AMIN YA ALLAH..
KUALA LUMPUR, 16 Mei: “Saya nasihatkan supaya DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) banyakkan bersabar, kezaliman akan kalah jua akhirnya,” ujar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Beliau menyatakan demikian sebagai respons terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan Anwar membela diri terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
“Saya diberitahu tentang keputusan mahkamah yang memerintahkan DSAI membela diri dalam kes liwat II.
“Nampak sangat bahawa DSAI cuba disabitkan bersalah dalam apa jua keadaan sekalipun,” tulis Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan di laman twitter.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, berdasarkan bukti beliau mendapati ada kes prima facie sekaligus mengarahkan Anwar yang juga Ketua Pembangkang membela diri.
Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.
Peguam bela utama Karpal Singh dalam hujahnya sebelum ini juga berkata pihak pendakwa telah gagal membuktikan wujudnya kes prima facie terhadap Anwar dan oleh itu, tertuduh patut dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa perlu dipanggil membela diri.
Katanya, saksi utama Mohd Saiful telah berbohong dalam laporan polis yang dibuatnya pada 28 Jun, 2008 bahawa kononnya aksi itu berlaku tanpa kerelaannya.
Sumber : http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/3304-nik-aziz-nasihatkan-anwar-banyak-bersabar
PS : Wadud sendiri tak tau nak kata ape.. tuduhan yang tidak menunjukkan bukti yang jelas, sengaja buat krontroversial berpandukan pada kekuasaan kerajaan, ape sume ni? kalau orang Islam yang memahami Islam macam gini ke? bile tanya ngaku jer agama Islam, siap syahadat lagi. Tapi bile datangnye sebuah kepentingan atau dendam kesumat kewajipan Islam dah dilupakan, sanggup membuat tuduhan palsu, pastu pulak sanggup main 'sumpah laknat' lagi.. huh.. bukan nak kata wadud baek, tapi korang pon boleh pikir sendiri.. setakat nak buat video samar2, insyaallah wadud pon boleh wat.. not susah la semua tuh, tambah2 yang pakar komputer ne, huh.. click jer dah settle, masalahnyer bagi wadud la kan, komputer ke ape bukan jadik bahan utama tapi yang jadi bahan utama tu adalah keimanan seseorang.. bila dia dah beriman mana berani nak buat semua tu, tambah2 pulak yakin dengan hukum Allah.. tapi bila dan 'kurang iman' maka 'iman syaitan' lah yang menjadi pengganti dalam diri kita. Hmmm.. sory la geng, dah termasuk politik sikit.. bukan ape kan, dunia ni kalau nak bertahan dengan baik.. utama kanlah konsep ajaran Islam berlandaskan Quran dan Sunnah.. ^_^
0 comments:
Post a Comment