Friday, May 3, 2013

Rosmah Perjelas Dakwaan Miliki Cincin Mewah

My first entry in this Month.. bukan takde idea nak tulis, idea tu insyaallah banyak.. tapi kalau bab-bab berita ni, sebaiknye saye kene pakai footnote jugakn baru shahih dan bonarrr.. kalu idak, nanti kene pada saye balik, so mereke-mereka yang ingin mengetahui maklumat lanjut berkaitan ape yang saye nak share kan ini.. boleh lah refer pada link yang telah saye sertakan.. yep?

Owh.. ade pulak terbace satu artikel berkaitan Rosmah Cincin yang sampai sekarang terkial-kial nak menafikan segale ape yang telah jelas terpampang dengan bukti yang nyate lagilah jelas.. lain lah kalau orang yang melihat itu tidak mempunyai deria yang cukup.. maybe buta atau tuli atau pun sebagainye.. i dont know.. kebenaran tetap kebenaran, tapi takpelah.. kite tunggu dan lihat saje ape jadi dengan PRU-13 kali nih.. whos the winner? wait and see.. (^_^)


KOTA BAHARU, (Bernama) - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata fitnah kononnya beliau memiliki cincin mewah adalah perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang bertujuan menimbulkan kebencian rakyat terhadap pemimpin.

Rosmah sekali lagi menjelaskan bahawa cincin tersebut dibawa masuk selama tiga hari untuk dilihat oleh bakal besannya yang berada di Malaysia ketika itu.

"Itu (cincin) bukan saya punya. Dia (besan) kenal orang tu sebab dia good customer (pelanggan yang baik) jadi dialah yang tengok dan cincin tu terpaksa di alamatkan ke Seri Perdana.

"Bila cincin tu masuk ditunjuknya borang Kastam, tapi bila cincin keluar tak tunjuk borang cincin keluar. Tapi kami mempunyai semua bukti kami tidak pernah memilikinya dan ia hanya untuk dilihat dan bukan untuk dibeli," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan replika cek mesin hemodialisis kepada Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian di sini, hari ini.

Rosmah sebelum ini ditohmah kononnya memiliki cincin mewah bertatahkan berlian yang mencecah jutaan ringgit.

Anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Rosmah, Nooriyana Najwa bertunang dengan Daniyar Nazarbayev, warga Kazakhstan pada 2011. (LINK)
Share:

0 comments: