selamat hari guru dari muallimah@mudarris asyi :)
Sesungguhnya seorang guru adalah insan mulia kerana mereka telah diamanahkan untuk menyampaikan ilmu dan mentarbiah masyarakat, mereka diibaratkan seperti bintang di langit yang menjadi penunjuk jalan bagi menerangi kegelapan di darat dan lautan sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA :
Maksudnya:"Sesungguhnya perumpamaan orang-orang yang berilmu pengetahuan di muka bumi ini seperti bintang-bintang di langit yang menjadi petunjuk dan menerangi di dalam kegelapan sama ada di daratan mahupun di lautan, apabila ia terbenam atau hilang dikhuatiri akan hilang arah tujuan".
Dalam menjana tranformasi pendidikan tugas guru bukan hanya sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan tetapi ia juga berperanan sebagai murabi untuk membentuk bangsa supaya menjadi insan yang berakidah, dinamik dan berkualiti di dunia dan di akhirat.Mereka berada di saf hadapan untuk membangun bangsa yang cemerlang yang akan menentukan sebuah negara yang maju, aman dan dihormati. Maka, dalam merialisasikan harapan yang tinggi ini, guru terpaksa menempuh pelbagai cabaran dan dugaan termasuk perubahan dalam sistem penyampaian dan maklumat agar selari dengan kehendak yang diperlukan oleh masyarakat.
Bersempena dengan Sambutan Hari Guru pada tahun ini, marilah kita memanjatkan doa kehadrat Allah SWT agar matlamat kita untuk melihat generasi akan datang yang memahami tanggungjawab dalam membina negara bangsa terlaksana dengan sempurna melalui pendidikan berkualiti yang disampaikan oleh para guru sebagai pemacu tranformasi pendidikan. Marilah sama-sama kita mendokong usaha yang murni ini, mudah-mudahan segala usaha kita akan diberkati oleh Allah SWT.
Selamat Hari Guru Dari Muallimah Nor Asiah@asyi :).. tidak dilupakan warga2 murabbi SRI aman dan SMI Aman... muallim dan muallimah.. didiklah ank bangsamu dengan penuh kasih dan sayang.. moga2 akan mendapat keberkatan daripada ALLAH...
ingatlah wahai ank didikku... kami pelajar sri aman berjanji dan berusaha, membina diri dan keimanan limpahilah kerahmatan, ALLAH tuhanku yang essa dengarlah rayuan hamba.. jadilah insan yang mulia... di dunia dan akhirat amen!
0 comments:
Post a Comment