Allah mengetahui apa yang tidak diketahui manusia, Allah juga yang telah menetapkan segala takdir kehidupan manusia yang tidak akan pernah bisa manusia merubahnya. Allahuakbar ! Allahuakbar ! Allahuakbar !
Segala puji bagi Allah yang telah menciptakan seluruh isi di muka bumi ini, yang telah menjadikan manusia dari setitis air menjadi segumpal darah, menjadikan keindahan dan kesenangan bagi hambanya di muka bumi ini.
Allah jualah yang menghidupkan dan mematikan, Maha kuasa Allah atas segala sesuatu. Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah.
Begitulah betapa uniknya Allah, menghidupkan dan mematikan apa sahaja yang dikehendakiNya. Ahmad Ammar Ahmad Azam seorang manusia yang diciptakan Allah mempunyai kehebatan dan kelebihan, seorang yang dikenali ramai, berjuang menegakkan Agama Islam di serata dunia, mempunyai azam untuk mati syahid, kepandaian pemberian Allah kepadanya adalah satu rahmat yang besar buat semua makhluk di muka bumi ini.
Pemergiannya tidak disangka-sangka, niatnya untuk syahid ketika menyertai misi kemanusiaan tidak kesampaian, namun meninggal dalam keadaan yang tidak diduga.
Allah maha mengetahui setiap yang terjadi di muka bumi ini, tidak mesti seseorang dikatakan syahid setelah mati di medan perang, walaupun perang itu adalah perintah Allah dan mendapat ganjaran syahid, jangan lupa menuntut ilmu juga adalah sebahagian dari berjuang menuju syahid.
Semoga Allah menempatkan beliau di tempat yang selayak baginya, tidak mudah kalau tidak susah dahulu, tidak susah kalau mudah dahulu. Bersama kita mencontohi apa yang diajarkan Nabi kepada kita, begitu jugak beliau, mempraktekkan budi pekerti Nabi dalam kehidupannya. Insya Allah.
Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam
Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.
Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki
Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.
Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki
Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.
Video pengebumian Ahmad Ammad di Turki
0 comments:
Post a Comment