Showing posts with label Taaruf. Show all posts
Showing posts with label Taaruf. Show all posts

Monday, January 12, 2015

Mejar Zaidi dihukum buang kerja oleh Mahkamah Tentera

KUALA LUMPUR: Mejar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Zaidi Ahmad telah dijatuhkan hukuman buang kerja daripada perkhidmatan Yang di-Pertuan Agong serta-merta selepas didapati bersalah di atas dua dakwaan melanggar protokol mendedahkan masalah dakwat kekal yang digunakan dalam pilihan raya umum Mei 2013.

Mejar Zaidi dihukum buang kerja oleh Mahkamah Tentera

Keputusan itu dibuat oleh Yang Dipertua, Kolonel Saadon Hassan yang mengetuai panel lima anggota yang terdiri daripada Leftenan Kolonel Zainurin Mohd. Dom, Mejar Khuzairi Mohd. Arshad, Mejar Khairul Nizam Taib dan Mejar S. Nadzeer Salehuddin.

Dalam satu laporan Berita Harian, Saadon berkata tindakan Zaidi berdiam diri ketika dipanggil membela diri sudah cukup untuk mensabit kesalahannya.

Zaidi dilaporkan menuturkan  ‘jumpa nanti di mahkamah Allah’, selepas mahkamah rayuan membenarkan beliau menampilkan saksi untuk menyokong rayuan bagi hukuman lebih ringan.

Zaidi dilaporkan bercakap tanpa henti dan mahkamah terpaksa mencelah dan menyuruhnya berhenti bercakap dan menghormati mahkamah.

"Saya tiada apa lagi untuk dikatakan. Jumpa nanti di mahkamah Allah," katanya.

Perbuatan itu didakwa dilakukannya di Taman Bertam Indah, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 3 Mei tahun sama.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa telah melanggar para 13 Perintah Majlis Angkatan Tentera (Permat) no. 13 1961.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 50(2) Akta Angkatan Tentera 1972 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau mana-mana lebih ringan, termasuk dibuang kerja atau diturunkan pangkat.

Panel hakim itu melepas dan membebaskan Zaidi daripada lima pertuduhan lain setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.
  1. Sumber
  2. Pendedahan dilakukan Mejar Zaidi
  3. Kenali Mejar Zaidi
Share:

Wednesday, June 12, 2013

Saya la Penulis Baru Itu..hahaha

Saya la Penulis Baru Itu..hahaha

Shaz.. Saya la tu..hehe..Firstly, terima kasih kepada admin KBM a.k.a Mr.Wadud di atas kesudian dan keizinan beliau untuk membiarkan saya menconteng di blog nya ini. Saya bukanlah penulis (dan saya pun tak tau apa yang patut saya tulis).. Saya juga bukanlah seorang bijak pandai.. Saya bukan sesiapa.. Saya hanyalah seorang pelajar, yang baru belajar, dan akan terus belajar hinggalah otak saya ini tidak mampu lagi untuk belajar..heheh.. 

Apa pun sedikit pembetulan di atas cerita Wadud tadi.. Kami berkenalan di UKM (bukan UMK) semasa Prog Study Tour tersebut dan perkenalan tu berpanjangan sehingga sekarang.. Wat masa ni saya tak tau nak share apa kat sini sebabnya saya sekarang ngah cuba untuk fokus pada final exam (cuba je).. So In Sha Allah saya akan cuba untuk menulis atau mengarut setelah saya abis exam ok!

Pada korg semua, selamat berkenalan dan terima kasih sekali lagi kepada Mr. Wadud.. Doakan saya sukses dalam imtihan kali ni ye! PEACE!!
Share: