Showing posts with label info kerja. Show all posts
Showing posts with label info kerja. Show all posts

Wednesday, May 11, 2016

#2 Terima Panggilan JAWI

#2 Terima Panggilan JAWI

Macam yang dijanjikan aku akan update berkaitan JAWI berkesinambungan dari post sebelum ni (PENGALAMAN TEMUDUGA/INTERVIEW JAWI 2016). Sebenarnye aku agak frust lepas tahu member aku yang pegi sekali waktu interview haritu, dapat panggilan JAWI sehari lepas (selasa) untuk hadiri taklimat guru JAWI. Maksudnye confirm dapat la... dah apesal HP aku tak berbunyik ni? seharian jugak la menunggu. Yelah, paling tidak dapat tahu keputusan pun dah OK walaupun tak lepas interview.

Aku mintak tolong dia untuk tanya orang "dalam" berkenaan status interview aku haritu. Dupdap dupdap jugak la jantung nih! almaklum manusia tu bersifat lemah (aku laaa), dan bodoh tetap mengharap sesuatu yang dahpun pasti akan ketetapan Allah. Tunggu punya tunggu, dapat la whatapps. Keputusan nya adalah, "MARKAH TIDAK MELEPASI 60". Masa tu... macam sedih, geram, marah semua ada. Terdiam kejap aku. Hehehehe... bukan sebab ape, bile kite dah rasa kite buat yang terbaik, dan meletakkan sedikit@banyak harapan pada sesuatu, keputusan pulak tidak seperti yang diharapkan... itulah jadinye.

Dan... soalan dia bukan main mudah, aku pun confiden jela jawab, siap penguji tu ucap tahniah lagi. Cara aku tenangkan diri adalah dengan kembali redha pada Allah. Betul, itu adalah cara yang terbaik untuk menangani segala masalah. Aku marah diri aku yang bodoh sebab persoalkan "kenapa" "mengapa" pada Allah, sedangkan DIA lebih tahu? (skang ni setan dok hasut fikiran aku jilake punya syaitonnnn!!). Istigfar, berzikir ingat Allah.. alhamdulillah, syg juga Allah kat aku... lepas tu tenang hati aku untuk terima kenyataan. Dan ini adalah ketentuan Allah yang terbaik untuk aku. Mungkin kalau dapat, aku jadi lebih bodoh sombong, jadi tak ingat dunia dan sebagainya. Jadi redha pada Allah adalah jalan terbaik sambil2 belajar muhasabah diri. Banyak yang aku belajar dari diri sendiri.

Nak dijadikan cerita, besok tu (RABU) aku ride FZ aku (sedap woo layan atas highway) gi UKM. Biasela jiwa muda, dulu tak berani nak merempit macam gini.. mungkin sebab nak cepat, hahaha. Rempit tu rempit la jugak, niat tu betulkan. Dalam sebuah hadis, Nabi sebelum naik kenderaan baca Taawuz (ﺍﻋﻮﺬ ﺑﺎﻟﻠﻪ ﻣﻦ الشيطان ﺍﻟﺮﺟﻴﻢ), masa duduk nabi baca Basmalah (بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم), masa kenderaan berjalan Nabi baca doa naik kenderaan (سُبْحَانَ الَّذِيْ سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِيْنَ. وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُوْنَ). Rujuk kitab Syamail Muhammadiyah m/s 255. Malas nak takhrij hadis hehehe. Ape yang Nabi buat, termasuk dalam sunnah. Jadi menjadi kewajipan kepada kita untuk ikut. Sebab apa wajib padahal itu bukan syariat? habis tu, kau tu umat sape? kalau kau tak ikut pentunjuk Nabi yang salurannya dari Allah, kau ikut sape? betul ke ape yang menjadi ikutan kau tu? والله أعلمُ

Okeh sambung2... nak dijadikan cerita, tengah kemas2 kereta... "kling kling.... kling kling..." ni mesti insan tersayang aku ni (mak aku laaa). 0322740025 Aik ni bukan mak aku ni "Assalamualaikum, kami dari JAWI dan tahniah anda lulus dan diterima bagi permohonan guru KAFA. Sila hadirkan diri untuk taklimat di...." masa ni, aku bukan sedar aku jawap ape.. hahaha... sebab macam tak percaya. Nampak tak rezeki Allah? bodoh tak aku? sedih sebab tak dapat bagai, persoalkan ketentuan Allah. Rupenye Allah kata hang dapat, cuma sabar la sikit.. AKU tahu la.. AKU saja nak test hang ja.

Kesimpulannye, janganlah terpedaya dengan hasutan syaitan dan iblis. Makhluk tu yang datangkan perasaan syak wasangka dalam diri manusia.. masuk dalam tiap urat sendi manusia, berusaha untuk hasut manusia supaya manusia lupa pada Allah dan akhirnya tidak redha dengan segala ketentuan Allah pada dirinya. Nauzubillah.
Share:

Friday, April 22, 2016

Pengalaman Temuduga/Interview JAWI 2016


Harini nak share ngn korang atau pada mereka yang memerlukan info berkaitan interview JAWI. Cadangnye aku nak buat post ni dan mewajibkan korang baca setiap perenggan hahaha…, tapi disebabkan malas nak formal sangat dalam penulisan… so aku share direct jela. Hah! Korang yang kenal aku, jangan lupe sapa (tegur) lak…. Oooo amik info pastu diam2 blah cenggitu je, aku tuan blog ni adduat/duad/wadud. Hehehe guro2… tegur2 lah, kan kau baca tulisan kawan kau ni???

Sebenarnye, nama aku tak naik pun dalam list peserta interview… nak dikatekan rezeki la kan, ade la sorang membe rapat aku ni, memang rapat betul tak main2… die kenal dengan orang dalam, siap boleh mintak tukar tarikh interview lagi… punya nak kata kenal tuuu. Bile dah kata orang dalam, faham2 la macam gane aku buleh ada dalam list. Padahal membe aku yang mohon sekali lagi power background dia banding aku. Inilah dikatekan rezeki.

Ok direct to the point…. Korang jelajah fasal JAWI ni tak lain mesti nak tahu pasal interview… tak yah la nak kelentong, aku tahu la sebab aku pon sama, kalau tak haram nak explore fasal JAWI. Hehehe… jangan risau, aku cube ringkaskan seringkas mungkin. Antara yang perlu korang study adalah:

1. Perkenalkan diri. Tunjuk pada mereka sijil asal. (aku x bawak hahaha).

***TIPS: Kenalkan diri kau sepadat seringkas mungkin. Contoh, Nama, Umur, Asal, Pekerjaan mak ayah adik-beradik, pengajian, akhir sekali pengalaman bekerja.

2. Tilawah Al-Quran berserta tajwid. Okeh yang ni penting dan wajib… antara yang JAWI akan tengok adalah bacaan bertajwid. Okeh antara soalan yg aku kene tadi:
  • Surah Ar-Rad ayat 1-3.
  • Hukum tajwid lebih kurang 7 soalan.
  • Maksud dari beberapa patah perkataan dalam surah Ar-Rad. Yang ni mudah je, jangan risau.


*** TIPS: Baca sebaik mungkin, jangan tergesa2 dengan bacaan tartil. Jangan tunjuk power sangat tajwid tu.. kau buat2 la macam fikir2. Enjoy je…

3. Isu semasa berkaitan JAWI, contoh:
  • Siapa pengarah JAWI? Jawapan: HAJI PAIMUZI BIN YAHYA.
  • Siapa menteri hal ehwal Islam? jawapan: Mejar Jeneral (B) Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
  • Ustaz tu tanya aku, ko orang mana? Aku jawab la orang perak yoep ust! Kau tau ape soalan dia? Siapa menteri besar perak sebelum Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abdul Kadir? Memula aku blur, lama2 teringat ade isu Nizar kat perak haritu. So jawapannye: Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin.


*** TIPS: Cakap dengan jelas dan lengkap nama berserta title terhormat ke ape ke. Aku siap kene sound sebab panggil Nizar! Ahahaha…

4. Pengetahuan asas dalam Islam, contoh Tauhid, Ibadah, Akhlak, Sirah (perang2, perjanjian hudaibiyah, aqabah). Aku share jugak link yang dah aku explore, mana yang berguna korang amik la buat rujukan:

Tauhid, Ibadah, Akhlak…. 



Sirah…..


***TIPS: Study jugak Sifat 20 Allah, Isra’ Misraj’, Tentang Nabi Muhammad/akhlak, Tentang Al-Quran,

Yang lain pandai2 la korang explore… bak kate membe aku, study gile2 parok2… last2 soalan tentang dosa besar dosa kecik je… hahaha… tak yah la serius sangat, paling tidak kau baca dan mark point2 penting. Semua ni basic, tapi kalau dah lama tak tinggal jadi basi jugak kan? Ape salahnye membudayakan minat membaca. Aisehhh…. Hahaha… selamat maju jaya semua. Insya Allah ada rezeki, permohonan aku diterima sebagai guru JAWI, aku akan update step yang seterusnya. Doakan aku jugak ^_^
Share:

Thursday, November 14, 2013

Mengapa Islam Tidak Menerima Syiah?


Tengah sembang-sembang pasal Aceh.. tetibe pulak ada sorang pakcik ni tanya kat saye tentang Syiah, ape tu Syiah? ust ada buat kajian pasal Syiah ke? saye pon jawap.. saye memang belajar tentang Ilmu Usuluddin, tapi belum secara detail lagi mengkaji pasal Syiah ni.


So sekadar memuaskan hati pakcik tu sebelum saye meneruskan pengajian malam tu.. saye jawap la ape yang patut, kenape Syiah ni tidak boleh diterima pakai di Malaysia, bahkan orang Islam tidak boleh menerima Syiah sebagai panduan dalam kehidupan.


Saya tak berani nak ulas panjang-panjang, saye cume buat perbandingan kecil antara ajaran dari Islam dan Syiah.. ape yang secara logik akal, Islam tidak boleh menerima Syiah. Bang3..  dah temakan masa mengaji drang 15 minute.. hehehehe...

Jadinye kat bawah ni ade beberapa info dan fatwa Negeri Pulau Pinang mengenai Fahaman Syiah dari sudut Syariah dan Syariat :


Fatwa Mengenai Fahaman Syiah

Tarikh Keputusan:
16 Jan, 1997
Keputusan:
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang bersidang pada September 2012 telah membincangkan mengenai Fahaman Syiah. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut: 

1. Bahawa Ajaran Fahaman Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah dan menjadi ancaman kepada perpaduan ummah, keutuhan agama, perpaduan bangsa dan keamanan negara.

2. Fahaman dan ajaran ini perlu disekat keseluruhannya dari dikembang di Negeri Pulau Pinang berdasarkan beberapa percanggahan yang terdapat dalam fahaman tersebut sama ada dari sudut akidah, syariah dan lain-lain.

a. Penyelewengan Dari Sudut Akidah

i. Khalifah diwasiatkan secara nas (نص )
(Sila rujuk kitab Aqaid al-Imamiah oleh Sheikh Muhammad Redha al-Muzaffar, halaman 78)

ii. Imam adalah maksum ( معصوم )
(Sila rujuk al-Syiah Fi al-Mizan oleh Muhammad Jawad al-Mughniah, halaman 38)

iii. Ilmu Allah berubah-ubah mengikut sesuatu peristiwa yang berlaku kepada manusia (اليدأ)
(Sila rujuk kitab al-Usul min al-Kafi oleh al-Kulaini, Juzu’ 1 halaman 146)

iv. Kemunculan semula Imam Mahdi dan kumpulan orang yang telah mati untuk memberikan keadilan ( الرجعة)

v. Berpura-pura ( التقية )
(Sila rujuk kitab al-Usul min al-Kafi, Juzu’ 2 oleh Abu Ja’afar Muhammad Bin Ya’kub Bin Ishak al-Kulaini al-Razi, halaman 217)

vi. Muhammad bin Hassan al-Askari ialah Imam Mahdi al-Muntazar ("المهدية" (المنتظر)
Sila rujuk kitab as-Syiah wa al-Tashih al-Sira’ baina al-Syiah Wa-Tasyayyu’ oleh Dr. Musa al-Musawi, halaman 61)

vii. Saidina Ali disama tarafkan dengan Allah S.W.T.
(Sila rujuk kitab Al-Usul Min al-KAfi oleh al-Kulani, jilid 1 halaman 197)

viii. Mengkafirkan para Sahabat Rasulullah S.A.W
(Sila rujuk kitab al-Anwar al-Nu’maniah oleh Syed Nikmatullah al-Musawi, halaman 81)

ix. Menghalalkan nikah Muta’ah
(Sila rujuk kitab Man La Yahduruhu al-Faqih oleh Abu Ja’far Muhammad bin Ali bin Hussain Babawaih al-Qummi, juzu’ 1, halaman 358)

b. Penyelewengan Dari Sudut Syari’at

i. Menolak Ijma’ Ulama’
(Sila rujuk kitab Mukhtasar al-Tuhfah al-Ithna Asyariyyah oleh Shah Abdul Aziz al-Imam Waliyullah Ahmad Abdul Rahim ad-Dahlawi, halaman 51).

ii. Menolak Qiyas
(Sila rujuk kitab Aslu al-Syiah wa Usuluha oleh Muhammad bin al-Hussain Aali Kasif al-Ghito’, halaman 149).

iii. Mengamalkan Nikah Mut’ah.
(Sila rujuk kitab al-Nihayah Fi Mujarrad al-Fiqh Wa al-Fatawa oleh Abu Ja’faar Muhammad bin Hassan bin Ali at-Tusi, halaman 489-491. Kitab Tahzib al-Ahkam oleh Abu Ja’far Muhammad bin al-Hassan bin Ali at-Tusi, halaman 254, 259, 266).

iv. Menolak ‘Aul dan mendahuilukan qorabah daripada ‘Asobah dalam masalah pusaka
(Sila rujuk buku Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya (Fiqh Lima mazhab di antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hassan bin Yusuf al-Mutahhar al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutfi Ibrahim, halaman 100-101).

v. Menuduh Abu Bakar, Umar dan Uthman dan Mu’awiyah sebagai empat berhala Quraisy serta pengikut-pengikut mereka adalah musuh Allah.
(Sila rujuk kitab al-Tafsir oleh Muhammad bin mas’ud bin ‘Iyasy al-Salami al-Samarqanti, juzu’ 1, halaman 116).

vi. Hanya Saidina Ali yang menghimpunkan AL-Quran dengan sempurna.
(Sila rujuk kitab al-Usul Min al-kafi oleh al-Kulaini, juzu’ 1, halaman 228).

vii. Menambah Syahadah.
(Sila rujuk kitab al-Usul Min al-kafi oleh al-Kulaini, juzu’ 1, halaman 441).

viii. Menolak hadith yang diriwayatkan oleh Ahli Sunnah Wal Jama’ah.
(Sila rujuk kitab Aslu al-Syiah wa usuluha oleh Muhammad bin Hussain al Kashif al-Ghito’, halaman 149).

c. Pelbagai Penyelewengan Umum

i. Menziarahi kubur Saidina Husain ganjarannya Syurga.
(Sila rujuk kitab al-Irsyad oleh Muhammad bin Muhammad bin Nu’man al Askari al-Baghdadi, halaman 252)

ii. Menyeksa tubuh badan sempena 10 Muharram.
(Sila rujuk kitab as-Syiah wa al-tashih al-Sira’ baina al-Syiah Wa-Tasyayyu’ oleh Dr. Musa al-Musawi, halaman 98)

iii. Menghina Abu Bakar dan Umar serta dua orang isteri Nabi Muhammad S.A.W. iaitu Saiditina Aishah dan Hafsah.
(Sila rujuk kitab Tuhfah al-Awam Muqbuli oleh al-Syed Manzur Hussain, halaman 330)

iv. Menetapkan prinsip Khumus sebagai kadar zakat.
( Sila rujuk kitab Tahzib al-Ahkam oleh Ja’afar Muhammad bin at-Tusi, halaman 122)
.
v. Imamah dan khilafah daripada rukun Islam dan ianya berlaku melalui nas.
(Sila rujuk buku Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab di antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hassan bini Yusuf al-Mutahhar al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutfi Ibrahim, halaman 145-146).

vi. Mengharuskam jama’ sembahyang dalam semua keadaan.
(Sila rujuk buku Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab di antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hassan bini Yusuf al-Mutahhar al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutfi Ibrahim, halaman 36 tahun 1993).

vii. Sembahyang Dhuha adalah Bid’ah.
(Sila rujuk buku Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab di antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hassan bini Yusuf al-Mutahhar al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutfi Ibrahim, halaman 31).

viii. Islam bukanlah syarat wajib haji.
(Sila rujuk buku Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab di antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hassan bini Yusuf al-Mutahhar al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutfi Ibrahim, halaman 31, 55).


ix. Wajib menyapu kedua-dua kaki dan tidak memadai basuh pada kedua-duanya.
(Sila rujuk buku Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab di antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hassan bini Yusuf al-Mutahhar al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutfi Ibrahim, halaman 31).

3.  Oleh itu mana-mana orang Islam atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman tersebut adalah dilarang kerana ia bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah. Larangan ini meliputi:-

i. Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan yang menjadi pengikut ajaran dan fahaman ini adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah;

ii. Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang menjadi ahli jamaah atau pengikut Syiah dengan berselindung di sebalik apa-apa aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian dan sebagainya yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan ajaran, pegangan dan fahaman Syiah, adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah;

iii. Mana-mana orang Islam secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang cuba menghidupkan kembali ajaran dan fahaman Syiah sama ada melalui apa-apa rangkaian, atau mana-mana pertubuhan atau persatuan yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan ajaran, pegangan dan fahaman Syiah adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah;

iv. Apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran, pegangan atau fahaman Syiah atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur ajaran, pegangan dan fahaman Syiah adalah bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah; atau

v. Apa-apa jua bahan publisiti dan sebaran yang menonjolkan ajaran, pegangan atau fahaman Syiah atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur ajaran, pegangan dan fahaman Syiah dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan adalah diharamkan;

vi. Orang-orang Islam adalah juga dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan filem, rakaman audio, risalah, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah dan apa-apa dokumen; menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan ajaran dan fahaman Syiah kepada mana-mana harta alih atau tak alih, dan semua pihak dilarang daripada memberi apa jua kemudahan dan bantuan;

vii. Apa jua bentuk tindakan seperti yang dinyatakan di atas perlu dihalang dan diambil tindakan menurut undang-undang.

Share:

Friday, June 21, 2013

Penulis Baru 2 Kehidupan Blogger Malaysia

Ni lah Ecah_Chan (^_^)
KBM sebeno tengah bertungkus lumus nak pujuk sorang penulis berkaliber nih.. tapi macam takde harapan jer.. hahaha... nak tahu sape dia? PM me lah (astagfirullah, jahatnye saya).


Hah !!! Sudah.. tuh aku amik Quote dari artikel yang lepas (http://www.duadz.com/2013/06/penulis-baru-kehidupan-blogger-malaysia.html), ntah macam mane beliau boleh berubah fikiran tuk luangkan masa untuk 'berkata-kata' dalam KBM nih ? (^_^)

Minggu lepas (12 June 2013) KBM baru je menerima sorang penulis (Aweks) dari UKM.. guane aku kenal beliau? Refer sini dan sini. Haish !! jangan kate aku ni Playboy ke kaki puan ke.. aku hanya menerima dengan hati yang sangat terbuka atas kesediaan Penulis-penulis KBM untuk submit artikel drang.

Satu penghormatan buat aku.. hehe.. walaupun mungkin bagi drang (Penulis2) artikel drang tuh merapu, tapi bagi aku tu satu bende yang besar, big, grande, 大 (daik), 큰 (ken), ape lagi istilah untuk beso? dan menunjukkan adanya perkembangan dalam KBM (perkembangan la sangat).

Keme nak tahu ke sape penulis baru yang belumpun 100% KBM pujuk tuh? yela.. KBM dah invite beliau, dan alhamdulillah telah di approve, walaupun bizi untuk exam kabonye.. itu adalah sebuah kebenaran hakiki seorang Mahasiswi... eh terlepas sudah..

Okeh.. boleh stalk sape beliau kat sini (ecah_chan), tapi nampak gayenye profile beliau masih baru lagi.. so takde information tentang beliau yang selengkapnye, harap maklum dan tunggu.. hehe.. keme nak tahu sape beliau? tulah aku cakap, sebenarnye aku dah bagi keyword dah (^_^)

Peliks larh blogspot !!!! apesal takde notification di inbox gmail aku pasal penerimaan penulis yang aku invite !!!! ?? marah-marah-marah ....

Share:

Tuesday, April 9, 2013

Confirm Ke JPA Iktiraf Ijazah Anda?

Confirm Ke JPA Iktiraf Ijazah Anda?

Hari jumaat kemarin pihak JPA (orang atasan) ada call my father, nama beliau En.Shahrul yang sebelum ni dah janji untuk call back my father lepas my document selamat sampai ke pihak JPA. Patut lah sebelum ni, orang bawah dia (refer sini) call saye, bagitahu document yang dihantar tidak menempati syarat kelayakan JPA sebab lagi dua document tak sampai. Boleh baca balik post saye yang sebelum ni, nanti tak nyambung pulak dengan entry kali ni.

Wat.. aku (my father) dah sembang dengan En.Shahrul, dia tak berani nak bagi kata putus samada ijazah kau diiktiraf ataupun tidak. Sepatutnye drang ni dah ada panduan khusus tentang masalah ni, dan dari dulu lagi dah timbul masalah ni kenape settle lagi? Dulu time ayah tanya tentang IAIN ni, drang (JPA) kate untuk diiktiraf kene ada NOC. Then, skang dah ada NOC masih jugak tak iktiraf?

Dari ape yang saye dah bincang dengan my father, En.Shahrul yang mewakili JPA tuh pun tak berani nak buat kata putus, dan kalau dia buat kata putus hari Jumaat tuh, dan berani mengeluarkan surat keputusan tentang pengiktirafan ni.. of kos lah saye akan share dan begitahu pada semua Mahasiswa Malaysia di IAIN khusus Fakultas Ushuluddin yang ijazah mengkome tidak diiktiraf, kan sonang? Hah ! yang ni la mereka (JPA) takut, drang (JPA) tak berani nak putuskan sebab dah terang lagi bersuluh mereka (JPA) takde panduan khusus atau tak cube cari jalan untuk selesaikan masalah pengiktirafan IAIN.

Dan mase En.Shahrul tu talk to my daddy.. dia kate, nanti saye akan call En (ayah saye la) lagi. Tuh bererti, maybe En.Shahrul tersebut nak confirmkan atau berbincang masalah dengan dengan ketua dia, maybe? Kalau betullah dah ada keputusan, kenape tak direct terus pada ayah saye yang IAIN tidak mendapat pengiktirafan dari JPA, that simple lah ! sebab kalau masalah ni berterusan dan tergantung-gantung, akan lebih menyusahkan kami (graduate) untuk mohon kerja tetap (under gomen) macam j-Qaf dan sebagainye, kan susah lagi memeningkan? Saye tak tak henti-henti berdoa pada Allah (sebab Dia yang menciptakan semua ni) agar masalah ni selesai, kome pulak guane? Doa-doa lah ye..

Ni untuk anak-anak Ushuluddin, anda dah pasti ke ijazah anda diiktiraf? Ok moh kite tengok point yang saye rase penting untuk anda semue tahu, seperti mane yang diketahui bahwa JPA ade dua masalah mengenai pengiktirafan IAIN (Ushuluddin) :

1.Masalah gelaran.
2.Masalah syarat kelayakan untuk mendapat pengiktirafan seperti STPM, STAM, DIPLOMA dll.

Kalau rase tak paham boleh baca kat sini balik (BACA), ok sekarang ni cube tengok balik diri masing-masing, cukup tak syarat dari JPA :

Contoh 1, kalau JPA kate ijazah IAIN tidak diiktiraf berkaitan masalah gelaran, jadi bererti semua Mahasiswa Ushuluddin tidak akan dapat pengiktirafan dari pihak JPA, sebab dah terang lagi nyata gelaran yang dah ditentukan oleh pihak JPA (SAG) tidak same dengan gelaran yang dikeluarkan oleh pihak IAIN (STHI, STH, SFI). Jadi ijazah anda tidak diiktiraf ! owh ada yang kate kami cukup syarat, kami ada STAM, STPM dan sudah pasti ijazah kami diiktiraf wadud ! baeklah kalau begitu, kite tengok pulak contoh 2 di bawah.

Contoh 2, kalau pulak JPA kate ijazah IAIN tidak diiktiraf berkaitan syarat kelayakan sepertimane pihak JPA sendiri telefon saye (baca post yang sebelum ni) dan kate ijazah saye tidak diiktiraf sebab saye tidak memenuhi syarat untuk mendapakan kelayakan pengiktirafan dari pihak JPA, the konkulis is, ANDA JUGA TIDAK DIIKTIRAF ! sebab ape? Sebab walaupun anda cukup syarat dan memenuhi ketentuan dari pihak JPA, gelaran anda tidak same macam mane yang JPA dah tentukan. Are u get it?

Masalah ni takkan selesai kalau kedua-dua masalah diatas tidak dapat diselesaikan dengan baik. Aku tak tahu samada pihak IAIN atau JPA yang tidak mahu beri kerjasama dalam menangani masalah serius ni. Semua ni adalah masa depan kami (mahasiswa Ushuluddin) dan masa depan IAIN. IAIN tidak akan dapat mengeluarkan lagi mahasiswa Malaysia dari Fakultas Ushuluddin dan confirm-confirm lepas ni budak-budak mesti takmoh amik Ushuluddin lagi, at-least iktiraf la walaupun ada yang kate “Keje dibawah kerajaan tak kemane”.. tapi aku dah 4 tahun setengah woo.. macam yang saye kate tadi, paling tidak kene ada pengiktirafan dari JPA.
Share:

Friday, April 5, 2013

JPA Pening Dengan Masalah Pengiktirafan IAIN

JPA Pening Dengan Masalah Pengiktirafan IAIN
Kenape mesti nak takut kalau bende ah betul? Tu lah yang bermain dalam benak aku lepas JPA sendirik call aku, maybe my father dah siap fax dokumen aku dan sampai pada bahagian pengiktirafan (JPA), yang pelik.. macam mane dia boleh dapat my number? Kikiki.. so bermula lah perbualan aku dengan kakak tuh.. dia gelar diri dia kak? Huh..

JPA : Selamat Pagi (takde salam dah), ni Encik Adduat ke? Saya dari JPA.
Aku : Herk! (tengah makan) Mmm3.. ye saye.. ade ape ye?
JPA : En ada fax dokumen maklumat pengajian di Aceh, degree en ni tak diiktiraf, en ada STPM? STAM? Itu untuk pengiktirafan ijazah en.
Aku : Owh.. saye takde sume-sume tu cik.. kirenye ijazah saye tak diiktiraf la ni ye, hmm.. tapi ramai kawan saye di Aceh (IAIN) tu takde semua-semua tu cik, diorang pun tak diiktirak lah ye? Saye kene bagitahu diorang ni (jek je tuh).
JPA : Erk (dia agak gugup).. macam ni, nanti atasan saye akan hubungi ayah adk balik ye.
Aku : Oh.. baek lah kalau begitu, Assalamualaikum.
JPA : Waalaikumsalam.

Lupe pulak point aku nak cakap pasal, first dulu masa 2008, undang-undang kate sambung belajar di Aceh JPA diiktiraf, dan bile aku dah grade 2013, rules jadi baru dan berubah serta-merta. Drang perlukan PMR, SPM, STPM, STAM untuk dapat pengiktirafan di JPA walaupun di laman web pengiktirafan JPA mengiktiraf Ushuluddin Perbandingan Agama. Sepatutnye tak boleh macam tu, kalau aku masuk di Aceh pada 2008, jadi undang-undang berkuatkuasa mengikut tahun yang aku masuk, bukan mengikut tahun aku grade. So.. sepatutnye ijazah aku diiktiraf.

Jadi budak-budak aku yang masuk 2008 sumenye tak diiktiraf (hanya Ushuluddin)..?. yap itulah yang berlaku sekarang. Second, macam mane geng-geng aku yang dari KIAS, KIPSAS, MARSAH dan sebagainye, yang cukup syarat tapi tak same gelar macam mane yang JPA nak? Kirenye masalah pengiktirafan ni sebenarnye dari GELARAN atau SPM, STPM, STAM? Ok moh kite usha point-point penting kat bawah :

Masalah yang timbul :

1. Gelaran dari Aceh (IAIN) tak same dengan ketentuan dari JPA.
Gelaran yang diiktiraf JPA :

- Syariah : SHI.
- Dakwah : SSI.
- Ushuluddin : SAG.

Gelaran yang dikeluarkan IAIN :

- Syariah : SHI.
- Dakwah : SSI.
- Ushuluddin : STHI, STH, SFI. (ini yang jadi masalah)

2. Lepas my father dan aku dah bertungkus-lumus cube untuk berkomunikasi dengan JPA, masalah yang timbul bukan seperti mane yang di war-warkan sebelum ni (bahagian gelaran) :

- Untuk pengiktirafan kene ada PMR, SPM, STPM, STAM. (ikut flow).

Nampak tak kat situ? JPA pon macam penin dengan peraturan yang drang buat, drang pon penin bile bapak aku tanya tu nih, dulu kate masalah GELARAN, tapi kenape skang masalah PMR STAM lak? Nampak beno tak comeynyer.. ape-ape pon, kome-kome yang berkaitan doa lah bebanyak ye, mintak semoga masalah ni dapat diselesaikan dengan cepat dan sempurna, insyaallah, Amin !
Share:

Wednesday, April 3, 2013

IAIN Ar-Raniry Di Iktiraf? Wow !!

IAIN Ar-Raniry Di Iktiraf? Wow !! Tadi bapak aku ada ternampak satu poster yang mem promote IAIN Ar-Raniry bagi melanjutkan pengajian agama di Aceh, hmmm.. of kos bawah Minda (Pusat Perkembangan Minda Darul Ridzuan), hahaha.. aku kenal kome weh, Hafizudin, Wafi, Salam, dan lain-lain lah aku dah tak bape nak ingat. Bagi aku bagus lah kalau ada promoter tuk ijazah di Aceh, tapi masalahnye macam sekarang lah.. aku takkan berenti menulis selagi masalah ni tak selesai, selagi kate Ushuluddin Perbandingan Agama tak iktiraf?!

Aku tak tahu ape yang Minda pikir kalau tahu IAIN tak diiktiraf JPA.. yeke tak iktiraf dud? untuk maklumat lanjut, boleh hubungi YPD PKPMI-CA dan tanya sendiri, ok lah banyak keje nak call persatuan, kite cube check sendiri di JPA. Boleh check di SINI. Adekah same dengan ape yang di promote @ dikatekan oleh Minda tentang pengiktirafan ijazah IAIN Ar-Raniry? Aje Naye woo.. aku penah jadi imam di Maahad Islah, same case jugak.. siap buat banner lagik.. siap kate DIIKTIRAF oleh JPA. Den bukan ape.. salah info, silap-silap boleh mengundang kemarahan orang woo.. yelah, tajaan kite kan, orang dah bayar ape sume.. lastly, mudah je Usuluddin tak diiktiraf.. gilow.

Ops..ade yang perlu aku betulkan pada poster yang dipromote oleh Minda, ape tu dud? cube kome besarkan pic@screeshort kat atas, cube tengok di bahagian Mengapa Pilih UAIN Ar-Raniry, Rujuk ww.interaktif.jpn.gov.my. Kalau JPN, aku check dan result yang keluat adalah Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia. Maybe salah taip ke ape kan, untuk check pengiktirafan JPA, boleh check di sini (http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp). 

Bagus lah Minda buat promoter untuk ijizah di IAIN Ar-Raniry nih dan jangan pulak kabo aku nak burukkan Minda, malah ni satu pencerahan kepada Minda untuk betulkan balik dan selidik dengan lebih detail, same jugak dengan MOU antara institut-institut dengan IAIN Ar-Raniry Aceh, kene selidik betul-betul.. jangan jadi macam aku, dah 4 tahun setengah, tibe-tibe kate tak iktiraf? padahal dulu katenye diiktiraf bagai.. last minute, eden dah grade, pap! tak iktiraf pulak.. hahaha.. best woo.. 4 thn setengah tu macam 4 jam 30 minute jep (^_^).
Share:

Tuesday, April 2, 2013

Bukti SPA "Ber" Link Dengan JPA

Kenape saye kate SPA ada link dengan JPA, first masing-masing dari Agency tersebut dibawah kerajaan yang diberi mandat untuk menjaga atau memantau masalah-masalah orang awam (masalah terkait khusus di Malaysia), second, bile kite tengok sendiri di SPA pulak.. SPA me link kan web Pengiktirafan Kelayakan di laman web jpa.gov.my. Saye bagi bukti kat bawah :


Mungkin anda kate saye bohong atau tipu, untuk sampai ke web tersebut, keme wajib daftar dulu di SPA (http://putra6.spa.gov.my/spa8new/login.jsp), then isi la ape yang patut, tapi saran ku, janganlah hantar dulu resume, nanti dah grad baru best nak isi segale macam kan? ok, kalau dah register, cube masuk ke bahagian Maklumat Akademik - Pengajian Tinggi (http://putra6.spa.gov.my/spa8new/mainFrame.jsp), then cube cari dan klik kat tempat yang saye highlight kat atas tuh.

Bukti SPA "Ber" Link Dengan JPA

Kite akan dibawa ke laman web rasmi JPA bahagian Pengiktirafan Kelayakan (http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp). Di situ lah anda boleh "menge" check adakah ijazah anda diiktiraf ataupun sebaliknye.. nak dijadikan cerite, cek punye cek.. alhamdulillah, tersenarai jugak IAIN Ar-Raniry Banda Aceh, okeh skang cube kite same-same check.. caranye :

Negara : Indonesia.
Institusi : Institut Agama Islam Negeri Ar-Raniry.
Bidang : kosongkan
Carian : Usuluddin. Bukan Ushuluddin.

Bukti SPA "Ber" Link Dengan JPA
Klik butang Cari/Search. Nanti akan keluar banyak result, cube cari INSTITUT AGAMA ISLAM NEGERI AR RANIRY, BANDA ACEH, kalau dah jumpe, klik di Perincian & Penafian/Detail & Disclaimer. Kite akan di bawa di halaman Perincian & Penafian/Detail & Disclaimer (http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/Sijil/frmSijilIPT.asp?Bidang=B0000&Negara=I03&Institusi=I0300403&strID=15759). Tengok screenshort kat bawah :

Bukti SPA "Ber" Link Dengan JPA

Yang aku pelik dibahagian bidang, kalau betul drang kate (JPA - MQA - JPT - SPA) tidak meng iktiraf Ushuluddin, kenape di Syariah, Dakwah iktiraf? sedangkan bidang drang takde pulak kaitan dengan sastera, sains kemasyarakatan, dan.. kenape di SPA ada Ushuluddin Perbandingan Agama, dan lagi.. kalau betul lah tak di iktiraf, why still ade lagik IAIN di senarai Pengiktirafan Kelayakan? Whay - Whay - Whay.. (sampai salah la tulis)
Share:

Bukti IAIN Ar-Raniry diIktiraf SPA !!

Tibe-tibe pulak rase nak bukak SPA lepas may ses kate "ko kene daftar dan isi kat SPA tuk keje wat".. what that mean? SPA.. SPA yang panas-panas tuh ke long? hah! bukan lah.. SPA tu maksud diew Suruhanjaya Pekhidmatan Awam. Tempat tuk mohon keje, mana tahu satu hari drang panggil interview? kan? so lebih baik dari yang terbaik saye pegi kejap usha-usha web SPA tu.. kot-kot ada info penting tuk saye yang jahil nih?

Yang buat saye semangat nak gi usha SPA tuh lepas dengar dari YPD PKPMI-CA yang ijazah Ushuluddin Perbandingan Agama tak diiktiraf? wow! dulu kate iktiraf, so apehal tibe-tibe tak iktiraf pulak? ape nasib dak-dak ushul? camne dengan MOU yang di war-war kan IAIN Ar-Raniry diiktiraf JPA? nape skang lepas saye dah grad di IAIN Ar-Raniry, JPA kate tak diiktiraf.. ini satu penganiayan (betul ke ejaan) !!

So untuk mendapatkan kebenaran yang sah, lebih baik saye sendirik yang selidik masalah ni, walaupun hanya sekadar di alam maya.. so aku pegi lah JPA, MQA dan SPA untuk mendapatkan kepastian, the result is, my course already added, Sarjana Ushuluddin, dan Universiti pon ada tersenarai di JPA bahagian Pengiktirafan Kelayakan, tapi kenape boleh dilabel sebagai Institut yang tidak diiktiraf? weird !!

Bukti IAIN Ar-Raniry diIktiraf SPA !!

Bukti dari SPA !! tuh cube usha kat atas.. kalau nak besokan gambo, klik je yep, tu dari SPA tau.. bukan SPAM, SPA yaitu Suruhanjaya Pengkhidmatan Awam. Nanti saye update pulak pasal MQA yer.. takpe-takpe, gua memang nak pegi pon PJ, nak talk sendiri dengan orang atasan dier, mudah-mudahan settle masalah..Amin.. untuk kome jugak (dak Ushul).

Pikio kejap ok, kalau lah kate Ushuluddin Perbandingan Agama tidak diiktiraf, nape kat SPA ada tersenarai course yang aku amik? lau nak tahu, JPA - MQA sate team, JPT jugak.. masing-masing ber link satu sama lain.. haish !!
Share:

Friday, January 4, 2013

Insting Untuk Hidup Semula

Insting Untuk Hidup Semula

Dah berape hari aku tak update kat sini.. ehem2.. ada hal cikit, nak kabo ke idak ea? matlamat asal tak payah la kabo, hehe.. aku tengah menumpu pada blog baru, memang betul2 baru buat.. Niche blog baru tersebut berkaitan Moral and Ethics. Kalau tak salah, baru 2 hari aku create blog tuh. Korang mai la usha2 ea blog baru den.. memang agak berterabor sebab aku buat dalam bahasa inggeris, template baru, article baru dan sumenye baru. Tapi, takde lah power macam blogger yang professional. hihih!!

Skan nih, aku cube buat blog baru tu sepopuler mungkin, dan mungkin akan mengalahkan KBM ni sendiri.. mungkin ke? tak tahulah.. KBM ni dah dekat 2 tahun beroperasi, banyak jasa dan pengorbanan aku kat sini, suke duke aku, macam2 terjadik kat sini, KBM jugak tempat aku belajar banyak ilmu tentang blogspt. Serius, walaupun dulu memang orang dok mengate blog aku macam siot.. haku tak kisah, dan aku berpuas hati dengan tampilan KBM skang, ase sayang nak buang lak..

Dengan blog baru aku tuh, antare tujuan lain aku create sebab, aku nak blaja menulis dalam BI.. nak biasekan diri aku dengan bahasa inggeris walaupun memang aku minat movie2 omputih, tapi tak semestinye aku hebat dalam BI. Prinsip die mudah jep, kalau ada usaha, mesti ada hasil.. macam adsense juga, sebenarnye dari dulu lagik aku dah fedup dengan mereka nih, tapi kali nih aku nak cekalkan jugak.. ape pon jadik, aku mesti nak try adsense.. walaupun takde income! semangat nih.. hahah!!

Ada hari tuh, aku cube letak adsense kat KBM.. aku tahu, kriteria dalam KBM memang takkan diterima oleh adsense, sebabnye antara lain, konten blog aku, bahasa. Bahasa malaysia memang adsense tak support, tapi aku pelik jugak bile tengok ramia membe aku yang berblog bahasa malaysia, ada er adsense kat blog drang, aku adik tambah semangat nak try ugak adsense, mesti ada cara yang drang sorokkan. Haaa.. kantoi.. Ape2 pon.. maybe KBM nih dah memang tak boleh untuk didaftarkan pada adsense, aku tak kisah sangat, banyak manfaat pon kalau aku create blog baru.

Sebelum ni pon, meamng dah banyak blog aku create, tapi tak pernah seserius KBM dan Human Being Moral's (blog baru). Yang blog "baru" jugak aku buat sebelum nih, maybe malas nak jage, nak bagi kat orang kot.. sape ea? korang nak ke? email je aku ye.

Weits! moh le usha2 blog baru aku --> http://moral4all.blogspot.com/
Share:

Saturday, December 29, 2012

Hanya Rm40 Boleh Jadi Guitarist

"Ketahui Bagaimana Anda Dapat MENGEJUTKAN Teman, Keluarga, Dan Yang Paling Penting, ANDA SENDIRI, Dengan Bermain Lagu Yang Anda Gemari Dalam Masa Yang Singkat"

Walaupun Anda Tak Pernah Menyentuh Gitar Seumur Hidup Anda!

Jom Kita Lihat Komen SEBENAR Dari Pembaca

Testimoni Sebenar Dari Pembaca


Dalam kehidupan saya, saya selalu berjumpa dengan mereka yang pandai bermain gitar. Dari situlah saya mula rasa ingin belajar bermain gitar. Saya ada juga belajar dengan mereka. Tapi saya taklah begitu faham. Apabila saya mendapat tahu tentang ebook panduan ini, saya terus cuba mendapatkannya.

Barulah saya faham dengan istilah-istilah yang sering digunakan  oleh kawan-kawan saya itu. Ebook ini sangat mudah difahami. Cara penyampaiannya sangat berkesan dan ia  mengajar kita bagaimana untuk berlatih main gitar dengan betul. Barulah  saya faham apa itu kord dan tab. Persoalan saya sebelum ini telah pun terjawab.

Saya sarankan agar anda juga membaca ebook ini sekiranya anda ingin belajar bermain gitar. Cara penyampaiannya sangat mudah difahami. Anda yang baru belajar main gitar pasti mudah memahaminya. Memang berbaloi! 

Ahmad Zairi bin Zaidi, Newbi



Inilah panduan gitar yang pertama dalam Bahasa Melayu yang pernah saya jumpa di online. Setiap keterangan adalah jelas berserta gambar bermula dari pemilihan gitar,kenali kord-kord gitar hinggalah latihan kekutan dan kepantasan jari.

Panduan ini sangat sesuai bagi mereka yang tidak pernah bermain gitar dan tidak kenal dengan kord-kord gitar. Jika anda ingin bermain gitar, anda perlu memahirkan diri dan mengenali kord-kord asas ini. Kemudian sentiasa praktis dan praktis dan saya pasti anda akan cepat mahir bermain gitar.

Jangan ingat lelaki je nampak seksi jika main gitar, lelaki
pun akan terpegun melihat perempuan bermain gitar.
Jadi tidak kira jantina, jika anda ingin mula belajar gitar,
panduan ini adalah untuk anda. 

Luvleey, Newbie


Klik sini untuk membuat pesanan sekarang! 


Saya berasa gembira atas penghasilan ebook sebegini yang boleh dijadikan sebagai panduan asas bagaimana untuk belajar bermain gitar. Memang banyak info yang diterangkan dari peralatan dan seterusnye mengenal kord-kord asas untuk bermain gitar.

Satu usaha yang baik.Sememangnya susah untuk mencari panduan dalam bentuk ebook untuk
menerangkan asas bermain gitar ni walaupun sedikit. Kepada sesiapa yang ingin memahami dan mempelajari asas bermain gitar tidak rugi untuk anda laburkan untuk membeli ebook panduan ini.

Mohd Pakhrurazi Hamza, Newbie



Sebagai seorang yang suka dan pernah bermain alat muzik, bagi saya ebook ini memang bermanafaat. Jika ingin mula belajar bermain gitar dapatkan ebook ini sebab ia mengandungi penerangan bergambar.

Dengan penerangan yang detail, anda akan diajar cara memegang chord, fingering, strumming dan cara elak kecederaan bermain gitar. Sayangnya ebook ini keluar setelah saya mahir bermain gitar.

Shofiyan Shafii, Pemain Gitar



Saya pernah membazirkan masa yang agak lama belajar sendiri bagaimana untuk bermain gitar, saya juga pernah menghadiri kelas muzik untuk belajar bermain gitar, dan saya sendiri akhirnya menjadi tenaga pengajar di tempat tersebut mengajar ramai orang bagaimana untuk belajar gitar dengan cara dan teknik yang betul. Dan ini adalah pendapat ikhlas dari saya tentang ebook ini!

Jika anda dah lama teringin untuk bermain gitar, teringin untuk menyanyi lagu kegemaran anda sambil bermain gitar, teringin untuk memainkan instrumen romantik untuk kekasih anda, EBOOK INI UNTUK ANDA!

Ia mungkin tidak akan menjadikan anda seperti Man Kidal mahupun Kurt Cobain, tetapi ianya adalah satu panduan yang cukup lengkap untuk anda TAHU dan MAHIR bermain gitar. Kerana ia menunjukkan anda hampir kesemua perkara basic yang anda perlu tahu untuk anda bermula.

Mohd Muslim, Pemain Gitar



Ruang Testimoni Ini Disimpan Untuk Anda!

Jadilah orang seterusnya yang mahir bermain gitar menggunakan panduan ini, Order Sekarang!







Share:

Saturday, December 15, 2012

Modal Rm25, Pulangan Rm10,000 - Hubungi Kami -

Hubungi Kami

Sila hubungi penaja anda :


Penaja :  dudez
Muhammad Adduat Bin Zainal Abidin
HP : 0193735066


Laman Web Step2Rich.net
ini diuruskan oleh:
 

ADMIN : Yaacob Omar - 6013 7779117


Maklumbalas Mengenai Laman Web Step2Rich.net

Sebarang maklumbalas, cadangan, pertanyaan atau kemusykilan berhubung dengan Step2Rich.net, sila isi borang di bawah.
Kami akan memberi maklumbalas segera untuk membantu anda!

Daftar di sini : http://www.step2rich.net/dudez, Kemudian klik pada Tab Hubungi Kami.
Share:

Modal Rm25, Pulangan Rm10,000 - Daftar Dan Beli -

Daftar Dan Beli

Daftar di sini :  http://www.step2rich.net/dudez, Kemudian, pergi ke tab Daftar Dan Beli. Isi formulir @ Borang yang disediakan di bahagian Daftar Dan Beli dengan berhati, jangan letakkan informasi yang salah dan kesalahan bukanlah tanggungjawap Admin.


Sebarang Masalah? Hubungi Kami

Terma dan syarat:

1) Dengan ini saya bersetuju untuk daftar dan beli pakej pengiklanan ini tanpa paksaan dari mana-mana pihak.
2) Saya memahami segala yang ditawarkan dalam bentuk komisen adalah ganjaran tambahan atau upah dari usaha saya mempromosi dan perkenalkan website Step2Rich.net ini kepada lebih ramai penguna.
3) Semua iklan yang dipaparkan adalah tanggungjawab pengiklan sendiri. Step2Rich.net tidak ada kaitan dan tidak bertanggungjawab keatas iklan yang dipaparkan.
4) Step2Rich.net berhak menggubah Terma & Syarat bila-bila masa.
Share:

Wednesday, December 12, 2012

Modal Rm25, Pulangan Rm10,000 - Konsep Perniagaan -

Konsep Perniagaan

Konsep Affiliate

Konsep affiliates adalah berniaga tanpa produk sendiri. Hakikatnya, sudah ramai usahawan internet meraih pendapatan lumayan hanya dengan mempromosikan produk orang lain dan mengumpul komisyen hasil daripada jualan tersebut.

Pemasaran Affiliate merupakan di antara cara paling efektif untuk menjana wang secara online. Program ini memberikan peluang kepada sesiapa sahaja untuk mendapatkan keuntungan melalui internet. Memandangkan program-program pemasaran affiliate mudah untuk disertai dan memberikan imbuhan wang di atas usaha anda, maka semakin ramai orang yang mula menceburi model perniagaan internet ini.

Seperti juga perniagaan konvensional, anda perlu hebahkan dimana kedudukan kedai atau premis perniagaan anda selepas kedai anda dibuka.

Takkan senang sangat, promosi referal link je dah dapat komisen? 

 Begitulah mudahnya perniagaan di internet. Namun demikian, seperti bentuk model perniagaan internet yang lain, masih terdapat masalah di dalam menjalankan pemasaran affiliate. Sekiranya anda melakukan sebarang kesilapan ini, maka anda akan kehilangan sebahagian besar daripada keuntungan yang sepatutnya anda perolehi daripada program affiliate tersebut. Oleh itu, adalah lebih baik jika anda memiliki pengetahuan yang sewajarnya untuk mengelak daripada melakukan kesilapan-kesilapan ini.


Kesilapan #1: Memilih program affiliate yang salah

Kesilapan #2: Menyertai terlalu banyak program affiliate

Memang benar, ia merupakan satu cara yang baik untuk menjana wang daripada pelbagai sumber. Namun demikian, anda tidak akan mampu memberikan konsentrasi yang sewajarnya untuk setiap produk sekiranya anda menyertai terlalu banyak program affiliate. Akibatnya, keuntungan besar yang anda harapkan tidak akan tercapai! Cara terbaik adalah dengan menyertai satu program yang mampu memberikan anda komisen affiliate terbaik atau terbanyak. Sekarang anda sudah berada di landasan yang tepat, tentukan langkah anda sekarang KLIK DI SINI 


SERTAI KAMI HARI INI !!!! KEJAYAAN MENANTI ANDA !!!! 
http://www.step2rich.net/dudez



Share:

Saturday, August 20, 2011

Tempat berkelah di Banda Aceh, Mata ie.


Nyanyian Oleh : Liza Aulia.
Judul Lagu : Nanggroe Aceh.
Video Editor : duad zainal

Neh rakaman masa wadud gi bekelah dengan kengkawan kat Mata ie Banda Aceh, best.. dengan nama tempat dia Mata ie, air dia sejuk macam duduk dalam peti sejuk (kulkas).. tak tipu, memang kaw sejuk air dia.. hari tu family ada datang jugak Aceh, tapi rugi datang Mata ie tak mandi sebab nak cepat time tu..

Nanti kalau ada masa mai Banda Aceh, datang la Mata ie.. ^_^ kalau dah mai Banda Aceh tapi tak datang Mata ie.. rugi la korang.. cume, yang tak best biler tempat laki dengan pompuan dah campur, dulu diasingkan.. mungkin jugak tempat pompuan air macam kering sejak masuk Ramadhan ni.. hehehehe..

Lagipon, datang Mata ie bukan nak tengok pompuan kan? ekekekeke.. dulu first time datang Mata ie, mandi punye la lame walau badan dah menggeletar, habis kecut-kecut jari tangan kaki ^_^ tapi skang ni, kalau datang lagi Mata ie.. huh.. mandi sat jer dah lepak kat tepi.. lawak tol..


Kat Banda Aceh? banyak jugak port wisata yang best untuk korang kunjung.. lagipon sini majoriti masyarakat islam.. so insyaallah takder ape masalah sangat kalau ada yang takut ada konflik ape-ape ker.. sini FRIENDLY punye masyarakat.. buleh masuk.. tapi standard la kalau kita shopping tuh, kene tipu harga.. tu memang sakit hati kalau dah tau kene tipu, mesti maki hamun sikit punyer ^_^ mm.. solusi taknak kene tipu senang jer, banyak sorang orang Aceh.. suh dia yang handle sumer dalam bab2 jual beli neh.. orang Aceh tak berani sangat nak tipu orang Aceh jugak.. ^_^

Harga barangan kat sini? senang cakap kan, standard macam Malaysia jugak, mungkin kalau murah pown, sikit la beza Malaysia, tambah2 kalau bab makanan, barangan elektrik.. tuh yang wadud cakap tadi, nak murah kene pandai la.. hehe.. lagi best kalau reti cakap bahasa Aceh..

Kalau dah datang, jangan lupe beli kain batik kat sini.. cantik giler wa cakap sama lu olang.. ^_^ ritu wadud belikan untuk kak long (mysister) kain batik corak ala2 aceh, hiasan emas2 sikit.. kak long buat pakai waktu Raya, pergh kene puji.. hehehehe... nak ceritekan, kat Malaysia takder kain jenis atau corak macam tuh.. so mesti orang bukak mata punyer..

Heeheheehehe.. minat nak satu? meh kasi tau jenis yang macam mana nak.. buleh tempah kat wadud.. seriosliee neh (^_^) buleh anta email kat duad1989@gmail.com, kos penghantaran separuh harga dari harga asal.. kalau nak la ^_^ kalau taknak, takper jugak.. ^_^
Share:

Saturday, June 25, 2011

Jawatan Kosong 2011


Mesti dah ramai sangat orang dok mencari kerja dan Jawatan Kosong untuk tahun 2011, start jer dari bulan January 2011 sampailah bulan June 2011, ntah tibe-tibe rasa nak tengok kot-kot ada kerja kosong untuk wadud, hehehehe.. maklum masih belajar lagi, terjumpe lak list-list yang boleh kita cari beberapa info tentang kerja kosong atau kerja yang masih memerlukan  orang.

Selalu kalau orang belajar, dia tak pikio sangat pasal kerja ni.. sebab terbiasa dengan tanggungan orang lain macam Mak Ayah. keh3.. same la jugak, sape sekalipun, takder masalah kalau dah macam tuh, tapi jangan la dijadikan semacam etnis.. nanti dah melekat payah, contoh kalau penangggung kita tuh dah meninggal? camne? nak cari makan mana? ^_^ so usaha itu lift kejayaan.

Senarai Tempat Mencari Jawatan Kosong

jawatankosongkerajaan.my/

www.asritadda.com/…/jawatankosongkerajaan-my-jawatan-kosong-kerajaan-terkini-2011

jawatankosong.index.my/

malaysiancareer.com/

www.8mvu.com/JawatanKosongKerajaan.My-–-Jawatan-Kosong-Kerajaan-Terkini-2011

jawatanterkini.com/

www.jawatankerajaan.my/

skorcareer.com.my/jobs/

malaysiajobs.biz/

cari-pekerjaan.com/

www.malaysia.gov.my

www.jawatan-malaysia.blogspot.com/

www.kedah2u.info/

findkerja.blogspot.com/

www.jawatankosong.biz/


Hengat!! Usaha Lift Kejayaan ^_^
Share: