Thursday, July 7, 2011

Allah sahaja yang kekal...



for all who recognize this self...


"Ya Allah, Tuhan yang mentadbir alam semesta ini, merangkumi langit dan bumi, Engkaulah Tuhan (Allah) yang mengawal segalanya. Negara kami (Malaysia) redha dgn ujianMu Ya Rabbi. Engkau telah memberi ujianMu di negeri-negeri dalam negara kami. Maka Engkau kuatkanlah Iman kami moga mendidik jiwa kami menerima ujianMu..." Amin Ya Rabbal'alamin



Puisi ini untuk semua jom baca!! kerana sesungguhnya membaca itu akan memberikan berbagai bekalan hikmah, dapat melancarkan lisan, meningkatkan kemampuan berfikir, mengukuhkan pengetahuan................

Puisi....

Manusia mencari-cari kebaikan diri.
Manusia mencari-cari kecantikan diri.
Manusia mencari-cari keunggulan diri.
manusia mencari-cari ketrampilan diri.

Hanya untuk dipamer.
untuk kembalikan keyakinan diri.
untuk diakui kehebatannya.

Hakikat kejadiannya;
mereka lemah.
mereka semakin lemah.
mereka semakin uzur.

Umpama hari semakin senja.
akhirnya terbenam, gelap dan hilang dari pandangan.

Hakikatnya;
Hanya Allah sahaja yang kekal....

Kesimpulanya... Lebih bahagia memilih untuk bersama 'TUAN' aku, (Allah SWT), berbanding bersama orang yang tidak tahu untuk menghargai diriku. Dirimu terpulang untuk memikirkannya.. asbabnya, aku tidak peduli pada semua ini, kerana bersamaNya adalah sentiasa bahagia, kekal abadi... aceh ayat skema ehehehe...

Remarks... Artikel ini dipetik terus daripada buku bertajuk ‘Jangan Bersedih’ tulisan Dr. Aidh bin Abdullah Al-Qarni terjemahan Noraine Abu, muka surat 431.
Share:

0 comments: