Wednesday, July 31, 2013

Pengasas Bank Arab-Malaysian (AmBank) Maut Ditembak + Gambar

Pengasas Bank Arab-Malaysian (AmBank) Maut Ditembak + Gambar

KUALA LUMPUR — Pengasas Bank Arab-Malaysian, Hussain Ahmad Najadi ditembak mati di parkir kereta di  Lorong Ceylon, Kuala Lumpur hari ini.

Hussain, 75 sedang berjalan ke arah kenderaan bersama isterinya apabila seorang individu bersenjata menuju ke arahnya dan melepaskan beberapa das tembakan.

Beliau mati di tempat kejadian dalam insiden yang berlaku pada 1.30 petang itu.

Pengasas Bank Arab-Malaysian (AmBank) Maut Ditembak + Gambar

Hussain ditembak di dada dan rusuknya sementara isterinya Cheong Mei Kuen, 49, cedera selepas dilanggar di tangan, menurut polis.

Kamera litar tertutup menunjukkan penyerang memakai baju kemeja bercorak kotak-kotak berlengan panjang dan seluar khaki.

Menurut Malaysian Insider Ketua Polis Dang Wangi Timbalan Komisioner Zainuddin Ahmad mengesahkan insiden terbabit dan mengklasifikasikannya sebagai kes bunuh.

Dipercayai tiga orang suspek terlibat dalam insiden itu menaiki sebuah teksi Proton Waja.

AmBank Group yang diasas oleh Hussain dengan dikenali nama  Arab-Malaysian Development Bank, melalui syarikat induk AIAK (Arab Investments for Asia Kuwait).

Beliau membeli bank terbabit melalui Kuala Lumpur Stock Exchange (KLSE) pada 1981.

Penembak pengasas AmBank dikenal pasti - Polis

Pengasas Bank Arab-Malaysian (AmBank) Maut Ditembak + Gambar

KUALA LUMPUR: Suspek yang menembak pengasas Arab-Malaysian Bank (AmBank), Hussain Ahmad Najadi, 75, sehingga maut telah dikenal pasti susulan penahanan seorang pemandu teksi di Sri Petaling di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata suspek yang dikenali sebagai Sci Ngan Zai atau Ah Chian itu kini sedang diburu dan pihaknya meminta orang ramai melaporkan kepada polis sekiranya mempunyai maklumat mengenai penembak itu.

"Menurut maklumat yang kami terima, suspek berkenaan dipercayai selalu bergerak di Taman Maluri, Cheras," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mengenai pemandu teksi itu, beliau berkata suspek yang berusia 44 tahun itu ditahan kira-kira 12 malam semalam, dan telah disiasat bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

"Suspek adalah pemandu teksi yang membawa penembak berkenaan dari tempat kejadian," katanya.

Beliau juga berkata pihaknya akan memanggil individu terakhir yang berjumpa Hussain Ahmad dan isterinya di tokong berkenaan untuk diambil keterangan.

Dalam kejadian dua hari lepas itu, Hussain Ahmad maut manakala isterinya Chong Mei Kuen, 49, cedera parah apabila ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah kuil Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon, di sini. - BERNAMA


Polis dedah gambar suspek utama kes bunuh pengasas Ambank

Pengasas Bank Arab-Malaysian (AmBank) Maut Ditembak + Gambar

KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur hari ini mendedahkan gambar suspek utama kes pembunuhan pengasas Arab Malaysian Bank (AmBank), Hussain Ahmad Najadi menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

Polis percaya imej lelaki yang dirakam dan dikenali sebagai ‘Sei Ngan Chai’(sebutan kantonis) atau Jian adalah suspek utama kejadian pada Isnin lalu.

Sehubungan itu, Polis Kuala Lumpur meminta orang ramai yang mengenali dan mempunyai sebarang maklumat mengenai suspek berkenaan supaya menghubungi Bahagian Siasatan Khas (D9) IPK KL di talian 03-21460685 atau Hotline Polis KL (Rakan Cop) di talian 03-21159999 atau SMS Polis KL(Rakan Cop) ke 32728 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Dalam kejadian itu, Hussain ditembak mati manakala isterinya cedera di kawasan parkir kereta di Lorong Ceylon, berhampiran Tokong Kuan Yin, di sini.

Kronologi kes tembak pengasas Ambank

PS : Alahai dunia, adakah engkau sudah pasrah dengan begitu banyaknya maksiat dan jenayah yang berlaku di dunia ini sehingga angkau tidak lagi memperdulikan penghuni mu wahai dunia.

Akhir zaman ni nyawa manusia murah je.. setekat tembak menembak tu, macam makan nasi je.. ada duit, upah atau bayar pembunuh upahan, besok keluar berita kematian si pulan si pulan.. esh-esh-esh ~
Share:

0 comments: