Günaydin ( selamat pagi) Suasana pagi ini sejuk lar.. perghh cam asyi ade kt Istanbul turki jerk heheh.. sejuk sgt cam dk lam salji kt Bursa Turkish huhu..
Asyi ada nk kongsi pasal.. Manusia ..... Terpuji dan Terkeji jom kita sama2 berlari2 kt bawah nieh... ?
Manusia ..... Terpuji dan Terkeji
1. Musuh paling utama manusia adalah diri sendiri
2. Kegagalan paling utama manusia adalah kesombongan
3. Kebodohan paling utama manusia adalah sifat menipu
4. Kesedihan paling utama manusia adalah rasa iri hati
5. Kesalahan paling utama manusia adalah mencampakkan dirinya sendiri kejalan yang sesat
6. Dosa paling utama manusia adalah menipu dirinya dan orang lain
7. Sifat manusia yang terkasihan adalah rasa rendah diri
8. Sifat manusia yang terpuji adalah semangat kesabarannya
9. Kehancuran terbesar manusia adalah rasa putus asa
10. Harta paling utama manusia adalah kesihatan
11. Hutang paling utama manusia adalah hutang budi
12. Hadiah terbesar manusia adalah lapang dada dan sikap saling memaafkan
13. Kekurangan terbesar manusia adalah sifat keluh-kesah dan tidak memiliki kebijaksanaan
14. Ketenteraman dan kedamaian paling utama manusia adalah suka beribadah dan beramal
15. Yang buruk dan yang baik akhirnya akan terzahir
16. Baik dan buruk ada pada dirinya sendiri
17. Harga diri itu terletak pada perbuatan, mulut dan budi dan Jangan hanya merasa pandai, tapi tidak pandai merasa, kerana sesungguhnya engkau tidak punya apa- apa selain belas-kasih Yang Maha Kuasa.