Showing posts with label Award. Show all posts
Showing posts with label Award. Show all posts

Thursday, May 15, 2014

16 Mei Sejarah Hari Guru

16 Mei Sejarah Hari Guru16 Mei Sejarah Hari Guru
16 Mei Sejarah Hari Guru


16 MEI - SEJARAH HARI GURU

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam tahun yang sama 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council ) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report Of The Education Commitee ) sebagai dasar pelajaran negara kita. Dokumen tersebut dikenali sebagai Laporan Razak, telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.

1. Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.

2. Menarik perhatian ibu bapa , murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.

3. Memupuk semangat perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.

4. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.

5. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar, persidangan, melanjutkan pelajaran dan sebagainya.

6. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

Tema hari guru

1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan

1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi

1975 Guru dan Pembangunan Negara

1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan

1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan

1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang

1979 Murid Sejahtera Negara Jaya

1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara

1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat

1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu

1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan

1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan

1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan

1986 Pendidikan Teras Nasionalisme

1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan

1988 Guru Pengasas Budaya Membaca

1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera

1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang

1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan

1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan

1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia

1997 Guru Bestari Sekolah Bestari

1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama

1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang

2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan

2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama

2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan

2007 Guru Penjana Modal Insan Cemerlang

2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang

2009 Guru Pembina Negara Bangsa

2010 Guru Pembina Negara Bangsa

2011 Guru penjana transformasi pendidikan negara

2012 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
Share:

Wednesday, June 12, 2013

Saya la Penulis Baru Itu..hahaha

Saya la Penulis Baru Itu..hahaha

Shaz.. Saya la tu..hehe..Firstly, terima kasih kepada admin KBM a.k.a Mr.Wadud di atas kesudian dan keizinan beliau untuk membiarkan saya menconteng di blog nya ini. Saya bukanlah penulis (dan saya pun tak tau apa yang patut saya tulis).. Saya juga bukanlah seorang bijak pandai.. Saya bukan sesiapa.. Saya hanyalah seorang pelajar, yang baru belajar, dan akan terus belajar hinggalah otak saya ini tidak mampu lagi untuk belajar..heheh.. 

Apa pun sedikit pembetulan di atas cerita Wadud tadi.. Kami berkenalan di UKM (bukan UMK) semasa Prog Study Tour tersebut dan perkenalan tu berpanjangan sehingga sekarang.. Wat masa ni saya tak tau nak share apa kat sini sebabnya saya sekarang ngah cuba untuk fokus pada final exam (cuba je).. So In Sha Allah saya akan cuba untuk menulis atau mengarut setelah saya abis exam ok!

Pada korg semua, selamat berkenalan dan terima kasih sekali lagi kepada Mr. Wadud.. Doakan saya sukses dalam imtihan kali ni ye! PEACE!!
Share:

Tuesday, October 9, 2012

New BE MOH Organ Donation Campaign


Tup-tap tup-tap.. alkisah dapat pula BE MOH Organ Donation Campaign dari Mr.Nuffnang.. hihi, baru cadang nak cash out, tengok earning ada BE baru, teros tak jadik.. ngok ngek sungguh.. dah berabad duit dalam tu, belom pon teringin nak cash out. Tadi je terasa nak try2.. 

Thanks to Mr. Nuffnang for the new BE MOH Organ Donation Campaign, sebenar aku dah lama tak bukak Nuffnang page, sebabkan, pikir2 malas nak main blog sangat.. tapi ntah camne, balik je dari futsal, teros teringat blog dan terupdate la pulak (^_^)

Share:

Monday, August 27, 2012

Nuffnang Comfort Ultra Pure

Nuffnang Comfort Ultra Pure

Iklan Nuffnang Comfort Ultra Pure tu macam menarik perhatian aku untuk tahu amende sebenarnye iklan yang drang promote tu.. dan terklik sudah, alhasil link NI HAA drang bagi kat aku. Mule memang dah terdetik, iklan ni mesti untuk baby @ bayi sebab gambar2 pon semua kearah tuh.. cume aku nak tahu ape yang special iklan dari Nuffnang.

Tapi aku rase macam ada yang special kat page Comfort Ultra Pure tuh.. tapi malas nak bongkar pulak sebab banyak mende lagik aku nak kene buat, lain lah kalau iklan pasal computer ke, software ke, hardware ke, elektronik ke ape ke.. best jugak nak bongkar2 page dia.. haha..

Yang best kan, BE Unilever Sunsilk Savana aku tengah naik skang, hehe.. CTR Bonus dia makin menambah2 pulak, tu yang jadik rajin sikit nak ngupdate blog nih, kalo idak, berabok lagi lah page aku nih, sebenar aku ada jer idea nak menulis, tapi tu lah.. bile dah bukak internet, mende lain pulak yang jadi tumpuan utama aku, nak update apenye.

Nak BE? tips aku mudah je, korang kene pandai bodek Nuffnang, pandai sikit2 bab-bab SEO nih.. dah cukup, confirm BE korang menimbun. Tapi kene lah ikhlas, entry kene la power dan ada hasil yang menarik untuk pengunjung, tu mende penting untuk tarik perhatian Nuffnang. OK? ala.. korang lagi power (*_^)
Share:

Monday, January 2, 2012

Belajar Pluking Gitar Guns And Roses ~Dont Cry~


Jom belatih pluking lagu Dont Cry Guns And Roses.. ni n3 yang malas namenyer, haha.. tapi takper, ada baik dia.. korang dapat ilmu, aku pown dapat ilmu, same2 dapat.. manfaat dengan tak jer..

Chord dia mudah, tali E fret ke 3 (B), pastu pluking Am Dm G, sambung terus tali A fret 3 dan 2 (C dan B).. untuk pluking.. just petik dari tali A D G B E B G.. petik kebawah terus naik ke atas tanpa petik dua kali tali E..

Belajar Pluking Gitar Guns And Roses ~Dont Cry~

Tak paham? tengok la video ok.. tapi tutorial dalam tu aku just tunjuk chord dia, time petik aku tak tunjuk ok.. praktik jer pluking dari atas sampai bawah A D G B E B G dari bawah (B G)..

Maybe aku nak buat tutorial CARA TUNE GITAR dari yang aku belajar dan praktiskan sendirik.. tapi tulah.. rase macam malas pown ada ^_^ hak3.. sebenar mudah je cara nak tune dia, hehehe..
Share:

Wednesday, November 24, 2010

Dapat Award taraaaa!!! -edit by wadud-


award dari cik su...



waaa ade 2 award... taraaaa!! hehe


Hari ni asyi nk amik dua Award dari cik su... syukran jiddan cik su bg award kt asyi hehe.. yeahh cam biasa ler dapat award kene jawab soklan.. soalannya cenggini :p


1)berikan 1 nickname tok sy

Erm nk bgi nama pe erk.. haaa asyar n awat hehe


2)ucapan utk pemberi award ni

Time kasih sgt bgi award nie (cayunkkk cik su selalu)


3)berikan 6 fav artis/singer/group yg korg minat

Perghh byk yg minat okey 3 dari asyi 3 lgi wadud hehe adil kan ekkeek :p


Rabbani

Inteam

Unic

The A.C.A.B.

Slipknot.

Awie Wings.
Share:

Tuesday, October 12, 2010

Err.. wadud macam dapat award.. :-p



Err.. camner ekh ayat permulaan?? huhuhu.. wadud dapat Award lagi, hurr.. bestnyer.. time kasih Maya.. baik sungguh beliau.. :p


Tapi yang susah sikit tuh.. wadud dapat asingment dari Maya.. hee.. so kot mana pown wajib buat..


Walaupun wadud tengah nak buat asingment neh.. tapi dulukan pemberian kawan, hehehe.. okeh.. wadud settlekan asingment yang Maya bagi


1. apa yang sedang bermain di fikiran anda sekarang ?

Carik bahan pasal Sosiologi Agama. :}


2. apakah nama samaran anda ?

Wadud@Duad


3. senaraikan 3 orang yang anda sayang

Muhammad S.A.W, Mak, Ayah.


4. panggilan untuk si dia .

Err?? lon masih single.. hee..


5. hadiah yang paling diimpikan dari yang teristimewa

Pandai menjaga kehormatan, Hormat orang tua, masyarakat, Ketakwaan kepada Allah dan Rasul. ( nanti la isteri wadud )


6. belog mana yang paling suka visit ?

Sumer kawan2 blogger yang ada dalam bloglist wadud, hehe..


7. tag kepada 15 blogger anda

15 yg btuah ialah

Share:

Monday, June 28, 2010

huh.. tag ngan award yang wadud dapat.. baca la.. hehehe... ~ update ~

Okeh, posting kali ni, wadud nak selesaikan tag dan pemberian dari kawan blogger kepada wadud, panjang posting kali nieh, sebab wadud campurkan 4 kawan blogger, ada yang bagi award, ada yang baek hati bagi tag, macam adah..hahahahahaha.. jadi kat sini tag ni wajib wadud passing kat kawan2 yang laen, so kepada yang rasa2 ada dalam bloglist wadud, sila2 la tengok, korang mesti ada punya, sebab dah banyak sangat.. xder pilih2 lagi..hehehehe...




Ni wadud dapat award dari kawan baru.. baru kawan dah dapat award.. sungguh berhati mulia beliau, time kasih ekh Paez.. tu belom kawan lama2 lagi, kalau dah lama berkawan, huhu.. dapat ape ntah..hahahah...:p


so skang wadud nak bagi kat 7 orang*seven lucky blogger*.. wadud bagi kat kawan2 rapat wadud, tapi kalau yang dah penah ada, silakan la simpan atau passing kat sesaper..heee...




yang telah terpilih, haa... macam biasa wajib amik, kalau tak wadud memang dah marah.. heeee... :p


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@




hini wadud dapat award dari sorang kawan gak.. tapi kami agak kurang kenal kort?? yeke.. pasni kenal2 la ngan wadud lagi mendalam ekh?? (amboi) hahahaha....


so keje yang beliau bagi kat wadud, ni ha.. huhuhu.. banyaknyer keje..


1. apa nama blog dan knp letak nama itu?

nama blog wadud " kehidupan blogger malaysia 2010 ".. sebenar tujuan wadud letak nama blog cenggitu disebabkan oleh ketidakpuasan wadud setelah begitu ramai yang mengatakan wadud ni orang indonesia, padahal wadud belajar jer jat Aceh Indonesia, warga tetap malaysia gak.. waaa.. pasni jangan salah2 dah..huhuhuhu...


2. apa nama URL blog dan dari mana datangnya idea itu?

haaa.. yang ni best, url blog wadud " http://slumberblogger-freedownload.blogspot.com " ..datangnya idea sebegitu adalah disebabkan oleh keghairahan wadud dalam it, terutama programmer.. kan dalam blog wadud banyak untuk perkongsian software? dan tutorial? sebenar " -freedownload " tu xder.. hehehe.. so baru je letak tuh..hehehehe.. biar ngan dengan content wadud gak.. :p


3. apa method dlm penulisan anda?

wadud banyak kongsikan software2, dan sejak dapat kawan blogger nieh, wadud lebih utamakan perkongsian ilmiah, ilmu2 semasa dan nasihat2 yang berguna, insyaallah.. :-)


4. pernah terasa nak hapuskan blog? sebab musababnya?

agak2 la soklan..hahaha.. x pernah dan insyaallah x kan pernah... rugi la ilmu2 dalam nieh.. :-)


5. pernah ahli keluarga anda baca blog anda?

pernah kort, sebab hari tuh wadud ada Ym dengan kakak wadud, suh dia bukak blog wadud sebagai panduan untuk dia buat blog opis dia..hehehe.. tapi x tau la dia bukak ke tak..:p


6. apa perasaan anda bila org kata blog anda buruk sdgkan org lain kata blog anda cantik?

soklan bagos.. hehe.. kalau orang kata blog wadud buruk, bagi wadud dia seorang yang pentingkan harta benda, yang terlalu pandang pada luaran, hehehe.. kalau pulak ada orang kata blog wadud cantik?? emm.. bagi wadud dia seorang yang sangat prihatin kepada semua benda, dan dia juga seorang yang open minded.. :p


7. bila blog anda diberanakkan?

sory.. wadud dah lupa la pulak.. tapi kalau x salah.. wadud baru lagi dalam dunia blog2 nieh..


8. siapa org pertama yg tahu anda ada blog?

kawan wadud yang nama dia Hakimi dan Muslim, sebab drang tempat wadud belajar dan bertanya, kira drang yang buat dulu dari wadud la..hahahaha..


9. apa perasaan anda bila ada org berkata ttg blog anda d sekolah?

wadud sekarang dah kuliah, hehehe.. buat sementara ni kawan2 sume puji blog wadud, xde masalah.. tambah2 kenelakangan ni wadud banyak ajar orang buat blog, so perasaan wadud ok2 jer.. drng happy, wadud pown happy.. :)


10. sepuluh org sterusnya bakal di tag. ( hehehehe.. )

1.)mawaddah ( tag ni sesuai buat adah, heee.. )
8.)PCH
9.)IZZy
10.)mimi


maaf ekh yang dah kene tag.. wadud harap korang buat dengan eklas la..hahahaha.. sabar3.. :p


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@




yang nieh dari puput lak, huhuhu... tag + award ni sebenar wadud main2 je nak, last2 beliau bagi betol2, waaa... Puput ni memang la, hehehe.. ape2 pown wadud cuba buat, time kasih ekh Puput.. :p


"ROLLERCOASTER AND CHILDREN AT THE PLAYGROUND"


give thanks to the blogger for this award and tagged


++ makes 15 word from
the sentences above (no names human/city/road/animal)
example: roll,rain


++ don't repeat the word..make sure every
word you make have a meaning


++ put your transport (picture)
when you go to work,school or college.


++ put your favourite sandles/shoes (picture)


++ where do you get this banner tagged (sender picture)??
(klu puput yang berikan kepada anda jadi tempek header blog puput untuk
soalan ni,klu orang lain yang bagi tempek header blog diorang)


--pass this tagged to your friend--


huhu.. masa menjawap segala ragam soalan.. abes kantoi rahsia2 wadud.. jahat tol Puput.. :p


1.) 15 perkataan dari ayat " ROLLERCOASTER AND CHILDREN AT THE PLAYGROUND "

--race --site --roger --couse --ten --any --rental --dresing --under --help --nude --eat --large --tought --rain ( betol ke wadud buat ni puput?? :p )


2.) wadud pakai moto jer pegi kuliah.. heee... ni moto dari Aceh tau..




3.) hehehe.. wadud malas nak pakai kasut, so selau pakai sandal jer pegi kuliah.. hehe.. ( apsal sokaln suh letak kasut lak, adess.. x laen macam ker?? hahaha.. )




4.) Puput x der header.. header puput macam yang biasa2, hehehe... so wadud nak letak mana nieh?? camne nie puput?? wadud letak yang ni la ekh :p




5.) haaa... wadud nak tag orang.. jaga2.. sape yang kene..




wadud rasa yang kene rag nieh, wadud kenal kort.. heeee... kalau x kenal.. kenal2 la ekh.. :p


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@




Yosh!! kali nieh dari Adah la pulak, alahai... dulu beliau la yang first tag wadud, pastu wadud kata la terharu kene tag, last beliau kata " takpe, lepas ni adah rajin tag wadud ok? ".. tengok.. dah terbukti kan?? hahahaha.. Adah
memang member yang baek la.. ( puji sikit sebab nanti wadud nak datang melaka senang. :D ).. ok Adah wadud buat tag dari Adah ok.. :-)


so dari barner tuh, " 20 tentang saya kan? " saya tuh wadud lar.. huhu.. x kan x tau kort? :-(


1.) Nama sebenar wadud Muhammad Adduat Bin Zainal Abidin. ( sape sebut dengan betol wadud belanja cekelat sebutir.. )


2.) Wadud seorang yang terlalu minat dengan dunia IT, insyaallah abis blaja Aceh, wadud amik master pasal IT, hehehe.. amien...


3.) Wadud dari wajah saje berwatakan baek, padahal dalaman wadud agak kurang baek, hehehe...


4.) Orang kata wadud nie cute, macho, hensem, hahahahha... ( puji diri sendiri lak ) tapi wadud rasa wadud nie biasa2 jer, semua tu prasangka dari kawan2 jer.. :p P/S : abaikan.


5.) Ketinggian wadud 175 cm jer.. pendek la..huhuhu...


6.) Wadud suka makan gulai lemak, mama yang masak la, gulai lemak pedas.. pergh.. so wadud carik gak bakal isteri yang pandai masak gulai lemak pucuk paku, kalau dia x reti, wadud reject..muhahahahahha... :D


7.) Sebenarnya, wadud seorang yang kuat makan, sehari 5 kali wadud makan, tapi realiti nya wadud sampai sekarang kurus.. dont believe it? believe it.. :p


8.) Wadud sekarang sambung belajar di Aceh Indonesia, setelah tammat pengajian di Ma'ahad tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ad-din Malim Nawar Tualang Sekah Perak, selama 6 tahun pengajian, alhamdulillah tammat 30 juzu' dalam masa 3 tahun..


9.) Di IAIN @ Institut Agama Islam Ar-Raniry Banda Aceh Indonesia, wadud di Fakulty Ushuluddin, di bidang @ jurusan Perbandingan Agama.


10.) Terus terang, wadud sangat suka akan asingment, tapi lepas dah dapat banyak asingment, wadud jadik malas nak buat, hahahaha... wadud memang suka asingment sebab bila kita buat asingment ilmu kita akan bertambah dari kajian dan research yang kita dah buat.


11.) Wadud suka akan buku2, buku2 kat dalam bilik wadud dah penuh, hahaha.. sampai x larat nak baca buku, bukan sebab pe, buku di Aceh nie memang menarik perhatian wadud yang selama nie x suka akan buku.. sekarang dalam proses untuk menghabiskan buku yang bejudul " sejarah agama yahudi ".


12.) Wadud single sekarang, sape nak ngorat cepat, hahaha.. wadud x suka kapel2, bagi wadud 100% kapel nieh haram, sampai lah wadud ada buat siri khusus pasal kapel kan? sekarang dah sampai siri yang ketiga. boleh tengok kat sini dari siri satu. Couple?? ( siri 1), Couple?? ( siri 2), Couple?? ( siri 3).


13.) Wadud seorang yang open minded, dan sangatlah suka berkawan.. tapi wadud lebih cenderung kepada kawan yang sempoi2, slumber, relax, open.. yang sewaktu denganya lah..hehe..


14.) oh.. pasal kawen, ( umo dah 21 kene sebut pasal nieh..ekekeke.. ) wadud rasa wadud kawen lambat kort, sebab wadud nak carik harta dulu, dah ada moto, kete, rumah, tanah, keje tetap, barulah wadud mencari jodoh..hahaha.. x malu nak sembang pasal ni, sebab mende nieh fakta, semua orang patut cerita pasal nie.. bagi wadud, wadud x nak jadi macam orang lain yang nak kawen atas tujuan sex semata, sedangkan kawen bukanlah satu permainan melainkan satu ikatan dan kewajipan dari Allah.. so x buleh maen ekh.. :p


15.) Wadud suka ciri2 isteri macam nieh, hahahahaha.. jangan gelak bila dah baca ok?? --agama Islam --Paham Agama --bule urus rumah tangga --memahami satu sama lain --paham bahwa, ketetapan agama itu adalah tetap? maksud wadud macam nieh, hukum islam mengatakan bahwa, seorang isteri harus melayani kehendak suaminya, dan yang paling pahit kalau seorang suami mengangkat masalah kawen lebih dari satu, hahaha.. wadud x minat la kawen banyak2, relax ar.. hahahahhaha... --cantik (sebab wadud macho.. :p ) --pandai memasak, gulai lemak wajib --last, sanggup bersama2 mati di jalan Allah.. ( angan2 wadud je tuh )


16.) Wadud terlalu sayang mak dan ayah, sebab wadud sendiri x bule nak gambarkan kat korang betapa besarnya pengorbanan, kepayahan, kesengsaraan, kepahitan yang dilalui oleh seorang mak dan juga ayah, terutama ayah wadud.. pergh.. sedey arr.. :-p


17.) Wadud jugak seorang yang bengis, kuat marah tapi cepat sejuk, suka diam, bising ada time2, dan wadud gak seorang yang suka akan ilmu2, terutama ilmu kebhatinan.. hehehe..


18.) err.. wadud suka warna purple, biru dan itam, hehehe.. ( xder idea la adah..huhuhu.. )


19.) hah!! futsal sangat lah diminati oleh seorang yang bernama Muhammad Adduat aka wadud@duad, hehehe.. wadud penah dapat juara bola padang lawan dengan team sekolah paling hebat, pergh.. tapi wadud main bahagian right defend.


20.) last, wadud tiru adah ekh??heee.. wadud nak tag.. emm.. ( disebabkan dah semua kawan2 wadud kene tag, wadud pilih jer kat SboX comel wadud ok.. :p


--Ney


Wadud tau, yang ni kebanyakkan x kenal wadud, hehehe.. so dalam kenal la ekh kawan.. semoga kawan2 sangat bersenang hati dengan tagging yang telah diberikan oleh insan yang bernama Muhammad Adduat aka wadud@duad... hehehehe...

Sekian dari banyaknya hutang yang selama ni wadud simpan.. adoi.. sekarang dah settle ok.. time kasih kepada semua kawan blogger yang telah memberi wadud banyak inspirasi dalam berblogging..:p
Share:

Sunday, June 20, 2010

adess.. letih betol mengajar orang... huhu..


Hari nie hari yang terlalu letih bagi wadud... sebab semalam tengok world cup, denmark versus cameron.. nyaris denmark menang, huhu.. kalau kalah maunyer tensen.. :p

So wadud x cukup tido la kan, pagi nie wadud kene jadi pemateri@trainer@fasilatator@tutor untuk pembuatan blog untuk orang2 Aceh dengan sorang kawan wadud nieh..

Masalahnyer kalau sekejap x pe lgi, ni sampai 6 jam?? pergh.. nak terang kat orang Indonesia ni bukan senang, lain la kalau orang malaysia.. :) tapi happy la..

Wadud eklas nak kongsi ilmu, so wadud ngan kawan wadud ni x kisah sangat pasal duit, yang penting ilmu yang wadud ada wadud dah kongsi dengan kawan2 di Aceh..

Yang kami dapat cuma sertificat, hehehehe... ok la.. meh tengok award@sertificat yang wadud dapat ok, gambar lain nanti wadud upload ok.. hehehe...
Share:

Friday, June 18, 2010

wadud dah settlekan hutang Ahlong.. :p

Wadud ada dapat tag dari sorang kawan nama dia Adah.. beliau sungguh rajin mengetag orang dan juga pernah mengatakan "lepas ni adah rajin tag wadud ok?" beliau kata gitu.. bagos sungguh beliau kan?? hehehe.. time kasih adah dah tag wadud.. harap puas hati ekh dengan pe yang wadud dah jawab nieh :p

1.Soalan pertama : adakah anda rasa anda hot?
wadud x hot.. wadud rasa wadud macam mavho je.. xtau la.. dan tanya soklan macam nieh.. :p

2.soalan ke-dua: upload wallpaper yang anda guna sekarang.


3.Soalan ke-tiga : cerita pasal wallpaper tersebut.

vista Black.. :p wallpaper nie wadud gunakan untuk jadi dan ingat balik step panduan untuk hack, so malas nak delete.. dah lama x format.. biarkan jela..hehehe

4.Soalan ke-empat : bila kali terakhir anda makan pizza?

err.. wadud makan pizza last.... adess lupa tapi ada la gak, samapi boring kat pizza..

5.Soalan ke-lima : lagu paling latest anda dengar.

Awie Wings lar...:p "taman rasyidah utama" pergh...

6.Soalan ke-enam : apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?

tengah cari bahan untuk asingment pelajaran Aliran Kepercayaan.. wadud carik "Aliran Sidro" sape ada?? waaaa.... sok nak kene hantar dah.. :( pastu buat gak lagi asingment tentang Filsafat Ilmu tokoh Immanuel Kant, huhuhu.. yang tu senang sebab ada bahan.. :D

7.Soalan ke-tujuh : selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa?

haaa.. soklan ape nieh?? hahaha.. selalu kene panggil Wadud, dud, duad, tulang... tu jela kort.. :p

8.Soalan ke-lapan : tag lagi lapan orang.

sory... wadud x tau nak tag sapa.. sebab wadud terbaca ada soklan yang berkaitan dengan orang yang kene tag, sebab wadud pon baru je kenal2 dengan drang..hehehehe.... so wadud copy la dari Adah.. hehe adah jangan marah ekh.. :p

1) matdin
2) duad@wadud
3) maCy
4) Asada RyutaRo
5) Burp
6) mijie
7) Eikasyaza
8) Eskremgoreng


9.Soalan ke-sembilan : siapakah orang no. 1 kepada anda?
dia adalah seorang yang baik hati, penyayang dan suka ambil hati aku... :p

10.Soalan ke-sepuluh : katakan sesuatu kepada orang no.5
semoga hepi selalu dengan family tercinta..dan jaga kesihatan baik-baik k..nati adah jawab tag kamu...tak mo sedey-sedey...hihihi

11.Soalan ke-sebelas : no. 3 ada hubungan dengan sapa?
no 3 ada hubungan dengan no 4...hahahaha...ntah la...korang g tanya la diorang...kasi gossip panas kat sini...tak tau la plak soalan ni tanya macam ni...adeehhh...


12.Soalan ke-duabelas : bagaimana pula dengan no.4?
no 4? hahaha..seorang yg complicated pemikirannya...hehehe..suka kasi orang gelak dan tersenyum sorang2 depan laptop nie...dia memang best..xmo puji lebey2, takut kembang plak...

13.Soalan ke-tigabelas : pesanan kepada orang no.6
no 6...sila jadi budak yang baik k...Tak mo nakal-nakal....hehehe

14.Soalan ke-empat belas : kata2 cinta untuk orang no. 2.
Kata2 cinta untuk no 2?? alamak...Errrmmm..hayati ya..."Aku cinta kamu, aku sayang kamu"...Jangan takut plak orang no 2 tu sebab no 2 terkena kat kamu...Terpaksa bagi kata-kata cinta...Hahaha...Kan dah merah muka yang no 2 ni...hihihihi....

15.Soalan ke-lima belas : adakah no.7 dan no.8 mempunyai persamaan?
ada persamaan..dua2 perempuan yang baik hati dan sayang adah...hehehe


16.Soalan ke-enambelas : berikan 5 perkara yang anda tawu tentang orang yang mengetag anda.
Alamak...ada 3 orang tag aku ni...So, aku kena jawab 15...huhuhu....

Ser: perempuan, tengah happy sekarang bersama si dia...hehehe, roomate aku, tengah pulun belajar, 22/11 dia nyer besday....

Tora: Baik hati, periang, tengah tanam anggur kot sekarang, suka gak tag aku, dia suka kawan ngan aku....hihih...

Zoul: blogger best, baik hati, tak suka marah (errr..yeke), lelaki, dia sangat gembira ari tu aku orang first bagi award kat dia...hehehe,


18.Soalan ke-lapanbelas : perasaan anda semasa buat tag ini.

relax... bangun2 tido teros teringat kat tag yang Adah bagi.. so buat teros..heeee...

19.Soalan ke-sembilanbelas : adakah anda tau si razman itu sengal
a'ah lebey kurang la si Razman memang sengat (wadud bedal jer)

Soalan ke-duapuluh : gay or less?
huhuhuhu... soklan yang sangat bermanfaat..muhahahahahha... tapi wadud mesti la lelaki, huuuu...

************************************************************


Yang nieh wadud dapat award dari Keyyah, time kasih keyyah... beliau memang seorang kawan yang baik..hehehe..

Ni kira second time la wadud trima award dari kawan blogger wadud... terharunya.. hehehehe..

Pegi kat blog Keyyah pastu baca untuk maklumat lanjut.. sebab rasa x bagus kalau wadud copy paste jer.. :p

 Keyyah gak ada suh forward award nie kat 5 orang.., hehe.. orang2 tuh :


Time kasih ekh keyyah..hehehehe.... nanti wadud blanja lolipop separuh ekh.. :p
Share:

Wednesday, June 9, 2010

First Time Award... Muahahahaha... :-)


Hari nieh wadud happy walaupun kuliah hari nieh sampai 4 subjek, huhu.. punyer la banyak sampai nak main bola pown tak larat..eheheheee..

Wadud eppy bukan sebab pe, sebab first time dapat award dari sorang kawan yang kenal lama gak la, huhuhu... ntah camne bleh beliau memberi award tersebut kepada wadud lak.. :p

First eppy sebab masuk kuliah dapat ilmu, second sebab dapat award.. hehehe.. time kasih kak.. :)

Balik umah jer, wadud terus bukak bukak email wadud.. tibe2 ada orang bagi email mengatakan wadud telah mendapat award nieh :p hehehehe... memang simple dan sempoi la award tersebut.. :)





So walaupun beliau x wat syarat untuk terima award nieh.. wadud nak bagi gak kat kawan2 yang wadud kenal la selama ber blogger nieh.. membe2 wadud tuh...

1.) Adah

2.) Kak Biru

3.) Mario

4.) Wanie

5.) Tehr

KOrang wajib ambik tau!! kalau x wadud memang marah gilar la... :p hehehehe...


Share: