Thursday, November 25, 2010

Kelebihan Dan Kekurangan

Assalamualaikum membuka bicara, temanku yg budiman.. belajarlah bersyukur meski pun tak cukup, belajarlah ikhlas meski pun tak rela, belajarlah sabar meski pun tak mudah, belajarlah memahami meski pun tak sehati, belajarlah memaafkan walau terluka dan belajarlah percaya meski pun tak yakin…


Memang Allah swt menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya Allah swt. Dia berhak dan mampu buat apa sahaja mengikut kehendak-Nya..kita mungkin merasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda. Nah, anggaplah ia suatu kelebihan.


Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya yg tertentu. Tidak ada manusia yg sempurna kecuali Rasulullah s.a.w krn bginda telah ditentukan maksum.


Jika anda berasa anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung ? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan membawa kemusnahan. Setelah anda dikenali sebgai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk.


Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan diwajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan diri. Siapakah penghuni syurga itu, baragkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia. Cantik pada pandangan Allah swt ialah ketaatannya terhadap semua perintah dan larangan Allah swt.


Suatu kaum atau seseorang yang hidupnya penuh kebencian dan permusuhan tak akan pernah tenang, terhormat dan berjaya selain hina dan menderita.


Jika kita memelihara kebencian dan dendam, maka seluruh waktu dan pikiran yang kita miliki akan habis dan kita tidak akan pernah menjadi orang yang produktif.


Masalah paling besar bangsa ini bukanlah karena kurangnya tanah lapang, namun karena kurangnya hati-hati yang lapang.. Kekurangan orang lain adalah ladang pahala bagi kita untuk memaafkannya, mendoakannya, memperbaikinya, dan menjaga aibnya.
Share: