Showing posts with label Semester 6. Show all posts
Showing posts with label Semester 6. Show all posts

Friday, June 17, 2011

Ddos Website. Hacking Tutorial.


Lame dah tak update pasal hacking.. hikhikhik.. ternyata masih ada sifat jahat dalam diriku.. ekekekke... bukan, ni just nak kongsi2 jer.. yang lain terserah korang nak buat ape kan.. pasal tutorial SQLi tu pon tak siap lagi.. nanti2 la wadud kasi yang full ok..

Hehehe.. so rini saje rajin, nak buat lak pasal DDOS website orang? pergh macam best siot.. step dia sangat mudah.. korang jangan wat kat orang lain tau.. sian drang.. untuk tau kelebihan DDOS ni, sila search kat google ea, jangan malas2.. tak pon try DDOS kat web korang..pastu tengok ape jadi ok?? :D


First skali, buka CMD korang >> Start >> CMD. Nanti akan muncul kotak hitam..


Pastu, taip kat dalam CMD macam ni >> ping website target -t -l 5000 >> enter. Contoh macam ni ping www.russia-travel.com -t -l 5000. 5000 tu sebagai bebanan DOS yang kita hantar pada web tuh.. nampak kan? ok kalau failed, korang boleh cancel, cara dia tekan crtl+c secara bersamaan. So.. kurangkan jumlah dari 5000 kepada 1000.


Tengok.. dah berhasil.. so untuk tengok effect dia, korang leh try masuk web yang dah DDOS tadi.. try bukak tengok.. ehehehhee.. so sekian dari newbie yang ngade2 ni.. ekekeke..
Share:

Monday, May 30, 2011

Kuasa Manusia (Yang Yin)

Jangan terlepas membaca entry di bawah ini :




"Uroenyoe tanyoe hana tamong bu Musda, kurang sihat kene selsema" wah.. kesian bu Musda (Agama dan Politik II) selsema.. boring jugak takder kelas kan.. kalau tak otak ni fresh jer masuk ilmu baru.. tapi setengah orang akan cakap "horeyy!! takder kelas hari neh!!, ape lagi tido ler" tapi setengah orang jugak akan cakap macam gini "adoi.. sayang betol takder kelas, tapi takpe ada masa nak siapkan asingment" sebab ape boleh kontradiksi pulak mood orang? sebab dalam diri kita nyoe na kuasa positif na kuasa negatif.. tergantung pada diri seseorang nak guna yang mana.. sebab kuasa tu memang dah Allah bagi pada setiap manusia dan manusia pulak mempunyai kekuatan untuk mengawal kuasa tersebut..

Kalau korang baca buku China SImbol dan Mistik (Harry T Morgan) korang akan dapat gambaran yang jelas walaupun bagi kita ummat Islam itu hanyalah sebuah mitos.. sekadar penambahan, China keyakinan orang china lebih tertumpu pada Symbol2, warna2, tumbuh-tumbuhan (lama xdengo) kehidupan, binatang dan segala sesuatu yang ada di dunia ini. Itu pasai bile kita tengok citer China, drang menyembah gamba nenek moyang drang, sebab drang menyakini bahwa gambar nenek moyang mereka itu bukanlah gambar yang biasa melainkan ada roh yang masih hidup. Begitu jugak dengan kertas warna merah, kalau cerita hantu china kan banyak drang guna kertas merah untuk menghentikan pengaruh roh jahat pada hantu? menurut kepercayaan mereka warna merah adalah simbol kebahagiaan dan keselamatan. Jadi, dengan kepercayaan yang begitu kuat, sampai sekaranglah etnis China masih populer hingga sekarang.

Balik pada kuasa baik dan jahat tadi, kalau kita betul2 mengkaji tentang manusia mulai dari zahirnya hinggalah kajian pada mendalam pada kebatinan, ape yang akan kita dapatkan bahwa adanya kuasa2 tersebut pada diri seorang manusia. Pernah dengo Yang Yin? yep itu bukanlah sekadar keyakinan mitos semata, tetapi diakui juga oleh banyak ahli perubatan menyangkut masalah kebatinan manusia, asal kedua buah kuasa tersebut juga dari China. Inilah yang dinamakan dengan Agree In Disagreement, kalau mahasiswa Perbandingan Agama tau la neh.. hehehe.. (dah lari)

Jadi.. konklusi dia, korang sebenar ada kuasa tersendiri cume tak berapa reti jer nak gunakan.. sebagai contoh real kan, kita tengok orang silat? kesenian Melayu tuh? takkan korang tak tau? bila seseorang yang betul2 mendalami ilmu persilatan, dia akan tau macam mana nak guna kuasa dalaman (silat batin) untuk mengalahkan lawan dan apabila dia mengalami kesakitan, dia akan tau cara2 untuk menahan atau meredakan kesakitan tu.. macam gitu jugak kita, kuasa tersebut bersifat relatif pada diri manusia.. kalau dia nak mengutuk, kuasa negatif akan mempengaruhi pikiran dia begitu jugak sebaliknye.. tapi kebanyakkan manusia tak sedar yang drang sebenar jugak ada kuasa, hehe tapi tak reti camne cara nak gunakan atau keluarkan kuasa tersebut sampaikan rasa bahwa diri drang tu.. alahai.. baek han payah hidop kan? ekekeke.. jangan sampai macam tuh.. martabat korang sangat tinggi di sisi Allah (bila mengerjakan yang baik la) cuma sifat kurang percaya diri tuh kurang.. (eleh, same gak macam eden) so.. insyaallah same2 la menuju perubahan yang sebenarnya okie? sebab sesuatu yang baik tu ada sesuatu yang sangat susah dan harus mengalami kesusahan dulu.. barulah kita nikmati hasilnya.. ^_^
Share:

Saturday, May 28, 2011

Pengasas Gereja Orthodox Indonesia (GOI).

Jangan terlepas membaca entry di bawah ini :


Tersebarnya pengatuh Kristen di Indonesia adalah bermula dari seorang bernama Byantoro yang ang pada awalnya adalah seorang penganut agama Islam, beliau selalu pergi ke masjid sejak berumur 5 tahun di bawah bimbingan Atuknya. Ketika sudah meningkat dewasa, Byantoro mula mencari dengan bersungguh-sungguh khusunya mengenai Allah yang sejati

Semasa beliau berumur belasan tahun, is bertemu dengan seorang suami guru sekolahnya yang telah berpindah ke Kristen. Lalu terjadi perdebatan antara kedua mereka, antaranya mengenai Trinitas, Inkarnasi Yesus Kristus dan sebagainya. Dalam perdebatan tersebut Bayntaro telah berjaya mengalahkan penganut Kristen tersebut dan tetap juga tidak percaya pada kebenaran Injil.

Pada suatu malam ketika Byantoro asyik membaca al-Quran dan berdoa, tiba2 Kristus telah menampakkan dirinya dengan satu cahaya yang terang. Dia mula meragukan fikirannya, dan mula bertanya-tanya siapakah itu sebenarnya Yesus Kristus?

Setelah itu, dia mula mendalami hal-hal yang berkaitan dengan Yesus Kristus sehingga ia terjumpa sebuah Firman yang berbunyi : "Allah, firmannya yang disebut anaknya dan rohnya bukan tiga Allah yang berbeda, namum realitas di dalam satu Allah. tanpa roh tidak ada yang hidup dan tanpa firman adalah bisu. Jadi itulah satu Allah" kemudian dia mula membuat analisa dari kajian2nya, "jika diantara manusia, komunikasi dilakukan dengan kata2, maka demikian dengan ALlah, bahwa hanya dengan melalui satu firman yaitu Yesus Kristus maka komunikasi antara Allah dan manusia akan terjalin. Dengan itu, konklusi yang ia dapatkan adalah "sekiranya ingin mengenal Allah tidak lain kerana ia tidak mengenal firmannya yaitu Yesus Kristus. Dengan demikian ia memutuskan untuk percaya kepada Yesus Kristus seraya berkata bahwa ia percaya kepada Yesus kristus dengan sepenuhnya keyakinan. lalu Byantoro dibaptis dalam Kristen Protestan Reformasi dan diberi nama Baptis Daniel.

Ps : So?? dah baca kan.. kebanyakan yang wadud perati, mantan Islam yang masuk ke Kristen tuh, tak dapat memberikan alasan yang kukuh mengapa boleh berpindah dari Islam ke Kristen, macam2 video boleh korang tengok perdebatan antara Islam dengan Kristen. Bila ditanyakan mengapa boleh bertukar agama? kebanyakan alasan drang sume nyer lebih kepada imijinasi.. huh.. mimpi tu, mimpi ni.. sedangkan dia sendiri tau kebaikan dan kesempurnaan dalam Islam tu.. tapi sebab pe? dunia la beb.. ape lagi..
Share:

Friday, May 27, 2011

Beza Perjanjian Lama dengan Perjanjian Baru, Siapakah Paulus?


1. Apakah yang menjadi perbezaan antara Perjanjian Baru dengan Perjanjian Lama?


Jawapan :

- Perjanjian Lama dikenali dengan Taurat, ummat yang berpegang pada kitab Taurat adalah ummat Yahudi. Rasul atau Nabi yang membawa Kitab Taurat adalah Nabi Musa Alaihissalam. Perjanjian Lama juga diperkuat oleh kitab lain yaitu Talmud malah Talmud menjadi kitab utama berbanding Kitab Taurat. Kitab2 dari Perjanjian Lama antara lain adalah dari cerita2 awal, puisi dan ramalan2. Antara fasal yang ada pada Perjanjian Lama adalah Taurah, Fasal Kenabian, Fasal Syair dan Hikmah. Perjanjian Baru pula dibawa oleh Nabi Allah Isa as kitab yang dibawa beliau dikenali dengan Injil. Di dalam Injil termuat sebanyak 27 judul, dari 27 judul tersebut pula terdapat empat bahagian penting darinya yaitu ( Gospels, Act Of Apostles, Epistles dan Apocalypse ). Sebagai penambahan nabi Isa duga dikenali dengan Yesus atau Jesus sebagai nabi kepada umat Israel.


2. Bagaimana bisa terjadinya panggilan Christian terhadap umat Kristen sendiri?


Jawapan :

- Pada awalnya, Kristen dipanggil dengan Early Christians berarti pengikut Yesus yang paling awal sekali. Mereka juga dipanggil dengan Nazareth oleh kaum2 Yahudi, Nazareth pula adalah sebuah tempat tinggal keluarganya Nabi Isa. Kemudian Nazareth diterjemahkan mengikut terjemahan bahasa Indonesia maka jadilah ia Nasrani. Setelah wafatnya Nabi Isa @ Yesus, bermulalah ajaran2 dari Paulus dan Barnaba. Dalam ajaran2 mereka, mereka seringkali mengatakan bahwa Yesus itu Kristos (Almasih) disebabkan seringnya mereka dengan pembawaan begitu, masyarakat setempat mula memanggil mereka dengan panggilan Kristos (Christians). Apabila diterjemahkan mengikut bahasa Indonesia adalah Kristen.


3. Siapakah Paulus?


Jawapan :

- Paulus adalah seorang manusia yang dinobatkan sebagai Rasul pengganti Yesus, setelah berimannya beliau dari ajaran agama Yahudi. Nama asal Paulus adalah Saul, pada waktu kecil beliau telah dibawa oleh keluarganya agar disekolahkan di sekolah Yahudi. Selama di sekolah Yahudi, Paulus begitu fanatik dengan agama Yahudi sehingga beliau sangat bermusuh dengan pengikut Yesus. Lalu rahib Yahudi yang terlihat begitu extrem jih si Paulus, beliau dikerah agar mengepalai pasukan untuk menyerang pengikut Yesus dan membunuh habis dari kalangan mereka. Setelah semua habis dibunuh, lalu ada segelintir dari pengikut Yesus yang lari ke Damaskus dan dikejar oleh Paulus dan kelompoknya ke Damaskus. Mengikut kajian di buku Bible, Quran dan Sains Modern karangan Dr Maurice Brucaille, Paulus terlihat cahaya yang begitu terang dan bunyi yang sangat kuat. Di situlah Paulus bertaubat dan berimana kepada Yesus Kristus.

PS : sebenar ni tugas wadud jer.. hehehe mengikut dari asemen yang dibuat.. kan mudah jer dah jawap kalau kita kuasai? kiranya soalan2 tu wadud dah ringkaskan, kiranya tak macam dalam asemen panjang lebor kan.. ^_^
Share:

Thursday, May 26, 2011

Wajib baca. Penghinaan terhadap Islam.


Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara
12:08 am on May 26, 2011

Siapakah Illuminati yang sebenar? Mari kita siasat! Sebenarnya, Illuminati ialah pertubuhan konspirasi yang penuh dengan ajaran setan yang sesat. Antara ajaran setan yang paling sesat di dunia ini ialah ajaran yang berusul dari padang pasir sial Arab, yakni ajaran babi Muhammad yang penuh dengan perkara lucah dan sial, yakni Islam. Islam bermaksud “berserah” bukannya aman damai. Konsep aman damai yang dimaksudkan dalam Islam ialah, demi sesungguhnya kosep aman itu boleh dicapai dengan satu jalan setan, yakni, dengan cara kita menyerahkan diri kita sepenuhnya, memberi kuasa kepada rekaan babi Muhammad (Allah swt), mejadikan diri kita sial dan keji, yakni dengan menghambakan diri kita kepada setan yang bertopengkan tuhan yang bernama Allah swt. Islam ada jalan masuk tetapi tiada jalan keluar (kalau nak mampos, beranilah keluar). Ini sebiji macam konsep yang kita tahu tentang Illuminati dimana mereka mengucapkan perjanjian untuk taat sepenuhnya kepada prinsip-prinsip Illuminati. Sampai sekarang kita tak tau saper sebenarnya Illuminati. Jika kita membuat deduksi logik, dengan serta merta kita boleh lihat dan sedar bahawa inilah dia pusat yang terpenting sekali yang diasaskan oleh pertubuhan Illuminati!!


Hari ini Allah swt tengah murka pada seluruh kaum Adam terutamanya umat kesayangannya, yakni umat Islam yang telah jauh sesat. Maka, Allah swt menurunkan bala yang setimpal di Masjidil Haram di kota Mekah Al-Mukaramah, megeluarkan jerung raksasa yang lapar dari perut bumi. Kota Mekah dilanda banjir dan pengunjung-pengunjung beribadat sekeliling baitullah digigit dan dinyonyot sepuas-puasnya oleh binatang peliharaan Allah yang istimewa ini! Allahuakbar!!

Artikel asli di sini.

Bagaimana perasaan korang bila dah baca blog dia? sebagai ummat Islam yang betol2 radikal (extrem) mesti terasa sangat tercabar.. Mekkah dan Nabi tersayang kita Muhammad telah diperlecehkan begitu sahaja. Walaupon kita ni bukanlah duduk sezaman dengan Nabi, tapi betapa kuatnya pengaruh kasih sayang kita pada Nabi dah bertahun2.. ye dak? bohong la korang tak rasa.. kalau tak rasa, cube tengok komen2 kat blog suspek tersebut.. banyak kan? sume berbau caci maki.. kalau boleh nak tu la.. nak ni la.. tu tandanya, walau kita ni ranggi.. rockers.. tapi bila hina Islam, mai sini.. sebab tu adalah muruah bagi seorang ummat beragama Islam. Macam tu jugak dengan penganut lain.. kalau kita pi caci maki Tuhan drang.. tak kene pelempang sebijik? macam tu lah..


PS : Jadi.. ni menurut pendapat wadud la, setelah terpikir2, dari pukul 6 AM tapi sampai la habis kelas pukul 2 PM pasal penghinaan secara terang-terangan pada Islam ni. Boleh tak wadud kata ni hanya provokasi? atau sengaja buat2 kontroversi? dalam buku AWAS, BIBEL MASUK RUMAH KITA tulisan Tim Fakta di Indonesia atau anti murtad, beberapa pastor Kristen telah diarahkan untuk mengKristenkan ummat Islam. Tidak kira sape orang yang diKristenkan tersebut, mungkin dikususkan pada umur2 yang dah boleh mengenali agama. Singkatnye.. seorang pastor telah berjaya memikat hati seorang janda beragama Islam, pada awal perkenalan mereka.. si pastor hanya bercerikan tentang kebaikan Islam dan kejernihan dalam Islam. Tapi.. setelah lama perkenalan mereka, si pastor mula perlahan mengubah haluan ceramahnya kepada aliran Kristen. Hanya berdalilkan mengikut quran secara tidak sempurna (pendek2) lalu melogikkan fikiran si janda tadi sehingga si janda tersebut hampir 100% masuk ke Kristen. Mujur adiknya sempat menghubungi Tim Fakta mengenai tingkah kakaknya, dan setelah Tim Fakta berkunjung ke rumah si janda tadi. Selesai lah masalah pemurdatan dari pastor tersebut, selamatlah si janda dari tusukan duri yang sungguh kecil yang akhirnya akan mereka sehingga ke jiwanya.

OK.. dari cerita tadi, wadud nak gambarkan pada korang.. kalau seseorang ingin memurtadkan orang lain, cara yang sangat efektif adalah dengan cara halus. Seperti Freemason, Illuminati dan lain2. Group di bawah pertubuhan mereka yang ada sehingga sekarang, famous di Malaysia dan di mana yaitu adanya etnis Punk, Skinhead, Nazi, dan macam2. Tapi bila kita tengok balik pada ayat2 suspek (makcikhajjah) itu disengajakan, hanya menginginkan kontroversial dari pihak Muslim, mungkin saja dia mendapat perlindungan di bawah puak2 Yahudi? wang yang banyak? korang sendiri pun tahu, dunia maya ni siapa yang berotonomi? Yahudi! Yahudi tu kalau korang nak duit.. buat lah macam ni, lagi2 korang join Freemason, mintak ape jer dah dapat. pernah tengok citer The Skull? haa.. tulah Freemason.. awal2 dia bagi kita macam2, last dia suruh bunuh budaya kita sendiri. Sanggup ke korang nak bunuh ummat Islam? same jugak dengan kes ni.. boleh jadi kan? tak de menda mustahil hidup kat dunia ni kalau betul nakkan dunia.. tersangat mudah, tambah lagi dengan jalan yang haram.. huh.. click jer.. dapat la sume..


Sekarang korang boleh masuk pada web dia.. tengok sendiri komen2 yang dilontarkan oleh Muslim2 Malaysia, mungkin ada jugak dari Negara lain.. 80% sudah berjaya si suspek menaikkan kemarahan drang, lagi 20% wadud tengok komen yang masih bersifat sabar dalam kemarahan. Bukan ape, bagi wadud la kan.. kalau dah macam ni web dia? kita sebagai Muslim terhormat, tak payah la maki2 hamun dia tu.. buang masa korang je.. lagipun kita bukan tau sape sebenar dia.. indentiti tak jelas, nama pon dalam dunia maya.. mana nak cari kan? bukan nak kata wadud ni baik.. tapi korang yang lagi berpengehuan dlaam hidup ni mesti lagi hebat.. tu la yang wadud nak korang kongsikan pendapat korang.. efektif ke cara kita ni? dok kata nak bunuh, nak cari la, caci maki habis2san.. kat situ si suspek dah berjaya dan boleh mengatakan bahwa Muslim era kini suka caci2 ni.. tapi buat idak jugak. Nak ke title tu ada pada kita? cube kroang selidik betul2 ape sebenar yang suspek tu nak? wadud baca sekali jer blog dia.. hum.. bukan nak kata hebat, tapi dah boleh baca orang2 macam ni.. terus terang menghina Islam. tak payah lain dan amik tindakan dengan membuat laporan pada pihak yang berwajib.

Kalau ikut kan hati ni.. memang wadud nak nak caci maki, tapi ape dapat? kalau kita ikut thread di blog dia.. kita komen dan dia balas.. tambah lagi sakit hati.. so, bagi wadud nak komen sebagai memberi pengajaran tak per.. doakan dia, tapi jangan sampai mencarut2.. tu dah bukan nilai murni dalam Islam. Dan boleh jadi jugak beliau ni bukan orang Islam sebab langsung tak de sensor sikitpun kan? Konklusi dari sume ni.. rasa korang sendiri faham inti dari koreksi2 wadud kat atas.. hope korang sume berfikir positif ea.. hehehe.. sebab insyaallah wadud jugak inginkan dunia Islam yang sebenar menjadi kekuasaan terbesar kat dunia ni.. baru betol.. satu lagi, korang boleh juga letakkan pandangan2 korang.. kita bincang sama2 kes2 macam ni.. nak biar memang tak boleh sebab dah menjadi kewajipan kita sebagai ummat islam.. tapi bukan dengan kekerasan melainkan dengan kebijaksaan seperti cerdiknya Muhammad S.A.W.
Share:

Wednesday, May 25, 2011

[harakahdaily.net]Hina Islam: Abim gesa ambil tindakan tegas.


sekadar gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 26 Mei: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) memandang serius kewujudan laman web dan blog yang menghina imej serta kesucian agama Islam.

Dalam kes ini, Abim merujuk kepada penyebaran beberapa bahan penulisan dalam blog dengan panggilan Makcik hajjah, dan laman Facebook menggunakan nama 'Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara'.

Setiausaha agungnya, Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, berdasarkan daripada keterangan yang diterima serta penyelidikannya, bahan-bahan yang dimuatkan dalam blog terbabit jelas menggambarkan niat jahat dan provokasi penulis blog tersebut.

“Tindakan ini amat dikesali dan jelas-jelas telah menimbulkan kemarahan umat Islam,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru, Abim beserta Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah mengajukan laporan polis di Balai Dang Wangi.

Menilai daripada itu, katanya Abim menuntut agar pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri serta pihak berwajib segera menyiasat secara terperinci insiden yang sangat mendukacitakan ini.

Katanya, Abim menuntut agar dakwaan dan tindakan tegas dikenakan terhadap beliau dan mana-mana pihak yang bersubahat.

“Abim juga dengan ini mendesak agar pemohonan maaf dikeluarkan secara rasmi dan terbuka oleh beliau terhadap seluruh umat Islam,” ujarnya.

Abim, tambahnya mengambil kesempatan ini untuk menyeru mana-mana pihak agar tidak menyalahgunakan kebebasan ruang maya untuk menghina agama Islam.

“Sebagai agama Persekutuan, kesucian dan kehormatan Islam haruslah dipertahankan dari sebarang unsur-unsur atau usaha untuk mencemarkannya,” ujarnya.

PS : Korang nak tengok ke blog dia? jap lagi wadud post dan koreksi mana2 yang boleh.. ikut pada kecetekan ilmu ni la.. korang pon boleh baca sendiri.. tapi ingat, dalam blog dia, macam2 provokasi yang dibuat atas alasan2 tertentu..khusus untuk ummat Islam.. kalau korang baca.. komperem bengang, panas, rasa nak hayun, nak tikam sikit2, nak carik2 kulit, nak siat2 dan macam2 lagi.. memang tu tujuan si penulis.. jap lagi wadud post.. amik satu artikel kemudian kita koreksi sama2.. korang jugak disarankan agar meletakkan persepsi masing2.. kita sharing untuk jatuhkan suspek tersebut, wawawawa.. suspek pulak.. sebab, berkemungkinan suspek adalah orang yang mempunyai populariti yang tinggi, sape tau? sampai skang ok jer? budak2 hacker pon senyap.. lagipon, memang susah nak jahanamkan blog tersebut.. tapi tu lah, kita gunakan akal sihat ni untuk jerumuskan suspek tu kepada kebaiakan.. moga2 dia berubah, sesal dengan perbuatan dia.. amin..
Share:

Roma Khatolik, Orthodox Timur, Protestan II.



Seperti yang diketahui pada artikel yang sebelum ini.. Protestan berkembang dari kelompok Khatolik Roma yang dipelopori King Luither, dengan berkembangnya aliran2 tersebut, aliran Orthodox Timur juga ikut berkembang pesat.. malah mengikut purata atau majoriti jumlah pengikut yang paling banyak adalah di Orthodox Timur setelah Khatolik Roma, bermaksud Khatolik Roma menjadi ranking pertama umat terbanyak.

Gereja Khatolik Roma memiliki satu Patriarch (tengok sini) yaitu Paus, pada tahun 2010 Patriarchnya adalah Paus Benidiktus XVI, begitu juga gereja Orthodox timur memiliki Patriarchnya masing2.

Gereja Orthodox timur membahagi Yuridiksinya (bahagian2) sebagai berikut :

1. Takhta ke patriarch an Apostolik Utama.

a. Ke patriarch an Kontantinopel yang berpusat di Turki, tahun 2010 oleh Patriarch Bartholomew I.

b. Ke patriarch an Alexendaria yang berpusat di Mesir. tahun 2010 oleh Patriarch Theodoros II.

c. Ke patriarch an Anthiokia yang berpusat di Suriah, tahun 2010 oleh Patriarch Agnatius IV Hazim.

d. Ke patriarch an Yerusalem yang berpusat di Israel, tahun 2010 oleh Patriarch Theophilus III


2. Takhta ke Patriarch an Wilayah.

a. Ke patriarch an Russia, tahun 2010 oleh patriarch Kiril I.

b. Ke patriarch an Serbia.

c. Ke patriarch an Romania.

d. Ke patriarch an Georgia.

e. Ke patriarch an Bulgaria.


3. Gereja2 Autochepalus.

Di mana gereja2 ini mendapat kepimpinan secara sendiri dan penuh, walaupun pemimpinnya bukan di kalangan Patriarch tetapi pemimpin gereja2 ini mempunyai kedudukan yang istimewa dan serata dengan patriarch.

a. Gereja Orthodox Yunani.

b. Gereja Orthodox Polandia.

c. Gereja Orthodox Albania.

d. Gereja Orthodox Ceko dan Slovakia.

e. Gereja Orthodox Siprus.

f. Biara Agung Sant Katarina dari gunung Sinai.


4. Gereja2 Otonomi.

Gereja2 tersebut ini diakui pada sendirinya, tetapi berdiri sendirinya gereja ini masih tidak diakui secara penuh oleh kePatriarchan Konstantinopel.

a. Gereja Orthodox Finlandia.

b. Gereja Orthodox Jepun.

c. Gereja Orthodox Cina.


5. Gereja Diaspora.

Terdiri secara sendiri juga diberikan wewenang secara sendiri juga. Dan diakui apostolitasnya oleh seluruh gereja Orthodox.

a. Gereja Orthodox Amirica.


6. Gereja Orthodox Russia, adalah gereja yang masuk ke Indonesia secara resmi dan berhukum dengan nama Gereja Orthodox Indonesia (GOI).

PS : Amacam? ok kan.. ni sebenar ringkasan dari copy Kristien Forum, nak terang ape yang paham.. susah sebab kene jugak ada note2 dia untuk kepastian. Yela.. skang dah macam2 aliran lahir.. so orang skang musti pandai2.. tambah2 nak menilai mana baik buruk kan? hehehe.. (walaupun hakikatnya sebaliknye) jadi kene la ada note2 dari mana sumber yang dah wadud baca.. musti korang nak tau jugak kan.. baru la betol.. ni tak, main cakap je sume orang boleh cakap.. lagipon, bukan nak suruh korang hapai satu2.. ni nak bagi paham jer.. ^_^ nanti korang buleh la bandingkan dengan agama kita kan? so up to u la nak pilih yang mana, mana yang terbaik.. Allah sendiri kata, tiada paksaan pada untuk beragama, tetapi agama Allah itu adalah agama islam? kan?
Share:

Tuesday, May 17, 2011

Membongkar Aliran Sesat Millata Abraham.


Selama wadud tinggal kat Aceh ni.. tak asing lagi dengan seminar2 pasal aliran sesat, memang di Aceh ni khusus di Jawa Barat pesat berkembang aliran-aliran sesat. Sedangkan kita pun tahu kan, di Indonesia rata2 orang beragama Islam tapi boleh pulak lagi banyak timbul aliran sesat. Menurut Presiden Konferensi Dunia Agama-agama untuk Perdamaian (WCRP) itu, kelonggaran yang muncul sejak reformasi bergulir, juga memberi peran pada maraknya kemunculan aliran sesat. Data menyebutkan sejak 2001 hingga 2007, sedikitnya ada 250 aliran sesat yang berkembang di Indonesia, 50 aliran di antaranya tumbuh subur di Jawa Barat. Amacam? ok skang kita tumpu di tempat wadud study di Aceh. Sangat terkenal dengan aliran sesat yaitu Millata Abraham ataupun KOMA.




Pada 16/05/2011 wadud ada ikut seminar bertema 'Benarkah Millata Abraham/Mu'min mubaligh sesat?' bermula dari jam 9.00a.m sampai pukul 1.00pm. HUh.. lame kan? hehe.. sebenar kajian2 ni sangat berkaitan dengan jurusan wadud 'Perbandingan Agama'. Pengkaji2 yang datang adalah Ibu Eliza,Tengku Karimsyeikh ketua MPU, Ust Yusran Hadi MA seorang alumni Madinah. Mereka membongkar rahsia2 dari Millata Abraham ini dari cara mereka merekrut orang2 sampailah menyangkut iktikad atau keyakinan mereka. Kita akan dapat menilai sendiri setelah wadud berikan ciri2 mereka di bawah ini.

Sejarah singkat awal timbulnya aliran sesat Millata Abraham ini adalah bermula dari seorang tokoh dari France Roger garaudi, tetapi setelah sekian lama beliau beralih pula pada agama Islam. Ini bererti bahwa kayakinan Millata Abraham itu tidak benar, kemudian di Indonesia tokohnya bernama Ahmad Musodiq tetapi dengan perubahan nama dari Millata Abraham kepada Akidah Al-Islamiah, pada 3 Oct 2007 aliran tersebut dilegitimasi sesat lalu Ahmad Musodiq divonis penjara. Namun, ini tidak bererti bahwa aliran itu terhenti di situ sahaja, ianya diteruskan oleh seorang dari golongan KOMA bernama Muzakkir lalu di instrumenkan menjadi Millata Abraham.


Ciri2 dari Millata Abraham adalah :

1. Menggabungkan semua kitab suci lalu disesuaikan. Untuk ini, kita ketahui bahwa tiada kitab suci lain yang disahkan benar selain Al-Quran.

2. Lebih mementingkan Kiammulail, tetapi shalat itu dipandang tidaklah sepenting Kiammulail. Bererti Kiammulail sebagai pengganti pentingnya shalat.

3. Mengakui bahwa adanya Nabi Akhir tetapi tidak mengakui bahwa nabi Muhammad adalah Nabi akhir zaman. Umat Islam menyakini bahwa Allah adalah Tuhan semesta alam dan Muhammad adalah PesuruhNya yaitu Nabi akhir bagi segala nabi. Adakah mereka beragama islam?

4. Dari sepotong ayat Quran 'Bismillah' dari 'Isme' bukan bererti 'Nama' tetapi 'ideolodi' 'pahaman'. Bukan dengan nama Allah tetapi dengan ideologi manusia.

5. Mempercayai Ahmad Musodiq sebagai Messias yaitu Nabi Akhir.

6. Malaikat bukanlah makhluk ghaib melainkan kelompok manusia yang memahami Taurat dan Injil.

7. Allah itu mempunyai 3 peran Rabbu, Malik, Makbud.

8. Ciri orang beriman adalah orang yang menempatkan quran sebagai sumber utama tetapi menolak langsung ijtihad ulama, menolak Hadits dan lain2 yang menjadi penerjemah dari Quran.

9. Shalat mereka bersistemkan Taammul, yaitu merenung atau Meditasi.

10 (ciri2 mereka ada 11, tak semua wadud dapat)


Pada tahun 2009, sebanyak 700 orang ditangkap mengikut Millata Abraham dan kebanyakkan yang menjadi pengikutnya adalah kalangan Mahasiswa. Mereka menutup mata orang-orang dengan duit dan kemewahan yang begitu banyak mereka miliki. Seperti yang dikatakan oleh seorang Dosen di seminar tersebut, mereka juga memiliki kuasa pukau sehingga orang yang direkrut tersebut tidak melihat secara nyata apakah sebenarnya yang mereka inginkan. Mereka boleh memberi sejumlah wang yang begitu besar dan memberinya tanpa apa2 masalah. Dosen atau LEcturer tersebut juga menjelaskan bagaimana cara untuk menghindari dari pengaruh aliran ini, antaranya adalah seharusnya seseorang itu mempelajari dari ahlinya dan bukan hanya menyelidiki sendiri2. Jangan terlalu mudah terpedaya dengan muslihat mereka dengan sejumlah wang yang diberikan. Juga, landaskan lah apa-apa sahaja perkara dengan bersumberkan dari Quran dan Sunnah.

So korang.. hati2 la ea.. datang Indo, kene ada geng.. bahaya kalau korang pandai2 je.. tak pasal2 kang tak balik Mesia korang, haha.. lau datang Aceh.. call jer wadud ok.. ^_^
Share:

Sunday, May 15, 2011

Rahsia Nyamuk.


Apehehai la banyak bebeno nyamok kat Aceh ne? dah pasang ubat nyamok pon ade lagi ke? alahai.. nak bagi camne lagi bio mereke2 tersebut tak ngacau lagi ntah?? huhuh.. (so bermula lah pencarian di google)


Sebenar kan, kalau nak hindarkan diri dari berasosiasi dengan nyamuk ne.. tak payahla, sebab kat mana ada manusia kat situ la ada nyamuk. Berdasarkan penelitian seorang peneliti Inggeris, nyamuk menyukai manusia kerana atau lebih spesifik menyukai darah manusia. Sebab ape nyamuk suka darah manusia? sebab dalam darah manusia ada satu darah yang dinamakan dengan nonanal, darah tu lah yang dihisap nyamuk.


La macam tu je? ada lagi, selama proses wadud mencari2 penelitian orang lain tentang nyamuk ada jugak yang berkongsi secara lebih detail lagi tentang nyamuk. Soalan dia, nyamuk hisap darah manusia untuk apa?



Dari bacaan2 wadud, nyamuk hisap darah manusia kerana pada darah manusia mempunyai zat yang sangat diperlukan nyamuk agar dapat memberikan protein pada telur2nya. Kebanyakkan nyamuk yang menghisap darah ini adalah nyamuk betina, nyamuk jantan pula tidak menghisap darah manusia kerana jarum yang dimiliki nyamuk jantan tidaklah sesempurna jarum yang dimiliki nyamuk betina. Maka dengan itu nyamuk jantan hidup dengan apa? sebagai menambah pengetahuan makanan asasi nyamuk adalah Madu dan Manisan lainnya, bererti tidak semestinya darah manusia.


Jadi bagaimana pulak cara nyamuk menghisap darah manusia? dari narasumber2 ape yang wadud tau, nyamuk betina menghisap darah manusia bukan hanya dengan menusukkan jarumnya sahaja, tetapi juga menghiris kulit manusia yang se direct dengan pembuluh darah dengan menggunakan rahagnya, setelah itu barulah dimasukkan jarum sehingga menembus pembuluh darah manusia. Manusia juga mempunyai pelindung dari gelaja tersebut, manusia mempunyai darah putih yang akan menutup kembali luka hirisan nyamuk tadi. Jadi nyamuk mempunyai kesukaran untuk menghisap darah kerana gumpalan2 darah putih telah menutup darah merah sehingga yang dihisap adalah darah putih.


Tetapi nyamuk mempunyai asid atau bius agar kerjanya menjadi mudah dan lancar, asid dari nyamuk tadi tidaklah membahayakan manusia, hanya lebih mempermudahkan nyamuk untuk menghisap darah sahaja. Effect dari adis tersebut akan kita dapatkan apabila nyamuk mula meninggalkan tubuh kita, maka kulit kita akan gatal2 dan mengalami sedikit gelembung. Itulah asid nyamuk.


SO, cara untuk kurangkan nyamuk berlegar2 dalam bilik korang? nyamuk betina memerlukan darah manusia untuk keperluan protein pada telur nyamuk betina, nyamuk betina bertelur di mana? jadi rasanya dah terjawap kot soalan tu, hehehe..
Share:

Saturday, May 14, 2011

Makalah Mediasi (Fenomenologi Agama)

LAJUKAN INTERNET CONNECTION KORANG!!


Apakah itu mediasi? adakah mempunyai persamaan dengan meditasi? mediasi bererti campur tangan orang ketiga dalam menyelesaikan satu masalah yang dihadapi antara orang pertama dengan orang kedua. Meditasi pula bererti memusatkan fikiran dan perasaan untuk mencapai sesuatu ataupun istilah lain adalah bertafakur.


Tapi makalah di bawah ini akan membahaskan mediasi dengan kaitannya dalam sebuah keagamaan. Mediasi juga ada dibahaskan di dalam buku Fenomenologi Agama Mariasusai Dhavavony kelahiran Italy. Di makalah itu juga ada wadud kaitkan antara agama Islam dengan agama bukan Islam. Untuk bacaan dan pemahaman lebih lanjut, wadud ada sediakan copy makalah tentang Mediasi di bahagian bawah. Selamat membaca.


Download Cover


Download Kata Pengantar


Download Bab I


Download Bab II dan III
Share:

Pengkajian terhadap Bible.

(Old testement, New testement, Kisah Paulus dan Ajarannya.)


Agama Islam mengajarkan 'Innaddina indallahi Islam' sesungguhnya agama Allah adalah agama Islam, maka kita wajib mengimani agama Islam sebagai agama resmi sebagai patokan hidup dunia dan akhirat.


Tetapi Allah juga tidak melarang manusia untuk mengkaji agama-agama selain Islam sebagai satu spektakuler ilmu baru dalam hidup manusia dan akan lebih mengukuhkan benteng keimanan dalam diri setiap orang beragama Islam.


Allah masih memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk bertaubat agar nantinya mendapat tempat yang selayaknya di akhirat dan bukan mendapat tempat kremasi di Neraka kelak.


Download Cover 

Download Kata Pengantar

Download Bab II, III
Share:

Thursday, May 12, 2011

Kita Seringkali.

Kita seringkali melihat Barat membawa pengaruh negatif pada setiap pelusuk yang dijelajahinya, tetapi kita tidak pernah melihat bahwa diri kita sebenarnya telah melegitimasi setiap dari pengaruh negatif yang dibawa Barat.


Kita seringkali memvonis sesuatu dengan kesalahan fatal yang dirasakan tidak sesuai dengan diri kita misalnya pembawaan dunia Barat, tetapi kita tidak pernah melihat pada diri kita bahwa adanya eksistensi Barat tersebut pada lingkungan hidup kita.


Kita seringkali membuat kontroversial antara sesama ummat beragama, tetapi kita tidak pernah membuat sesuatu yang produktif bagi menarik perhatian ummat agama yang lain, malah seringkali merasakan bahwa merekalah yang seharusnya menunjukkan sikap yang optimis kepada ummat Islam.


Kita seringkali menghabiskan waktu dengan mentelaah ilmu-ilmu dunia Barat, tetapi kita juga sering melupakan bahwa kemajuan Barat masa kini adalah berawal dari kemajuan Islam dahulu.


>> Biarlah hidup ini penuh dengan kehinaan dunia, tetapi janganlah dibiarkan hidup ini penuh dengan kehinaan akhirat <<


FootNote : (artikata.com)

1.Melegitimasi : mengesahkan.

2.Memvonis : Menetapkan hukum.

3.Eksistensi : Keberadaan.

4.Kontroversial : Mengadakan perdebatan.

5.Produktif : Bermanfaat, mendatangkan hasil.

6.Optimis : Berfikiran terbuka.
Share:

Tuesday, May 10, 2011

Oksidentalisme -Final Exam-

Assalamualaikum.......

Malam adalah detik yang sungguh indah.. ciptaan Allah yang maha Kuasa..

Hanya hambaNya saja lupa padanya.. tanah subur bumi pemberian darinya..

Ya Allah.. aku hambaMu yang lemah.. hanya ingin menjadi hambaMu yang mulia..

Tetapi dugaan tidak pernah jemu menimpa.. hanya padamu tampatku berdoa.. ^_^

lame dah xberblog.. hehehe.. so sajer nak kongsi Makalah Oksidentalisme.. kot2 ada classmate yang berminat nak kongsi2..

Cover :

Kata pengantar :

Bab satu :

Bab dua & tiga :
Share:

Friday, April 1, 2011

Metodologi Etnografi. Part 3.



Sebelum ni, wadud ada post pasal Metodologi Etnografi kan? rasa2 semua dah faham kot secara dasar ape kebendenyer ME tu.. tapi kalau bagi yang nak tengok balik post pasal ME ni, boleh klik sini. So.. untuk tak buang masa gitu2 jer dengar wadud cakap sorang2.. kita sambung balik pasal ME dari ape yang dah wadud dapatkan time dalam kelas semalam.


Hari tu, wadud ada kata pasal Grauded Research, Observasi Partisipan dan lain2. Berpandukan pada silabus yang telah diberikan, kali ini lec akan memberi penerangan mengenai Ciri Khas dalam Metodologi Etnografi. Ciri khas ME terbahagi kepada 3 bahagian yang mana menjadi perbezaan pada penelitian2 yang lain seperti Metodologi Penelitian. Hanya menjadi perbezaan antara keduanya adalah MP menyelidiki secara umum manakala ME terkhusus pada Etnis atau budaya suatu masyarakat yang dikaji.


Ciri khas ME ada 3 :

1.) Holistik-Intergrited.

2.) Diskripsi yang mendalam.

3.) Dianalisis Kualitatif.


Penjelasan bagi Holistik-Intergrited, adalah sebuah teknik atau ciri yang menyeluruh terhadap suatu penkajian. Ianya bersifat merangkumi pada ketujuh2 unsur kebudayaan yang mana sangat terkait antara satu dengan yang lain dari ketujuh unsur tadi. Tujuh unsur itu adalah 1. Bahasa, 2. Sistem ekonomi, 3. Sistem sosial, 4. Sistem teknologi, 5. Sistem pengetahuan, 6. Sistem kepercayaan, 7. Kesenian. Seperti yang dikatakan di atas, sifat bagi HI ini adalah menyeluruh dan kajian yang dilakukan sangat utuh sehingga ianya memerlukan masa yang sangat lama bagi mendapat keyakinan masyarakat itu dan hasil yang sempurna.


Diskripsi yang mendalam, adalah kajian yang dilakukan secara detail sedetailnya. Seperti pada judul saja menggunakan perkataan mendalam jadi ianya bersifat pengkajian yang sangat detail dan mendalam.


Dianalisis Kualitatif, adalah bersifat berubah2. Analisi yang digunakan adalah kualitatif yaitu melihat pada kualiti atau kualitas dari kajian yang dilakukan. Sifat dari kualitatif adalah sesuatu yang tidak tetap, mempunyai perbezaan. Dalam Me kualitatif digunakan untuk mengetahui kualitas atau kualiti sesuatu yang dikaji. Perbezaan antara kuantitatif pula adalah bersifat tetap, ianya juga bisa dikatakan angka yang pasti, tidak mempunyai perbezaan. Dalam ME menggunakan kuantitatif sebagai jumlah shalat yang dilakukan. Bearti jumlah shalat bagi ummat Islam itu sama sehari 5 waktu. Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, Isya ada 18 rakaat kesemuanya. Jadi ianya pasti dan tidak berubah. Maka sifatnya adalah kuantitatif.


Pada perkataan Metodologi dengan Metode itu mempunyai perbezaan walaupun masing2 darinya adalah proses pengkajian terhadap sesuatu. Perbezaan keduanya adalah :


Metodologi Etnografi >> Pelajaran yang diajar adalah khusus di dalam kelas jadi menggunakan Metodologi.

Metode Etnografi >> Pelajaran yang didapatkan adalah dari Observasi partisipan atau Grauded research yaitu kajian secara langsung ke lapangan. Jadi menggunakan Metode. Cuba diperhatikan pada perkataan antara Metode dengan Metodologi maka pasti konklusi yang dapat kita buat adalah seperti yang telah dikatakan diatas. Jadi alasan mengapa di silibus ME ditulis dengan METODOLOGI bukan METODE kerana ianya dipelajari di dalam kelas.
Share:

Friday, March 25, 2011

Metodologi Etnografi. Part 2


Belajar metodologi etnografi sebenarnye memang best dan tersangat best, sebab pe wadud kata gitu? sebab dari ME (metodologi etnografi) kita akan secara langsung turun ke lapangan atau dipanggil dengan Grauded Research yaitu ada persamaan dengan Obsevasi partisipan di mana pengkaji harus turun ke lapangan secara langsung, merasakan apa yang perlu dirasa, melakukan apa yang perlu dilakukan dan sebagainya. Umpama tempat yang dikaji itu berbudaya hisap rokok kayu asli, maka peneliti harus juga hisap rokok tetapi jangan sampai menyalahi batasan kesihatan kita. Sebab, dari situlah kajian yang akan kita lakukan berkesan kerana kesungguhan dalama melakukan penyelidikan, kelakuan seperti itu juga akan menjaga kerahsiaan kita sebagai peneliti.


Pertanyaan lagi, mengapa ME best untuk dipelajari? sebab dari pengkajian yang dilakukan, peneliti mendapat ilmu baru dan dunia baru yang berlanjutan lama. Seperti yang diceritakan lecturer wadud, setiap dari apa yang mereka (masyarakat yang dikaji) lakukan lec tersebut juga akan melakukan, bersawah, berkebun, tidak mandi, pakaian hanya satu sahaja, tidur diluar, minum kopi kayu, dan sebagainya. Kat bawah ni, wadud ada buat catitan kelas semasa lec tersebut melakukan pengkajian di tempat orang (khusu tempat yang terpencil).


- Jim Seagel adalah seorang tokoh ME yang pernah berada di Aceh selama 10 tahun lamanya dan juga membuat penyelididkan etnis di Aceh, beliau mengatakan bahwa etnis di aceh adalah antara budaya yang paling susah ditakluki. Secara singkat bografi beliau berasal dari America dan belajar di Aceh selama 10 Tahun hingga menjadi tokoh terkenal dalam ME. Semasa melakukan penyelitian di Aceh, konsep yang beliau gunakan adalah Grauded Research seperti yang telah kita ketahui di atas tadi. Alasan Seagel mengatakan seperti itu adalah karena tak pernah terkalahnya Belanda menguasai Aceh setelah sekian lama di Aceh, dan di Aceh ada sebuah kuburan besar bagi orang2 Belanda yang mati semasa melawan Aceh.

- Dalam penelitian ME, pertanyaan yang paling sering digunakan adalah " Mengapa? "

- Ada sebuah kelompok bernama Orisi yang dahulunya terlalu tradisional lalu sekarang sudah semakin modern, jadi kajian ME lah yang akan menggunakan pertanyaa " Mengapa? " boleh berubah begitu, dari yang kolot kepada yang baharu?

- Semasa lec wadud melakukan penelitian di America, beliau mendapati bahwa budaya di sana ada beberapa yang agak ketara bagi budaya kita (melayu) :

1.) Di America, kita dilarang untuk bertanya pada seseorang itu " apakah agama kamu? ".

2.) Juga, kita tidak boleh bertanyakan tentang " hey ladies, how old are u? "

3.) Di sana juga, kita tidak dibenarkan mengacau perempuan (mengorat).

4.) Setelah seorang anak yang berumur 18 tahun keatas, maka hak penjagaan dari keluarga sudah terlerai. (mereka bebas)

5.) Di America, apabila ingin tidur di sebuah bilik, tidak boleh man with man and girl with girl, sebab budaya mereka mengatakan bahwa ianya Lesbian walaupun perempuan ngan perempuan tu ada talian persaudaraan.


Maka dari situ dapat kita ketahui bahwa budaya di Negara America sangatlah kolot, tidak seperti yang selalu kita lihat di tv, bagaimana mereka begitu hebat melawan penjahat misalnya, mencipta sesuatu barang dan sebagainya. Jadi berbalik pada ME tadi, pelajaran tentang ME memang sangat diperlukan bagi menjadi seorang peneliti yang berjaya di dunia Islam maupun dunia Barat.
Share:

Thursday, March 24, 2011

So??

Salam kawan sumer...!!!

Waaa.. korang memang baik la..

Rajin datang KBM 2010 ne..

Malu la pulak wadud nak pi blog korang, ekekek..

Biasa la, masuk sem baru musti la buzi kan? sory ekh kengkawan..

Jangan kata wadud sombong lak.. huhu..

Malam ni tido lewat, buat asemen.. agama2 besar dunia.. memang payah dan best.. mencabar.. hehehe.. korang doakan wadud oke..


Disebabkan dah sampai tahap kegilaan wadud.. so.. 

Amik camera, suh member snap muka wadud time kantoi.. hahaha.. korang jangan gelak ea..


Biasalah kan.. kene paksa senyum.. hahahahahaha...


Hampeh punye param.. nak snap xbagi tau.. last2 jadik gitu.. tak pe korang gelak la puas.. wawawa...

Huh.. boring sungguh rini.. Fenomenologi dah nak siap.. update blog siap, asemen siap.. time kasih Allah.. =)
Share:

Tuesday, March 15, 2011

Islam dan Kristen di Indonesia.

Agama terbahagi kepada dua ciri :

- Ciri pertama terbahagi kepada lima urutan :


1.) Belive. (kepercayaan)

a.) Kultur. (Agama suku)

b.) Relevan. (Agama wahyu)


2.) Ritual. (upacara)

3.) Etika. (disiplin, peraturan)

4.) Kamunal. (pengikut, sebuah kelompok, seperti Church, masjid)

5.) Fanatisme. (fanatik terhadap agama, keyakinan yang melampau)

a.) Teloransi. (ada kelonggaran)
b.) Inklusif. (sendiri-sendiri)

c.) Ekslusif. (fanatisme yang tertutup)


- Antara agama yang mempunyai ciri-ciri di atas adalah :

1.) Agama Islam.

2.) Agama khatolik.

3.) Agama Protestan.

4.) Agama Hindu.

5.) Agama Buddha.

6.) Agama Konghucu.


- Ciri kedua hanya tertumpu pada satu :

1.) Pluralisme. (paham banyak agama)


- Pluralisme ada lima bentuk :

1.) Normatif. (kebenaran)

2.) Seteriologis. (keselamatan)

3.) Epistimologis. (pengertian agama)

4.) Alestis. (keyakinan bahwa agamanya lah yang paling benar)

5.) Deostis. (Kehendak masing-masing.)


Catatan di atas tadi adalah pembukaan kepada matakuliah Islam dan Kristen di Indonesia yang mana sangat penting untuk kita memahami bahwa ciri pada sebuah agama itu mempunyai karekter nya masing2. Apabila kita sudah memahami catatan ringkas di atas, maka dari mana-mana agama sekalipun kita akan tahu bahwa agama tersebut mempunyai ciri dari agama langit misalnya. Bayangkan betapa banyak agama di dunia ini dan betapa banyak pula ilmu yang kita perolehi darinya. Moga menjadi kebaikan pada diri kita semua.. Amin.
Share:

Friday, March 11, 2011

Agama-agama Besar Dunia - III

BACA ARTIKEL TERBARU POSTING 
DARI WADUD BERJUDUL "Metodologi Etnografi"

Tenaga pengajar ( Drs. Soufyan Ibrahim. )

Rules :

- 4.30 PM.

- 15 minit, Lecturer tak masuk, boleh balik. (hehe)

- Memahami tata tertib mahasiswa IAIN, seperti yang tertera.

1.) Pemakaian.
2.) Pergaulan.


Sillabus :

- Tentang agama Yahudi.

1.) Nabi ISrael.
2.) Kitab suci Taurat dan Talmud.
3.) Praktek keagamaan dalam agama yahudi.
4.) Protokol pendeta zionis.
5.) Aliran keagamaan dalam agama Yahudi.

- Kristen khotolik.

1.) Sejarah timbul dan Perkembangan.
2.) Kitab suci perjanjian lama dan perjanjian baru.
3.) Kisah paulus dan ajarannya.
4.) Sejarah gereja pengertian dan perkembangannya.
5.) Pokok-pokok ajarannya.
6.) Ajaran tentang Trinitas.
7.) Kristen Khatolik di Indonesia.

- Gereja Ortodok timur.

- Kristen Protestan.

1.) Tokoh2 reformasi dan pemikirannya.
2.) Perbedaan tokoh Protestan dan Khatolik Roma.
3.) Kristen Protestan di Indonesia.


Referensi :

- Agama Yahudi, Ahmad Syalabi.

- Mengenal Iman Khatolik, Afra Siyou Wajaya dan kawan2nya.

- Mengungkap tentang Yahudi, Dr Daraudi.

- Dogmatika masa kini, Niftrik.

- Sejarah gereja.

- Pemberitaan Yesus menurut Injil sinoptis.

- Agama2 manusia, Huston Smith.

- Agama2 besar dunia, Yusuf Syuib.

- Injil gereja purba tentang Yesus Kristus Tuhan kita, T. Yaakob dan Sumalia.


( Moga bersama kita ambil manfaat dari yang telah wadud tulis di atas, Amin.. )
Share:

Thursday, March 10, 2011

Metodologi Etnografi

BACA ARTIKEL TERBARU POSTING 
DARI KAK ASYI BERJUDUL "Hikmah Penciptaan Manusia..."

Metodologi Etnografi bermaksud kaedah-kaedah @ metode atau pengkajian terhadap masyarakat yang mana lebih tertumpu kepada kajian tentang kebudayaan di tempat2 tertentu, Etnografi boleh dibahagi kepada dua perkataan yaitu dari Etno kepada Etnis bermaksud masyarakat dan Grafi bermaksud laporan atau tulisan. Jadi Etnografi bermaksud membuat laporan atau menulis laporan tentang masyarakat dan kebudayaan.

Dalam kebudayaan sebuah masyarakat berbeza dengan kebudayaan di masyarakat lainnya kerana di dalam sebuah masyarakat tidaklah tertumpu pada pikiran seorang sahaja malah lebih banyak penduduk di dalam sebuah masyarakat maka bermacamlah budaya akan terlahir pada sebuah masyarakat tersebut.

Metodologi Etnografi adalah pengkajian yang mengkaji tentang berbezanya kebudayaan di suatu tempat, misalnya pada masyarakat A mengikuti budaya seni nyanyian yang lembut kerana faktor2 tertentu manakala di masyarakat B mengikuti seni nyanian yang agak keras. Metodologi Etnografi akan menanyakan beberapa soalan agar pengkaji boleh membuat kajian yang sebenar mengapa pada setiap masyarakat itu budaya yang diikuti sangat jauh berbeza sedangkan manusia itu mempunyai kesamaan dari segi sifat lahiriah, perbuatan dan sebgainya.


Tadi dalam kelas wadud ada buat beberapa catatan tentang Metodologi Etnografi :

1.) Motodologi Etnografi >> Ilmu keterampilan.

2.) Etnis dari Etno >> Laporan, Tulisan.

3.) Grafi >> Masyarakat.

4.) Budaya juga dikatakan sebagai gaya hidup, Metodologi Etnografi adalah sebuah pengkajian terhadap sebuah masyarakat.

5.) Unsur kebudayaan ada 7 >>

-Bahasa.
-Sistem Ekonomi.
-Sistem sosial.
-Sistem teknologi.
-SIstem pengetahuan.
-Sistem kepercayaan.
-Kesenian.

6.) Kebudayaan itu sebagai pemanis kepada agama, misalnya dalam agama kahwin itu adalah perintah Allah kepada ummatnya agar zuriat yang lahir akan beterusan, tetapi di dalam perkahwinan jika tiada kenduri atau majlis raja sehari maka perkahwinan itu akan dilihat kurang sempurna di mata kasar manusia, untuk lebih sempurna pada  perkahwinan itu, budayalah yang memainkan peranan sebagai pemanis dalam majlis tersebut, boleh juga kita katakan sebagai Walimatul Urus.

7.) BUku yang disyorkan untuk Metodologi Etnografi >> Antropologi, Jilid II, Kajian Etnografi, Karangan : Koentjanigrat.

8.) Perbezaan antara Metodologi etnografi dengan Sosiologi >> Etnografi tertumpu pada Kebudayaan, manakala Sosiologi tertumpu pada Sosial antara manusia dengan manusia yang lain.

9.) Perbezaan antara Metodologi Etnografi dengan Metodologi Penelitian >> Etnografi adalah kajian yang Khusus, manakala Metodologi penelitian adalah kajian secara Umum.

10.) Untuk menambah pengetahuan tentang Metodologi Etnografi bolehlah klik DI SINI

( Dari apa yang telah wadud lampirkan tentang Metodologi Etnografi ne, moga bersama kita mendapat kebaikan darinyadan manfaat yang kita dapatkan dikongsi pada sesiapa sahaja yang memerlukan, 
Insyaallah.. )
Share:

Wednesday, March 9, 2011

Sosiologi Agama - II

Materi @ Sillabus bersangkutan :

1.) Hubungan timbal balik agama dengan lembaga sosial lainnya.

a. Agama dan individu.
b. Agama dan keluarga.
c. Agama dan masyarakat.
d. Agama dan pembangunan.
e. Agama dan kepemimpinan.
f. Agama dan stratifikasi sosial.
g. Agama dan perubahan sosial.
h. Agama dan modernisasi.
i. Agama dan sekularisasi
j. Agama dan politik.

2.) Tipe-tipe masyarakat dan agama.

3.) Pluralisme agama dalam kajian sosiologis.

4.) Marx Webber : Etika protestan dan kapitalisme.

5.) Brian S. Turner : Islam kapitalisme dan tesis Webber.

6.) Taufiq Abdullah : Tesis Webber dan Islam di Indonesia.

7.) Islam dan pluralisme agama.

8.) Kerukunan antar ummat beragama.

9.) Dialog antar agama.


Referensi bersangkutan :

-Betty R. Scharft, Sosiologi agama, 2004.

-Betty R. Scharft, Kajian sosiologi agama, 1995.

-Bustanuddin agus, Sosiologi agama I, 2007.

-Bryan S. Tunner, Agama dan teori sosial, 1991.

-Bryan S. Tunner, Sosiologi Islam, 1984.

-Thomas F. O'dea, Sosiologi agama suatu pengantar awal.

-Clifford, Santri abangan dan Kiyai'i.

-Dagang kahmad, Sosiologi agama, 2002.

-Djamari, Agama dalam perspektif sosiologis, 1998.

-Elizabeth K. Nottingham, Agama dan masyarakat, suatu pengantar sosiologi agama.

-Hendra puspito, O.C, Sosiologi agama, 1983.

-Ibnu Khaldun, Mukaddimah.

-Ilyas Bayanusfahid Ahmad, Sosiologi Islam dn masyarakat kontemporer, 1988.

-Ishomuddin, Pengantar sosiologi agama, 2002.

-K.J Veeger, Realitas sosial, 1993.

-Mukhti Ali, Beberapa soalan agama dewasa ini, 1981.

-Peter, Agama sebagai realitas.

-Ronald Robertson, Agama dalam analisis penterpresitasi sosial, 1998.


Moga Sillibus dari Jurusan Perbandingan agama untuk semester VI ini dapat membantu pada sesiapa sahaja yang memerlukan.. Selamat maju jaya.
Share: