Rakaman video individu berbaju Melayu menyambut Aidilfitri bersama anjing.
Kuala Lumpur: Satu rakaman video yang menular dalam internet memaparkan seorang individu yang menyambut Aidilfitri bersama anjing mencetuskan kontroversi dan kemarahan umat Islam.
Video itu yang menggunakan latar bunyi takbir raya menunjukkan individu terbabit menyambut Aidilfitri bersama tiga anjingnya.
Video itu yang menggunakan latar bunyi takbir raya menunjukkan individu terbabit menyambut Aidilfitri bersama tiga anjingnya.
Babak sensitif dan menghina Islam dalam video berkenaan bermula dengan aksi individu berkenaan memakai baju Melayu hitam membasuh kaki seekor anjingnya dan kakinya sendiri seolah-olah berwuduk.
Individu terbabit kemudian meletakkan biskut raya di atas meja untuk dimakan tiga anjingnya.
Video berkenaan yang diakhiri dengan pesanan ‘Raikanlah Aidilfitri Bersama-sama Tanpa Mengira Spesies, Warna dan Asal-Usul’ yang merujuk kepada manusia dan anjing.
Tinjauan BH di laman sosial Facebook mendapati video itu disebarkan secara meluas dan mendapat pelbagai reaksi rakyat Malaysia.
Tindakan tegas
Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Nakhaie Ahmad, berkata perbuatan itu perlu dikenakan tindakan tegas.
“Tindakan beliau memaparkan sambutan Aidilfitri bersama anjing boleh mengelirukan umat Islam, walaupun ada mazhab membenar umat Islam membela anjing, namun dalam konteks negara kita, ia tidak sepatutnya berlaku.
“Kita perlu ada fatwa yang jelas tidak boleh buat sesuka hati, perbuatan ini jelas biadap,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Video Hina umat Islam
Apabila tiada tindakan tegas dari Kerajaan? beginilah yang bakal berlaku berterusan sampailah suatu hari nanti Islam yang sebenar muncul dan berakhirlah dunia yang fana ini.
Ape cerita dengan kontroversi Alvivi? masalah yang terkait dengan hal peribadi, menyangkut sensitiviti masyarakat beragama, kenape mesti nak hancurkan kedamaian yang dah sedia ada?
Bagi saye, pemerintah kene ambil tindakan tegas terhadap masalah sebegini. Bukan takde ulama atau pemikir Islam di Malaysia, semua hebat-hebat dan banyak ilmu.. tapi tak berani membenarkan apa yang benar.
Itulah realiti yang berlaku di bumi Malaysia sekarang, jangan pejam mata atau pekakkan telinga dengan hal sebegini. Kite perlu tahu secara tidak langsung hal begini telah membabitkan diri kite dan setiap individu masyarakat Malaysia.
Anda boleh menilai setelah melihat video di atas, walaupun saye bukanlah seorang yang pandai dalam ilmu agama, tapi sebagai seorang yang beragama Islam, saya boleh rasakan adanya ketidak sesuaian dari video yang dirakam oleh individu tesebut yang lebih dikenali sebagai Chetz.
Kalau kita peka dengan apa yang terjadi di Mesir dan Syria, kenapa tidak di Negara kita sendiri? ntah-ntah ini adalah pembukaan Negara Malaysia bakal menjadi seperti Mesir? نعوذ بالله من ذلك
0 comments:
Post a Comment