Saturday, July 9, 2011

Cara Shalat Sunat Dhuha Dan Kelebihannya

Assalamualaikum sahabat sume.. sihat ke untuk hari ni? alhamdulillah untuk sesiapa saje yang sihat dan alhamdulillah jugak untuk sesiapa saje yang kurang sihat. Rini nak ajaks sahabat sume menunaikan shalat sunat Dhuha. Alang-alang wadud dah hafal untuk final exam, dari biar camtu je baik kongsikan kat sini kan. Untuk mengerjakan shalat sunat Dhuha ni sangat mudah, jom zass kat bawah :

1. Niat :

-Sahaja aku shalat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah ta'ala.

2. Bacaan dalam Shalat sunat Dhuha :

-Rakaat pertama, Al-Fatihah, Surah Asy-Syams.

-Rakaat kedua, Al-Fatihah, Surah Adh-Dhuha.

3. Bacaan doa :

-Boleh tengok di bawah ea.


Artinya: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya waktu dhuha adalah waktu dhuha-Mu, keagungan adalah keagunan-Mu, keindahan adalah keindahan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu, penjagaan adalah penjagaan-Mu, Wahai Tuhanku, apabila rezekiku berada di atas langit maka turunkanlah, apabila berada di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila sukar mudahkanlah, apabila haram sucikanlah, apabila jauh dekatkanlah dengan kebenaran dhuha-Mu, kekuasaan-Mu (Wahai Tuhanku), datangkanlah padaku apa yang Engkau datangkan kepada hamba-hambaMu yang soleh”.

Sedikit perkongsian mengenai shalat Dhuha, shalat sunat ini boleh dikerjakan sebanyak 2,4,8 atau 12 raka’at dalam satu salam. Shalat sunat dilakukan setelah matahari terbit kira-kira pukul 7 pagi hingga waktu zuhur. Fadhilatnya juga sangat banyak, diantaranya dosa kita diampuni, memberi kesihatan tubuh badan, dihadiahkan syurga dan banyak lagi. OK.. untuk maklumat lanjut boleh lanjutkan pembacaan pada link di bawah ini. Selamat berbuat kebaikan ^_^

Share:

0 comments: