Sunday, July 10, 2011

Perjuangan.......


Sahabatku teruskan perjuangan!!!

Assalamualaikum... selamat malam teman2 semua semoga ALLAH memberkati kita walau dimana berada... kewajipan kita besar masa yang terus beredar kekalkan kami dalam keimanan limpahilah kerahmatan.....

Untuk makluman semua hari ini adalah hari yang bersejarah buat mahasiswa di Aceh ( tempat wadud belajar sekarang) yaitu telah berlangsungnya MUKTAMAR SANAWII 21 PKPMI CA sesi 2010-2011 Di kesempatan ini Asyi sebagai alumni PKPMI Cabang Aceh mengucapkan syabas dan tahniah bagi mereka yg telah menjadi exco pelajar sessi 2010/2011 dan bagi yg baru terlantik diucapkan tahniah laksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab...

Sahabat2 sekalian....

Bila menyebut 'perjuangan' menegakkan agama Allah SWT, maka yang tergambar di minda sudah pastinya kesusahan, kesukaran, kepahitan dan pengorbanan. Paradigma ini, dalam tidak sedar, sedikit sebanyak telah menghasilkan muslimin muslimah yang takut untuk menceburi 'perjuangan' kerana memikirkan kesan yang bakal diperolehi adalah lebih menyusahkan berbanding kesenangan. Sekatan, blacklisted, dibuang kerja, cercaan masyarakat, habis duit ringgit, masa, tenaga tanpa sebarang ganjaran fizikal, penjara, hatta sebahagiannya hingga menggadai nyawa.

Namun begitu, jika perjuangan itu terlalu memeritkan, apakah sebenarnya perkara yang menarik sebahagian insan Muslim ke arah perjuangan? Sudah pastilah jawapannya ialah IMAN. Kerana iman, seseorang hamba pasti dan pasti sanggup melakukan apa saja. Habis duit? Hilang kerja? Dicerca dihina? Bagi yang beriman, kesan-kesan di atas hanyalah terlalu kecil untuk dibandingkan dengan tanggungjawab yang wajib dilunaskan di muka bumi ini sebelum kita kembali pulang bertemu Allah SWT. Kesimpulannya, hanya IMAN yang akan membawa kita kepada sebuah perjuangan. Hanya mukminin & mukminah yang memahaminya (As-Soff:10-12)

Peritnya cabaran perjuangan menegakkan kalimah Allah.. Dalam melayari bahtera perjuangan, mukmin adalah umpama nakhoda.

Atas pelayarannya lapang tanpa perlindungan, bawahnya air melambung dan sentiasa menggulung, di depannya gelombang yang datang menghempas pelayaran seorang mukmin. Angin yang sentiasa menderu dari setiap arah, ditambah pula dengan hujan dan badai memenuhi laluan yang perlu disusuri...

Maksudnya, perjuangan itu terlalu getir dan secara fizikalnya, tiada langsung kemanisan yang akan kita kecapi dalam sebuah perjuangan melainkan sebuah kemenangan.

Namun begitu, sebahagian yang benar-benar ikhlas akan terus bertahan walau apa jua yang mendatang. Ya Allah, jadikanlah kami sebahagian daripada golongan ini !!!Walaupun terus dihempas ombak, marilah kita terus bertahan atas jalan ini. Jalan yang benar, siratulmustaqiim... Kerana mereka yang mampu bertahan hanyalah mereka yang benar-benar ikhlas dan mengharapkan redha Allah SWT... . walaupun mereka tahu pelayaran ini mungkin tak akan 'berjaya'... Wallahua'lam...



Dengor lagu nie sat!!!!!!! terimalah perjuangan...
Share: