Thursday, May 19, 2011

Anwar sekeluarga dicabar.



Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 18 Mei - Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta anaknya, Nurul Izzah didesak melakukan empat perkara asas bagi membersihkan nama ketua pembangkang itu.

Empat perkara tersebut ialah:

1. Melakukan sumpah laknat menafikan Anwar bukan lelaki dalam video seks.

2.Menjalani ujian poligraf bagi membukti mereka tidak berbohong.

3. Menyaman Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

4. Tuduh Shazryl Eskay sebagai pembohong.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor berkata, jika empat perkara asas tersebut dilakukan, tiga anak-beranak berkenaan tidak perlu lagi bersusah-payah mengelilingi negara.

Bagaimanapun, beliau hairan mengapa tiga beranak itu begitu takut untuk melakukan empat perkara asas tersebut sedangkan semua mereka sedar jika dilakukan ia akan memberi keuntungan politik yang cukup hebat kepada Anwar.

“Mengenali Anwar ini bukan cara dia. Anwar sudah pasti akan menyahut seruan dan cabaran supaya melakukan empat perkara asas ini jika beliau tidak bersalah. Paling tidak Anwar akan melakukan salah satu daripadanya.

“Namun, sehingga hari ini bukan sahaja Anwar tetapi Dr. Wan Azizah dan Nurul Izzah juga tidak berani untuk melakukannya. Jika tidak bersalah mengapa takut,” katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ezam berkata, rakyat kini boleh menilai dengan mata dan fikiran mereka sendiri, mengapa seseorang yang mendakwa dirinya tidak bersalah begitu takut untuk menyahut cabaran semudah itu, sedangkan maruahnya dicaci.

Katanya, Anwar sekeluarga hanya mampu dan berani menyalahkan pihak lain dalam skandal video seks tersebut tetapi ia tidak memberi kesan selagi persoalan pokok mengenai empat perkara asas tersebut tidak disahut dengan tindakan.

“Mereka hanya mampu bersandiwara kononnya ini satu konspirasi. Mereka cuba meraih simpati dengan tangisan dan air mata tetapi Anwar lupa rakyat sudah meluat dengan sandiwara lapuk ini,” jelasnya.


PS : Hmm.. ni la kerajaan, bile kite nak sembang pasal ni, hangin kan satu badan? tapi ape kuasa kita nak marah2 kerajaan? ntah2 mati kene bunuh.. dah banyak kes macam tu kat Mesia kan? so.. korang yang pandai2 mesti tau menilai.. ni wadud amik source dari Utusan, kata orang Utusan ini News Umno.. so kat mane2 sekalipun mesti la berpihak pada satu pihak jer kan? wadud dah cakap, korang boleh menilai sendiri.. nak terima 100% ke dari ape yang diutarakan kerajaan? kalau boleh nak kritik sikit kan, bukan pe.. banyak lagi kes yang besar2 kerajaan lepas tangan, tapi kes yang macam ni (dah banyak orang2 besar buat, tapi wat dono je) punye kecik (itu pon kalau betol) kenapa perlu kecoh2 kan? ha.. dah ada jawapan tuh.. satu lagi kan, ni my father la sembang, logik jugak.. Anwar dekat dengan Tuan Guru, Tuan Guru seorang ulama sufi.. habis selama ni Tuan Guru stedy jer? tak de pulak marah2 atau suruh Anwar keluar Keadilan? korang pikir la sendirik.. bende baik, mesti baik.. takkan kalah walau lambat sekalipun.. *SAJE AMIK DARI UTUSAN, NAK TENGOK CAMNE*
Share:

0 comments: