Showing posts with label Labels Cerna Minda. Show all posts
Showing posts with label Labels Cerna Minda. Show all posts

Thursday, January 15, 2015

Peluk Chong Wei berbeza insiden K-Pop

Pelik ke perempuan melayu bertudung berpeluk dengan artis K-Pop atas pentas yang dihadiri oleh beribu orang menyaksikan "aksi" tersebut macam takdek pape berlaku je? apakah hukumnya bukan muhrim bersentuhan malah berpelukan? tapi aku buleh kata tak hairan lah diorang tu relax jer berpeluk.. Rosmah relax je peluk Lee Chong Wei.. ke guane hukum die? aku ni jahil sikit bab2 hukum hakam.. ace mengkome yang arif bijaksane-sini berikan hukum.

... Berita Penuh ...
Peluk Chong Wei berbeza insiden K-Pop

KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyelar gesaan bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Shahbudin Husin supaya Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyiasat Datin Seri Rosmah Mansor yang memeluk pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

Menurut beliau, apa yang dilakukan oleh isteri Perdana Menteri tidak sama dengan apa yang dilakukan tiga gadis bertudung yang berpeluk dan bercium dengan artis K-Pop berkenaan.

“Saya menyifatkan tindakan Datin Rosmah Mansor memeluk pemain bandminton nombor satu negara sebagai satu penghargaan seorang ibu kepada anaknya kerana berjaya meraih kemenangan dalam sukan. Ianya sama sekali tidak boleh disamakan dengan tindakan tiga gadis bertudung dengan bintang K-Pop.

“Bagi saya tidak salah bagi isteri Perdana Menteri yang menganggap dirinya ibu memeluk Lee Chong Wei kerana mengiktiraf dan amat menghargai kejayaan yang dicapai oleh pemain badminton negara yang berjaya mengharumkan nama negara,” katanya.

Menulis di dalam entri terbaru blog umnobahagiancheras.blogspot.com , beliau yang turut melahirkan rasa kesal tindakan Shahbudin yang juga penulis blog, yang mendakwa JAWI gagal bertindak ke atas Rosmah yang memeluk pemain badminton negara.

Beliau seterusnya menegaskan bahawa mana-mana pihak tidak seharusnya mempersoalkan kewibawaan JAWI dalam usaha membanteras maksiat dan sebagainya.

Tegasnya, dalam apa jua tindakan sekalipun JAWI mempunyai prosedur dalam mengatur tindakan. Apa yang dilakukan oleh JAWI dalam membanteras kejadian maksiat yang nyata dan terang-terangan sudah tentu mengikut peraturan dan undang-undang sedia ada.

Syed Ali turut membidas tindakan sesetengah pihak yang terus mempolitikkan atau mengaibkan isteri Perdana Menteri dengan penyiaran gambar-gambar berpelukan bersama artis lelaki Bollywood.

Sumber: freemalaysiatoday.com
Share:

Saturday, April 26, 2014

Hakikat Kehidupan Manusia Masa Kini

Hakikat Kehidupan Manusia Masa Kini

Setelah betul2 sekian lame tak update entry terbaru di KBM.. terdetik sudah nak hidupkan balik KBM ni untuk kembali pada zaman kegemilangan beliau macam dolu-dolu. Sebenarnye dah banyak kali terdetik nak post entry terbaru, tapi asyik terhenti dek banyaknye halangan mendatang.

Sejak terhenti menulis di blog, banyak perkara yang dah berlaku sekaligus memberi pengalaman kepada diri ini tentang sesuatu. Sampai satu saat, terasa macam nak pecah perasaan yang menanggung beban kerane banyaknye ilmu-ilmu@pengalaman@pengajaran baru dan perasaan tersebut tertutup tanpa tahu kemana sebaiknye ia diluahkan.

Takde masalah kalau seorang blogger yang dulunye aktif dalam dunia blogging tibe-tibe berhenti menulis atas sebab-sebab tertentu, dan sesiapa pun tidak ada hak untuk melabelkan dia sebagai pemalas dan sebagainye, kerane manusia ini bukanlah sesuatu yang baru melainkan sesuatu yang tersangat lama di dunia ini, dengan itu manusia cube untuk mencari sesuatu yang baru bagi melengkapi dan mencari erti kenyamanan dalam kehidupannye. 

Tadi sedang asyik syok berbual di kedai makan (simpang), datang sorang brader ni (pekerja situ) bertanya kabar saya..  

Brader : Asslamualaikum (sambil menghulurkan tangan).. eh abg keje sini ke?

Saye : Waalaikumsalam.. yep.. saye keje di sekolah tahfiz belakang sekolah memandu sektow. Kenal saye ke? atau pernah jumpe ke?

Brader : Bukan abg selalu lepak sini ke makan-makan?

Saye : Oh.. betul.. sebab saye ni ada masalah tak dapat cam muka orang. hehe.

Brader : Haha.. ni bang saye nak tanye.. sekolah tu sampai form brape ea?

Saye : Form 3 jer.. 

Brader : Esh.. kejap je ye.. habis tu drang nak pegi mane pulak? 

Saye : Macam gini step nye.. skolah tu hanya cawangan, jadi di limit kan sampai form 3 (1,2,3), kemudian drang akan melanjutkan sekolah menengah atas form 4,5,6 di Malim Nawar. Malim nawo tu le induknye. Habis jer form 6 di induk, drang akan sambung pulak di peringkat Diploma di Tapah atau boleh jugak di Intim, habis jer Diploma Tahfiz di Tapah.. drang akan sambung pulak di peringkat Ijazah Sarjana Muda di berbagai Negara lain, Mesir, Jordan, Turkey, Aceh dll..

Brader : Oh (macam blur sikit).. habis je smua-smua tu, drang ni tak buat ape (takde kerja) lah ye?

Saye : Bab-bab keje nih, bukan lah kite tolak tepi.. wajib bagi kite cari rezeki, tapi kalau semata-mata kite belajo tingi melangit semata-mata untuk dapat keje yang bagus.. lebih baik amik di bidang yang confirm-confirm dapat keje, lagi best. Pasal keje ni bang, saye lebihnye usaha dan tawakkal.. jalan yang baik pasti Allah tolong, duit yang kite dapat pun bukan kite yang punye kan? jadi untuk ape kite kedekut untuk bersedekah sedangkan duit yang kite labur untuk sedekah itulah yang menjadi saham kite kat akhirat. Macam itu jugak belajar agama nih bang..

Brader : Aah yela tuh.. betul tu.. ok lah bang, saye ada costumer tu.. nanti kite sembang lain (sambil angkat tangan)..

Saye : Baik2 (membalas kembali)..

Jadi kesimpulan dari dialog di atas, berapa dari kalangan manusia lain yang tidak tahu dan yakin dengan janji-janji Allah? kesian kalau-kalau mereka yang hanya memandang kebendaan semata-mata.. ada depan mata itulah yang harus dikejar tanpe perlu ambil tahu dari mana sesuatu itu berasal, siapa yang menciptakan, mengapa ia tercipta kelebihan serta keburukan.

Menjadi kewajipan pada kita yang tahu untuk memberi tahu kepada semua erti dari kehidupan sebenar, kehidupan yang selayaknya kita cari dan kita kejari, agar tidak hanya kebendaan di dunia yang kita miliki yang tidak membawa apa-apa keuntungan dan kebaikan bagi akhirat yang bakal kita tempuhi.
Share:

Tuesday, November 19, 2013

Pengawal keselamatan didakwa bunuh pegawai AmBank

Orang macam ni boleh lagi ke nak simpan? sape yang bawak masuk dengan IC palsu lagi.. boleh pegang senjata tanpa ada data peribadi yang lengkap oleh pihak Ambank sendiri. Lastly ada case baru nak tecengang mata ke?

Cakap banyak pon tarak guna,, sendiri mau pikir la.. kalau tak cakap pun tak boleh, Malaysia tanah airku tercinta..

So cakap la sikit2.. atleast ade la bunyik tu dari diam jer macam batu zaman purba kala.. huh !!

Kalo ikut hati, orang macam ni hukuman dia kene kerat sikit-sikit.. pastu bako "serpihan" yang dah dicincang halus tadi depan mata dia.. pastu wat rakaman, upload youtube, post kat facebook.. pastu masuk Jail.. Ok lah..

Paling tidak ada la bantuan yang diberikan pada Negaraku tanah Air Tercinta Malaysia.. terbalik2 ayat aku.. 



 Video Pengawal keselamatan didakwa bunuh pegawai AmBank
(Scrol ke bawah)

Pengawal keselamatan didakwa bunuh pegawai AmBank

PETALING JAYA: Pengawal keselamatan Laode Ardi Rasila, 35, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan membunuh pegawai AmBank, Norazita Abu Talib.

Laode yang dibawa masuk pada jam 10.45 pagi kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret K.B Elena Hong Tze Lam.

Bagi pertuduhan pertama, Laode didakwa membunuh Norazita di Bangunan AmBank, Jalan USJ Sentral, Subang Jaya, antara jam 6 petang hingga jam 6.30 petang, pada 23 Oktober 2013.

Bagi perbuatan itu dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Manakala bagi pertuduhan kedua, Laode didakwa melakukan kesalahan merompak dengan menggunakan senjata 'pump gun' dengan niat menyebabkan kematian Norazita, di tempat dan waktu yang sama.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan dan kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam serta merta.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/19
Share:

Saturday, July 13, 2013

SEGMEN Blogwalking Di Bulan Ramadhan


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan , Semua ! Hehe . Kali ni Fie nak buat segmen simple yang bertajuk " SEGMEN Blogwalking Di Bulan Ramadhan " . Tujuan Fie buat segmen ni untuk berkenalan antara satu sama lain n untuk menambahkan follower n trafik blog korang . Segmen ni bermula pada 13 July 2013 sampai 8 Ogos 2013 11.59 malam Fie hope sangat2 segmen ini mendapat sambutan meriah .

CARA - CARA NAK JOIN

  1. Follow blog CIK FIE
  2. Like fanpage CIK FIE  

  3. Buat satu entri yang bertajuk " SEGMEN Blogwalking Di Bulan Ramadhan "

  4. Copy coding entri  yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri 

  5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini

Saje nak join segmen blogwalking tajaan blogger Cik Fie nih.. dari dok merapu tak tentu hala, ada jugak manfaat nye. ye dok? yelah wadud, asyik update pasal Ramadhan je? mesra alam la sikit dengan blogger lain, pegi jenjalan blog drang ke, tanya khabar ke, ape ke..

Owh luper.. sahabat-sahabat sume boleh jugak nak join segmen nih, seriously tak susah.. yang diperlukan hanya tapak blog dan kefahaman sikit.. dah buleh join. Hape lagik.. moh la kite memeriahkan lagi segmen Cik Fie nih, mana la tahu lepas ni kita nak buat segmen pulak? kan?


Owh lupe pulak.. Cik Fie ni jugak menyediakan HTML coding secara automatik, jadi tak susah-susah blogger yang nak join, macam yang saye cakap, hanya perlu ada tapak blog dan sedikit kefahaman, insyaallah jadik (^_^)


2.) Ikut petunjuk yang telah disediakan Cik Fie. Selamat bersegmen lah ye.

SEGMEN Blogwalking Di Bulan Ramadhan

Share:

Saturday, June 15, 2013

Tambang Bas Naik ??!!!

Daus : Tambang bah naik ! bangang btolll !

Aku : Betoi dah kite (Megat) tengok TV3 tadi.. bodo la, menyusahkan rakyat betoiiii...

Megat : Bagus larh tu..

Daus : Dah setanding dengan naik kete dah.. pahni naik kete senang..

Ape cer kawan tambang bas naik? ape ke mane peginye Manifesto Kerajaan Kementerian Baru Menanganni Cabaran Social dan Ekonomi Bandar? Harge kete pon turun macam takmboh turun jer.. baru cadang nak pakai Honda, huhuhuhuhu... kebulok la dud wehhh Proton jela jawapnyeee..

Tambang Bas Naik ??!!!

SERI KEMBANGAN - Kerajaan sedang mempertimbangkan kenaikan tambang bas sempena musim perayaan ini seperti diminta syarikat pengusaha bas ekspres di negara ini.

Tambang Bas Naik ??!!!
Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Datuk Seri Syed Hamid Syed Jaafar Albar berkata, kerajaan masih kaji permintaan itu dan belum memutuskan nilai yang akan dinaikkan.

“Setiap tahun pada musim perayaan memang terdapat surcaj 10 peratus yang dikenakan pada tambang kerana perjalanan pada musim perayaan ada bezanya, iaitu bas penuh semasa pergi dan kosong bila balik.

Jadi, ini yang perlu diambil kira,” katanya selepas merasmikan Ekspo Antarabangsa Bas, Trak dan Komponen Malaysia 2013 di Seri Kembangan, semalam.

Beliau berpendapat, syarikat pengusaha bas ekspres tidak sepatutnya buat permintaan begitu dengan sewenang-wenangnya tetapi mengakui kerajaan faham dengan apa yang diperlukan oleh industri pengangkutan awam komersial itu.

“Sebelum buat keputusan, kita perlu melihat kepentingan orang awam agar (keputusan dibuat) lebih seimbang,” katanya.

Sumber : Sinar Harian
Share:

Tuesday, June 11, 2013

Jiah Khan Gugur Anak, Dirogol dan Didera Suraj Pancholi

Jiah Khan Gugur Anak, Dirogol dan Didera Suraj Pancholi

 
Mumbai, 10 JUN 2013: Selepas menemui 6 helai surat yang ditulis oleh Jiah Khan sendiri, ibunya, Rabiya Khan serta-merta mendedahkan cerita tentang hubungan cinta anak perempuannya dengan Suraj Pancholi yang juga anak lelaki kepada aktor Aditya Pancholi.

Keluarga Jiah juga sudah menyerahkan surat itu kepada pihak polis. Malah, keluarga Jiah juga turut memaklumkan pihak media mengenai isi kandungan surat itu.

Mengapa keluarga Jiah mahu satu dunia tahu tentang isi kandungan surat tersebut. Dalam satu kenyataan media bertulis, Rabiya berkata, dia mempunyai sebab itu berbuat demikian.

"Saya mengambil keputusan untuk membiarkan seluruh dunia tahu tentang is kandungan surat ini kerana say amahu orang tahu tentang kebenaran di sebalik tragedi anak perempuan saya.

"Surat-surat ini ditemui di dalam salah satu kotak barangan kepunyaan Jiah ketika anak perempuan bongsu saya cuba mencari puisi yang ditulis Jiah untuk dibacakan sewaktu kenduri bersempena kematiannya diadakan. Surat-surat ini ditemui 3 hari selepas kamatiannya," katanya.

Berikut adalah isi kandungan surat yang ditulis oleh Jiah Khan: -

I don't know how to say this to you but I might as well now as I have nothing to lose. I've already lost everything. If you're reading this I might have already left or about to leave. I am broken inside. You may not have known this but you affected me deeply to a point where I lost myself in loving you. Yet you tortured me everyday.

These days I see no light I wake up not wanting to wake up. There was a time I saw my life with you, a future with you. But you shattered my dreams. I feel dead inside. I've never given so much of myself to someone or cared so much. You returned my love with cheating and lies. It didn't matter how many gifts I gave you or how beautiful I looked for you. I was scared of getting pregnant but I gave myself completely the pain you have caused me everyday has destroyed every bit of me, destroyed my soul.

I can't eat or sleep or think or function. I am running away from everything. The career is not even worth it anymore. When I first met you I was driven, ambitious and disciplined. Then I fell for you, a love I thought would bring out the best in me. I don't know why destiny brought us together. After all the pain, the rape, the abuse, the torture I have seen previously I didn't deserve this.

I didn't see any love or commitment from you. I just became increasingly scared that you would hurt me mentally or physically. Your life was about partying and women. Mine was you and my work. If I stay here I will crave you and miss you. So I am kissing my 10-year career and dreams goodbye. I never told you but I received a message about you. About you cheating on me. I chose to ignore it, decided to trust you. You embarrassed me. I never went out, I never went with anyone else. I am a loyal person. I never met anyone with Karthik I just wanted you to feel how you make me feel constantly. No other woman will give you as much as I did or love you as much as I did.

I can write that in my blood. Things were looking up for me here, but is it worth it when you constantly feel the pain of heartbreak when the person you love wants to abuse you or threatens o hit you or cheats on you telling other girls they are beautiful or throws you out of their house when you have no where to go and you've come to them out of love or when they lie to your face or they make you chase after them in their car. Or disrespects their family. You never even met my sister.

I bought your sister presents. You tore my soul. I have no reason to breathe anymore. All I wanted was love. I did everything for you. I was working for us. But you were never my partner. My future is destroyed my happiness snatched away from me. I always wished the best for you, was ready to invest what little money I had in your betterment. You never appreciated my love, Kicked me in the face. I have no confidence or self esteem left, whatever talent whatever ambition you took it all away.

You destroyed my life. It hurt me so much that I waited for you for ten days and you didn't bother buying me something. The Goa trip was my birthday present but even after you cheated I still spent on you. I aborted our baby when it hurt me deeply. You destroyed my Christmas and my birthday dinner when I came back. When I tried my hardest to make your birthday special.

You chose to be away from me on Valentines Day. You promised me once we made it to one year we would get engaged. All you want in life is partying, your women and your selfish motives. All I wanted was you and my happiness you took both away from me. I spent money on you selflessly you would throw in my face. When I would cry for you. I have nothing left in this world to live for after this.

I wish you had loved me like I loved you. I dreamt of our future. I dreamt f our success. I leave this place with nothing but broken dreams and empty promises. All I want now is to go to sleep and never wake up again. I am nothing. I had everything. I felt so alone even while with you. You made me feel alone and vulnerable. I am so much more than this."

Sumber : Skip This Ads

** PS :  Apedahhhh.. first dah buat kesalahn besar gugur anak, second pulak kene rogol, masuk third kene dera lagi.. insaf-insaf la, carilah panduan sebenar untuk kehidupan yang baik. Bukan susah zaman sekarang, pegi Cyber Cafe, search je ape yang nak dicari.. keluar lah resultnye (^_^)
Share:

Friday, May 3, 2013

Rosmah Perjelas Dakwaan Miliki Cincin Mewah

My first entry in this Month.. bukan takde idea nak tulis, idea tu insyaallah banyak.. tapi kalau bab-bab berita ni, sebaiknye saye kene pakai footnote jugakn baru shahih dan bonarrr.. kalu idak, nanti kene pada saye balik, so mereke-mereka yang ingin mengetahui maklumat lanjut berkaitan ape yang saye nak share kan ini.. boleh lah refer pada link yang telah saye sertakan.. yep?

Owh.. ade pulak terbace satu artikel berkaitan Rosmah Cincin yang sampai sekarang terkial-kial nak menafikan segale ape yang telah jelas terpampang dengan bukti yang nyate lagilah jelas.. lain lah kalau orang yang melihat itu tidak mempunyai deria yang cukup.. maybe buta atau tuli atau pun sebagainye.. i dont know.. kebenaran tetap kebenaran, tapi takpelah.. kite tunggu dan lihat saje ape jadi dengan PRU-13 kali nih.. whos the winner? wait and see.. (^_^)


KOTA BAHARU, (Bernama) - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata fitnah kononnya beliau memiliki cincin mewah adalah perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang bertujuan menimbulkan kebencian rakyat terhadap pemimpin.

Rosmah sekali lagi menjelaskan bahawa cincin tersebut dibawa masuk selama tiga hari untuk dilihat oleh bakal besannya yang berada di Malaysia ketika itu.

"Itu (cincin) bukan saya punya. Dia (besan) kenal orang tu sebab dia good customer (pelanggan yang baik) jadi dialah yang tengok dan cincin tu terpaksa di alamatkan ke Seri Perdana.

"Bila cincin tu masuk ditunjuknya borang Kastam, tapi bila cincin keluar tak tunjuk borang cincin keluar. Tapi kami mempunyai semua bukti kami tidak pernah memilikinya dan ia hanya untuk dilihat dan bukan untuk dibeli," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan replika cek mesin hemodialisis kepada Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian di sini, hari ini.

Rosmah sebelum ini ditohmah kononnya memiliki cincin mewah bertatahkan berlian yang mencecah jutaan ringgit.

Anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Rosmah, Nooriyana Najwa bertunang dengan Daniyar Nazarbayev, warga Kazakhstan pada 2011. (LINK)
Share:

Monday, April 1, 2013

Couple Story ~Membentak~ (Ep 4)

Couple Story ~Membentak~ (Ep 4)

Setelah mandi dan berpakaian untuk ke sekolah, menjadi kebiasaan Mia menuju ke dapur untuk sarapan bersama ibunya, sampainya Mia di dapur, hati Mia membentak kerana tiada apa2 pun makanan yang disediakan ibunya seperti kebiasaan. Dengan hati yang begitu marah, Mia menuju ke kamar ibunya yang berada tepat di depan ruang makan dan mengetuk pintu kamar ibunya dengan kuat, seakan-akan seekor singa yang tidak dapat makan selama seminggu, yang apabila ada makanan walaupun seekor kucing di hadapannya sudah diaanggap makanan yang besar dan pasti akan sesungguhnya menangkap kucing itu sebagai habuannya selama seminggu tidak makan, itulah umpama Mia yang begitu marah dan mengetuk pintu kamar ibunya hanya kerana tiada makanan di dalam tudung saji.

Ternyata setelah ibunya membuka kamar.. Ya Allah.. terkejut ibunya melihat Mia sudah berada di depan kamarnya, tanpa membuat reaksi yang terkejut ibunya bertanya, " Mia mahu ke sekolah ya?, sebentar ibu siapkan makanan buat Mia, ibu sangat letih semalamam tidak tidur, nanti ibu buatkan teh dengan roti bakar ya.. " Mia tanpa berganjak dari tempat berdirinya seraya berkata " ibu ni, bukan tak tahu Mia tiap2 hari pergi sekolah jam begini? ibu sengaja tidak mahu Mia makan, sudahlah ibu, baik ibu pergi tidur dari buat makanan untuk Mia, tapi Mia mahu uang sebanyak RM 20.. " kata Mia dengan slamba.. " ibunya terkejut kerana belum pernah Mia meminta begitu banyak uang untuk dipakai semata-mata mahu membeli makanan, tapi tanpa berkata apa2, ibunya hanya mengambil uang di almari yang berada di samping katilnya. Ibunya kemudian memberi uang itu kepada Mia dengan harapan Mia akan berlembut hati dengannya.

Mia berlalu dengan pantas setelah uang RM 20 itu sudah didapatkannya, lalu keluar dan menuju ke belakang rumah di mana basikalnya di tempatkan, mengapa begitu sekali Mia? adakah setelah bertemu dengan temannya kelmarin sudah menyebabkan Mia berubah begitu ketara, ibunya hanya mengeluh sendirian setelah tadinya ia melihat Mia berpakaian ke sekolah tanpa memakai tudung, sedikit demi sedikit Mia berubah ke arah yang tidak baik, adakah ini adalah balasan Allah kepadanya setelah yang apa yang ia pernah lakukan kepada ibunya dahulu, atau adakah ini hanya sekadar ujian yang diberikan Allah untuk mengujinya sejauh manakah kesabaran dan keikhlasan dalam mendidik anaknya, bermacam-macam soalan yang bermain di fikirannya, kerana is juga takut setelah mendengar penjelasan Ustaz di surau mengenai pembalasan Allah apabila seorang anak yang membuatkan ibunya terasa hati, dan balasan itu Allah berikan kepadanya setelah ia menjadi ibu dan mempunyai keluarga. Tapi mengapa mesti sampai begini Allah uji dirinya yang begitu takut akannya, sehingga anaknya tergamak tidak menutup aurat?

Kringgg!!! loceng berbunyi menandakan waktu rehat bagi semua pelajar di SMKBS, Mia terus meluru menuju ke kantin kerana begitu lapar dari pagi masih belum sarapan, tapi Mia juga tidak pasti mengapa dia meminta duit yang begitu banyak kepada ibunya, sedangkan hanya RM 2.00 saja sudah mencukupi baginya malahan juga masih boleh disimpan bakinya, inikan pula RM 20.00.. sangat lumayan baginya, tapi hatinya juga masih tertanya-tanya.. apakah yang seharusnya ia pergunakan duit, setelah lama berfikir, syaitan yang tadinya masih tegar berlegar-legar di lubuk fikiran dan hatinya telah memberinya inspirasi yang ia sendiri merasakan itulah yang sepatutnya ia perbuat dengan duit yang sebanyak itu.

Mia teringat kat Fitri dengan Laila, yang mengajaknya keluar malam kelmarin. Mia bercadang mahu belanja mereka berdua, kerana tidak mungkin ia habiskan duit itu seorang diri dan merasakan jika ia merapatkan hubungannya dengan mereka, pasti lebih menarik. Maka Mia pun mencari Fitri dan Laila, setelah puas mencari, akhirnya terfikir Mia bahwa, Laila pernah beritahu kepadanya mengenai tempat " aman " yang secara resmi menjadi tempat mereka berkumpul, oh pasti di sana mereka semua.. berkata Mia di dalam hatinya.. belum sampai Mia di tempat itu, Mia terbau seperti asap rokok dan setelah sampai memang benar apa yang ia rasakan tadi, yang paling mengejutkan Laila ditangan Laila juga ada sebatang rokok yang hampir habis.. Laila dan Fitri serta teman lainnya terkejut melihat Mia kaku di depan mereka, lalu salah seorang dari mereka bangun dengan cepat menuju Mia yang masih terkaku di depan mereka dan berkata " weh ko budak mana? " suara lantang kawan Laila itu membuatkan Mia jadi ketakutan, Laila tidak berkata apa2 kerana apa yang Mia lihat Laila dan Fitri masing2 seperti orang hilang kawalan, senyum2 dan ketawa melihat keadaan Mia.. Mia secara automatik teringat akan ibunya, ingin sekali ia memanggil ibunya dengan kuat, tapi apakan daya Mia yang hanya seorang sahaja di situ yang dikerumuni oleh sekelompok pelajar yang tidak dikenalinya..

Dalam kekalutan itu, seorang lelaki yang agak segak menyergah mereka.. menyuruh mereka supaya tenang dan menerima Mia sebagai tetamu bagi mereka, lelaki itu kemudian membawa Mia ke tempat lain dan memberinya nasihat, ia berkata " Awak kenapa datang sini? sini bukan tempat untuk budak2 baik macam awak, baik awak balik, ni amik no HP saya, kalau ada budak2 yang kacau awak boleh call saya ok.. " Mia hanya mengangguk tanda setuju, masih ditahannya air mata yang hampir mengalir itu, tanpa banyak bicara, Mia pulang ke kelasnya yang sudah setengah jam berlalu.. Mia kemudian mengetuk pintu dan memberi salam.. lalu menuju ke tempatnya.. belum sampai Mia ke tempatnya.. Mia!!.. ( to be continued )
Share: