"Lau Kana Bainana" adalah satu rancangan aliran remaja kontemporari yang membicarakan respondi orang ramai terhadap sunnah Baginda Rasulullah s.a.w. disamping cuba menghidupkan semula sunnah Baginda. Bagi saya, ia sebuah rancangan yang sangat menginsafkan juga ianya mampu mengembalikan hati kita untuk lebih cinta dan kasihkan Rasulullah s.a.w selepas cinta kita kepada Allah s.w.t.
Rancangan ini untuk mengingatkan kita tentang khuluk nabawi iaitu akhlak junjungan besar nabi Muhammad SAW. Bukannya semata-mata untuk mengembalikan kita kepada sejarah silam kegemilangan Islam iaitu 1400 tahun yang lalu tetapi apa yang dimahukan adalah untuk merasakan seperti Rasululullah SAW ini hidup bersama-sama kita semua pada alaf 21 ini. Pihak penganjur juga menyediakan hadiah cenderahati “Lau kana bainana al-Habib” berupa kitab sirah nabi dan macam-macam lagi. Hadiah tersebut diberikan kepada siapa yang berjaya berakhlak dengan akhlak nabi antaranya, amanah, sopan-santun dan banyak lagi sifat mahmudah Rasulullah SAW.
Rancangan sebegini patut menjadi rancangan utama yang perlu disiarkan di TV di Malaysia. Masyarakat sekarang lebih mengenali artis-artis daripada Rasulullah s.a.w. Sedangkan adakah artis-artis yang mereka banggakan itu, malah ada yang menjadikan mereka ikon dalam kehidupan mereka akan membantu mereka di akhirat kelak? Sekiranya Nabi berada di tengah-tengah kita, adakah kita menjadi orang yang berbangga atau akhirnya kita yang malu sendiri,kerana apa..sirah Nabi masih tak habis baca lagi, sedangkan kisah-kisah atau skandal-skandal artis hanya di hujung jari.. Pelajarilah sirah baginda kerana kita adalah umatnya… kitalah yg memerlukan baginda di akhirat kelak…
Buat para sahabat.. Tanyalah dirimu.. Andai baginda berada disampingmu, apakah ungkapan yang hendak dilafaskan buat kekasih kita ini...?
Tatkala ayat ini keluar dari mulut muslimah ini...
" jika ini benar-benar berlaku, sy mahu Baginda membawa sy ke tempat yang sangat jauh dari dunia ini..."
Subhanallah.. terasa getaran menyelubungi tatkala membaca text tersebut. Allahu Akhbar. Kami sangat merinduimu wahai Kekasih Allah
0 comments:
Post a Comment