Wednesday, December 15, 2010

Rumahku Syurgaku....

Rumahku Syurgaku

"Apabila seorang lelaki dan wanita melangkah ke alam perkahwinan, setiap mereka membayangkan kebahagiaan ada di depan sana, kerana CINTA mereka telah berpadu dalam satu ikatan, tetapi sebenarnya ‘cabaran-dugaan hidup’ yang lebih mencabar sedang menanti...

Setelah cita-cita untuk berkahwin tercapai, ia bukan la menjamin kebahagiaan seseorang.. Sebaik selesai diijabqabulkan, di sini bermula ‘cabaran-dugaan-masalah’. Bagaimana menjaga sensitiviti pasangan masing-masing, mertua, tanggungjawab, ekonomi dan seribu satu macam masalah lagi...

Jangan menafikan ini semua!

Hanya pasangan yang tabah, sabar, berwawasan dan yakin sahaja sanggup menghadapi dugaan serta masalah tersebut dan akan terus melayari bahtera mereka hingga ke akhir hayat... Tidak kurang juga pasangan yang kecundang, karam dan lemas. Ini disebabkan kelemahan jiwa mereka..

Di saat itu, mereka memerlukan orang ketiga sebagai penasihat.. Dan berhati-hatilah mencari penasihat, kerana TERkadang, penasihat juga boleh menjerumuskan ke arah kehancuran rumahtangga tersebut.. Jangan ambil penasihat yang berciri BATU ASAH...

Kendalanya adalah perkahwinan itu sendiri’ “mengambil masa” untuk ‘proses penyesuaian’ antara lelaki dan wanita.’ Selagi kita tidak tinggal sebumbung, jangan sesekali kita katakan kita sudah cukup kenal seseorang...

Sesetengah orang berpendapat, mereka perlu mengenali pasangan mereka sebelum menikah...Dengan kata lain "bercinta dulu..." Ada yang berjaya dan ada yang masih gagal mengenali pasangan mereka.. nie satu kajian di buat..

Ada perkahwinan yang terjadi tanpa pernah berlaku pertemuan atau perkenalan... Ada yang berjaya dan ada juga yang gagal.. Kebahagiaan sesebuah mahligai, tidak datang menggolek.. Kebahagiaan rumahtangga perlu dipupuk...

Setiap pasangan impikan pasangan yang akan memenuhi naluri atau impian mereka. Sesiapa sahaja menginginkan keluarga bahagia. Tahukah kalian, rumahtangga bahagia.. Ia memerlukan kesabaran, usaha dan yang paling utama pengorbanan.. Pengorbanan suami-isteri ke arah itu...

Kesungguhan suami-isteri membentuk keluarga bahagia memerlukan ilmu (teori).. Ilmu bukan setakat teori sahaja, tetapi untuk di praktikkan!“Rata-rata kita lihat lebih teori dari praktikal”

Rumahtangga bahagia, keluarga harmoni adalah cita-cita kami dan kami ingin merealisasikan sampai bila-bila...kerana kami berpendapat, keharmonian itu bermula dari rumah... “Rumahku, Syurgaku.” Takbir!!

Share: