wah kecik sgt gamba nieh.. xpe bukak mata luas-luas @_@
sedang berehat.. sambil minum air syai ( teh) huhu.. Bersiap sedia utk ‘flying fox"
Nie Kem Komandan kami Ustaz Abdul Rasyid sedang memberi arahan kpd peserta
Sebahagian perserta mukayyam. nie je gambo yang sempat di ambil sowi..
Pusat Pendidikan Aman yaitu tempat yang asyi mengajar telah mengadakan Mukhayyam Tarbawi PPA 2011 pada 1 Jun 2011 hingga 3 Jun 2011 di Agro Resort Setiu, Terengganu. Program ini dirasmikan oleh Pengarah Pusat Pendidikan Aman, Ustaz Omar Alias pada pukul 11 pagi setelah ketibaan para peserta. Sebanyak sembilan kumpulan yang mengambil bahagian terdiri daripada staf PPA, guru-guru SRI /SMI Aman dan bekas pelajar dan asyi adalah salah seorg guru atau muallimah yang terlibat dalam program tersebut..
Pelbagai aktiviti ‘outdoor’ disediakan termasuk ‘flying fox’, night tracking’, ‘water confidence’ dan ‘raffling’. Selain itu, pelbagai pengisian berbentuk ceramah dan aktiviti ‘indoor’ turut dijalankan dan aktiviti yang diadakan banyak menguji ketahanan mentel dan kekuatan kerohanian di kalangan staf masing-masing. Program ini berakhir pada 3 Jun 2011 dan majlis penutup diadakan pada pukul 11 pagi.
Antara objektif mukayyam adalah yang telah dijelaskan oleh pengarah program adalah spt berikut:
1. Tajmik (menghimpunkan) : mengukuhkan ikatan persaudaraan islam dan taat pada arahan, melatih supaya bersabar dan berdisiplin dan mengukuhkan rasa thiqah (percaya) sesama peserta.
2. Tarbiyah (mendidik) : menghidupakan kehidupan islami sepanjang program.
3. Tadrib (melatih) : Berlatih besabar dalam menghadapi kesusahan terutama dalam tempoh yang panjang dan tolong menolong dalam aktiviti.
Ini adalah lagu tema kami... mukhayyam 2011
Puluhan tahun telah kian berlalu
Jamaah dibina tanpa jemu
Pahit getir kita harung bersama
Manis juang nikmatnya terasa
Dalam usrah kita subur tarbiyah
Janji setia dipatuhi
Dalam gerak kita menyusun langkah
Amalan syura diyakini
Azam digenggam penuh tabah
Membina IKRAM untuk ummah
Ukhuwwah teras kegemilangan
Syari'ah menjadi pegangan
Demi redha Allah
Kita menjulang dakwah
berpandukan al-Qur'an
Menuruti as-Sunnah
IKRAM wadah perjuangan.. .