KOTA BHARU, 18 Mei: Kerajaan negeri Kelantan akan membina sebuah stadium yang memuatkan 40,000 orang di samping ruang masjid di merata-rata bahagiannya di Bukt Merbau, Pasir Puteh.
Perkara ini diumumkan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Mat dalam satu kenyataan media yang dibacakan selepas Mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini.
"Saya ingin membuat pengumuman pada hari ini satu berita gembira buat rakyat Kelantan khususnya peminat-peminat sukan tanahair di mana Kerajaan Kelantan telah bersetuju untuk membina sebuah kompleks sukan bersekali dengan Bandar baru untuk kegunaan aktiviti sukan di negeri ini.
"Kompleks tersebut yang antaranya akan menempatkan sebuah stadium utama dengan kapasiti 40,000 tempat duduk bertempat di atas tanah milik kerajaan di Bukit Merbau, Pasir Puteh," kata beliau.
Katanya, kerajaan berhasrat agar stadium yang akan dibina ini turut memuatkan ruang masjid di merata-rata bahagian yang akan membolehkan penonton-penonton solat berjemaah dengan mudah di dalam stadium.
Ini bagi merealisasikan hasrat kerajaan negeri yang mahukan aktiviti sukan di negeri ini tidak berpisah dari roh Membangun Bersama Islam yang menjadi dasar pentadbiran kerajaan negeri.
Bagaimanapun rekabentuk secara terperinci terpulang kepada arkitek yang akan diberikan tanggungjawab ini nanti, katanya.
Menurut Nik Aziz, cadangan pembangunan stadium dan kompleks sukan ini terbuka kepada mana-mana pemaju menghantarkan cadangan atas dasar BOT iaitu bina, operasi dan pindah.
"Saya berharap dengan pembinaan kompleks sukan ini nanti, aktiviti sukan di negeri ini dapat berdaya maju dengan lebih baik ke arah membentuk masyarakat yang sihat jasmani dan rohani insya-Allah," katanya.
PS : Huh.. cemburu la aku ngan Negeri Kelantan, rasa baik letak Negara sebab pemerintahan dia dah macam pemerintahan berkonsepkan otoriter, mana dapat bantuan dari kerajaan.. hampeh betol.. satu lagi Negeri Perak, kaya2 dah.. tapi sip (kedeng, kedekot) betol lar.. buat malu dengan Negeri Kelantan jer.. mana Bro Zamri nie? kalo la Bro Nizar masih memegang jawatan kat Perak, kan best.. ingat lagi masa awal Bro Nizar pegang, sempoi jer.. tibe2 dapat berita kene turun jawatan secara paksa? giler.. relax jer Kelantan kan? contoh la sikit, kite pon tau kan.. bleh dikatakan Kelantan negeri yang di bawah jajahan Islam.. tapi ok jer kalau pasal2 sukan ni? tak de masalah pon? yang jadik problem tuh mamat2 yang kecoh2 pastu bajet2 alim tak pandang sukan la pulak.. Islam bukan cenggitu.. Islam ni agama yang bebas.. betol tak? hai.. mai sini wadud yang jadik menteri Perak.. kahkahkahkahkah...
0 comments:
Post a Comment