGL Resources adalah syarikat utama yang berpengkalan di Australia  dalam bidang Pengurusan Aset dan Projek dengan jumlah kakitangan  sekitar 42,000 orang. Mereka telah dianugerahkan Kontrak Pengurusan  Projek Pembinaan Lynas di Gebeng pada 22/2/2010 dengan nilai kos  pengurusan projek di sekitar RM96.8 juta. UGL Resources bertanggunjawab  di dalam urusan rekabentuk kejuruteraan kilang Lynas. Kos infrastruktur Lynas di Gebeng dianggarkan sekitar RM700 juta. 
2.      100% milik Lynas Australia.
3.      Dijadual untuk disiapkan Suku-3 2011 (September). Tarikh asal dikatakan pada Suku-1 2011 (March).
4.      Lesen untuk dibina diberi pada tahun 2008.
5.      Peluang Pekerjaan hanya untuk 350 orang sahaja selepas infrastruktur LAMP Lynas siap dibina.
6.      2500 pekerja terlibat dengan pembinaan infrastruktur Lynas di Gebeng.
7.      Lebih 3000 pekerja lain di syarikat-syarikat lain yang beroperasi di Kawasan Industri Gebeng Kuantan.
8.      Akan menghasilkan 22 ribu tan 'rare earth oxide ' setahun.
9.      Nilai eksport dianggarkan pada nilai RM8 Billion setahun.
10. Bebas Cukai selama 12 tahun.
11. China  merupakan pembekal ‘rare earth’ atau nadir bumi terbesar di dunia  sebanyak 95%. Dijangka berlaku penurunan export nadir bumi atau ‘rare  earth’ China dari 72% kepada 37% pada tahun 2011.
12. Harga satu tan pada RM364, 800. 
13. Pembeli  terbesar adalah dari Jepun, Amerika dan Eropah untuk keperluan industri  berteknologi tinggi (Magnet Prestasi Tinggi) seperti Kabel Fiber Optic,  Monitor LCD, Komputer, Lensa Kamera, Mentol Lampu, Smartphone, Alatan  Ketenteraan dan Kereta Hybrid.
14. Setiap  kereta Hybrid akan menggunakan 12KG nadir bumi atau ‘rare earth’.  Walaubagaimanapun, penggunaan Thorium di dalam ‘gas mantle’ sebagai  lampu yang menyala bila dikenakan api sudah semakin berkurangan kerana  kesan radioaktif.
15. Thorium-232 digunakan sebagai makanan kepada bahan api nuklear Uranium-233. Rusia, China dan India  berhasrat kini untuk menggunakan Thorium sebagai tenaga nuklear mereka.  1 tan Thorium boleh menghasilkan tenaga seperti 200 tan Uranium dan 3.5  juta tan arang batu. 
16. Lynas  dijangka akan menjadi pengeluar 1/3 daripada keperluan ‘rare earth’  atau nadir bumi dunia selepas 2 tahun beroperasi. Lynas akan  mengeluarkan ‘rare earth’ atau nadir bumi untuk keperluan global pertama  diluar China.
17. Lynas  telah menandatangi perjanjian jual beli dengan 8 pelanggannya dari  pelbagai negara, iaitu 6 kontrak pembekal dan 2 ‘letter of intent’.
18. Keseluruhan simpanan simpanan ‘rare earth’ atau nadir bumi dunia adalah di sekitar 99 juta metrik tan. Australia mempunyai simpanan nadir bumi sebanyak 5.2 juta metrik tan manakala Malaysia  hanya mempunyai simpanan sebanyak 30-35 ribu metrik tan. Kegunaan  setahun keperluan nadir bumi dunia adalah di sekitar 124 ribu sehingga  180 ribu metrik tan setahun.
19. Perlombongan ‘rare earth’ di Mount Weld adalah di sekitar 121,000 metrik tan setahun selama 18 tahun. Boleh menampung pengeluaran sehingga 156,000 tan setahun.
20. Proses menghasilkan ‘rare earth’ atau nadir bumi secara umumnya:
a.     ‘Ore’ atau Bijih dilombong di Mount Weld  Australia.
b.     Bijih  tersebut kemudiannya akan dikeringkan dan proses pengasingan akan  dilakukan. Di sini ‘rare earth concentrate’ akan dihasilkan. ‘rare earth  concentrate’ inilah yang akan dieksport ke Gebeng Kuantan melalui  pelabuhan kuantan.
c.     Di  Gebeng Kuantan, proses seterusnya ialah menghasilkan ‘rare earth  compounds’ dimana rawatan dengan menggunakan bahan kimia akan dilakukan  untuk proses pengasingan/penulenan seterusnya. 
d.     ‘rare  earth compounds’ tersebut akan seterusnya diproses  dengan menggunakan   kuantiti bahan kimia yang berbeza bergantung kepada jenis ‘rare earth’  atau nadir bumi itu, sama ada ia ringan atau berat untuk menghasilkan ‘  rare earth oxides’ di mana ia kemudiannya dihantar atau dieksport semula  ke kilang pengeluar produk. Kuantiti bahan kimia yang akan digunakan  boleh menjangkaui dari 50-1000 tangki bergantung sama ada elemen itu  ringan atau berat.
e.      Di  kilang pengeluar produk berteknologi tinggi, ‘rare earth oxides’ ini  akan diproses sekali lagi juga menggunakan teknik ‘solvent extraction’  untuk menghasilkan ‘rare earth metal’ yang akan digunakan secara  langsung atau dicampurkan dengan bahan lain untuk menghasilkan produk  berteknologi tinggi itu.
21. Untuk  setiap proses yang dilalui di atas, bahan asid akan sentiasa digunakan.  Kesan dari bahan-bahan ini kepada persekitaran tetap ada jika tidak  ditadbir selia secara baik. Antara bahan asid yang digunakan adalah asid  sulfurik dan asid hidroklorik.  Keperluan bahan mentah Asid Sulfurik  dan Asid Hidroklorik berdekatan dengan kilang LAMP Lynas di Gebeng.  ‘Light Rare Earth Elements (LREE)’ akan menggunakan 50 tanki bahan ini  ketika pemprosesan manakala 1000 tanki untuk ‘Heave Rare Earth Elements  (HREE)’. Ciri-ciri ketoksidan Asid Sulfurik dan Asid Hidroklorik?  ‘Toxicity’ atau tahap keracunan adalah amat tinggi. Ia juga adalah  ‘corrosive’ atau amat menghakis. Boleh menyebabkan kebakaran tahap  tinggi. Bahaya jika terhidu, termakan dan terkena kulit. Termakan boleh  membawa maut. Pendedahan kronik boleh menyebabkan kerosakan paru-paru  dan kemungkinan juga kanser. penggunaan  Asid Sulfurik dan Asid Hidroklorik sebanyak 704 tan sehari atau 257,012  tan setahun yang diketahui umum bertoksid tinggi dan bersifat menghakis  itu juga boleh mengancam keselamatan, kesihatan dan persekitaran  (Safety, Health, and Environment (SHE)) kesan dari Gas Radon yang  diketahui umum penyebab 20,000 kematian di Eropah setiap tahun yang juga  boleh tersebar melalui udara jika tidak diurusselia dengan baik oleh  pihak pengurusan Lynas dan dipantau secara ketat oleh agensi pihak  berkuasa.
22. ‘Rare earth ore’ atau bijih nadir bumi yang dilombong di Mount  Weld  mengandungi beberapa mineral utama dan diantaranya ialah monazite.  Kebanyakan pengeluaran elemen nadir bumi atau rare earth adalah dari  mineral monazite dan bastnasite. Monazite adalah bahan radioaktif. Di  dalam bahan mineral monazite ini terdapat thorium,  cerium dan lanthanum. Monazite kaya dengan Thorium dan Thorium ini juga  adalah bahan radioaktif yang tinggi dan boleh digunakan untuk  menggantikan uranium dalam menghasilkan tenaga nuklear. Terdapat  cadangan untuk menggunakan Thorium sebagai sumber tenaga untuk menjana 2  reaktor nuklear baru yang dicadangkan akan dibuka di Malaysia dan salah satunya di Temerloh Pahang.
23. ‘Rare earth concentrate’ yang diimport dari Australia  (2500KM) untuk diproses di Gebeng Kuantan ketika itu dianggarkan  mengandungi 0.0029% Uranium dan 0.16% Thorium untuk setiap metrik tan. 
24. ‘Rare  earth concentrate’ yang diimport akan diproses untuk dijadikan ‘rare  earth oxide’ di Gebeng Kuantan. Daripada komen yang disampaikan oleh CEO  Lynas sendiri, kandungan Thorium adalah pada nisbah 55:10,000 metrik  tan dan dari 22 ribu tan setahun (Fasa 2) manakala 11 ribu tan setahun  (Fasa 1) ‘rare earth oxide’ yang dihasilkan dari kilang Lynas atau LAMP  di Gebeng Kuantan itu, sisa buangan radioaktif Thorium yang dianggarkan  akan dihasilkan dalam tempoh setahun adalah sebanyak 121 metrik tan  bersamaan dengan 121 buah lori 1 tan atau 24 buah lori 5 tan SETAHUN!.
25. Bijih Timah juga mengandungi Monazite. Thorium dari Bijih Timah adalah di sekitar 6% lebih tinggi berbanding 0.16% dari Mount Weld Australia.  Walaubagaimanapun, jumlah metrik tan perlombongan monazite dari  perlombongan bijih timah telah berkurangan dari 2920 metrik tan pada  tahun 1988 ke 1147 metrik tan setahun pada tahun 1999. Dari perkiraan  sisa Thorium dari monazite perlombongan bijih timah hanya di sekitar  68.82 metrik tan setahun berbanding 121 metrik tan sisa buangan  radioaktif Thorium dari Kilang LAMP Lynas di Gebeng iaitu 2 kali ganda  setahun. Thorium adalah ‘by-product’ atau bahan sampingan dari  pemprosesan ‘rare earth concentrate’ ke ‘rare earth oxide’ di Kilang  LAMP kepunyaan LYNAS di Gebeng Kuantan. ‘By-product’ inilah sisa bahan  radioaktif yang digeruni. Persoalannya berapa banyakkah ‘by-product’  Thorium yang akan dihasilkan setahun dan bagaimanakah ianya disimpan dan  dilupuskan. Apakah impak kepada keselamatan, kesihatan dan persekitaran  penduduk setempat khususnya di Balok (3KM) jika kebocoran simpanan sisa  radioaktif ini berlaku dan tersebar melalui udara, air dan tanah. 
26. Maklumat  berkenaan Thorium dan kesannya kepada manusia persekitaran seperti yang  dilaporkan oleh Agensi Perlindungan Persekitaran Amerika Syarikat (EPA)  adalah seperti berikut:
a.     Thorium-232 mempunyai  jangka hayat 14 billion (14x109) tahun.
b.     Thorium-230 dan Thorium-228 mempunyai  jangka hayat 75,4000 tahun.
c.     Pencemaran Thorium boleh merebak dengan lebih meluas melalui air dan udara.
d.     Mereka yang tinggal berdekatan tempat yang menghasilkan sesuatu bersama Thorium berkemungkinan terdedah kepada bahaya Thorium.
e.     Manusia boleh dijangkiti atau terdedah dengan Thorium melalui sedutan udara, makanan dan air.
f.        Thorium  yang dihidu atau disedut melalui udara akan kekal untuk jangka masa  yang lama pada salur pernafasan. Thorium yang masuk ke salur darah akan  juga tinggal di tulang pada jangka masa yang lama.
g.     Risiko Kanser di tekak, tulang dan pankreas kesan dari hiduan sisa Thorium.
27. Kes 1:  Syarikat Mitsubishi Chemical yang terlibat dalam industri pemprosesan  ‘rare earth’ di Bukit Merah dikaitan dengan 8 kes Leukimia dan 7 kes  kematian. Telah ditutup pada tahun 1992 dan kerja-kerja pembersihan sisa  masih berjalan sehingga ke hari ini (Hampir 20 Tahun) dan telah menelan  belanja lebih RM300 juta. Masih terdapat 80,000 tong drum atau ‘steel  barrels’ sisa radioaktif di sana.  Jelas, pemprosesan nadir bumi atau ‘rare earth’ akan menghasilkan  beribu-ribu tan sisa radioaktif seperti dalam kes Asia Rare Earth (ARE)  di Bukit Merah. Sisa yang masih tinggal akan disimpan 3 batu jauh ke  dalam hutan simpan di mana bahagian atas bukit akan dipotong dan sisa  akan ditanam lebih 20 kaki ke dalam tanah dan ditutup dengan simen dan  gypsum. 
28. Kes 2:  Kebocoran radiasi di Fukushima selepas bencana Gempa Bumi dan Tsunami  mendesak kerajaan negeri Jepun yang dikatakan cukup maju dalam  pengurusan bencana untuk melebarkan kawasan evakuasi dari 16KM kepada  hampir 40KM termasuk mengisytiharkan tahap 7 kebocoran radiasi, sama  seperti yang dialami di Chernobyl Ukraine pada tahun 1986 yang telah  meragut hampir 200,000 ribu kematian akibat kanser seperti yang  dilaporkan oleh Greenpeace ketika itu.
29. Kes 3: Kesan toxic dan radioaktif dari industri ‘rare-earth’ di Baotou Mongolia.   Setiap proses ‘rare-earth’ bermula dari perlombongan ‘ore’ ke ‘rare  earth oxide’ atau ‘rare-earth metals’ banyak menggunakan bahan asid dan  kimia. Malah ketika perlombongan ‘ore’, bahan asid akan dimasukkan ke  lubang yang digali. Sisa buangan radioaktif khususnya Thorium juga  dihasilkan ketika melalui semua proses itu. Kebocoran bahan asid, kimia  dan sisa radioaktif ini yang banyak berlaku di Baotou terbukti telah  menyebabkan kemusnahan kepada hasil pertanian dan kesihatan seperti  kerosakan hasil tanaman, gigi tercabut dan rambut putih atau beruban  diawal usia muda sekitar 20-an. Malah kematian disebabkan kanser juga  direkodkan walaupun lokasi penempatan penduduk berada 10KM dari kawasan  penyimpanan sisa buangan radioaktif itu.
30. Kes 4: Kajian  yang dilakukan oleh Kolej Perubatan Jiangxi di China dari sample darah  dan ujian IQ pada kanak-kanak mengemukakan kesimpulan bahawa kanak-kanak  di sekitar umur 7-10 tahun yang tinggal berdekatan dengan kawasan  ‘rare-earth ore’ berkemungkinan mempunyai IQ atau kecerdasan akal yang  lebih rendah berbanding mereka yang tinggal jauh atau yang tinggal di  kawasan yang terkawal.
31. Kes 5:  Jelas, kegagalan di dalam menguruskan sisa radioaktif akan memberi  kesan kepada persekitaran dalam kes Kilang Molycorp di Death Valley  California Amerika Syarikat.
32. Kesannya kepada sumber ekonomi negara khususnya kegiatan ekonomi rakyat di sekitar Kuantan dan Kemaman:
a.     Sektor Perlancongan khususnya di Cherating Pahang (dalam Jarak 18-20 KM dari lokasi Kilang Lynas).
b.     Sektor Perikanan di Kuantan adalah antara yang terbesar. Terdapat 390 nelayan laut dalam yang berdaftar.
c.     Sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS) khususnya makanan laut (Keropok Lekor, keropok, ikan bakar dan sebagainya).
d.     Nilai hartanah akan merudum kerana tiada siapa yang mahu membeli tanah atau kediaman di sekitar Kuantan dan di Kemaman.
e.     Ancaman  kepada syarikat berdekatan khususnya Petro-Kimia seperti Kaneka, MTBE,  Petronas BASF dan BP Chemicals. Kerugian yang besar jika operasi mereka  terganggu dengan insiden kebocoran sisa radioaktif yang boleh  menjejaskan kesihatan pekerja mereka.
f.        Pelabur  baru dari luar negeri dan dari luar negara tidak akan berminat untuk  melabur kerana ancaman sisa radioaktif daripada Lynas. Risiko terlalu  tinggi.
33. Pertikaian rakyat khususnya rakyat setempat adalah berkenaan:
a.     ‘Public  Consultation’ atau Konsultansi dari pihak awam tidak pernah berlaku  malah sebelum lesen untuk dibina dikeluarkan pada tahun 2008.
b.     Laporan penuh Jabatan Alam Sekitar tidak dikongsi kepada rakyat, hanya Ringkasan Eksekutif (2 muka Surat) yang dipaparkan di halaman web.
c.     Lokasi  yang terlalu dekat dengan kawasan kediaman. Jarak 2-3 KM dari Balok  dengan kepadatan penduduk seramai 16700 orang. Jika diambil kira  keluasan evakuasi di Fukushima  dalam jarak 40KM dari Gebeng Kuantan, kebocoran sisa radioaktif akan  melibatkan keseluruhan penduduk di Kuantan, Gambang, Cherating malah  Kemaman di Terengganu sekalipun. Jumlah penduduk yang mungkin terlibat  boleh mencecah hampir 800 hingga 900 ribu secara keseluruhannya dengan  Kuantan sahaja di sekitar 600 hingga 650 ribu orang. Syarat yang  ditetapkan oleh Kerajaan Australia adalah minima 35KM dari kawasan penempatan penduduk.
d.     Cadangan  untuk membawa masuk ‘rare earth concentrate’ dari Mount Weld Australia  ke Malaysia sebagai bahan bukan radioaktif dari pelabuhan Kuantan.
e.     Menteri Western Australia, Hon Norman Moore memaklumkan sisa buangan radioaktif itu adalah milik Malaysia dan tidak akan diterima balik oleh Australia.
f.        Sisa  buangan radioaktif dari ‘rare earth’ boleh dibuang sama seperti sampah  domestik. Tahap radiasi dari sisa buangan Thorium dikatakan rendah  sehingga ia boleh dianggap sebagai sisa industri dan bukan sisa  radioaktif berdasarkan standard antarabangsa? – Kenyataan Menteri MOSTI  Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili. Bijih nadir bumi di Mount  Weld  dikatakan mengandungi radioaktif sederhana Thorium dan Uranium  berdasarkan laporan EPA Australia dan bukannya rendah!. Kenyataan  tersebut juga tidak dikaitkan dengan kenyataan ‘ratio’ sisa 55:10000  oleh CEO Lynas sendiri yang akan dihasilkan dari pemprosesan ‘rare-earth  concentrate’ di Gebeng Kuantan. Malah sisa-sisa buangan lain juga tidak  dimaklumkan sebagai contoh Gas Radon yang dihasilkan (juga adalah  radioaktif) dan mungkin akan terlepas ke udara ketika pemprosesan ‘rare  earth concentrate ke rare earth oxide’ kerana menggunakan jumlah besar  bahan asid bertoksik tinggi seperti Asid Sulfurik dan Asid Hidroklorik  pada suhu yang amat tinggi. Isu sebenarnya bukan berkenaan sisa buangan  radioaktif sahaja, tetapi berkenaan semua sisa buangan yang terhasil  dalam pelbagai bentuk (gas, cecair/‘liquid’ dan ‘solid’/pepejal) dan  bagaimana pengurusan sisa itu dibuat oleh Lynas. Lynas pula telah  menggunakan piawaian negara China (<74 bq/gm ) untuk  mengklasifikasikan sisa buangan radioaktif itu yang dikatakan disekitar  61 bq/gm dan 65 bq/gm oleh EIA Malaysia sebagai sisa industri dan bukan  sisa radioaktif sedangkan EPA (Environmental Protection Agency) di  Australia telah menetapkan 1.0bq/gm ke atas sebagai bahan radioaktif.
g.     Percanggahan kenyataan bahawa Mount Weld ‘ore’ yang dilombong di Austalia adalah jenis lanthanide dan bukan monazite.
h.     Panel  bebas yang dilantik oleh Kerajaan Malaysia iaitu IAEA atau Agensi  Tenaga Atom Antarabangsa tidak bebas dan berat sebelah kerana mereka  bukan ‘regulator’ atau pembuat undang-undang yang tiada berkepentingan  dalam sumber tenaga itu tetapi mereka adalah ‘promoter’ atau pihak yang  menyokong penggunaan sumber tenaga itu. 
i.         Panel  bebas harus diwakili dan dilantik oleh rakyat yang berkepentingan dalam  isu ini. Pendedahan terbaru pahangdaily.blogspot.com jelas mengukuhkan  fakta-fakta yang telah dibentangkan oleh jawatankuasa BADAR dan Save  Malaysia, Stop Lynas sebelum ini bahawa ‘panel bebas’ IAP yang dikatakan  tidak bebas itu dan diketuai oleh IAEA sendiri terbukti mempunyai  hubungan langsung dengan adik kepada Menteri Besar Pahang iaitu Dato´  Muhammad Shahrul Ikram Yaakob yang pernah menjawat jawatan sebagai  Pengerusi Lembaga Penyelia atau ‘Governers’ IAEA sendiri (2009-2010).
j.         Kelulusan untuk beroperasi tidak boleh diberi selagi mereka tidak memenuhi piawaian yang dicadangkan oleh Molycorp Minerals (California).
k.      Piawaian negeri China  yang berkait dengan Perancangan Pengurusan Pemprosesan dan Sisa Buangan  tidak seharusnya digunakan. Sebagai contoh Menggunakan piawaian China  GB9133-S3 dimana sisa buangan dengan aktiviti khusus yang kurang  daripada 74Bq/g diklasifikasikan sebagai bukan  sisa radioaktif dan boleh disimpan di kemudahan simpanan sisa biasa.  Terdapat 18 Akta yang perlu Lynas ikuti untuk kerja-kerja perlombongan  di Mount   Weld Australia.  Berapa banyakkah Akta di Malaysia untuk memastikan keselamatan,  kesihatan dan persekitaran terpelihara?. Penilaian keselamatan takungan  sisa buangan cecair di Mount Weld Australia  menunjukkan bahawa potensi pencemaran atau ‘contamination’ tetap ada.  Lynas dikehendaki mempunyai sistem pengawasan dan pengurusan air bawah  tanah atau ‘groundwater’.
l.         ‘Proof  of Concept (POC)’ atau Bukti Konsep seharusnya dibuat oleh Panel Pakar  yang bebas dan ujian konsep ini seharusnya dilakukan di Mount Weld Australia sendiri.
m.   Cadangan membawa ‘rare earth’ bukan sahaja dari Australia tapi juga dari Malawi.  Berkemungkinan ‘rare earth’ dari negara lain akan dibawa ke Gebeng  Kuantan. Gebeng Kuantan berkemungkinan akan menjadi pusat serantau Asia malah dunia dalam penyimpanan sisa radioaktif dari perlombongan ‘rare earth’. 
n.     Denda  RM50 juta seperti yang termaktub di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom  Perenggan 59 (1) untuk setiap bencana kepada Lynas dilihat cukup ringan  berbanding hasil RM8 Billion setahun LAMP. Hanya satu bencana yang  melibatkan sisa radioaktif memadai untuk menjadi ancaman yang serius dan  kekal lama kepada semua.
o.     Penilaian  Kesan Alam Sekitar Awal (PEIA) untuk Lynas tidak meliputi faktor  radiasi dan kesihatan. PEIA tidak menjelaskan pengecualian aspek radiasi  daripada skop EIA dalam pengenalannya. Sebaliknya, pengecualian itu  hanya dinyatakan secara khusus dalam bab kemudian, contohnya Bab 8  ‘Ringkasan dan Rumusan’ (muka 8-13). PEIA ada menyebut tentang Penilaian  Kesan Radiologi (RIA) tetapi dalam keadaan yang tidak jelas. Contohnya,  dalam Bab 2 PEIA, ia menyatakan ‘Agensi Nuklear Malaysia (MNA),  perunding radiologi yang dilantik oleh Lynas pada ketika ini sedang  berusaha mengenal pasti dalam isu-isu keselamatan radiasi berhubung  penyimpanan, pengendalian dan pengangkutan lanthanide’. Pada akhir Bab  3, PEIA menyebut buat pertama kali bahawa sisa yang dihasilkan dalam  operasi loji adalah berradioaktif dan  penyimpanannya akan dilakukan menurut saranan  berdasarkan kepada  ‘Penilaian Kesan Radiologi’ MNA yang dijalankan untuk projek itu (muka  3-7). Bagi projek sebegitu rumit yang melibatkan bahaya radiasi dengan  cadangan pengurusan, penyimpanan, dan pelupusan sisa yang kabur,  kelulusan segera dari JAS dan Kerajaan Negeri Pahang(2-3 Minggu,  normally 6 month) tersebut menimbulkan persoalan yang serius.
p.     Apabila  PEIA diserahkan dan diluluskan, RIA mengenai isu keselamatan radiasi  masih dalam proses sedang ditulis oleh MNA untuk diserahkan kepada AELB.  Ini tidak seharusnya berlaku seolah-olah RIA tidak penting sebagai  syarat kelulusan PEIA.
q.     Cadangan pengurusan sisa adalah kabur dan tidak mencukupi:
                                                   i.      Ruang untuk sel simpanan sisa bawah tanah amat terhad memandangkan air bawah tanah amat dekat dengan permukaan;
                                                 ii.      Kawasan itu juga mudah terjejas kepada mendapan kerana ia adalah bekas kawasan tanah paya;
                                                iii.      Pelepasan sisa berbahaya ke dalam Sungai Balok dan seterusnya ke laut;
                                              iv.      Sisa  radioaktif beracun dan berbahaya yang sepatutnya disimpan dengan teliti  dalam kolam khas dan sel simpanan di tapaknya tetapi dicadangkan untuk  digunakan semula sebagai baja, konkrit, papan plaster, untuk jalan dan  sebagainya (muka 5-58, 59).
r.        Di bawah undang-undang alam sekitar Malaysia,  JAS adalah pihak berkuasa penyelaras utama terhadap isu berkaitan alam  sekitar dan kesannya ke atas kesejahteraan rakyat negara ini. MNA dan  AELB adalah penggalak teknologi nuklear dan ini mungkin menimbulkan  konflik kepentingan memandangkan MNA adalah perunding yang menulis RIA  untuk Lynas.  Sejauhmana bebas dan autonominya JAS daripada MNA dan  AELB? Adakah dasar dan keputusan JAS akan menjadi kurang penting  berbanding kepentingan AELB? Adakah JAS terpaksa menyerahkan peranannya  kepada AELB dalam perkara yang berkaitan dengan nuklear dan isu yang  berkaitan dengan radiasi dan kesannya?
s.       Proses  RIA terus tidak diketahui. Agensi kerajaan manakah yang berada di dalam  panel kelulusan RIA? Apakah kriteria untuk penilaian RIA? Kenapakah RIA  dan kandungannya tidak dapat diperolehi untuk pemeriksaan pakar bebas?
t.       Alasan  utama yang diberikan dalam PEIA untuk saranan Pilihan Binaan untuk  projek Lynas ialah pulangan ekonomi dan kewangan yang besar. Salinan  pembentangan Lynas di persidangan nadir bumi atau ‘rare earth’di Hong Kong  jelas menyatakan insentif FDA (Foreign Direct Investment Malaysia)  iaitu pengecualian cukai 12 tahun diberikan kepada Lynas. Mungkin hanya  tertumpu kepada hasil cukai pada akhir Tahun ke-13 Lynas beroperasi di  Gebeng dan pelaburan infrastruktur RM700 juta yang jelas memberikan  sebahagian peluang perniagaan kepada pihak tertentu. Peluang pekerjaan  jelas hanya untuk 350 orang. 
u.     Projek Lynas dihentikan dalam usaha untuk menangani isu, termasuk Pelan Pengurusan Sisa (WMP) yang menurut pakar perlombongan Australia  dilaporkan sebagai berkata, ‘masih belum didedahkan oleh Lynas)’  (http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/lynas-waste-plans-unclear-says-australian-mining-expert/);
v.     Penilaian  bersepadu dan telus perlu dilakukan untuk projek yang memerlukan EIA  dan RIA. Ini boleh mencegah PEIA atau DEIA (EIA lengkap) diluluskan  tanpa mengetahui sepenuhnya kesan keselamatan radiologi dalam RIA;
w.   DEIA  diperlukan mengikut undang-undang bagi sebarang projek yang memerlukan  RIA, dengan itu memastikan proses kajian semula yang lebih teliti. Ini  wajar, memandangkan aktiviti kurang berbahaya memerlukan penilaian kesan  alam sekitar yang lengkap. Seterusnya, tidak seperti PEIA, DEIA  memastikan penyertaan awam satu mandatori;
x.      Analisis sosio-ekonomi yang sempurna diperlukan bagi semua EIA, sama ada peringkat awal atau terperinci;
y.      Ahli  politik (negeri dan persekutuan) seharusnya tidak membuat dakwaan  bahawa projek kontroversi itu adalah selamat memandangkan pengesahan  politik yang tidak bertauliah itu menjadikan kelulusan projek itu  bersifat politik, amat berat sebelah dan berbahaya.
z.       Lynas  berhasrat untuk menyimpan sisa buangan radioaktif itu di lokasi  simpanan Kilang LAMP di Gebeng Kuantan secara kekal ketika memohon lesen  dan bercanggah dengan kenyataan Raja Aziz dari AELB bahawa simpanan itu  adalah sementara. Jika sisa buangan itu diklasifikasikan sebagai sisa  berjadual atau ‘schedule waste’, maka lesen sisa berjadual itu perlulah  dipohon dari Jabatan Alam Sekitar (DOE). Malah jumlah sisa haruslah  dikenalpasti dan berapa lama bahan sisa berjadual itu boleh disimpan  akan ditetapkan oleh DOE sendiri. Selalunya di sekitar 3-6 bulan sahaja.  Dalam kes Huntsman Thioxide (HT) di Kemaman, sisa berjadual mereka  dikatakan telah disimpan tanpa dilupuskan semenjak tahun 1992 sehingga  kini secara   ‘landfill’ di kawasan dengan keluasan 500 hektar dan kini  semakin penuh. Huntsman Thioxide (HT) Kemaman menghasilkan Titanium  Dioxide. Titanium dioxide banyak digunakan di dalam makanan, kosmetik,  bahan perlindungan cahaya UV, ceramic dan bahan getah.  Proses  menghasilkan ‘pigment’ Titanium Dioxide itu juga banyak menggunakan sama  ada asid sulfurik atau gas klorin. Sisa yang terhasil atau ‘by-product’  daripada proses itu adalah sisa pepejal, sisa asid yang kuat dan lemah,  sisa ‘neutralised’, sisa dirawat dan habuk atau ‘dust’. Pendedahan  secara berterusan bahan sisa itu di dalam kuantiti yang tertentu mampu  memberi kesan kepada paru-paru, kulit dan kerosakan organ. Isu  sebenarnya adalah berkenaan polisi dan mekanisme perundangan yang tidak  mencukupi dari agensi kerajaan tertentu di dalam mengawal selia atau  menguruskan sisa buangan atau ‘by-product’ yang dihasilkan dari setiap  pemprosesan khususnya dari aspek ‘Schedule Waste Management’ di  Malaysia. Bagaimanakah upayanya agensi kerajaan ini di dalam menguruskan  semua sisa buangan radioaktif itu dari Kilang LAMP Lynas di Gebeng  Kuantan pula?
aa.           Kenyataan  Lynas yang memaklumkan bahawa sejumlah wang telah didepositkan oleh  Lynas kepada AELB sebagai jaminan jika berlakunya pelepasan bahan bahaya  daripada kerja-kerja pemprosesan mereka jelas menunjukkan tiada jaminan  100% dari Lynas bahawa pelepasan bahan bahaya ini tidak akan berlaku  langsung.
bb.           Kenyataan  Pengarah Bahagian Teknikal AELB, dan bekas Pengarah Perlesenan AELB  bahawa Ceramic mengandungi Thorium adalah tidak berasas kerana Ceramic  tidak mempunyai bahan ‘metalic’ di dalamnya. Thorium dan Uranium adalah  bahan ‘metalic’ dan kedua-duanya adalah bahan radioaktif.
cc.Thorium  yang dikatakan digunakan kepada Ceramic hanyalah untuk ‘ceramic glaze’  atau bahan lapisan di atas ceramic untuk lukisan, warna, dan tahan air  sahaja dan dikenalpasti oleh Suruhanjaya Perundangan Nuklear Amerika  Syarikat(NRC) sebagai “kuantiti yang tidak penting” atau "unimportant  quantities". Di mana, hanya 50mg Thorium sahaja yang terdapat di dalam  rod ‘welding’, kurang 2gm di dalam lampu dan kurang dari 20% di dalam  ‘ceramic glazes’ itu. Kenyataan bahawa kenapa rakyat tidak membantah  Thorium di dalam Ceramic dan hanya kepada sisa Thorium dari Lynas adalah  tidak berasas dan berniat untuk mengelirukan rakyat. Jawapan yang sama  kepada marble dan tile.
dd.           Kenyataan  Pengarah Bahagian Teknikal AELB itu berkenaan sisa radioaktif Thorium  itu yang boleh dipegang kerana pancaran radiasi yang lemah dan tidak  bahaya juga disanggah. Terdapat 3 jenis pancaran radiasi nuklear iaitu  ‘alpha particles’, pancaran beta dan pancaran gamma. ‘Alpha particles’  hanya begerak dalam jarak yang amat dekat di udara malah boleh  dihentikan dengan sekeping kertas, udara dan lapisan kulit yang mati.  Sinar beta pula bergerak dalam keadaan yang laju tetapi hanya boleh  melepasi elemen atau bahan yang tipis. Sinar gamma pula adalah gelombang  elektomagnetic berkuasa tinggi yang boleh melepasi beberapa inci besi  seperti X-Ray.  Kenyataan beliau bahawa pancaran dari Thorium adalah  sinar alpha atau ‘alpha particles’ dan boleh dihalang oleh lapisan luar  kulit jika dipegang, walaubagaimanapun, jika ‘alpha particles’ itu masuk  ke dalam badan, ia tetap akan menyerang tisu dan organ dalaman kerana  tiada perlindungan seperti yang sedia ada pada kulit luar manusia tadi.  Ancaman lain adalah ‘radioactive dust’ atau habuk radioaktif kepada  manusia dan juga Gas Radon. Pencemaran alam dari industri nadir bumi  adalah ‘significant’. Industri nadir bumi negara China  menghasilkan 13 Billion m3 gas dan 25 juta tan air sisa sehingga  memaksa pengurangan kuota export nadir bumi mereka dari 72% ke 35% di  suku pertama 2011.
ee.Penggunaan Thorium pada filem X-Ray di hospital juga sudah tidak digunakan lagi.
ff.     Lawatan  ke Mount Weld oleh MOSTI, wakil AELB, dan wakil  Kerajaan Negeri Pahang  tidak melibatkan panel bebas yang lain termasuk wakil kepada rakyat  khususnya dari pihak Pakatan Rakyat malah NGO’s. Ketelusan kajian amat  diragui.
gg.           Laporan  Penilaian Kesan Alam Sekitar (PEIA) dan Penilaian Kesan Radiologi (RIA)  baru-baru ini juga mendedahkan bahawa Lynas akan menggunakan 500 meter  padu sejam bekalan air untuk operasi harian mereka, satu jumlah  penggunaan yang cukup besar dan dianggarkan melebihi penggunaan harian  seluruh penduduk Kuantan termasuk menghasilkan air sisa yang dikatakan  juga mengandungi sisa radioaktif yang dirawat dan dilepaskan ke sungai  yang berhampiran. Persoalan seterusnya apakah yang akan berlaku jika air  sisa itu gagal dirawat? Apakah juga akibatnya jika simpanan air sisa  itu melimpah ke sungai yang berhampiran kerana beberapa sebab tertentu  khususnya akibat banjir yang selalu melanda Kuantan?
Jika tidak, kehadiran kita di Stop Lynas Solidarity Walk dari KLCC ke Kedutaan Australia di Jalan Yap Kwan Seng pada 20hb Mei ini jam 2 petang amat dituntut.
Katakan Tidak Pada LYNAS!!!

0 comments:
Post a Comment