Showing posts with label Tag. Show all posts
Showing posts with label Tag. Show all posts

Monday, December 12, 2011

Cara Menggunakan Guitar Pro Software



Video kat atas adalah panduan menggunakan Guitar Pro Software secara mudah dan cepat..

Jangan pening dengan banyaknye fungsi2 dalam tuh.. hehehe.. yang penting korang buleh guna software tuh untuk upgradekan atau blajar cara bermain gitar..

Cara Menggunakan Guitar Pro Software

Best men gitar kalau betol2 minat la.. cume kene ingat, bile dah petik jer tali tuh, sangap dia bukan main, tambah pulak macam2 lagu korang buleh buat..

^_^.. ape2 pown.. semua tuh UP 2 U la kan..

Opss.. ni satu file gp5, lagu SKINHEAD (ACAB) judul dier : ACAB BERSAMA SEMULA, banyak basic dalam lagu nih.. dan aku memang layan lagu ni sejak mule join la katekan.. hehe..

Download Here :
Share:

Tuesday, November 15, 2011

Nyamuk Aedes, Tanda-Tanda, Cara Pencegahan Dan Cara Mengatasi


Jom cari tahu amende Aedes tuh sebenarnyer.. kalau terang panjang lebar kat sini Aedes tu, nanti ada yang mengantok lak ^_^.. so kat bawah tersedia point2 penting pasal Aedes, dari pengenalan, cara pencegahan sampailah cara mengatasi.. aku dapat idea wat pasal Aedes ni lepas tengok iklan Nuffnang kat Leaderboard blog aku, hahaha.. macam menarik jer Aedes ni, so bermulalah galian demi galian dan nilah hasilnyer.. hehe.. hasil ni jugak adalah dari encarian di Google, dari Blog2 peribadi orang lain.. aku jugak sertakan sumber dari mana aku dapatkan ni sumer.. so kalau ada yang terkena dari blog sape2, mohon maaf la aku copy paste (edit sikit2), niat cume nak sebar dan kongsi pada orang laen.. ^_^..

Apakah Itu Aedes :

Namanya diperolehi daripada perkataan Greek aedes, yang bererti "tidak menyenangkan",kerana nyamuk ini menyebarkan beberapa penyakit berbahaya seperti demam denggi.

Ae. albopictus merupakan species yang sering ditemui di Asia.
Kakinya berbelang hitam putih.

Ae. aegypti juga terkenal sebagai penyebar denggi dan demam kuning.
Kitaran hidup nyamuk aedes bermula dari telur hingga dewasa mengambil masa kira-kira satu minggu.

Tabiat nyamuk Aedes :

- Aedes senang dikenali dengan belang hitam putih pada badan dan kakinya.

- Aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan waktu senja.

- Aedes membiak dalam air jernih yang bertakung, sama ada di dalam atau luar rumah.

Tempat pembiakan nyamuk aedes :

- Dalam Rumah
- Akuarium
- Perangkap semut
- Pasu Bunga
- Timba
- Tempayan
- Kolam (kolah) mandi
- Tempat air peti sejuk
- Luar Rumah
- Tayar buruk
- Tempurung kelapa
- Botol/gelas pecah yang mengandungi air
- Salur air hujan
- Pokok Pisang
- Pokok Keladi
- Longkang yang tersekat
- Tangki septik (terdedah)

Pencegahan pembiakan nyamuk aedes :

- Salin air dalam tempayan, pasu-pasu bunga, kolam mandi tiap-tiap minggu dan basuhlah sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru.

- Buangkan air dari pinggan-pinggan alas pasu bunga seminggu sekali dan gosok pinggan-pinggan itu hingga bersih untuk memusnahkan telur nyamuk.

- Tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk daripada bertelur.

- Bekas yang tidak digunakan hendaklah dikumpulkan dan dibuang ke dalam tong sampah atau ditanam.

- Periksa saluran bumbung rumah seminggu sekali untuk membersihkan daun yang menyekat air daripada mengalir.

- Masukkan garam sebanyak 2 sudu teh ke dalam perangkap semut untuk mencegah pembiakan nyamuk.

- Peliharalah ikan seperti Ikan Gupi, puyu di dalam tangki besar kerana akan memakan jentik-jentik.

- Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik (mengikut sukatan yang betul) ke dalam semua bekas menyimpan air, tiga bulan sekali

Tanda-Tanda Demam Denggi :

Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy).

Cara Mengatasi Demam Denggi :

- Minumlah air putih minimal 20 gelas berukuran sedang setiap hari (lebih banyak lebih baik).

- Cubalah menurunkan panas badan dengan minum obat penurun panas.

- Beberapa teman dan dokter menyarankan untuk minum minuman ion tambahan (tapi banyak juga yang tidak menganjurkannya).

- Minuman lain yang disarankan: Jus jambu merah untuk meningkatkan trombosit (ada juga yang menyarankan: daun angkak, daun jambu, dan sebagainya).

- Makanlah makanan yang bergizi dan usahakan makan dalam kuantitas yang banyak (meskipun biasanya minat makan akan menurun drastis).

 Sumber :
Share:

Tuesday, July 12, 2011

Update Contest Dari Adah

Hari ne nak mintak maap kat sorang blogger sebab baru sekarang nak buat en3 pasal hadiah ikhlas dari beliau atas kemenangan contest yang dianjurkan beliau, amboi dah rope kata-kata semangat dah.. hehehehe..



Ops.. terluper.. contest adalah anjuran dari saudari Adah ^_^.. thanks to Adah seorang blogger yang sempoi dah baek hati.. buleh USHA SINI untuk ke blog beliau..


Tuh surat dari beliau mengatakan wadud telah berjaya dipilih sebagai pemenang.. tapi bukan no 1 la.. saguhati jer.. ekekeke.. thanks Adah.. 


Adiah pulak? cumeil.. ^_^ wadud buh kat HP Blueberry jer.. hehe.. sape nak bagi keychain free-free jer kan? korang penah dapat? tahu la korang lagi xpert.. huhuhu..

Wadud ucap tahniah jugak pada yang berjaya, dan timer kasih buat Ms Adah sebab sudi bagi wadud adiah cumeil neh ^_^, jangan marah ea sebab baru sekarang baru post.. hehehehe.. almaklum busy dengan final, lepas dah free ingat mende lain pulak.. tadi dok kemas-kemas, terjumper lak adiah cumeil dari Adah.. hehe.. sebab adiah ni wadud dapat masa kat rumah, so kat rumah mana ada tenet.. nak pi cc update blog memang malas melampau.. so sampai Aceh baru leh update.. tu yang jadi lupe ingat tuh.. 6_^ jangan marah-marah Adah ea.. 
Share:

Saturday, July 9, 2011

Cara Shalat Sunat Dhuha Dan Kelebihannya

Assalamualaikum sahabat sume.. sihat ke untuk hari ni? alhamdulillah untuk sesiapa saje yang sihat dan alhamdulillah jugak untuk sesiapa saje yang kurang sihat. Rini nak ajaks sahabat sume menunaikan shalat sunat Dhuha. Alang-alang wadud dah hafal untuk final exam, dari biar camtu je baik kongsikan kat sini kan. Untuk mengerjakan shalat sunat Dhuha ni sangat mudah, jom zass kat bawah :

1. Niat :

-Sahaja aku shalat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah ta'ala.

2. Bacaan dalam Shalat sunat Dhuha :

-Rakaat pertama, Al-Fatihah, Surah Asy-Syams.

-Rakaat kedua, Al-Fatihah, Surah Adh-Dhuha.

3. Bacaan doa :

-Boleh tengok di bawah ea.


Artinya: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya waktu dhuha adalah waktu dhuha-Mu, keagungan adalah keagunan-Mu, keindahan adalah keindahan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu, penjagaan adalah penjagaan-Mu, Wahai Tuhanku, apabila rezekiku berada di atas langit maka turunkanlah, apabila berada di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila sukar mudahkanlah, apabila haram sucikanlah, apabila jauh dekatkanlah dengan kebenaran dhuha-Mu, kekuasaan-Mu (Wahai Tuhanku), datangkanlah padaku apa yang Engkau datangkan kepada hamba-hambaMu yang soleh”.

Sedikit perkongsian mengenai shalat Dhuha, shalat sunat ini boleh dikerjakan sebanyak 2,4,8 atau 12 raka’at dalam satu salam. Shalat sunat dilakukan setelah matahari terbit kira-kira pukul 7 pagi hingga waktu zuhur. Fadhilatnya juga sangat banyak, diantaranya dosa kita diampuni, memberi kesihatan tubuh badan, dihadiahkan syurga dan banyak lagi. OK.. untuk maklumat lanjut boleh lanjutkan pembacaan pada link di bawah ini. Selamat berbuat kebaikan ^_^

Share:

Sunday, June 19, 2011

Selamat Hari Bapa 2011

Selamat Hari Bapa!! sempena Hari Bapa semalam.. wadud nak mengucapakan kat Ayah yang berada di Malaysia semoga sihat-sihat selalu, jangan nakal-nakal2 yah, jaga diri jangan berkebon kuat sangat sampai sakit-sakit badan, semoga projek berjalan dengan lancar ye yah, hehehe.. wadud nak balik lambat lagik.. (ekekeke). Opss.. terlupa.. Hari Bapa sebenarnya pada 19 jun 2011 yaitu Hari ahad semalam.. so disebabkan semalam wadud ikut praktikum kat Gereja GPIB Banda Aceh, tak dapat la nak ucap Selamat Hari Bapa pada waktu yang tepat.. ^_^

Doakan keselamatan dan kerjaya wadud kat sini ea yah.. kalau kat Malaysia boleh la ayah lantak2 kan wadud jer.. tapi masalah nyer wadud kat Negara orang, huhuhu.. satu lagik, mungkin tahun ni wadud tak moh jadi Imam (pancen sekejap) dan nak puasa kat Banda Aceh ni haa.. insyaallah pertengahan bulan 8 wadud balik la.. jangan lupe gtau mak eh (sedih kan?) ^_^


Ni lah My Dad and My Mom terchenta (romantico kan?) yang begitu macho dan chantek!! hehehehe.. seorang yang sangat memahami sifat-sifat anaknyer sejak dari kecik sampai la beso.. harap-harap Ayah berpuas hati dengan segala tindak tanduk kami selama kami dalam menempuh hari tumbesaran ni ye yah.. Lovu U Dad (amboi) engkorang? bile lagik? walaupun kita tak wish secara berdepan.. tapi ada alternatif lain yang menunjukkan bahwa kita masih lagi ingat pada ayah yang selama ni bersusah payah nak membesarkan kita.. ye dok?
Share:

Tuesday, June 14, 2011

Wordless Wednesday.

Rasanyer sume orang dah tahu ape tuh WW atau Wordless Wednesday.. so walaupun agak terlambat dan terkene pulak dengan hari ini hari Rabu (Wordless "Wednesday") jadi membuatkan wadud terasa ingin menyampaikan sesuatu.. ^_^ -ayat skema-


Indahnyer... Ciptaan Allah.. Khusus kepada semua makhluknye..
Share:

Sunday, May 15, 2011

Join GiveAway dari JiwaKacau.com.

Huh.. rini dah bape kali update.. jangan pihak blogger anggap spam suda.. terasa macam terajin pulak sambil2 tengok Liverpol lwn Tottenham, mint yang ke 11 Tottenham dan sumbat sebijik, mampukah Liverpol? hahah.. dah lari tajuk..

Sebenar update ni adalah semata nak join satu GA ni, tuan tanah sendiri yang ajak xkan la nak campak cenggitu je kan? so cari sikit masa n join..




Blog Jiwa Kacau.com atau GA ini boleh di access di http://www.jiwakacau.com, ape ea yang menarik lam blog neh? jujur ea tuan blog, hehe.. wadud tengok blog Jiwa Kacau.com ni macam lebih kepada dunia Hosting2 camtuh.. hahaha.. mesti pelik kan?? tapi info2 lain jugak ada dan tu biasa la pada setiap blogger.. mungkin yang nampak lebih pada blog Jiwa Kacau.com ni, tuan tanah dia suka Promote Hosting, (kalau tak salah blog ini dulu blogspot jugak kan? sory la tuan tanah kalau salah eh, hehe..) info Host mana yang lebih baik dan murah. Kira macam tu lah.. susah nak explain.. keh3.. So, ape2 pon gud luck la pada semua peserta. Ni kira last minute gak la ne.. ^_^

Untuk yang nak join sebelum tarikh tutup, ada beberapa rules yang kroang kene patuhi.. rasa senang je, lagipon GA ni wadud saje2 join manala tau nasib menyebelahi diri ini kan?

1.Buat satu post tajuk macam kat atas nie…
2.Copy banner dan letakkan ke dalam post… Link kan banner ke post nie…
3.Buat satu entry simple dan make sure ade name blog Jiwa Kacau dan di linkkan ke post nie atau blog nie…
4.Tag 5 orang blogger lain…
5.Copy banner dan letak di sidebar (tak wajib)…
6.Follow blog nie (tak wajib)…
7.Follow Facebook fan page (tak wajib)…
8.Follow Twitter (tak wajib)…
9.Tinggalkan link post penyertaan anda di kotak komen di bawah…

Hadiahnya…
Satu domain percuma dan hosting 1GB Storage dan 10GB Bandwidth selama setahun…
Satu domain percuma selama setahun…
Hosting 1GB Stroge dan 10GB Bandwidth percuma selama setahun…
Semua pemenang akan dipilih degan menggunakan sistem random.org… Tarikh tutup penyertaan adalah 31/5/2011…

Ni geng blog dari BlogList wadud (ikut korang la nak join ke idak, hehe) biasala main tag2.. lagipon wadud tag pada blogger yang masih berdomainkan Blogspot.. ^_^






Gud Luck Allssss!!!!!!
Share:

Thursday, December 9, 2010

Join BlogLarian K.B.M 2010 enjoy~~~

Assalamualaikum….

Terima kasih daun keladi adah, len kali nk lgi heheh.. Adah kna bls pantun Asyi taw.. klo tak xmo cyg ekekek.. elhamdulillah, thanks kepada Mwddah, nama manje beliau “Adah” sebab tag asyi untuk join blogLarian nieh.. xpaham ngat ngan blogLarian tapi yg penting join dolo yoch!! yuk Adah kita berblogRun! hadoi penat!!!! Hehe..






Yeahh untuk info seterusnyer sila klik banner diatas… klik je pas2 enjoy lar..


Hui kena bagi slogan.. slogan dia.. saya suka berblogwalking or keliling blog@jln2 liat blog ,kerana blogwalking merupakan salah satu kegiatan blogger yang amat bermanfaat. Manfaat buat yang dikunjungi maupun yang mengunjungi.. kerana dapat mengetahui isu-isu semasa n informasi yg bermanfaat n tips2 yang berguna serta dpt merapatakan lagi tautan ukhuwah@silaturrahmi di alam maya ini bersama blogger-blogger lain then sambil 2 dapat lar meningkatkan trafik blog..



Okey Asyi tag umie haniey, Cik Su, kakyong

Opsss!! Yang berminat nak join boleh la ramai-ramai join blogLarian!! K.BM 2010 enjoy

untuk submit link entry pergi sini.
Share:

Tuesday, October 12, 2010

Err.. wadud macam dapat award.. :-p



Err.. camner ekh ayat permulaan?? huhuhu.. wadud dapat Award lagi, hurr.. bestnyer.. time kasih Maya.. baik sungguh beliau.. :p


Tapi yang susah sikit tuh.. wadud dapat asingment dari Maya.. hee.. so kot mana pown wajib buat..


Walaupun wadud tengah nak buat asingment neh.. tapi dulukan pemberian kawan, hehehe.. okeh.. wadud settlekan asingment yang Maya bagi


1. apa yang sedang bermain di fikiran anda sekarang ?

Carik bahan pasal Sosiologi Agama. :}


2. apakah nama samaran anda ?

Wadud@Duad


3. senaraikan 3 orang yang anda sayang

Muhammad S.A.W, Mak, Ayah.


4. panggilan untuk si dia .

Err?? lon masih single.. hee..


5. hadiah yang paling diimpikan dari yang teristimewa

Pandai menjaga kehormatan, Hormat orang tua, masyarakat, Ketakwaan kepada Allah dan Rasul. ( nanti la isteri wadud )


6. belog mana yang paling suka visit ?

Sumer kawan2 blogger yang ada dalam bloglist wadud, hehe..


7. tag kepada 15 blogger anda

15 yg btuah ialah

Share:

Monday, June 28, 2010

huh.. tag ngan award yang wadud dapat.. baca la.. hehehe... ~ update ~

Okeh, posting kali ni, wadud nak selesaikan tag dan pemberian dari kawan blogger kepada wadud, panjang posting kali nieh, sebab wadud campurkan 4 kawan blogger, ada yang bagi award, ada yang baek hati bagi tag, macam adah..hahahahahaha.. jadi kat sini tag ni wajib wadud passing kat kawan2 yang laen, so kepada yang rasa2 ada dalam bloglist wadud, sila2 la tengok, korang mesti ada punya, sebab dah banyak sangat.. xder pilih2 lagi..hehehehe...




Ni wadud dapat award dari kawan baru.. baru kawan dah dapat award.. sungguh berhati mulia beliau, time kasih ekh Paez.. tu belom kawan lama2 lagi, kalau dah lama berkawan, huhu.. dapat ape ntah..hahahah...:p


so skang wadud nak bagi kat 7 orang*seven lucky blogger*.. wadud bagi kat kawan2 rapat wadud, tapi kalau yang dah penah ada, silakan la simpan atau passing kat sesaper..heee...




yang telah terpilih, haa... macam biasa wajib amik, kalau tak wadud memang dah marah.. heeee... :p


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@




hini wadud dapat award dari sorang kawan gak.. tapi kami agak kurang kenal kort?? yeke.. pasni kenal2 la ngan wadud lagi mendalam ekh?? (amboi) hahahaha....


so keje yang beliau bagi kat wadud, ni ha.. huhuhu.. banyaknyer keje..


1. apa nama blog dan knp letak nama itu?

nama blog wadud " kehidupan blogger malaysia 2010 ".. sebenar tujuan wadud letak nama blog cenggitu disebabkan oleh ketidakpuasan wadud setelah begitu ramai yang mengatakan wadud ni orang indonesia, padahal wadud belajar jer jat Aceh Indonesia, warga tetap malaysia gak.. waaa.. pasni jangan salah2 dah..huhuhuhu...


2. apa nama URL blog dan dari mana datangnya idea itu?

haaa.. yang ni best, url blog wadud " http://slumberblogger-freedownload.blogspot.com " ..datangnya idea sebegitu adalah disebabkan oleh keghairahan wadud dalam it, terutama programmer.. kan dalam blog wadud banyak untuk perkongsian software? dan tutorial? sebenar " -freedownload " tu xder.. hehehe.. so baru je letak tuh..hehehehe.. biar ngan dengan content wadud gak.. :p


3. apa method dlm penulisan anda?

wadud banyak kongsikan software2, dan sejak dapat kawan blogger nieh, wadud lebih utamakan perkongsian ilmiah, ilmu2 semasa dan nasihat2 yang berguna, insyaallah.. :-)


4. pernah terasa nak hapuskan blog? sebab musababnya?

agak2 la soklan..hahaha.. x pernah dan insyaallah x kan pernah... rugi la ilmu2 dalam nieh.. :-)


5. pernah ahli keluarga anda baca blog anda?

pernah kort, sebab hari tuh wadud ada Ym dengan kakak wadud, suh dia bukak blog wadud sebagai panduan untuk dia buat blog opis dia..hehehe.. tapi x tau la dia bukak ke tak..:p


6. apa perasaan anda bila org kata blog anda buruk sdgkan org lain kata blog anda cantik?

soklan bagos.. hehe.. kalau orang kata blog wadud buruk, bagi wadud dia seorang yang pentingkan harta benda, yang terlalu pandang pada luaran, hehehe.. kalau pulak ada orang kata blog wadud cantik?? emm.. bagi wadud dia seorang yang sangat prihatin kepada semua benda, dan dia juga seorang yang open minded.. :p


7. bila blog anda diberanakkan?

sory.. wadud dah lupa la pulak.. tapi kalau x salah.. wadud baru lagi dalam dunia blog2 nieh..


8. siapa org pertama yg tahu anda ada blog?

kawan wadud yang nama dia Hakimi dan Muslim, sebab drang tempat wadud belajar dan bertanya, kira drang yang buat dulu dari wadud la..hahahaha..


9. apa perasaan anda bila ada org berkata ttg blog anda d sekolah?

wadud sekarang dah kuliah, hehehe.. buat sementara ni kawan2 sume puji blog wadud, xde masalah.. tambah2 kenelakangan ni wadud banyak ajar orang buat blog, so perasaan wadud ok2 jer.. drng happy, wadud pown happy.. :)


10. sepuluh org sterusnya bakal di tag. ( hehehehe.. )

1.)mawaddah ( tag ni sesuai buat adah, heee.. )
8.)PCH
9.)IZZy
10.)mimi


maaf ekh yang dah kene tag.. wadud harap korang buat dengan eklas la..hahahaha.. sabar3.. :p


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@




yang nieh dari puput lak, huhuhu... tag + award ni sebenar wadud main2 je nak, last2 beliau bagi betol2, waaa... Puput ni memang la, hehehe.. ape2 pown wadud cuba buat, time kasih ekh Puput.. :p


"ROLLERCOASTER AND CHILDREN AT THE PLAYGROUND"


give thanks to the blogger for this award and tagged


++ makes 15 word from
the sentences above (no names human/city/road/animal)
example: roll,rain


++ don't repeat the word..make sure every
word you make have a meaning


++ put your transport (picture)
when you go to work,school or college.


++ put your favourite sandles/shoes (picture)


++ where do you get this banner tagged (sender picture)??
(klu puput yang berikan kepada anda jadi tempek header blog puput untuk
soalan ni,klu orang lain yang bagi tempek header blog diorang)


--pass this tagged to your friend--


huhu.. masa menjawap segala ragam soalan.. abes kantoi rahsia2 wadud.. jahat tol Puput.. :p


1.) 15 perkataan dari ayat " ROLLERCOASTER AND CHILDREN AT THE PLAYGROUND "

--race --site --roger --couse --ten --any --rental --dresing --under --help --nude --eat --large --tought --rain ( betol ke wadud buat ni puput?? :p )


2.) wadud pakai moto jer pegi kuliah.. heee... ni moto dari Aceh tau..




3.) hehehe.. wadud malas nak pakai kasut, so selau pakai sandal jer pegi kuliah.. hehe.. ( apsal sokaln suh letak kasut lak, adess.. x laen macam ker?? hahaha.. )




4.) Puput x der header.. header puput macam yang biasa2, hehehe... so wadud nak letak mana nieh?? camne nie puput?? wadud letak yang ni la ekh :p




5.) haaa... wadud nak tag orang.. jaga2.. sape yang kene..




wadud rasa yang kene rag nieh, wadud kenal kort.. heeee... kalau x kenal.. kenal2 la ekh.. :p


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@




Yosh!! kali nieh dari Adah la pulak, alahai... dulu beliau la yang first tag wadud, pastu wadud kata la terharu kene tag, last beliau kata " takpe, lepas ni adah rajin tag wadud ok? ".. tengok.. dah terbukti kan?? hahahaha.. Adah
memang member yang baek la.. ( puji sikit sebab nanti wadud nak datang melaka senang. :D ).. ok Adah wadud buat tag dari Adah ok.. :-)


so dari barner tuh, " 20 tentang saya kan? " saya tuh wadud lar.. huhu.. x kan x tau kort? :-(


1.) Nama sebenar wadud Muhammad Adduat Bin Zainal Abidin. ( sape sebut dengan betol wadud belanja cekelat sebutir.. )


2.) Wadud seorang yang terlalu minat dengan dunia IT, insyaallah abis blaja Aceh, wadud amik master pasal IT, hehehe.. amien...


3.) Wadud dari wajah saje berwatakan baek, padahal dalaman wadud agak kurang baek, hehehe...


4.) Orang kata wadud nie cute, macho, hensem, hahahahha... ( puji diri sendiri lak ) tapi wadud rasa wadud nie biasa2 jer, semua tu prasangka dari kawan2 jer.. :p P/S : abaikan.


5.) Ketinggian wadud 175 cm jer.. pendek la..huhuhu...


6.) Wadud suka makan gulai lemak, mama yang masak la, gulai lemak pedas.. pergh.. so wadud carik gak bakal isteri yang pandai masak gulai lemak pucuk paku, kalau dia x reti, wadud reject..muhahahahahha... :D


7.) Sebenarnya, wadud seorang yang kuat makan, sehari 5 kali wadud makan, tapi realiti nya wadud sampai sekarang kurus.. dont believe it? believe it.. :p


8.) Wadud sekarang sambung belajar di Aceh Indonesia, setelah tammat pengajian di Ma'ahad tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ad-din Malim Nawar Tualang Sekah Perak, selama 6 tahun pengajian, alhamdulillah tammat 30 juzu' dalam masa 3 tahun..


9.) Di IAIN @ Institut Agama Islam Ar-Raniry Banda Aceh Indonesia, wadud di Fakulty Ushuluddin, di bidang @ jurusan Perbandingan Agama.


10.) Terus terang, wadud sangat suka akan asingment, tapi lepas dah dapat banyak asingment, wadud jadik malas nak buat, hahahaha... wadud memang suka asingment sebab bila kita buat asingment ilmu kita akan bertambah dari kajian dan research yang kita dah buat.


11.) Wadud suka akan buku2, buku2 kat dalam bilik wadud dah penuh, hahaha.. sampai x larat nak baca buku, bukan sebab pe, buku di Aceh nie memang menarik perhatian wadud yang selama nie x suka akan buku.. sekarang dalam proses untuk menghabiskan buku yang bejudul " sejarah agama yahudi ".


12.) Wadud single sekarang, sape nak ngorat cepat, hahaha.. wadud x suka kapel2, bagi wadud 100% kapel nieh haram, sampai lah wadud ada buat siri khusus pasal kapel kan? sekarang dah sampai siri yang ketiga. boleh tengok kat sini dari siri satu. Couple?? ( siri 1), Couple?? ( siri 2), Couple?? ( siri 3).


13.) Wadud seorang yang open minded, dan sangatlah suka berkawan.. tapi wadud lebih cenderung kepada kawan yang sempoi2, slumber, relax, open.. yang sewaktu denganya lah..hehe..


14.) oh.. pasal kawen, ( umo dah 21 kene sebut pasal nieh..ekekeke.. ) wadud rasa wadud kawen lambat kort, sebab wadud nak carik harta dulu, dah ada moto, kete, rumah, tanah, keje tetap, barulah wadud mencari jodoh..hahaha.. x malu nak sembang pasal ni, sebab mende nieh fakta, semua orang patut cerita pasal nie.. bagi wadud, wadud x nak jadi macam orang lain yang nak kawen atas tujuan sex semata, sedangkan kawen bukanlah satu permainan melainkan satu ikatan dan kewajipan dari Allah.. so x buleh maen ekh.. :p


15.) Wadud suka ciri2 isteri macam nieh, hahahahaha.. jangan gelak bila dah baca ok?? --agama Islam --Paham Agama --bule urus rumah tangga --memahami satu sama lain --paham bahwa, ketetapan agama itu adalah tetap? maksud wadud macam nieh, hukum islam mengatakan bahwa, seorang isteri harus melayani kehendak suaminya, dan yang paling pahit kalau seorang suami mengangkat masalah kawen lebih dari satu, hahaha.. wadud x minat la kawen banyak2, relax ar.. hahahahhaha... --cantik (sebab wadud macho.. :p ) --pandai memasak, gulai lemak wajib --last, sanggup bersama2 mati di jalan Allah.. ( angan2 wadud je tuh )


16.) Wadud terlalu sayang mak dan ayah, sebab wadud sendiri x bule nak gambarkan kat korang betapa besarnya pengorbanan, kepayahan, kesengsaraan, kepahitan yang dilalui oleh seorang mak dan juga ayah, terutama ayah wadud.. pergh.. sedey arr.. :-p


17.) Wadud jugak seorang yang bengis, kuat marah tapi cepat sejuk, suka diam, bising ada time2, dan wadud gak seorang yang suka akan ilmu2, terutama ilmu kebhatinan.. hehehe..


18.) err.. wadud suka warna purple, biru dan itam, hehehe.. ( xder idea la adah..huhuhu.. )


19.) hah!! futsal sangat lah diminati oleh seorang yang bernama Muhammad Adduat aka wadud@duad, hehehe.. wadud penah dapat juara bola padang lawan dengan team sekolah paling hebat, pergh.. tapi wadud main bahagian right defend.


20.) last, wadud tiru adah ekh??heee.. wadud nak tag.. emm.. ( disebabkan dah semua kawan2 wadud kene tag, wadud pilih jer kat SboX comel wadud ok.. :p


--Ney


Wadud tau, yang ni kebanyakkan x kenal wadud, hehehe.. so dalam kenal la ekh kawan.. semoga kawan2 sangat bersenang hati dengan tagging yang telah diberikan oleh insan yang bernama Muhammad Adduat aka wadud@duad... hehehehe...

Sekian dari banyaknya hutang yang selama ni wadud simpan.. adoi.. sekarang dah settle ok.. time kasih kepada semua kawan blogger yang telah memberi wadud banyak inspirasi dalam berblogging..:p
Share:

Wednesday, June 2, 2010

Tag dari Mawaddah :-) ~ first time di tag ~


Tuh tengok kat atas ada nama Wadud@Duad :p 

Huhuhuhu... perkara yang wat wadud terharu.. setelah 2 bulan lebih bergolek2 dengan dunia belog, akhirnye first time wadud dapat tag dari sorang kawan, kalau tak salah baru jer kenalan, kira rapat gak la... hehehe..

Mana penah wadud dapat tag2 nieh, hahaha.. biasa la newbie, lain la korang2 sume masta :p kalau tag pon baru satu, apatah lagi Award?? hahaha.. lagi la x penah dapat..

First nak cakap, Mawaddah memang member yang best antara membe2 best yang lain :p time kasih... hohohoho..

Dah tuh, beliau membuat paksaan ke atas wadud untuk menyelesaikan masalah2 berikut, kalau tak jawap beliau kata hukuman cabut rambut wadud satu2 sampai botak?? pergh.. x macho la camtuh.. wawa.. meh usha tag kat bawah nieh :

i) 10 fakta tentang saya
- saya macho. (ehem)
- saya beragama Islam.
- saya kuat makan.
- saya berbadan kurus.
- saya bertubuh tinggi.
- saya suka berterus terang.
- saya study kat Aceh Indonesia.
- saya single (jangan ngorat)
- saya senang marah senang sejuk (bulan 4)
- saya tinggal dengan 3 orang kawan yang sangat baik dalam satu bilik. :p

ii) 10 perkara menakutkan saya
- Kebangkitan di dunia sebenar. (Allah)
- mak ayah sakit.
- makin kurus lagi, hahaha
- ingat akan kematian (sebenar itu adalah berita gembira)
- member terasa hati.
- Mak menangis.
- diri sendiri.
- abis blaja nak keje kat mana?
- Dosen @ lecturer serius, adess..
- takut bila berada dalam ketakutan..ngeee

iii) 10 perkara yang selalu aku sebut
- siot..
- adess..
- dol..
- ahh.. xde2..
- pe cer weh..
- camner neh??..
- aku main bola macam ibrahim movic :p..
- hang ni la..
- jom gerak..
- kepala..

iv) 10 perkara yang amat bernilai bagi saya
- orang Islam
- hamba kepada Allah dan ummat Muhammad.
- Family sihat.
- keselamatan.
- kesihatan.
- file2 dalam laptop.
- barang pemberian orang.
- ilmu.
- panca indera.
- perbuatan.

v) 10“pertama kali” dalam hidup saya
- habis hafal 30 juz Quran.
- jadi Imam tarawih.
- ceramah di masjid.
- jadi otai sekolah.
- record kes sekolah tahun 2008. (Maahad Tahfiz Quran Malim Nawar Perak)
- perasaan cinta (ewah)
- beli handfhone mahal (samsung GT-3200SZ touch screen)
- main futsal kat Aceh.
- rasa dihargai kawan.
- single selama 6 bulan. :-D

vi) 7 kawan yang yang kena tag ini,.
Kak Biru.
Kak Hidayah.
Wan Chef.
Nuriz.
Wan.
Kak Misdalila Misman.
Mario

penin gak menjawap..adess.. nak tido la pulak, skang dah pukul 3.49 a.m :p
 
 
Share: