Showing posts with label happy day. Show all posts
Showing posts with label happy day. Show all posts

Thursday, May 15, 2014

16 Mei Sejarah Hari Guru

16 Mei Sejarah Hari Guru16 Mei Sejarah Hari Guru
16 Mei Sejarah Hari Guru


16 MEI - SEJARAH HARI GURU

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam tahun yang sama 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council ) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report Of The Education Commitee ) sebagai dasar pelajaran negara kita. Dokumen tersebut dikenali sebagai Laporan Razak, telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.

1. Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.

2. Menarik perhatian ibu bapa , murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.

3. Memupuk semangat perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.

4. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.

5. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar, persidangan, melanjutkan pelajaran dan sebagainya.

6. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

Tema hari guru

1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan

1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi

1975 Guru dan Pembangunan Negara

1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan

1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan

1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang

1979 Murid Sejahtera Negara Jaya

1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara

1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat

1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu

1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan

1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan

1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan

1986 Pendidikan Teras Nasionalisme

1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan

1988 Guru Pengasas Budaya Membaca

1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera

1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang

1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan

1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan

1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia

1997 Guru Bestari Sekolah Bestari

1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama

1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang

2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan

2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama

2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan

2007 Guru Penjana Modal Insan Cemerlang

2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang

2009 Guru Pembina Negara Bangsa

2010 Guru Pembina Negara Bangsa

2011 Guru penjana transformasi pendidikan negara

2012 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
Share:

Wednesday, June 22, 2011

Suasana Malam Di Banda Aceh |0.25 mint|



Tengok ler macam mana suasana di kala.. eh.. waktu malam di Banda Aceh.. port lepak kebanyakkan budak Malaysia yang berada di Aceh. Hahaha.. tapi ni pakai camera Samsung Monte Hp.. tak berapa jelas.. almaklum Hp murah.. ^_^ so nanti ada yang best wa up kasi sama lu olang.. mana tahu nak pi Aceh.. kira nampak la jugak suasana dia macam ner.. ^_^

Sebenar kalau nak rakam ni bukan susah.. masalah wadud sekarang nak upkan kat Youtube neh yang problem.. tenet lembab umpama sepohon kayu yang masih basah (xde kene mengena) macam tu la.. lembab.. jadi nak up tu makan masa.. contoh size video tuh 1.6 MB, masa dia cecah sampai 3 mint nak up kat Youtube, Huh.. ^_^

Satu lagik.. gambar tak clear.. sebab malam.. lagipon masa rakam dia rotate senget lak.. so terpaksa guna software untuk stabilkan video tuh balik.. tu yang problem, size dia tak sama dengan size yang asli.. kalau asli lebar dia puas la kita nak tengok.. bila dah gune software tu.. dia convert dan kecilkan size daripada size asal video tuh.
Share:

Tuesday, June 21, 2011

Sumer Untuk Korang Yang Best!! ^_^

adf.ly - shorten links and earn money!
|UPDATE!!| Jam sekarang pukul 1.29.. huh.. berjaya jugak update link dari LinkBucks ke Adf.Ly. So.. dah siap update sekarang la masa untuk wadud share dengan korang sumer.. mungkin ramai yang tak tahu dan mungkin jugak sebelum ni dah pernah download tapi link mati, mesti ramai yang pikir wadud ni kaki tipu.. bukan.. sebenarnyer wadud sendiri pon tak tahu link dah dead.. takder sape sound.. bile hari tuh bukak.. lar patot la.. dah mati ropenyer.. hahaha.. jadi untuk pengetahuan korang.. sume link wadud dah tukar kepada Adf.Ly menggunakan Mediafire host.. jadi lepas ni insyaallah dah ok link. Dan.. korang kalau link ni dah tahap gaban.. kasi tahu la ea.. wadud musti renew punya.. ^_^

Kat bawah ni ada beberapa banyak software yang boleh korang download atau nak buat koleksi pon bleh.. sukahati korang.. kalau tak salah, ada dua link dari LinkBucks yang wadud tak dapat nak carik sampai sekarang.. so tak boleh la nak share.. yang lain sukahati korang nak buat apa.. ^_^ selamat mendownload.. opss!! jangan lupe pakai IDM software.. baru kaw laju.. ^_6

Soryyy tersangat geng.. wadud terpaksa remove link-link dari semua software sebab tersangat semak la pulak tengok.. so untuk download korang just klik SINI untuk dibawa ke Page Software ~MediaFire~ dan kat sana perbagai software free korang boleh download dan cuba sendiri.. 

Boleh jugak klik link dibawah ini untuk dibawa ke page Software ~MediaFire~.
Share:

Sunday, June 19, 2011

Kerana mereka kamu masih berdiri...


membina insan yang mulia di dunia dan akhirat...

Melangkah ke alam perjungan bererti selamanya dalam kepahitan.

Biarlah menangis, terluka, terjatuh dan kecewa kerana ALLAH.daripada mati tanpa Mujahadah.kita tak sanggup selamanya terluka,

Tapi ingatlah,

tiap air mati dan peluh yang jatuh,
itulah Mahar kita menuju ke syurga.Apabila ditanya ditanya,Kenapa Perjuangan ITU PAHIT???maka jawablah...Kerana SYURGA ITU MANIS.




kewajipan kita besar... masa yang terus beredar!! kekalkan kami dalam keimanan.. limpahilah kerahmatan...


Andai kau ingin berteman, Janganlah kerana kebaikannya, Kerana mungkin dengan satu keburukan, Kau akan membencinya....

Andai kau inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya, Kerana apabila dia buntu, Kau mungkin akan memfitnahnya....

Andai kau inginkan seorang teman,Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan, Kau mungkin akan menyalahkannya....
Andai kau ingin bersahabat, Terimalah dia seadanya, Kerana dia seorang sahabat, Yang hanya manusia biasa....

Jangan diharapkan sempurna, Kerana kau juga tidak sempurna, Tiada siapa yang sempurna.. Tapi bersahabatlah kerana Allah... "
Share:

Friday, June 17, 2011

Apa kata Nuffnang?

Ape di kabo Nuffnang pada blog KBM? hahahaha.. lawok-lawok.. sebenar saje jer test send ticket mengatakan bahwa KBM belom pernah dapat Buffered earning padahal pihak Nuffnang sendiri cakap macam gini :


Subject: Re: Buffered Earning.

Date: 17 Jun 2011 10:16 AM Posted By: Anne Cheah (Staff)

Hi there,

Thank you for your email. ;) From our records, your blog has been assigned a lot of CPM campaigns by advertisers.

Our system prioritizes blogs which have received less CPM campaign to be suggested to advertisers in the future for their ad campaigns as part of our initiative to ensure all of our bloggers are able to earn evenly from advertisers. That means there will be times where a blog will not be chosen for campaigns if it has been getting a lot of campaigns for a period of time.

In your current scenario, there isn't anything else you can do to increase the frequency of advertisers choosing your blog for campaigns cause it is quite peak. However, you can aim to increase the amount of earnings you can earn by increasing your traffic which will mean advertisers have a larger amount of ad space to buy on your blog in the future.

Cheers,
Anne Cheah
Blogger Relations

Nuffnang Sdn Bhd

www.nuffnang.com.my

This email and any files transmitted with it are confidential and intended solely for the use of the individual or entity to whom they are addressed. If you have received this email in error please notify the system manager. This message contains confidential information and is intended only for the individual named. If you are not the named addressee you should not disseminate, distribute or copy this e-mail. Please notify the sender immediately by e-mail if you have received this e-mail by mistake and delete this e-mail from your system. If you are not the intended recipient you are notified that disclosing, copying, distributing or taking any action in reliance on the contents of this information is strictly prohibited.


Kih3.. ape2 pon thanks kat Nuffnang sebab tersangat sudi nak bagi BE kat KBM.. huhuhu terharunyer.. (hehe) konklusi dari ini sume.. wadud nak sampaikan, kalaulah korang ada masalah dengan pihak Nuffnang boleh segera tanyakan soalan pada mereka.. semalam wadud hantar hari ni diorang balas.. ^_^
Share:

Thursday, June 16, 2011

Siapakah Nora Elena? |Beserta Gambar|

Adoi tensen betol.. apehal orang dok kecoh-kecoh sangat pasal Nora Elena neh? Ape yang best sangat samapi kat mana-mana musti ada nama Nora Elena. Buh la nama wadud ke.. hehe (kes cemburu neh). Tak bukan cemburu tapi mau tahu jer kes di sebalik kefamesan beliau.

Ropenyer Nora Elena tuh adalah sebuah tajuk cerita dalam Slot Akasia, sebuah cerita yang di adaptasi dari Novel Karya Meen Zulaikha. Tengah dok krobek-krobek google terjumpe lak biodata beliau (Nora Elena) comel gak.. heeeee... (^_^)

Biodata Siti Saleha / Nora Elena :


1. Nama : Siti Saleha Mohd Baharum.

2. Panggilan : Siti Saleha atau Saleha.

3. Tarikh Lahir: 14 Mac 1990.

4. Umur: 20. (muda lagik)

5. Tinggi: 165 sentimeter.

6. Berat: 50 kilogram.

7. Drama: Kasut Tumit Tinggi (2008), Farah, Kapten Boleh (2008), 5 Jingga (2008), Zaleha, Kecuali Cinta Mu dan Awan Dania musim 2.

9. Telemovie: Puaka Topeng Putih (2009), Hati Batu (2009), Raya Mona (2009), Kau Laksana Bulan (2009).

10. Teater: Stage Therapy (2009).

11. Iklan: Celcom, Wrigley’s DoubleMint (2008), Gillette (2008), Maggi (2008), Nestle (2007), Honey Soft (2006), Pantene (2005), F&N (2005) dan Nescafe (2009).


Sebenar banyak lagi gambar nak share.. tapi seksi sangat lor.. tapi comel lak.. heehehehehe.. (korang jangan jeles). 
Share:

Tuesday, June 14, 2011

Bukti rezeki dari allah..

Bukti rezeki dtg dari ALLAH..

rezeki dari Allah..

Pernah atau tidak anda mengajak kawan anda makan? Dan anda memang berniat untuk membelanjanya pada waktu itu. Dan anda telah membuat temujanji untuk bertemu di Restoran A. Malangnya apabila sampai di situ anda dapati Restoran A tutup pada hari berkenaan. Jadi anda pun pergilah ke Restoran B.

Di Restoran B ketika makan dan berborak-borak anda ternampak seorang rakan yang anda kenali baru tiba dengan seorang rakannya. Anda mempelawanya duduk sekali tetapi dia menolaknya dengan baik dengan alasan dia bersama rakannya tidak mahu mengganggu perbincangan anda.

Sedang anda rancak berbincang anda dapati rakan yang anda kenali tadi menegur anda kerana mereka berdua telah selesai makan dan berbisik kepada anda 'semua dah settle'. Anda tersentak tetapi dalam masa tersenyum sambil mengucapkan terima kasih kepadanya. Rupanya dia dah bayar bil makanan anda.

Sekarang marilah kita perhalusi perkara ini. Anda merancang hendak makan di Restoran A tetapi restoran tersebut tutup. Maknanya tak ada rezeki anda di situ dan Restoran A tak dapat rezeki dari anda pada hari itu sebaliknya rezeki anda ada di Restoran B. Anda ingin membelanja rakan anda sebaliknya anda berdua pula dibelanja oleh kenalan anda yang kebetulan anda temui di Restoran B. Anda merancang tetapi Allah yang menentukan.

Jadi bagaimana pula bagi anda yang bekerja dan makan gaji? Bukankah rezeki anda di tangan majikan? Kerana majikan yang membayar gaji anda setiap bulan. Jawapannya tetap Allah juga yang menentukan rezeki anda. Allahlah yang membuka pintu hati orang yang menemuduga anda untuk memilih anda. Allah juga yang memelihara kesihatan anda supaya anda dapat bekerja dengan sempurna. Sekiranya Allah mencabut nikmat kesihatan sudah tentu anda terlantar sakit dan akhirnya anda terpaksa diberhentikan kerja.

Jadi walaupun anda bekerja, jangan silap faham kuasa mutlak rezeki anda tetap di tangan Allah SWT. Bersyukurlah kepadaNya di atas kemurahan dan nikmat yang tidak terhingga yang dikurniakan kepada anda... peringatan juga untuk diri ini.. terlalu banyak kekurangan..


Share:

Monday, June 13, 2011

Mukhayyam Tarbawi Pusat Pendidikan Aman 2011

pengarah program.. Us Akhi Sabri.. sblh kanan beliau adlh.. Us Omar Alias (OA) PPA..

wah kecik sgt gamba nieh.. xpe bukak mata luas-luas @_@

sedang berehat.. sambil minum air syai ( teh) huhu.. Bersiap sedia utk ‘flying fox"

Nie Kem Komandan kami Ustaz Abdul Rasyid sedang memberi arahan kpd peserta




Sebahagian perserta mukayyam. nie je gambo yang sempat di ambil sowi..


Pusat Pendidikan Aman yaitu tempat yang asyi mengajar telah mengadakan Mukhayyam Tarbawi PPA 2011 pada 1 Jun 2011 hingga 3 Jun 2011 di Agro Resort Setiu, Terengganu. Program ini dirasmikan oleh Pengarah Pusat Pendidikan Aman, Ustaz Omar Alias pada pukul 11 pagi setelah ketibaan para peserta. Sebanyak sembilan kumpulan yang mengambil bahagian terdiri daripada staf PPA, guru-guru SRI /SMI Aman dan bekas pelajar dan asyi adalah salah seorg guru atau muallimah yang terlibat dalam program tersebut..

Pelbagai aktiviti ‘outdoor’ disediakan termasuk ‘flying fox’, night tracking’, ‘water confidence’ dan ‘raffling’. Selain itu, pelbagai pengisian berbentuk ceramah dan aktiviti ‘indoor’ turut dijalankan dan aktiviti yang diadakan banyak menguji ketahanan mentel dan kekuatan kerohanian di kalangan staf masing-masing. Program ini berakhir pada 3 Jun 2011 dan majlis penutup diadakan pada pukul 11 pagi.

Antara objektif mukayyam adalah yang telah dijelaskan oleh pengarah program adalah spt berikut:

1. Tajmik (menghimpunkan) : mengukuhkan ikatan persaudaraan islam dan taat pada arahan, melatih supaya bersabar dan berdisiplin dan mengukuhkan rasa thiqah (percaya) sesama peserta.

2. Tarbiyah (mendidik) : menghidupakan kehidupan islami sepanjang program.

3. Tadrib (melatih) : Berlatih besabar dalam menghadapi kesusahan terutama dalam tempoh yang panjang dan tolong menolong dalam aktiviti.

Ini adalah lagu tema kami... mukhayyam 2011

Puluhan tahun telah kian berlalu
Jamaah dibina tanpa jemu
Pahit getir kita harung bersama
Manis juang nikmatnya terasa

Dalam usrah kita subur tarbiyah
Janji setia dipatuhi
Dalam gerak kita menyusun langkah
Amalan syura diyakini

Azam digenggam penuh tabah
Membina IKRAM untuk ummah
Ukhuwwah teras kegemilangan
Syari'ah menjadi pegangan

Demi redha Allah
Kita menjulang dakwah
berpandukan al-Qur'an
Menuruti as-Sunnah
IKRAM wadah perjuangan.. .
Share:

Sunday, June 12, 2011

Hari Kiamat Untuk Semua. ~Khutbah Jumaat~

10 June 2011 hari jumaat suatu waktu yang dinanti-nantikan oleh roh berpakaian manusia untuk menunaikan perintah Allah yaitu berjemaah bersama-sama di tempat masing-masing bagi melaksanakan kewajipan besar sebagai hamba kepada sang Khalik yaitu Allah swt. Kebanyakkan manusia merasakan bahwa hari Jumaat adalah hari yang paling penting untuk ke Masjid dan shalat secara jemaah, dan yang paling sedih apabila seseorang mempunyai persepsi bahwa shalat yang paling penting adalah shalat Jumaat, sekiranya tidak ikut hadir maka laknat Allah akan turun padanya. Jangan lupa bahwa Allah juga telah mewajibkan kepada hambanya 5 waktu shalat dalam sehari dan dilakukan secara berjamaah.

Sebenar.. bukan tu yang saya nak kongsi, tapi berkenaan dengan masalah kehidupan di hari akhir nanti. Khutbah jumaat yang dikhatibkan oleh seorang Dosen terkenal. Dalam khutbahnya beliau menekankan tentang kehidupan di akhirat nanti, diawali dengan surah Waqiah ayat satu hingga ayat ke sembilan.


Bermaksud :

1. Apabila terjadinya hari kiamat.

2. Terjadinya tidak dapat didustakan.

3. Kejadian itu merendahkan satu golongan dan meninggikan golongan yang lain.

4. Apabila bumi digoncangkan sedahsyat-dahsyatnya.

5. Dan gunung2 dihancurluruhkan sehancur-hancurnya.

6. Maka jadilah ia debu yang bertebaran.

7. Dan kamu menjadi 3 golongan.

8. Yaitu golongan kanan, alangkah mulianya golongan kanan itu.

9. Dan golongan kiri, alangkah sengsaranya golongan kiri itu.

(Surah Waqiah : 1-9)


Dalam beberapa surah yang tak sempat saya ingat dalam kotak fikiran ini mengenai tergoncang nya air laut, langit-langit. Semua itu terjadi apabila dunia ini sudah bertemu dengan akhir ajalnya yaitu kiamat, gempa berlaku selama 40 hari 40 malam, angin beliung yang begitu agresif menghancurkan segala sesuatu dihadapannya, bukit-bukit dan gunung-gunung yang terkenal dengan utuhnya berdiri sebagai tiang penegak langit dan yang tertinggal hanyalah sebuah damparan datar berlantaikan debu-debu penghancuran.

Setelah berlakunya penghancuran total pada dunia ini dan hanya tinggal tanah lapang, Tuhan pula menurunkan hujan 40 hari 40 malam lalu memanggil malaikatnya Jibril dan memberikan tugas kepadanya untuk melihat kira-kira masih ada manusia yang tersisa lagi di dunia setelah berlakunya kiamat yang begitu dahsyat. Jibril lalu mengatakan bahwa tidak ada seorang manusia pun yang tersisa di dunia ini dan yang tinggal hanya beliau selaku saiyidul malaikat, penghulu kepada seluruh malaikat. Allah kemudian bertanya " Di manakah perginya keangkuhan dan kesombongan mereka semua sewaktu di dunia? " tiadalah Tuhan yang layak di sembah melainkan Allah s.w.t.

Allah s.w.t menghidupkan malaikat Israfil sebagai peniup sangkakala dan bangunlah kembali manusia yang pernah hidup di dunia menuju jenjang pertemuan antara Allah dengan semua hambanya sejak ummatnya Nabi Adam sehingglah ummat terakhir yaitu Nabi Muhammad s.a.w. Dalam pertemuan itu Allah bertanya kepada manusia beberapa hal yaitu mengenai :

1. Umur.

2. Jasad.

3. Ilmu Dan Harta.

Suatu ketika, Umar bertanya kepada Nabi tentang keadaan di padang mashyar nanti. Nabi Muhammad lalu menjawap bahwa akan adanya kelompok-kelompok di antara mereka dan masing-masing dari mereka tidaklah sama. Kelompok tersebut seperti berikut :


1. Kelompok yang disifati dengan berkeadaan tangan dan kaki berkata-kata.

2. Kelompok yang disifati dengan perubahan pada wajahnya kepada khinzir kerana tidak melaksanaka kewajipan shalat lima waktu sehari.

3. Kelompok yang disifati dengan keadaan kepala dibawah dan kaki diatas kerana terlibat dalam Riba dunia.

4. Kelompok yang disifati dengan perut yang memboyong besar kerana kesalahannya yang makan, minum dan tidur hasil harta anak yatim.


5. Kelompok yang disifati dengan sifat-sifat menawan, tampan wajahnya, berseri-seri seperti serinya seorang yang disayangi Allah. Kelompok ini tidak pernah berpaling dari Allah, melaksanakan segala perintah wajib maupun sunnat kerana ALlah semata-mata. Kelompok ini juga antara kelompok yang sempat melakukan pertaubatan kepada Allah s.w.t sebelum menjelang ajalnya.

MOga.. sekilas dari tulisan kecil ini bersama kita mendapat manfaat darinya. Tulisan ini bukanlah hasil copy paste dari mana-mana sumber sekalipun, ini adalah hasil dari catatan saya selama mendengar khutbah jumaat di Banda Aceh Indonesia. Sekiranya sesiapaun merasakan bahwa tulisan ini bererti, sudilah kiranya berkongsi-kongsi dimana pun ingin dikongsikan dan mohon artikel ini di linkkan pada link blog (KBM) ini. Terima Kasih.
Share:

Friday, May 27, 2011

[harakahdaily]Nik Aziz akan raikan 200 ahli Umno sertai PAS.

Jangan terlepas membaca entry di bawah ini :


SELAYANG, 27 Mei: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka akan meraikan hampir 200 ahli Umno yang menyertai PAS malam ini di Kampung Setia, Kuang.

Hampir 200 ahli Umno dijangka akan menyerahkan borang menyertai PAS malam ini kepada beliau yang juga Menteri Besar Kelantan itu.

Ia akan diketuai oleh bekas Ketua Umno cawangan Kampung Setia, Mat Senin Mat Lana.

Mat Senin telah lebih 10 tahun mengetuai Umno cawangan di situ dan beliau juga adalah pengasas kampung Kuang itu sendiri.

Fenomena kemasukan ahli dan pemimpin Umno tempatan ini menjadi rancak apabila kampung jiran mereka, Rahmat Jaya, Kuang memilih seorang wanita untuk mengetuai cawangan PAS di situ.

PAS mencatat sejarah tersendiri apabila seorang wanita menjadi ketua cawangannya yang pertama iaitu Puan Eisah A Wahid, 53, untuk PAS Cawangan Rahmat Jaya, Kuang.

Malam ini, kesemua mereka akan diraikan sendiri oleh Mursyidul Am yang juga Menteri Besar Kelantan ini.


PS : Suatu yang tak disangka2.. semua ketentuan ilahi kan? 200 ahli umno (korang tau sendiri) sertai pas.. kira tukar angin la ni.. satu berita baru yang baik dan mengejutkan.. wadud baca mula macam caya tak caya jer, tapi agak la sampai harakah nak cong pulak? sampai tuan Guru sendiri turun.. betol2 eahmat Allah.. tak lama dah ni.. tak lama dah, tengok la satu hari nanti dunia ini akan diperintah total oleh Islam. Aminn..
Share:

Sesungguhnya Kemalasan..



Sesungguhnya kemalasan adalah sebuah istilah yang ntah dari mana datangnye.. malasnyerrrr... cube bagi penampo tengok.. malas lagi tak?

Sesungguhnya kemalasan tidak akan terlepas dari diri seorang insan yang berjubahkan manusia.. malasnyerrrr... ce try suh sorang aweks lalu depan dia.. amacam? ok kan.. musti badan dan mata berurat?


Sesungguhnya kemalasan menjadi buah mulut orang yang merasakan dirinya malas walau dia sendiri tak tau amende malas tu sebenarnyer.. malasnyerrr... amik lighter, bako jer teros sume buku yang ada.. mesti rasa idiot kan?

Sesungguhnya kemalasan yang datang dari diri kita janganlah disalahkan pada syaitan pula.. malasnyerrr... kesian kat setan, tak pasal nama beliau menjadi ranking tertinggi?



Sesungguhnya kemalasan tidak akan datang sekiranya pikiran kita tak memikirkan kemalasan itu sendiri.. malasnyerrr... amik jer hammer atau kasut yang brand hammer tuh, usap2 kat otak bahagian dalam.. musti ok?

Sesungguhnya kemalasan bukanlah alasan bagi membentengi diri dari peluru-peluru nasihat orang lain.. malasnyerrr... ala alasan sume orang buleh bagi, kalau baby yang baru lahir dah reti cakap.. musti dia bagi alasan kat mama dia macam2, tu baby kan?

Alangkah baiknye kan.. istilah kemalasan ni dibuang jer terus out dari istilah bahasa.. ekekekee.. biasa la, orang tengah malas.. pikir nak final exam lagi, asingment betimbun.. badan letih.. (tapi leh update) so.. xnak pakai kemalasan dah.. nak.. nak.. nak gi mandi lor.. hahahaha... (sory3x) ^_^
Share:

Tuesday, May 24, 2011

KBM 2010 buat pengumuman.


Akhirnye.. dapat jugak menukar bakegeron(background) teman.. harap lepas ni cepat sikit loading banding BG yang sebelum ni kan.. try kasi feedback ada perubahan tak pada kecepatan access dalam blog KBM nie? hehee...


Satu lagi.. KBM secara resminya telah menukar Header kepada yang lebih simple dan kecil.. harap2 korang boleh terima.. hehehe.. malas nak buat header2 yang kaw2.. buat menyemak je.. orang pon tak runsing kan? ekekeke...

Dan.. lagi satu.. telah diresmikan jugak nama bagi KBM 2010 kepada Kehidupan Blogger Malaysia sahaja.. setelah disepakati bersama dengan Admin terhormat Kak Asyi.. telah membuat kesepakatan atas perubahan pada nama Blog kami.. URL tetap sama.. dont worry.. eceh.. hehehe.. bukan ape kan.. yela sekarang pon dah 2011.. tapi KBM masih 2010? tak kan nak ke primitif pulak? kene la ada suatu perubahan baru menuju era yang baru betol dak? hehehe.. so tak salah kan.. rasa2 lagi ringan kot banding sebelum2 ni.. nanti bagi la feedback ok.. ^_^ thanks all..

Buat kak Asyi.. kak.. yang pasa email kita tuh.. toksei la.. hahahahha.. xbest.. lau drang nak. drang tanya la kita ea??? kan3.. ekekeke...
Share:

Thursday, May 12, 2011

Kita Seringkali.

Kita seringkali melihat Barat membawa pengaruh negatif pada setiap pelusuk yang dijelajahinya, tetapi kita tidak pernah melihat bahwa diri kita sebenarnya telah melegitimasi setiap dari pengaruh negatif yang dibawa Barat.


Kita seringkali memvonis sesuatu dengan kesalahan fatal yang dirasakan tidak sesuai dengan diri kita misalnya pembawaan dunia Barat, tetapi kita tidak pernah melihat pada diri kita bahwa adanya eksistensi Barat tersebut pada lingkungan hidup kita.


Kita seringkali membuat kontroversial antara sesama ummat beragama, tetapi kita tidak pernah membuat sesuatu yang produktif bagi menarik perhatian ummat agama yang lain, malah seringkali merasakan bahwa merekalah yang seharusnya menunjukkan sikap yang optimis kepada ummat Islam.


Kita seringkali menghabiskan waktu dengan mentelaah ilmu-ilmu dunia Barat, tetapi kita juga sering melupakan bahwa kemajuan Barat masa kini adalah berawal dari kemajuan Islam dahulu.


>> Biarlah hidup ini penuh dengan kehinaan dunia, tetapi janganlah dibiarkan hidup ini penuh dengan kehinaan akhirat <<


FootNote : (artikata.com)

1.Melegitimasi : mengesahkan.

2.Memvonis : Menetapkan hukum.

3.Eksistensi : Keberadaan.

4.Kontroversial : Mengadakan perdebatan.

5.Produktif : Bermanfaat, mendatangkan hasil.

6.Optimis : Berfikiran terbuka.
Share:

Saturday, November 13, 2010

Senyumlah~~~

Senyum seindah suria yg membawa cahya.. test suara kit ekekke klo x cdap ttp telinga senang citer.. klo best meh berduet ngn asyi nk?? Senyum awet muda taw, don’t masyam2 okey?? asyi ada ckit nk kongsi ngn semua teman2 blog nie.. apa dia erk?? Meh baca lgi kt bawah nie..
 
SENYUM adalah bahasa dunia. Ia menunjukkan keceriaan dan SENYUM adalah perhiasan batin yang dapat membantu mengindahkan perhiasan lahir yang tidak sempurna.Setiap kali berhubung dengan orang lain, sewajarnyalah kita SENYUM.


SENYUM adalah jalan pintas bagi menyatakan anda menyukai seseorang."SENYUM" yang kamu berikan apabila berhadapan dengan sahabatmu adalah satu sedekah. SENYUM adalah jambatan persahabatan.. tuh tgk gambo kt atas wadud ngah senyum :-p

"SENYUM" juga adalah malaikat rahmat yang turun ke dunia.Kebanyakkan SENYUM adalah jangkitan.. alahai xkan ade virus MALWARE kowt?? Xdelah sbb kita SENYUM orang akan SENYUM balik kepada kita.

Orang akan merasa dihargai bila kita SENYUM padanya, sekligus ia akan memberi tanggapan yang baik kepada diri kita. Lantas .... kenapa kita tidak muliakan ? Muliakan dengan diri kita. SENYUMlah hari ini.

SENYUM adalah satu perlabuhan yang pastinya tidak akan merugikan. SENYUM harus ada ketululusan… yedak?? Klo betol like this!!!.. SENYUM yang dibuat-buat pasti tidak akan menyenangkan, sama saja dengan kening yang berkerut…

Adalah diperakui, setiap kali terSENYUM kita hanya menggerakkan 15 otot manakala ketika marah kitaakan mengedutkan 63 otot di bahagian muka. Perbuatan mengerutkan dahi saja memerlukan gerak kerja 40 otot. Bayangkanlah !!! perghhh…


Alangkah mudahnya membina rangkaian persahabatan...."Apa yang anda kehendaki akan lebih cepat diperolehi dengan SENYUM daripada memotong dengan pedang"


Semasa bekerja, semasa belajar SENYUM la ok adk awat hehe.. akan menumbuhkan rasa keriangan dan kegembiraan.Bila berhadapan dengan keadaan sukar SENYUMlah. Bukankah ketawa yang sopan itu
sehat.
Pujangga menyebut : "SENYUMan itu kelopak.

Tertawa itu bunga yang sempurna kembangnya.. betoi x adah????
Share:

Friday, October 15, 2010

" Kami pindah rumah "




- siap2 nak gerak.. :} -






- settle dalam masa 1 jam, ekkeekeke -


Adoi.. pindah rumah lagi.. memang perkaran yang agak susah apabila didengar tetapi terselit keseronokan di dalamnye.. hehehe..


Rini wadud dah duduk dalam rumah baru.. sebelum ni " kami " dalam satu bilik, tapi sekarang " kami " masing2 dah ada bilik.. best2.. :-p


Bayangkan 3 orang dalam satu bilik, sume dah la gedabak besar nak duduk dalam satu bilik? pergh mesti macam2 ada.. ekekeke..


So.. kami wat keputusan untuk pindah rumah, Alhamdulillah kuasa ALlah, dapat jugak la pindah.. takde apa2 halangan, mulia sungguh Allah.. :-)


Yang bestnyer, wadud ngan kawan2 lain sume dah tido dalam rumah tuh, walaupun tak siap sempurna lagi, hahhahaa..


Ape2 pon, dalam diri wadud, rasa bersyukur sangat2 sebab dah banyak sangat Allah bantu wadud dalam segala hal..


Insyaallah wadud akan update dan letak gambar rumah " kami " yang baru, heee... tunggu dan lihat.. baek punyarrrr...
Share: