Showing posts with label Mukhayyam Tarbawi. Show all posts
Showing posts with label Mukhayyam Tarbawi. Show all posts

Monday, December 17, 2012

Dunia Tempat Buat Kebaikan!

 Dunia adalah kesempatan bagi manusia untuk berbuat kebajikan.. kata-kata ust tu terngiang2 sampai sekarang, padahal time ni aku tengah menulis.. nak katekan, ada msg penting yang perlu kite semua paham. Kalau tak salah, banyak bende kat dunia ni yang buatkan setiap manusia lalai.. selalu lupe dengan tanggungjawap yang Allah berikan sejak azali lagik. Dunia nih besar, sangat besar, sape kabo dunia kecik bohong la, cube genggam dunia yang real ni dengan tapak tangan? hahahahah!

Dunia Tempat Buat Kebaikan!

Ikut istilah jugak la dud, jangan jadik bodoh sangat.. bro, aku memang bodo, tapi agak2 la sound aku dalam blog aku? slamber gile doh.. ok aku paham, ikut istilah, lantak kome la nak cakap ape. Kebanyakkan manusia tak suke filter ape yang drang buat, kalau tapis pon, keinginan untuk buat tu mesti kuat, ngeh2.. tetambah bende yang haram, lagi la suke nak buat..

Yep kat dunia la korang nak buat jahat, korang nak merompok ke, nak membunuh ke, kat dunia lah.. nanti kat akhirat, takde kesempatan nak buat jahat dah. Maksud aku, manusia boleh pikir mana baik buruk, ape kesan dari setiap perkare yang drang lakukan, aku yakin.. baik dibalas baik dan begitu jugak sebaliknya. Kalau betul dia manusia yang normal, perkare jahat yang aku suruh buat tadi, mesti awal2 lagi dah ditapis, dengar je kata membuh, dah set, esh tu tak boleh buat, haram, berdosa..

Alhamdulillah la kalau masih ada pikiran macam tuh.. Allah tengah sayang lagik, cube try pikir, ape perasaan pembunuh bile nak bunuh orang? wow.. aku takleh nak bayangkan, saat dia menikam, atau menembak, berkecai kepala, darah membuak2.. tapi boleh buat slamber tanpe ada rasa bersalah. Masihkah Allah syg drang ni? kompom la syg selagi ada niat untuk bertaubat, taubat tak buat lagi la..

Tu kite sembang jahat, hal2 berkaitan kejahatan hasutan syaitan.. cube pikir pulak kebaikan.. hihik.. jangan ingat korang dah buat baik, kompom dapat pahala, kompom Allah terima, ada step2 dia untuk dapatkan pahala yang betul2 pahala. Yelah.. bagi sedekah dah ok, tapi bile nak masukkan duit dalam tabung mesjid tuh.. terusha pulak kat kanan, kene pulak ada awek tengah usha, hah sudoh.. tengok kiri pulak ada sorang pakcik tengah senyum, pulak dah.. camner nih..

Lepas tuh pulak, ada sorang makcik nak lintas jalan.. subhanallah, ada jugak yang nak tolong.. tapi bile dah sampai ke penghujung, ada pulak anak dia bagi duit.. macam mane nak ikhlas nihhhh!!! Aku memang dah lalui sume perasaan tu kat dunia nih, sebagai seorang manusia yang paling lemah, ape yang menjadi prinsip aku adalah, cube buat kebaikan selagi mampu, selagi kite rasekan satu hal tu boleh mendatangkan manfaat kepada orang lain dan diri sendiri, memang perlu untuk kite pikir keikhlasan, niatkan ikhlas tuh, ikhlaskan diri sebleh mungkin. Manusia bro, manusia, bukan malaikat.. dari buat kebaikan mengharapkan balasan, bek takyah.. 

Aku ingatkan untuk diri aku yang hina nih, aku buat entry nih sebenarnye untuk kuatkan balik diri aku yang tak betol nih, alang2 dah banyak bende main kat kepale, lebih baik aku share kat sini, korang tak paham? takpelah.. bio aku je yang paham.
Share:

Sunday, March 11, 2012

Doa Pakai Baju, Doa Buka Baju

Doa Pakai Baju :

بسم الله الرحمن الرحيم
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ اَّلذِى كَسَانِى مَا أُوَارِى بِهِ عَوْرَاتِى وَأَتَجَمَّلُ بِهِ فِى حَيَاتِى

Segala puji bagi Allah yang telah memberiku pakaian untuk menutup auratku dan memperindah diriku selama hayatkku.

رواه الترمذى3483
( الأذكار 23 )
HR. ATTURMUDZY 3483
Lihat kitab Al-Adzkaar halaman 3483

Doa Buka Baju :

 بسم الله الرحمن الرحيم
بِسْمِاللهِ الَّذِى لاَاِلَهَ اِلاَّهُو 

Dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia (Allah) 

Apekelah susah sangat nak ngapal dua doa nih? mende asas yang rasanya tak ramai orang amalkan.. yelah, pakai baju apelah sangat, bukan nye nak makan ke.. solat ke nak doa2.. Hah.. itulah detailnye Islam ni, sampai ke Doa Buka Baju, Doa Pakai Baju pon Islam ajar, nak seribu daya tak nak seribu dalih. Maksudnye dalam Islam ni semua perkara Allah dah ajarkan pada manusia, nak tak nak jer.. padahal on9 24hours takder hal.. nak search sikit punya hal pon tarak masa. Nih bukan sound direct korang, tapi sound diri aku lah, tapi kalau yang dah terasa tuh.. senyum2 sokmo la ye..

Aku taknak bebel panjang, sebab matlamat utama aku untuk artikel kali ni hanya untuk share ayat2 yang jarang kite nak pandang, bende remeh, yang remeh tulah Allah akan tanya nanti ^_^.. yang penting kta hafal dan amal ayat tu untuk diri kita dan bekalan kat akhirat sok.. lagipon, malu oooo kalau anak cucu tanya "Tok! ajar min doa pakai baju?" atok pon jawap "Atok terlupe la cu.. tanya nenek ye"  nyaris la nenek dia tahu, kalau idak? tapi bukan tulah ape yang kite nak.. macam yang aku cakap tadi, mende remeh.. yap remeh tulah yang jadi mende penting buat kite satu hari nanti.

Aku sebenar nak share jugak Doa Tengok Cermin yang selama ni aku amalkan.. itu pasal macho je kan? oh salah? ok sori.. banyak kebaikan dari hafal2 doa harian nih, paling2 dapat jugak kita ingat kat Allah, yelah nak zikir pon dah satu hal malas bebenor rasanye.. so ingatkan diri kita pada Allah dengan cara berdoa kat mana2 jer pon, bismillah pon dah kira zikir.. apetah lagi dengan doa amalan harian kite? mintak dekat Allah tu free jer, bukan mintak dekat kawan2.. kompom2 ada komisen.. tambah2 kawan yang tak boleh pakai huem lagilah. Ni Tuhan kite, taknak jugak.. memang problem..

Credit :
Share:

Monday, June 13, 2011

Mukhayyam Tarbawi Pusat Pendidikan Aman 2011

pengarah program.. Us Akhi Sabri.. sblh kanan beliau adlh.. Us Omar Alias (OA) PPA..

wah kecik sgt gamba nieh.. xpe bukak mata luas-luas @_@

sedang berehat.. sambil minum air syai ( teh) huhu.. Bersiap sedia utk ‘flying fox"

Nie Kem Komandan kami Ustaz Abdul Rasyid sedang memberi arahan kpd peserta




Sebahagian perserta mukayyam. nie je gambo yang sempat di ambil sowi..


Pusat Pendidikan Aman yaitu tempat yang asyi mengajar telah mengadakan Mukhayyam Tarbawi PPA 2011 pada 1 Jun 2011 hingga 3 Jun 2011 di Agro Resort Setiu, Terengganu. Program ini dirasmikan oleh Pengarah Pusat Pendidikan Aman, Ustaz Omar Alias pada pukul 11 pagi setelah ketibaan para peserta. Sebanyak sembilan kumpulan yang mengambil bahagian terdiri daripada staf PPA, guru-guru SRI /SMI Aman dan bekas pelajar dan asyi adalah salah seorg guru atau muallimah yang terlibat dalam program tersebut..

Pelbagai aktiviti ‘outdoor’ disediakan termasuk ‘flying fox’, night tracking’, ‘water confidence’ dan ‘raffling’. Selain itu, pelbagai pengisian berbentuk ceramah dan aktiviti ‘indoor’ turut dijalankan dan aktiviti yang diadakan banyak menguji ketahanan mentel dan kekuatan kerohanian di kalangan staf masing-masing. Program ini berakhir pada 3 Jun 2011 dan majlis penutup diadakan pada pukul 11 pagi.

Antara objektif mukayyam adalah yang telah dijelaskan oleh pengarah program adalah spt berikut:

1. Tajmik (menghimpunkan) : mengukuhkan ikatan persaudaraan islam dan taat pada arahan, melatih supaya bersabar dan berdisiplin dan mengukuhkan rasa thiqah (percaya) sesama peserta.

2. Tarbiyah (mendidik) : menghidupakan kehidupan islami sepanjang program.

3. Tadrib (melatih) : Berlatih besabar dalam menghadapi kesusahan terutama dalam tempoh yang panjang dan tolong menolong dalam aktiviti.

Ini adalah lagu tema kami... mukhayyam 2011

Puluhan tahun telah kian berlalu
Jamaah dibina tanpa jemu
Pahit getir kita harung bersama
Manis juang nikmatnya terasa

Dalam usrah kita subur tarbiyah
Janji setia dipatuhi
Dalam gerak kita menyusun langkah
Amalan syura diyakini

Azam digenggam penuh tabah
Membina IKRAM untuk ummah
Ukhuwwah teras kegemilangan
Syari'ah menjadi pegangan

Demi redha Allah
Kita menjulang dakwah
berpandukan al-Qur'an
Menuruti as-Sunnah
IKRAM wadah perjuangan.. .
Share: