Showing posts with label Kejadian. Show all posts
Showing posts with label Kejadian. Show all posts

Sunday, October 26, 2014

Gambar: Ular Sawa Telan Budak Perempuan 11 Tahun Di Perak

Sedang syok skrol mouse di Facebook, terlihat sudah satu post page PenMerahDotCom pasal budak perempuan 11 tahun ditelan ular sawa, di Perak. Teman orang perak juge, jadi dari pemerhatian teman.. berlaku di Kampung Tualang? adekah yang dimaksudkan Malim Nawar Tualang Sekah? kalau benarlah lokasi kejadian di Kg. Tualang Sekah.. memang confirm tempat teman sekolah dolu-dolu. -Sumber

Gambar: Ular Sawa Telan Budak Perempuan 11 Tahun Di Perak

Gambar: Ular Sawa Telan Budak Perempuan 11 Tahun Di Perak

Gambar: Ular Sawa Telan Budak Perempuan 11 Tahun Di Perak

Rhopenye lepas teman googling sekejap mungkin akan dapat dari mana-mana sumber yang lebih accuratel, lastly dapatlah jawapan yang sebenornye dari pihak Bomba. Mereka menafikan kejadian yang berlaku, jadi, kesimpulannye berita ni palsu. Sapolah yang rajin bona update berita-berita palsu ni, dah takdo kojo laen ko? meh tolong den settlekan asingment ni ha.. -Sumber

Gambar: Ular Sawa Telan Budak Perempuan 11 Tahun Di Perak
Share:

Wednesday, July 31, 2013

Pengasas Bank Arab-Malaysian (AmBank) Maut Ditembak + Gambar

Pengasas Bank Arab-Malaysian (AmBank) Maut Ditembak + Gambar

KUALA LUMPUR — Pengasas Bank Arab-Malaysian, Hussain Ahmad Najadi ditembak mati di parkir kereta di  Lorong Ceylon, Kuala Lumpur hari ini.

Hussain, 75 sedang berjalan ke arah kenderaan bersama isterinya apabila seorang individu bersenjata menuju ke arahnya dan melepaskan beberapa das tembakan.

Beliau mati di tempat kejadian dalam insiden yang berlaku pada 1.30 petang itu.

Pengasas Bank Arab-Malaysian (AmBank) Maut Ditembak + Gambar

Hussain ditembak di dada dan rusuknya sementara isterinya Cheong Mei Kuen, 49, cedera selepas dilanggar di tangan, menurut polis.

Kamera litar tertutup menunjukkan penyerang memakai baju kemeja bercorak kotak-kotak berlengan panjang dan seluar khaki.

Menurut Malaysian Insider Ketua Polis Dang Wangi Timbalan Komisioner Zainuddin Ahmad mengesahkan insiden terbabit dan mengklasifikasikannya sebagai kes bunuh.

Dipercayai tiga orang suspek terlibat dalam insiden itu menaiki sebuah teksi Proton Waja.

AmBank Group yang diasas oleh Hussain dengan dikenali nama  Arab-Malaysian Development Bank, melalui syarikat induk AIAK (Arab Investments for Asia Kuwait).

Beliau membeli bank terbabit melalui Kuala Lumpur Stock Exchange (KLSE) pada 1981.

Penembak pengasas AmBank dikenal pasti - Polis

Pengasas Bank Arab-Malaysian (AmBank) Maut Ditembak + Gambar

KUALA LUMPUR: Suspek yang menembak pengasas Arab-Malaysian Bank (AmBank), Hussain Ahmad Najadi, 75, sehingga maut telah dikenal pasti susulan penahanan seorang pemandu teksi di Sri Petaling di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata suspek yang dikenali sebagai Sci Ngan Zai atau Ah Chian itu kini sedang diburu dan pihaknya meminta orang ramai melaporkan kepada polis sekiranya mempunyai maklumat mengenai penembak itu.

"Menurut maklumat yang kami terima, suspek berkenaan dipercayai selalu bergerak di Taman Maluri, Cheras," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mengenai pemandu teksi itu, beliau berkata suspek yang berusia 44 tahun itu ditahan kira-kira 12 malam semalam, dan telah disiasat bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

"Suspek adalah pemandu teksi yang membawa penembak berkenaan dari tempat kejadian," katanya.

Beliau juga berkata pihaknya akan memanggil individu terakhir yang berjumpa Hussain Ahmad dan isterinya di tokong berkenaan untuk diambil keterangan.

Dalam kejadian dua hari lepas itu, Hussain Ahmad maut manakala isterinya Chong Mei Kuen, 49, cedera parah apabila ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah kuil Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon, di sini. - BERNAMA


Polis dedah gambar suspek utama kes bunuh pengasas Ambank

Pengasas Bank Arab-Malaysian (AmBank) Maut Ditembak + Gambar

KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur hari ini mendedahkan gambar suspek utama kes pembunuhan pengasas Arab Malaysian Bank (AmBank), Hussain Ahmad Najadi menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

Polis percaya imej lelaki yang dirakam dan dikenali sebagai ‘Sei Ngan Chai’(sebutan kantonis) atau Jian adalah suspek utama kejadian pada Isnin lalu.

Sehubungan itu, Polis Kuala Lumpur meminta orang ramai yang mengenali dan mempunyai sebarang maklumat mengenai suspek berkenaan supaya menghubungi Bahagian Siasatan Khas (D9) IPK KL di talian 03-21460685 atau Hotline Polis KL (Rakan Cop) di talian 03-21159999 atau SMS Polis KL(Rakan Cop) ke 32728 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Dalam kejadian itu, Hussain ditembak mati manakala isterinya cedera di kawasan parkir kereta di Lorong Ceylon, berhampiran Tokong Kuan Yin, di sini.

Kronologi kes tembak pengasas Ambank

PS : Alahai dunia, adakah engkau sudah pasrah dengan begitu banyaknya maksiat dan jenayah yang berlaku di dunia ini sehingga angkau tidak lagi memperdulikan penghuni mu wahai dunia.

Akhir zaman ni nyawa manusia murah je.. setekat tembak menembak tu, macam makan nasi je.. ada duit, upah atau bayar pembunuh upahan, besok keluar berita kematian si pulan si pulan.. esh-esh-esh ~
Share:

Thursday, April 12, 2012

Bilakah Hari Kiamat?

Bilakah Hari Kiamat?

Klik gambar untuk jelas

Saje bukak2 Nuffnang statistic di blog aku dengan kata kekunci yang power atau sering dicari, memang terkejut jugak sebab antara keyword yang top pencarian di blog aku adalah KIAMAT.. maksudnyer, bukan nak kata blog aku fames dengan artikel2 kiamat, tapi pencarian orang ke arah tu.. drang mencari apakah KIAMAT tu? tanda2 KIAMAT? bile berlaku KIAMAT? ini sangat terkait dengan terjadinya gempa bumi di serata dunia. Bukan hal bohong kalau kata gempa susulan selepas gempa di Bumi Acheh adalah di Mexico, macam mana aku tahu? boleh cube tengok kat sini..

Kalau korang perasan, semasa berlakunya gempa2 ni, cuaca tak menentu.. angin sejuk, bintang banyak penuh satu langit, lambat gelap walau dah pukul 7.30.. ni bukan aku saje reka cerita, tapi ada rasa perasaan tuh semacam suatu yang pelik.. sekali bala datang, tubi2 Allah bagi.. serius aku memang takut gile.. almaklum dosa tersangat banyak.

Aku submit artikel ni antara lain sebab rasa penting untuk kite semua selami jiwa masing2, kearah mana tujuan kita yang sebenar kat dunia nih.. ape matlamat hidup di akhirat? jangan pikir dunia dah.. macam2 dah berlaku kat dunia ni, dunia pun dah tua sangat dan tak sanggup nak menampung kehidupan manusia.. tambah2 kejahatan yang semakin bermaharaja-lela kat mana-mana.. esh takut aku nak tulis.. teringat pulak dosa2 aku, dengan Tuhan (Allah), diri sendiri, mak ayah, sedara mara, sahabat karib, kawan-kawan.. tak sanggup nak pikir lagik dah.. banyak sangat..

Bile teringat KIAMAT akan jadi hari ni (jumaat)? aku rasa tak tentu arah.. ape je barang yang aku dah prepare, kelengkapan2 dan simpanan aku cukup ke.. comfirm2 kene bantai dengan Malaikat sebab tak cukup simpanan.. arghhh.. meremang bulu roma, kalau lah jadi KIAMAT hari ni.. serius cakap aku tak de ape2 nak jawap depan Tuhan nanti.. sangat2 mohon sangat dilepaskan azab akhirat. Hari Kiamat sape yang tahu bile berlaku? takde sape yang tahu walaupun ada ramai yang kata berlaku hari jumaat, tapi itu semua kehendak Allah.. anytime.. gilo hang.. cuak bapaknye..

Bilakah Hari Kiamat?

Klik gambar untuk lebih jelas

Korang boleh tengok gampa2 susulan yang berlaku baru2 ni.. aku ada letak SS kat atas.. tengok betapa banyak? dalam satu hari 24 jam, bepuluh2 gempa berlaku kat seluruh dunia.. so.. sape tahu bila KIAMAT berlaku? dengan keadaan manusia yang tak tentu atah, cuaca pon jadi takut dengan kuasa Allah.. anytime jer KIAMAT akan jadi.. walau aku main cakap ikut sedap mulut, tap betol tak ape yang aku sampaikan? tak mustahil hari ini, besok, lusa, tulat? minggu depan? lebih baik aku cepat2 muhasabah balik diri nih.. terlalu dunia sangat rupenye aku.. astagfirullahal azim.. mudahan2 Allah menerima taubatku dan kalian semuanya.. AMin..

Credit :
Share:

Sunday, June 19, 2011

Kerana mereka kamu masih berdiri...


membina insan yang mulia di dunia dan akhirat...

Melangkah ke alam perjungan bererti selamanya dalam kepahitan.

Biarlah menangis, terluka, terjatuh dan kecewa kerana ALLAH.daripada mati tanpa Mujahadah.kita tak sanggup selamanya terluka,

Tapi ingatlah,

tiap air mati dan peluh yang jatuh,
itulah Mahar kita menuju ke syurga.Apabila ditanya ditanya,Kenapa Perjuangan ITU PAHIT???maka jawablah...Kerana SYURGA ITU MANIS.




kewajipan kita besar... masa yang terus beredar!! kekalkan kami dalam keimanan.. limpahilah kerahmatan...


Andai kau ingin berteman, Janganlah kerana kebaikannya, Kerana mungkin dengan satu keburukan, Kau akan membencinya....

Andai kau inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya, Kerana apabila dia buntu, Kau mungkin akan memfitnahnya....

Andai kau inginkan seorang teman,Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan, Kau mungkin akan menyalahkannya....
Andai kau ingin bersahabat, Terimalah dia seadanya, Kerana dia seorang sahabat, Yang hanya manusia biasa....

Jangan diharapkan sempurna, Kerana kau juga tidak sempurna, Tiada siapa yang sempurna.. Tapi bersahabatlah kerana Allah... "
Share:

Sunday, May 29, 2011

Hujan...




Kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling Kita,
"Cuaca buruk je akhir-akhir in ye..." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?

Berapa ramai di kalangan Kita yang mengeluh bila Hari hujan?
- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap Hari hujan...susah la mcm in
- Payah nak buat apa2 kalau Hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!

Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan DOA :
"Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).

Hakikatnya, hujan itu rahmat.

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) ." (Al-A'raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan

Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.

Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?

"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram in..?" Macam biasa dengar ayat TU kan ? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.

Sedarkah Kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, DOA mustajab.

Sekarang ini, di tempat Kita hampir tiap-tiap Hari hujan. Tiap-tiap Hari Ada masa untuk DOA menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga Hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, Hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf Dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun Ada juga mengingatkan Kita tentang kebijaksanaan Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud : "Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru Hari ini Kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada Kita sekarang ini Ada sebabnya, Ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air Dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; Dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22)

Semoga Ada iktibar untuk peringatan Kita.

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)

So lepaih in bila hujan jangan ler bersungut ek. kita Berdoa ler banyak2..
Share:

Saturday, May 14, 2011

Pengkajian terhadap Bible.

(Old testement, New testement, Kisah Paulus dan Ajarannya.)


Agama Islam mengajarkan 'Innaddina indallahi Islam' sesungguhnya agama Allah adalah agama Islam, maka kita wajib mengimani agama Islam sebagai agama resmi sebagai patokan hidup dunia dan akhirat.


Tetapi Allah juga tidak melarang manusia untuk mengkaji agama-agama selain Islam sebagai satu spektakuler ilmu baru dalam hidup manusia dan akan lebih mengukuhkan benteng keimanan dalam diri setiap orang beragama Islam.


Allah masih memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk bertaubat agar nantinya mendapat tempat yang selayaknya di akhirat dan bukan mendapat tempat kremasi di Neraka kelak.


Download Cover 

Download Kata Pengantar

Download Bab II, III
Share:

Monday, December 27, 2010

Kisah Bumi Dan Langit....

Bismillahhirrahmanirrahim....

Imbang PenuhDuhai diri.. Renungi asal kejadian dirimu ..Berjalan tunduk bukan erti Kau kalah, tebarkanlah serata jiwa , usahlah engkau persalahkan kakimu .. Andainya rebah di bumi mu sendiri.. mungkinkah ada kesilapan semalam … Lafazkanlah sejujur hati

Indahnya Islam, disini ada satu kisah, Kisah kejadian bumi dan langit.. sebagai santapan rohani untuk kita semua meh baca lgi kt bawah ini.. Hui nampak cam panjang jer entry nie.. Alahai Asyi rasa kan, klo orang yang rajin cam Keyyah n Cik Su, xde masalah punya mesti baca, ngeee kan3?? sama gak ngan Mamahidayah n kak aisyah Humaira senyum je ea.. hehehe..




Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit. Berkata dia kepada langit, "Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah S.W.T. telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-tanaman, beberapa gunung dan lain-lain."

Berkata langit, "Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, 'arasy, kursi dan syurga ada padaku." Berkata bumi, "Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik)."

Bumi berkata lagi, "Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syari'atnya juga di tempatku."

Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah S.W.T dengan berkata, "Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga."

Lalu Allah S.W.T mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah S.W.T memberi wahyu kepada Jibrail A.S pada malam tanggal 27 Rejab, "Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau 'Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini."

Jibrail A.S. bertanya, " Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?" Allah S.W.T berfirman, maksudnya, "Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke Syurga dan ambillah buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu."

Kemudian Jibrail A.S. pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail A.S. terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya. Jibrail A.S. menghampiri buraq itu lalu bertanya, "Mengapa engkau menangis, ya buraq?"

Berkata buraq, "Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan."

Berkata Jibrail A.S., "Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu."

Kemudian Jibrail A.S. memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. Wallahu'alam.

Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah S.A.W dalam perjalanan Israk dan Mikraj.
Share: