Assalamualaikum semua.. asyi harap semua sahabat sentiasa sihat dan ceria... klo ade yang sakit haa cepat2 la makan ubat... cerita pasal sakit sebenarnya ada nikmat jom baca n3 kt bawah nie..
Kadang kadang Allah berikan kita nikmat sakit supaya kita menghargai betapa mahalnya nikmat sihat itu.. Ramai manusia alpa bila diberikan kesihatan yang begitu baek oleh Allah..dan mereka ramai yang melupakanNya..ada juga yang jenis tidak tahu bersyukur..namun ada juga yang mengeluh bila ditimpa ujian sakit ke atas diri mereka..merungut rungut marah pada kesakitan yang dialami..seandainya rungutan itu digantikan dengan zikir kepada Allah bukankah itu satu perkara yang bermanfaat...
Sakit tanda Allah menguji kita..sakit menjadikan kita sentiasa mengingati mati..sakit menjadikan kita kuat..insyaAllah..semoga sakit itu tidak menjadikan kita dalam kalangan hambaNya yang kufur..malah mejadikan kita hambaNya yang sentiasa bertawakal dan berdoa padaNya..segala kesembuhan dan kebaikan itu milikNya..
Ada orang cakap sakit itu datang untuk menghapuskan dosa dosa kecil kita.. alhamdulillah.. sungguh kasih Dia kepada hambaNya...hargailah nikmat sihat dan bersyukurlah dengan nikmat sakit yang dikurniakan..mudah mudahan kita menjadi hambaNya yang sentiasa mengingatiNya..
Kita perlu sedar bahawa kita adalah manusia. Dinamakan manusia kerana fitrah manusia adalah pelupa. Ada antara kita berilmu luas, ada pula antara kita harta melaut, ada pula kita kebolehan tak tertanding, dan 1001 nikmat lagi. Tetapi dengan sakit, semuanya itu seakan tidak berguna langsung. Yang kita mahu adalah sihat.
Ketika itu kita akan tersedar. Kalau ilmu, harta, kebolehan dan kebanyakan nikmat material lain kadangkala boleh menjauhkan kita daripada Allah SWT apabila disertai bongkak, angkuh, riya’ dan sebagainya, sakit membuatkan kita beringat.
Kadangkala kita akan terfikir, apakah yang telah kita lakukan atas tubuh kita yang sihat sebelum ini? Kadangkala kita akan teringat, perbuatan-perbuatan kita yang tidak sepatutnya kita buat semasa kita sihat.
Ada pepatah berkata:
“Hanya orang yang miskin tahu nikmat kekayaan, hanya orang sakit tahu nikmat kesihatan, dan hanya orang mati tahu nikmat kehidupan”
Sakit, mampu menjadikan kita beringat. Seakan-akan bila kita sakit, Allah SWT berbisik kepada kita:
“Sesungguhnya Aku mampu menarik nikmatKu bila-bila masa sahaja”
Jangan dicela sakit yang menimpa. Ambil penyakit itu sebagai peringatan. Sesungguhnya kita ini manusia yang lupa, dan sakit bencana yang menimpa itu untuk peringatan.
Dan tidaklah peringatan itu tiba dari yang bukan memerhatikan. Maka ketahuilah bila anda sakit, Allah hakikatnya sedang memberikan perhatian kepada anda. Bukankah itu satu kemuliaan?
Tetapi bagaimana kita melayan sakit kita? Bagaimana kita berhadapan dengannya? Ada antara kita menyumpah Allah kerana menyukarkan kehidupan kita.
Namun Allah SWT berfirman:
“Dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu, maka ia adalah daripada tangan-tangan kamu sendiri(dari perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada masa yang sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mengampunkan sebahagian besar dosa-dosa kamu” Surah Asy-Syura ayat 30.
Untuk wadud moga cepat sembuh ea.. final dh dekat nie so jaga kesihatan okey
terutama dlm pemakanan klo boleh masak sendiri hehe.. no matter where you are, may god bless you.. are in good health always. I will always pray for you amen.........
0 comments:
Post a Comment