Showing posts with label Munajat. Show all posts
Showing posts with label Munajat. Show all posts

Wednesday, November 20, 2013

Siapa Ahmad Ammar Ahmad Azam?

Siapa Ahmad Ahmad Azam?

Allah mengetahui apa yang tidak diketahui manusia, Allah juga yang telah menetapkan segala takdir kehidupan manusia yang tidak akan pernah bisa manusia merubahnya. Allahuakbar ! Allahuakbar ! Allahuakbar !

Segala puji bagi Allah yang telah menciptakan seluruh isi di muka bumi ini, yang telah menjadikan manusia dari setitis air menjadi segumpal darah, menjadikan keindahan dan kesenangan bagi hambanya di muka bumi ini.

Allah jualah yang menghidupkan dan mematikan, Maha kuasa Allah atas segala sesuatu. Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah. 

Begitulah betapa uniknya Allah, menghidupkan dan mematikan apa sahaja yang dikehendakiNya. Ahmad Ammar Ahmad Azam seorang manusia yang diciptakan Allah mempunyai kehebatan dan kelebihan, seorang yang dikenali ramai, berjuang menegakkan Agama Islam di serata dunia, mempunyai azam untuk mati syahid, kepandaian pemberian Allah kepadanya adalah satu rahmat yang besar buat semua makhluk di muka bumi ini.

Pemergiannya tidak disangka-sangka, niatnya untuk syahid ketika menyertai misi kemanusiaan tidak kesampaian, namun meninggal dalam keadaan yang tidak diduga.

Allah maha mengetahui setiap yang terjadi di muka bumi ini, tidak mesti seseorang dikatakan syahid setelah mati di medan perang, walaupun perang itu adalah perintah Allah dan mendapat ganjaran syahid, jangan lupa menuntut ilmu juga adalah sebahagian dari berjuang menuju syahid.

Semoga Allah menempatkan beliau di tempat yang selayak baginya, tidak mudah kalau tidak susah dahulu, tidak susah kalau mudah dahulu. Bersama kita mencontohi apa yang diajarkan Nabi kepada kita, begitu jugak beliau, mempraktekkan budi pekerti Nabi dalam kehidupannya. Insya Allah.

Siapa Ahmad Ahmad Azam?

Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam

Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.

Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki

Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.

Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki

Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.


Gambar pengebumian Ahmad Ammad di Turki

Siapa Ahmad Ahmad Azam?
Siapa Ahmad Ahmad Azam?
Siapa Ahmad Ahmad Azam?
Siapa Ahmad Ahmad Azam?
Siapa Ahmad Ahmad Azam?
Siapa Ahmad Ahmad Azam?
Siapa Ahmad Ahmad Azam?


Video pengebumian Ahmad Ammad di Turki

Share:

Friday, August 2, 2013

Muhasabah Diri, Ramadhan Semakin Meninggalkan Kita

Assalamualaikum dan selamat menunaikan ibadah puasa dan tarawih yang kini hanya tinggal beberapa hari je lagi Ramadhan akan meninggalkan umat Islam, hari ni awok imam sorang-sorang, besok berakhir sudah tanggjungjawap yang dipikul selama sebulan bersama teman sekuliah IAIN di Surau Al Huda / Nurul Huda Batu 6 Tambun Ipoh.

Rase sedih, menyesal, gembira, terharu sebab Ramdhan dan makin meninggalkan diri ini, maka diri ini akan berdepan pula dengan kehidupan di bulan yang seterusnya.. semakin susah dan payah lah untuk mendapatkan pahala yang berlipat kali ganda seumpama bulan mulia Ramadhan.

Tetapi sesuatu yang hidup termasuklah diri ini tidak pernah akan kekal selama-lamanya melainkan akan melalui masa dan fasa keluputan, hari berganti hari, semakin hari kalau semakin kita mendekatkan diri dengan Allah, Alhamdulillah.. tetapi kalau sebaliknye? moga Allah jauhkan hambanya dari melakukan kejahatan.

Saye tak tahu bile waktu saye mati, bile waktunye diri ini ditanam dan diinjak oleh manusia, dimamah semut, dipatuk ular dan binatang berbisa lainnya dan yang paling ditakuti adalah diwaktu pembalasan dari setiap perbuatan yang kita lakukan. Pernahkan dalam satu hari kita tidak melakukan dosa?

Ya Allah betapa hina diri ini, sering melakukan kejahatan dan berbuat kezaliman kepada makhluk lain, berbuat derhaka kepada Ibu bapa, terlalu mementingkan diri sendiri dengan kemewahan dunia, menyukai kemaksiatan, Ya Allah.. ampunilah aku Ya Allah.. Ampunilah aku.. Engkaulah Tuhanku yang aku sembah, tiada Tuhan yang ku sembah melainkan Engkau Ya Allah, ampunilah dosa kedua ibu bapaku, tmpatkan lah kami di Syurga Firdaus Mu Ya Allah.. tempatkanlah saudara-saudara kami di Syurga Firdaus Mu Ya Allah, hanya Engkaulah satu-satuNya penolong kami dunia dan akhirat.

Raya dah semakin dekat, maka berpusu-pusulah umat Muhammad menunaikan ibadah Raya, menziarahi saudara-mara, menziarahi kubur saudara-mara, bersalam salaman antara sesama Umat Islam, bersyukurlah kerana kita sudah bertungkus lumus beribadah kepada Allah di bulan Ramadhan.

Selama sebulan berada di Bulan Mulia Ramadhan.. banyak kah ibadah yang kita lakukan? bersediakah untuk meninggalkan dunia yang penuh dengan kesenangan sementara ini? ingatlah, sebenarnya bukanlah bergembira menjadi yang utama ketika menyambut bulan Syawal, tetapi kesedihan lah yang seharusnya menjadi teras dalam diri manusia kerana bulan Rahmah, Magfirah dan Bebas dari Api Neraka telah meninggalkan kita.

Masih diberi peluangkah kepada diri ini untuk bertemu lagi dengan bulan Mulia Ramadhan Ya Allah? bagaimanakah keadaan ketika aku mati nanti Ya Allah? Matikanlah aku dalam keadaan yang diredhai Mu Ya Allah kerana aku adalah hambamu yang sangat hina, sering melakukan maksiat, hanya dengan belas kasihan Mu Ya Allah mudah-mudahan dapat aku menghidu wanginya Syurga Mu Ya Allah. Amin.
Share:

Monday, July 8, 2013

Ramadhan : Selamat Menyambut 1 Ramadhan 1434 H Rabu 10 Julai

Selamat Menyambut 1 Ramadhan 1434 H Rabu 10 Julai

Assalamualaikum kepada semua sahabat yang menjengah atau terjengah di blog yang tak seberapa ni (KBM). Di masa, hari dan bulan yang mulia ini, saya ingin memberi sedikit kata-kata sebelum bertemunya di bulan Ramadhan pada 10 Julai 2013 hari Rabu.

Esok adalah harapan.. 
sekarang adalah pengalaman..
kemarin adalah kenangan..yang tak luput dari kekhilafa.. 
marhaban ya ramadhan...........
mohon maaf lahir dan batin 
Semoga RAMADHAN kali ini lebih baik dari RAMADHAN tahun lalu.. 
amin….

Erkkk.. saye dah lame tak update, so kalau sekali update terus buat ucapan sambut Ramadhan.. hehehe.. tapi kalau sesuatu yang baik ape salahnye kite same-same ingat mengingati antara satu sama lain kan? tak perlu tunggu tahun depan, bulan ni pun dah boleh kalau nak mula azam baru (^_^)

bangun untuk bersahur walaupun hanya meneguk segelas air, banyakkan solat sunat dan bersujud selama 1 mint selepas membaca doa (subuh), buatlah jadual harian yang lebih difokuskan beribadat kepada Allah, berzikir, membaca al-Quran, solat-solat sunat dan amalan lainnye.

Semoga pada bulan Ramadhan pada tahun ini akan lebih memberi kepada kita kekuatan, semangat untuk menyempurnakan kewajipan sebagai seorang islam dalam menunaikan ibadah wajib dalam rukun Islam yang ke 4. Amin ya Rabb
Share:

Tuesday, January 15, 2013

Kawan-Kawan, Doakan Aku

Kawan-Kawan, Doakan Aku

Aku tahu blog ni bukan tempat untuk meluahkan perasaan.. memang bukan, ni bukan nak luahkan perasaan atau ape, aku nak kongsi masalah yang aku hadapi untuk mereka yang memerlukan nantinye, khususnye mahasiswa Aceh (Ushuluddin). Sekarang dah peraturan baru, fakulti dah naik taraf so Rektor pon merancang untuk naik taraf mahasiswa jugak, bagi aku tu satu idea yang bagus, tapi yang tak bagusnye bile drang buat keputusan yang menyusahkan mahasiswa lame.. series.. tensen..

++ Syarat Untuk Sidang Munaqasyah :

Sidang munaqasyah dapat dilaksanakan dengan ketentuan sebagai berikut :
  1. Skripsi yang telah selesai penulisannya dan telah disahkan oleh pembimbing akan diuji oleh Panitia Ujian Munaqasyah Skripsi, yang diusulkan oleh Ketua Jurusan kepada Dekan.
  2. surat penunjukan penguji ditetapkan oleh Ketua Jurusan.
  3. tim penguji skripsi beranggota empat orang yang terdiri dari : a.) Dua orang dosen pembimbing. b.) Dua orang dosen lainnya, sesuai ketentuan.
  4. Penentuan jadwal munaqasyah ditetapkan oleh jurusan.
  5. Persyaratan untuk mengikuti sidang munaqasyah : a.) Mahasiswa harus tetap lulus semua mata kuliah atau kegiatan akademik lainnya. b.) Menyerahkan fotocopy skripsi yang telah disempurnakan setelah bimbingan kepada jurusan sebanyak empat buah, dan diteruskan kepada dewan penguji selambat-lambatnya tiga hari sebelum munaqasyah. c.) Dalam mengikuti ujian munaqasyah mahasiswa memakai pakaian lengkap : 1.) Mahasiswa memakai peci, kemeja putih lengan panjang dan celana berwarna gelap, dilengkapi dengan jas, dasi dan peci. 2.) Mahasiswi memakai pakaian muslimah yang sopan (baju warna putih dan rok berwarna gelap dan warna kerudung disesuaikan). d.) Memenuhi semua persyaratan sidang, yaitu : 1.) Slip SPP sebanyak 5 lembar. 2.) Trankrip nilai terakhir (asli). 3.) Bukti lulus ujian komprehensif 5 lembar. 4.) Bukti bebas pustaka IAIN, pustaka wilayah dan pustaka Baitturrahman (Asli). 5.) Bukti pembayaran sidang 5 lembar. 6.) SK pembimbing 5 lembar. 7.) Ijazah terakhir (SLTA/MA) 2 lembar. 8.) Pas foto hitam putih 3X4 sebanyak 3 lembar dan pas foto 3X4 berwarna sebanyak 3 lembar.
Amacam? kire ni OK la sebab wajib pada semua mahasiswa, ketentuan rektor yang aku kurang suke :
  1. Toafel (kalau Malaysia MUET)
  2. Komputer.
  3. Halaqah (tak kisah sangat)
Hah! sepatutnye rektor wajibkan pada mahasiswa baru, bukan mahasiswa lame.. semua tu jadik beban pada mahasiswa lame yang nak sidang.. gile betol.. alhamdulillah aku lepas la semua walau ada stuck2.. tapi, bile dah sampai batas akhir, aku jadik tension sebab judul skripsi aku kene tambah cikit kat bahagian jurusan. Pergh memang.. ape yang aku harap, doakan kejayaan aku... tanpa doa dari kroang, apelah sangat kejayaan yang aku harapkan nih.. doa mintak pada Allah la.. thanks kawan2.. (^_^) 
Share:

Thursday, December 20, 2012

Bodoh? Cute Ape..

Banyak hal-hal baru yang menyebabkan kesedihan dan menampakkan kebodohan dari diri ku sendiri.. bile aku berjalan, melepak, menyembang, petik gitar, baca buku sekalipun, semuanya mendatangkan kesedihan atas kedhaifan yang sejak dulu aku tahu, sepatutnye aku mengkaji, sepatutnye aku lebih bersyukur dengan teguran dari Allah, tapi.. inilah hasilnye, bak kate pepatah.. sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian, takde gune dah bro! so.. lu tanggung la sendiri..

Bile dah tahu diri ini bodoh, tak tahu mende, barulah terhegeh2 nak catchup macam orang lain.. barulah nak kaji pasal satu2 hal, padahal kalau dari dulu ngko dah kaji, insyaallah tak jadi masalah besar macam ni, kat mane2 akan dibelenggu dengan renungan kegelapan, rase bersalah, asyik sedih je manjang.. tapi bile ngko dah dapat satu2 hal yang baru, padahal hal tersebut patutnye dah dapat dari dulu, mulelah nak tinggalkan macam tu je, ape jenis manusia ngko ni?

Takde idea nak carik mende? banyak idea yang sebenarnye terselubung dalam "takde idea" tadi.. jadinye takde idea sebab kemalasan dan "taknak bangun" untuk suatu yang baru.. tak suke bende baru, walaupun mende tu remeh, ko kene amik tahu? paham? kalau cakap bodo marah.. tapi bile dah diri sendiri yang dah mengedepankan kebodohan tu, ape salahnye amik je buat kenangan? 


Jangan jadikan satu kebodohan, satu kelemahan pada diri kite, manfaatkan kebodohan tu pada dua perkare, pertama, jadikan kebodohan sebagai kekuatan untuk menghadapi masasah2, kedue, jadikan kebodohan sebagai alasan untuk tak buat keje.. jangan sekali2 amik hanya satu kelebihan pada kebodohan, sebab kalau hanya satu yang menjadi pilihan kite, alamatnye.. bodo dulu kini dan selamanya. Jangan salah pengertian dari bodoh, kenape nak marah bile orang cakap bodo kalau tu hanye istilah?

Lantak kome le.. silekan kalau nak cakap aku bodo, dan orang yang mengatekan bodo pade orang lain sebenarnye bodo tu adalah kawan baik die, mane taknye.. sikit2 cakap orang bodo, umpame die dah tahu secare detail dengan kebodohan, tak ke namenye kawan baik pada si bodoh? Jangan la cakap orang bodo, ok.. cermin dulu diri kite ni sape, kite dari mane, macam mane boleh jadi macam sekarang, macam mane boleh ada perasaan, macam mane boleh tahu tentang pengalaman? cermin lah diri tuh.. sebenarnye, istilah cermin diri memang mencerminkan diri pada cermin yang real.. bukan cermin hanya pada paham muhasabah diri.. tak caye? cube try..
Share:

Saturday, December 15, 2012

Niat Jela, Mesti Dapat Punye..

Alhamdulillah bangun jugak aku.. walaupun sejuk tahap merona, tapi memang ni kehendak aku dari semalam, dan bukan kehendak aku yang membangunkan aku untuk menghadapi kesejukan subuh ni.. tapi kewajipan lah yang menggerakkan tubuh yang mati ni untuk bangun menjalankan kewajipan sebagai seorang manusia. Serius bukan senang nak bangun subuh weyh.. kome ingat bangun subuh macam makan nasik lauk ayam ke? jenuh jugak nak nak suh badan ni tegak, padahal takde lah "beso" mane badan aku.

Niat Jela, Mesti Dapat Punye.. Mule-mule dulu memang payah, siap berjanji2 dengan Allah.. barulah dapat sikit kekuatan untuk bangun, sius weyh aku susah bangun subuh, tapi mende yang susah tulah aku nak cube carik solusi, camne cara yang efektif untuk bangun subuh, setakat nak suruh kawan gerak, sampai bergegar bilik aku, barulah tersedar.. itupun sound balik, haha.. aah memang, aku ada satu cara terbaik untuk bangun subuh, mudah je sebenar cara dia, mula2 je rasa kekok, pastu "steady" jer..

Dulu memang cara ni aku buat sungguh2 untuk gerakkan tubuh ni bangun subuh.. skang, maybe dah biasa sikit, so ada la keringanan tu. Cara dia? Semangat... semangat? yelah semangat.. semangat pon tak paham ke? untuk bangun subuh, korang cume kene ada semangat yang mantap je, tu je.. bukan susah, simple je, nak dapat semangat tu macam mane? lagi la mudah..

Sebelum tido, tekadkan dalam diri, tekad untuk bangun setelah mati.. tekad dengan keyakinan itu menjadi perkara wajib bagi setiap manusia terutama diri sendiri, korang yakin tak dengan ape yang Allah dah bagitahu? "Tidak Aku Jadikan Manusia Dan Jin Hanya Untuk Beribadah". Aku baca tu saje dah dapat semangat, apetah lagi memang sejak azali manusia ni diwajibkan untuk beribadah. Ini bukan skema bro-sis.. ni untuk naikkan semangat korang tuh!

Ada satu cara simple yang boleh aku share dengan korang kat sini.. selame aku hidup ni, cume berape kali je "die bantu" aku untuk bangun subuh, sekali masa aku kat Maahad dulu, sekali dan beberapa kali masa aku kat Aceh ni ha. Haa? aah.. aku mintak bantuan Malaikat Allah.. gempak je bunyik kan? padahal aku cuak gak masa first2 tu, bukan nak kate aku alim ke bagus la bro-sis, tapi ni antare jalan yang pernah gua tempuh untuk membangunkan diri ni, dan korang pon buleh cube pe?

Aku takde lah berdoa gile sebelum tido, mintak tolong Malaikat (insyaallah beliau) untuk gerakkan aku bangun subuh, aku cume niat, tapi mau tau la niat aku tu bukan main2 la cite dia.. niat sungguh2 la kawan, bukan niat pada Malaikat tuh, niat pada Allah la. Sebenar tak tahu pon, ntah macam mane.. aku cakap la dengan Allah, "Y Allah, aku nak bangun subuh, tolong gerakkan aku?". Then.. tepat waktu subuh, aku digerakkan dengan satu tarikkan pada ibu jari kaki, first2 memang rasa kuat, dan confirm terbangun punye, ntah setan?

Aku cube berfikir logik, tak mungkin setan yang bangunkan aku untuk Subuh melainkan ada bende dunia yang penting untuk aku settlekan, dan tak mungkin jugak member sedorm dengan aku, sebab drang pon kaki dengkur dan memang sorang pon tak bangun masa tuh, dan boleh jadik jugak jin islam, boleh jadik jugak tentera Allah yang aku tak tahu, tapi yang menjadi keyakinan aku sampai sekarang, beliau adalah Malaikat. Thanks to Allah, bukan senang woo nak bangun subuh, tahu la korang sharp bangun subuh.. eh yeke?
Share:

Sunday, March 11, 2012

Doa Pakai Baju, Doa Buka Baju

Doa Pakai Baju :

بسم الله الرحمن الرحيم
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ اَّلذِى كَسَانِى مَا أُوَارِى بِهِ عَوْرَاتِى وَأَتَجَمَّلُ بِهِ فِى حَيَاتِى

Segala puji bagi Allah yang telah memberiku pakaian untuk menutup auratku dan memperindah diriku selama hayatkku.

رواه الترمذى3483
( الأذكار 23 )
HR. ATTURMUDZY 3483
Lihat kitab Al-Adzkaar halaman 3483

Doa Buka Baju :

 بسم الله الرحمن الرحيم
بِسْمِاللهِ الَّذِى لاَاِلَهَ اِلاَّهُو 

Dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia (Allah) 

Apekelah susah sangat nak ngapal dua doa nih? mende asas yang rasanya tak ramai orang amalkan.. yelah, pakai baju apelah sangat, bukan nye nak makan ke.. solat ke nak doa2.. Hah.. itulah detailnye Islam ni, sampai ke Doa Buka Baju, Doa Pakai Baju pon Islam ajar, nak seribu daya tak nak seribu dalih. Maksudnye dalam Islam ni semua perkara Allah dah ajarkan pada manusia, nak tak nak jer.. padahal on9 24hours takder hal.. nak search sikit punya hal pon tarak masa. Nih bukan sound direct korang, tapi sound diri aku lah, tapi kalau yang dah terasa tuh.. senyum2 sokmo la ye..

Aku taknak bebel panjang, sebab matlamat utama aku untuk artikel kali ni hanya untuk share ayat2 yang jarang kite nak pandang, bende remeh, yang remeh tulah Allah akan tanya nanti ^_^.. yang penting kta hafal dan amal ayat tu untuk diri kita dan bekalan kat akhirat sok.. lagipon, malu oooo kalau anak cucu tanya "Tok! ajar min doa pakai baju?" atok pon jawap "Atok terlupe la cu.. tanya nenek ye"  nyaris la nenek dia tahu, kalau idak? tapi bukan tulah ape yang kite nak.. macam yang aku cakap tadi, mende remeh.. yap remeh tulah yang jadi mende penting buat kite satu hari nanti.

Aku sebenar nak share jugak Doa Tengok Cermin yang selama ni aku amalkan.. itu pasal macho je kan? oh salah? ok sori.. banyak kebaikan dari hafal2 doa harian nih, paling2 dapat jugak kita ingat kat Allah, yelah nak zikir pon dah satu hal malas bebenor rasanye.. so ingatkan diri kita pada Allah dengan cara berdoa kat mana2 jer pon, bismillah pon dah kira zikir.. apetah lagi dengan doa amalan harian kite? mintak dekat Allah tu free jer, bukan mintak dekat kawan2.. kompom2 ada komisen.. tambah2 kawan yang tak boleh pakai huem lagilah. Ni Tuhan kite, taknak jugak.. memang problem..

Credit :
Share:

Saturday, October 8, 2011

Law Kan Baynana (Andai Rasulullah bersama Kita)

Assalamualaikum…Moga semuanya sihat, ceria dan moga kalian di bawah rahmat dan lindunganNya.. Saya ingin berkongsi dengan pembaca satu rancangan realiti yang sangat baik untuk dihayati yang ditayangkan di TV Al-Hijrah. Rancangan "Lau Kana Bainana" (Sekiranya Rasulullah Berada Di Antara Kita).

"Lau Kana Bainana" adalah satu rancangan aliran remaja kontemporari yang membicarakan respondi orang ramai terhadap sunnah Baginda Rasulullah s.a.w. disamping cuba menghidupkan semula sunnah Baginda. Bagi saya, ia sebuah rancangan yang sangat menginsafkan juga ianya mampu mengembalikan hati kita untuk lebih cinta dan kasihkan Rasulullah s.a.w selepas cinta kita kepada Allah s.w.t.

Rancangan ini untuk mengingatkan kita tentang khuluk nabawi iaitu akhlak junjungan besar nabi Muhammad SAW. Bukannya semata-mata untuk mengembalikan kita kepada sejarah silam kegemilangan Islam iaitu 1400 tahun yang lalu tetapi apa yang dimahukan adalah untuk merasakan seperti Rasululullah SAW ini hidup bersama-sama kita semua pada alaf 21 ini. Pihak penganjur juga menyediakan hadiah cenderahati “Lau kana bainana al-Habib” berupa kitab sirah nabi dan macam-macam lagi. Hadiah tersebut diberikan kepada siapa yang berjaya berakhlak dengan akhlak nabi antaranya, amanah, sopan-santun dan banyak lagi sifat mahmudah Rasulullah SAW.

Rancangan sebegini patut menjadi rancangan utama yang perlu disiarkan di TV di Malaysia. Masyarakat sekarang lebih mengenali artis-artis daripada Rasulullah s.a.w. Sedangkan adakah artis-artis yang mereka banggakan itu, malah ada yang menjadikan mereka ikon dalam kehidupan mereka akan membantu mereka di akhirat kelak? Sekiranya Nabi berada di tengah-tengah kita, adakah kita menjadi orang yang berbangga atau akhirnya kita yang malu sendiri,kerana apa..sirah Nabi masih tak habis baca lagi, sedangkan kisah-kisah atau skandal-skandal artis hanya di hujung jari.. Pelajarilah sirah baginda kerana kita adalah umatnya… kitalah yg memerlukan baginda di akhirat kelak…


Buat para sahabat.. Tanyalah dirimu.. Andai baginda berada disampingmu, apakah ungkapan yang hendak dilafaskan buat kekasih kita ini...?

Tatkala ayat ini keluar dari mulut muslimah ini...
" jika ini benar-benar berlaku, sy mahu Baginda membawa sy ke tempat yang sangat jauh dari dunia ini..."

Subhanallah.. terasa getaran menyelubungi tatkala membaca text tersebut. Allahu Akhbar. Kami sangat merinduimu wahai Kekasih Allah
Share:

Wednesday, July 20, 2011

Doa Ali r.a ketika bermunajat kepada Allah...



Doa Ali r.a ketika bermunajat kepada Allah...

Ilahi….

Adakah orang yang telah menikmati manisnya cintaMu

Akan menggantikan pengganti selainMu

Adakah orang yang telah bersanding di sampingMu

Akan mencari ganti selainMu

Ilahi ……

Jadikan kami di kalangan yang Kau pilih untuk mendampingi dan menjadi kekasihMu

Yang Kau ikhlaskan untuk memperolehi cinta dan kasihMu

Yang Kau anugerahkan kebahagian melihat wajahMu

Yang Kau limpahkan keredhaanMu

Yang Kau lindungi dari diusir dan kebencianMu

Yang Kau sediakan kedudukan siddiq disamping Mu

Yang Kau istimewakan dengan makrifatMu

Yang Kau arahkan untuk mengabdiMu

Yang Kau kosongkan dirinya untukMu

Yang Kau bersihkan hatinya untuk diisi dengan cintaMu

Yang Kau bangkitkan hasratnya akan kurniaMu

Yang Kau ilhamkan padanya mengingatiMu

Yang Kau dorongnya untuk mensyukuriMu

Yang Kau jadikan dari makhluk Mu yang soleh

Yang Kau pilih untuk bermunajat kepadaMu

Yang Kau putuskan daripadanya segala sesuatu

Yang memutuskan hubungan dengan Mu

Ya Allah….

Jadikanlah kami dari kalangan orang yang dambaannya adalah mencintai dan merinduiMu

Nasibnya hanya merintih dan menangis

Dahinya sujud kerana kebesaranMu

Matanya terjaga dalam mengabdiMu

Airmatanya mengalir kerana takut padaMu

Hatinya terikat pada cintaMu

Kalbunya terpesona dengan kehebatanMu

Wahai yang cahaya kesucianNya bersinar

Dalam pandangan para yang mencintaiNya

Wahai yang kesucian wajahNya membahagiakan hati pada yang mengenaliNya

Wahai yang dikejar para yang merindui

Wahai tujuan harapan para yang mencintai

Aku memohon cintaMu

Dan cinta orang yang mencintaiMu

Dan amalan yang membawaku ke sampingMu

Jadikan Engkau lebih aku cintai daripada selainMu

Jadikan cintaku kepadaMu membimbingku pada keredhaanMu

Kerinduanku padaMu mencegahku dari maksiat padaMu

Anugerahkan padaku memandangMu

Tataplah diriku dengan tatapan kasih sayang

Jangan palingkan wajahMu dariku

Jadikan aku dari penerima anugerah dan kurniaMu

Wahai pemberi ijabah….

Ya Arhamarrahimin….
Share: