Saturday, March 12, 2011

Manhaj Tarbiah...

Assalamualaikum semua.. sempena musim cuti persekolahan cadangan asyi la.. bgi yg dh berkeluarga yuk la kuar g rehlah bersama ank2...

okeh in a blog entry today.. cakap pasal tarbiah, ia adalah sgt penting dlm kehidupan kita.. untuk selanjutnya baca kt bawah....

MANHAJ TARBIAH

Tarbiah atau pendidikan bagaimana manusia melihat dan menilai kehidupan ini. Lalu ianya dicurahkan secara berperingkat-peringkat agar ia dapat diterima oleh individu atau perkumpulan yang lain sama ada dalam masyarakat itu sendiri atau kelompok yang luar.

Bagi dunia barat, 'pendidikan boleh diandaikan sebagai proses penyebaran nilai-nilai dan himpunan ilmu pengetahuan dalam sesuatu masyarakat'.. pendidikan telah memandu pemikiran manusia untuk mengenali budaya, membentuk tingkah laku mereka untuk menuju usia matang dan mengarahkan mereka menuju kepada peranan yang akan dimainkannya dalam masyarakat.

Ringkas kata, mana-mana masyarakat sekali pun memerlukan pendidikan sebagai satu proses pembinaan serta penerapan nilai-nilai untuk menjamin survival ideologi yang diterima pakai dalam masyarakat tersebut. Bagi masyarakat yang menganut fahaman komunisme atau sekularisme sebagai contoh, yang mana mereka percaya dan mendokong ideologi-ideologi itu pasti akan menerapkan nilai-nilai tersebut dalam pendidikan terhadap generasi mudanya.

Begitulah juga bagi ideologi-ideologi lain yang berkembang dalam masyarakat dunia semenjak dahulu sehingga kini, sekiranya kita melihat sejarah perkembangan tamadun manusia.

Bagi manusia yang terpengaruh dengan keduniaan dan materialisme, pendidikan bagi mereka hanyalah terhad untuk memenuhi keperluan dan tuntutan tersebut. Akan tetapi bagi Islam matlamat pendidikan atau tarbiah jauh lebih luas untuk mendapat kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Demikianlah halnya dengan masyarakat Islam, apabila peradaban yang meliputi kehidupan dan mempengaruhi pemikiran mereka berpaksikan keimanan kepada ALLAH dan peranan dirinya sebagai hamba kepada Penciptanya serta hubungkaitnya dengan kejadian alam ini, maka masyarakat Islam tersebut pasti akan memastikan iman itu terus subur dalam masyarakatnya generasi demi generasi melalui lapangan pendidikan atau tarbiah. Namun begitu, tarbiah juga menjadi suatu keperluan yang mendesak terutamanya apabila berlaku kerosakan serta terhapusnya nilai-nilai keagamaan dan moral dalam masyarakat.

Bertolak dari itu.. ALLAH mengutuskan Rasul-Nya daripada kalangan kaum itu sendiri dengan itu ia mengetahui suasana dan keperluan untuk menjalankan seruan risalah dan melakukan tarbiah kepada kaumnya. Bagi menghadapi keperluan kaum dan bangsa yang berlainan, asas bagi melakukan islah dan mentarbiah umat ini perlulah mengikut garis panduan yang ditetapkan di dalam ayat-ayat al-Quran.

Rasulullah SAW diutuskan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam dan sebagai rasul yang terakhir bagi umat manusia. Maka manhaj yang digunakan oleh Rasulullah SAW adalah contoh tunggal untuk diikuti oleh seluruh umat yang mengikut seruan baginda dalam melakukan islah setelah umat tersebut berada dalam kesesatan dan kerosakan. ALLAH SWT menyatakan peringkat-peringkat tersebut secara tersusun.


Share: