Thursday, March 10, 2011

Metodologi Etnografi

BACA ARTIKEL TERBARU POSTING 
DARI KAK ASYI BERJUDUL "Hikmah Penciptaan Manusia..."

Metodologi Etnografi bermaksud kaedah-kaedah @ metode atau pengkajian terhadap masyarakat yang mana lebih tertumpu kepada kajian tentang kebudayaan di tempat2 tertentu, Etnografi boleh dibahagi kepada dua perkataan yaitu dari Etno kepada Etnis bermaksud masyarakat dan Grafi bermaksud laporan atau tulisan. Jadi Etnografi bermaksud membuat laporan atau menulis laporan tentang masyarakat dan kebudayaan.

Dalam kebudayaan sebuah masyarakat berbeza dengan kebudayaan di masyarakat lainnya kerana di dalam sebuah masyarakat tidaklah tertumpu pada pikiran seorang sahaja malah lebih banyak penduduk di dalam sebuah masyarakat maka bermacamlah budaya akan terlahir pada sebuah masyarakat tersebut.

Metodologi Etnografi adalah pengkajian yang mengkaji tentang berbezanya kebudayaan di suatu tempat, misalnya pada masyarakat A mengikuti budaya seni nyanyian yang lembut kerana faktor2 tertentu manakala di masyarakat B mengikuti seni nyanian yang agak keras. Metodologi Etnografi akan menanyakan beberapa soalan agar pengkaji boleh membuat kajian yang sebenar mengapa pada setiap masyarakat itu budaya yang diikuti sangat jauh berbeza sedangkan manusia itu mempunyai kesamaan dari segi sifat lahiriah, perbuatan dan sebgainya.


Tadi dalam kelas wadud ada buat beberapa catatan tentang Metodologi Etnografi :

1.) Motodologi Etnografi >> Ilmu keterampilan.

2.) Etnis dari Etno >> Laporan, Tulisan.

3.) Grafi >> Masyarakat.

4.) Budaya juga dikatakan sebagai gaya hidup, Metodologi Etnografi adalah sebuah pengkajian terhadap sebuah masyarakat.

5.) Unsur kebudayaan ada 7 >>

-Bahasa.
-Sistem Ekonomi.
-Sistem sosial.
-Sistem teknologi.
-SIstem pengetahuan.
-Sistem kepercayaan.
-Kesenian.

6.) Kebudayaan itu sebagai pemanis kepada agama, misalnya dalam agama kahwin itu adalah perintah Allah kepada ummatnya agar zuriat yang lahir akan beterusan, tetapi di dalam perkahwinan jika tiada kenduri atau majlis raja sehari maka perkahwinan itu akan dilihat kurang sempurna di mata kasar manusia, untuk lebih sempurna pada  perkahwinan itu, budayalah yang memainkan peranan sebagai pemanis dalam majlis tersebut, boleh juga kita katakan sebagai Walimatul Urus.

7.) BUku yang disyorkan untuk Metodologi Etnografi >> Antropologi, Jilid II, Kajian Etnografi, Karangan : Koentjanigrat.

8.) Perbezaan antara Metodologi etnografi dengan Sosiologi >> Etnografi tertumpu pada Kebudayaan, manakala Sosiologi tertumpu pada Sosial antara manusia dengan manusia yang lain.

9.) Perbezaan antara Metodologi Etnografi dengan Metodologi Penelitian >> Etnografi adalah kajian yang Khusus, manakala Metodologi penelitian adalah kajian secara Umum.

10.) Untuk menambah pengetahuan tentang Metodologi Etnografi bolehlah klik DI SINI

( Dari apa yang telah wadud lampirkan tentang Metodologi Etnografi ne, moga bersama kita mendapat kebaikan darinyadan manfaat yang kita dapatkan dikongsi pada sesiapa sahaja yang memerlukan, 
Insyaallah.. )
Share:

0 comments: