Tuesday, June 14, 2011

Bukti rezeki dari allah..

Bukti rezeki dtg dari ALLAH..

rezeki dari Allah..

Pernah atau tidak anda mengajak kawan anda makan? Dan anda memang berniat untuk membelanjanya pada waktu itu. Dan anda telah membuat temujanji untuk bertemu di Restoran A. Malangnya apabila sampai di situ anda dapati Restoran A tutup pada hari berkenaan. Jadi anda pun pergilah ke Restoran B.

Di Restoran B ketika makan dan berborak-borak anda ternampak seorang rakan yang anda kenali baru tiba dengan seorang rakannya. Anda mempelawanya duduk sekali tetapi dia menolaknya dengan baik dengan alasan dia bersama rakannya tidak mahu mengganggu perbincangan anda.

Sedang anda rancak berbincang anda dapati rakan yang anda kenali tadi menegur anda kerana mereka berdua telah selesai makan dan berbisik kepada anda 'semua dah settle'. Anda tersentak tetapi dalam masa tersenyum sambil mengucapkan terima kasih kepadanya. Rupanya dia dah bayar bil makanan anda.

Sekarang marilah kita perhalusi perkara ini. Anda merancang hendak makan di Restoran A tetapi restoran tersebut tutup. Maknanya tak ada rezeki anda di situ dan Restoran A tak dapat rezeki dari anda pada hari itu sebaliknya rezeki anda ada di Restoran B. Anda ingin membelanja rakan anda sebaliknya anda berdua pula dibelanja oleh kenalan anda yang kebetulan anda temui di Restoran B. Anda merancang tetapi Allah yang menentukan.

Jadi bagaimana pula bagi anda yang bekerja dan makan gaji? Bukankah rezeki anda di tangan majikan? Kerana majikan yang membayar gaji anda setiap bulan. Jawapannya tetap Allah juga yang menentukan rezeki anda. Allahlah yang membuka pintu hati orang yang menemuduga anda untuk memilih anda. Allah juga yang memelihara kesihatan anda supaya anda dapat bekerja dengan sempurna. Sekiranya Allah mencabut nikmat kesihatan sudah tentu anda terlantar sakit dan akhirnya anda terpaksa diberhentikan kerja.

Jadi walaupun anda bekerja, jangan silap faham kuasa mutlak rezeki anda tetap di tangan Allah SWT. Bersyukurlah kepadaNya di atas kemurahan dan nikmat yang tidak terhingga yang dikurniakan kepada anda... peringatan juga untuk diri ini.. terlalu banyak kekurangan..


Share: