Showing posts with label Gosip artis. Show all posts
Showing posts with label Gosip artis. Show all posts

Saturday, January 24, 2015

Tunaikan Nazar, Rozita Che Wan Terpaksa Tinggalkan Anak

Tunaikan Nazar, Rozita Che Wan Terpaksa Tinggalkan Anak

Pelakon Rozita Che Wan (Che Ta) akui terpaksa tinggalkan anak perempuan kesayangannya Aaisyah Dhia Rana yang baru berusia tiga bulan untuk menunaikan nazar.

Menurut Che Ta, sebelum ini dia pernah bernazar untuk mengerjakan umrah sekiranya hamil lagi selepas berkahwin.

“Memang agak sukar nak tinggalkan Aaisyah lebih-lebih lagi dengan usianya yang baru tiga bulan.

“Tapi saya terpaksa juga tinggalkan dia kerana perlu menunaikan nazar iatu sekiranya hamil lagi selepas berkahwin, saya akan buat umrah bersama suami.

“Alhamdulillah doa kami diperkenankan Allah dan ini adalah kali pertama saya buat umrah bersama Zain,” katanya seperti yang dilapor Harian Metro pada Jumaat.

Aktres cantik ini juga memberitahu agak sukar baginya untuk berenggang dengan Aaisyah kerana masih kecil.

“Sebelum ini pun saya tolak tawaran berlakon kerana terasa susah nak tinggalkan anak yang masih kecil

“Malah jika saya ada kerja luar pun saya akan cuba sedaya upaya untuk bawa Aaisyah jika berpeluang.

“Kadang-kadang saya keluar rumah dan tinggalkan dia sekejap pun pasti saya akan hubungi keluarga untuk tahu perkembangan Aaisyah,” ujarnya.

Tambah Che Ta lagi, Aaisyah akan dijaga oleh keluarganya sepanjang dua minggu ketiadaan mereka.

"Sebenarnya emak saya suruh bawa Aaisyah sekali kerana dia bukanlah bayi yang banyak ragam.

“Cuma berdasarkan cerita rakan saya, di sana banyak habuk jadi saya putuskan untuk tinggalkan dia dengan keluarga.” tambahnya.

Pasangan ini akan mengerjakan umrah pada 20 Februari depan.

Sumber

Nazar dapat dimengerti adalah satu perjanjian antara manusia kepada Allah, apabila Allah mengkabulkan hajat seseorang yang bernazar, maka wajib keatasnya melaksanakan nazar tersebut. Nazar haram adalah penjanjian yang boleh mendatangkan kemudaratan, sesuatu yang haram, kepada seseorang seperti berjanji untuk minum arak, membunuh, berzina dan sebagainya. So kalau kes Che Ta nak tinggalkan anak ni bukanlah sesuatu yang termasuk dalam kemudaratan, mendatangkan dosa, takde masalah. Dan itu antara die dengan Allah.

Baguslah bernazar, menunjukkan adanya perhubungan antara manusia dengan Allah, dan menurut aku nazar yang dibuat untuk menunaikan Umrah adalah sesuai. Cume pandangan aku sebagai seorang yang cetek ilmu pengetahuan, berfikiran lebih baik Che Ta ni nazar sesuatu yang lebih 'power', penting dan asas dalam agama, iaitu MENUTUP AURAT. Adalah lebih utama menjaga aurat melihat bahawa beliau sudah menjadi seorang isteri dan ibu kepada seorang anak. Bukan aku kate pegi umrah tak bagus, dan itu takde masalah dengan aku kalau sape-sape nak pegi.. cume, melihat dengan dunia sekarang yang tak sudah-sudah dengan maksiat sana sini, datangnye dari mane kalau bukan dari diri sendiri?

Atas dorongan dan ikutan dari sape semua ni terjadi? kenape dekat mall2 majoriti perempuan semua pakai ketat2? nak salahkan siape? mak ayah? kerajaan? kawan2? atau idola-idola mereka? Paling tidak, kene ada usaha untuk mengubah persepsi masyarakat mengatakan benar dan salah terhadap sesuatu. Kite ada kuasa, ada populariti, ada kemewahan.. gunakan sebaik mungkin untuk mengankat kembali nilai murni Islam dalam diri setiap manusia. Sampai bile nak duduk bawah ketiak mak kalau bukan kerana usaha sebagai pendorong utama?
Share:

Thursday, January 15, 2015

Peluk Chong Wei berbeza insiden K-Pop

Pelik ke perempuan melayu bertudung berpeluk dengan artis K-Pop atas pentas yang dihadiri oleh beribu orang menyaksikan "aksi" tersebut macam takdek pape berlaku je? apakah hukumnya bukan muhrim bersentuhan malah berpelukan? tapi aku buleh kata tak hairan lah diorang tu relax jer berpeluk.. Rosmah relax je peluk Lee Chong Wei.. ke guane hukum die? aku ni jahil sikit bab2 hukum hakam.. ace mengkome yang arif bijaksane-sini berikan hukum.

... Berita Penuh ...
Peluk Chong Wei berbeza insiden K-Pop

KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyelar gesaan bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Shahbudin Husin supaya Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyiasat Datin Seri Rosmah Mansor yang memeluk pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

Menurut beliau, apa yang dilakukan oleh isteri Perdana Menteri tidak sama dengan apa yang dilakukan tiga gadis bertudung yang berpeluk dan bercium dengan artis K-Pop berkenaan.

“Saya menyifatkan tindakan Datin Rosmah Mansor memeluk pemain bandminton nombor satu negara sebagai satu penghargaan seorang ibu kepada anaknya kerana berjaya meraih kemenangan dalam sukan. Ianya sama sekali tidak boleh disamakan dengan tindakan tiga gadis bertudung dengan bintang K-Pop.

“Bagi saya tidak salah bagi isteri Perdana Menteri yang menganggap dirinya ibu memeluk Lee Chong Wei kerana mengiktiraf dan amat menghargai kejayaan yang dicapai oleh pemain badminton negara yang berjaya mengharumkan nama negara,” katanya.

Menulis di dalam entri terbaru blog umnobahagiancheras.blogspot.com , beliau yang turut melahirkan rasa kesal tindakan Shahbudin yang juga penulis blog, yang mendakwa JAWI gagal bertindak ke atas Rosmah yang memeluk pemain badminton negara.

Beliau seterusnya menegaskan bahawa mana-mana pihak tidak seharusnya mempersoalkan kewibawaan JAWI dalam usaha membanteras maksiat dan sebagainya.

Tegasnya, dalam apa jua tindakan sekalipun JAWI mempunyai prosedur dalam mengatur tindakan. Apa yang dilakukan oleh JAWI dalam membanteras kejadian maksiat yang nyata dan terang-terangan sudah tentu mengikut peraturan dan undang-undang sedia ada.

Syed Ali turut membidas tindakan sesetengah pihak yang terus mempolitikkan atau mengaibkan isteri Perdana Menteri dengan penyiaran gambar-gambar berpelukan bersama artis lelaki Bollywood.

Sumber: freemalaysiatoday.com
Share:

Sunday, July 28, 2013

Ras Adiba Nikahi Rakan Tingkatan Enam

Aku sebenarnye tak amik port sangat bab-bab artis ni tambah-tambah gosip yang sangat digemari hampir mendapat majoriti penuh.. yeke? contoh mudah, blogger yang mempunyai content atau niche mengenai artis pasti akan mendapat ranking dan have a big visitor.

Dan pulak kalau perasan di kaca TV anda, media-media takkan pernah miss tentang artis-artis ni.. lagi-lagi ada kaitan dengan peribadi, pergh lagi hangat.

Yeke? ntah la.. tepuk dada tanya selera.. kite semua rakyat Malaysia, mesti tahu selok belok tumpuk pemerintahan Negara Malaysia ni macam mane walau tidak sepenuhnye, kan?

Ras Adiba Nikahi Rakan Tingkatan Enam

KUALA LUMPUR - Bekas personaliti televisyen tempatan, Ras Adiba Radzi, yang lumpuh dari bahagian pinggang ke bawah sejak 17 tahun lalu, selamat melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihannya yang merupakan penasihat kewangan, Ilias Yaakob semalam.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa Ras Adiba, Mohd. Radzi Wahab, 73, dalam satu majlis ringkas di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya tepat pukul 6.10 petang semalam.

Kedua-dua mempelai itu berusia 45 tahun.


Kontroversi Artis Ras Adiba

Kontroversi versi Artis Ras Adiba ni adalah beliau pernah membotakkan kepale demi untuk menunjukkan caring beliau kepada anak-anak yang berpenyakit kanser sekaligus membuka ruang kepada penyumbang yang turut merasakan simpati kepada pesakit kanser untuk memberi sumbangan berupa wang tunai.

Ust Azhar Idrus- Wanita ; Botak / Kerja ; Bercanggah Syarak

Hukum 'Rebonding' Rambut - Ustaz Azhar Idrus
Share:

Wednesday, July 17, 2013

Alvin Tan and Vivian Lee Controversy

Alvin Tan and Vivian Lee: Ramadan 'Scandal'


KUALA LUMPUR, (MLP) - The two 'sex bloggers' are back with another shocking online scandal. Their photo post on 'Selamat Berbuka Puasa' has been shared virally across Facebook because of their insensitivity towards the Muslim community.

The duo posted a photo with them eating 'Bak Kut Teh' (a non-halal popular pork dish) with the common Ramadan greetings 'Selamat Berbuka Puasa' on the top and the Malaysia's Halal logo is embellished at the bottom the photo. 

Their shenanigans has caused Facebook users to burst out in disgust, some even asking the couple to stop using 'cheap publicity stunt' to gain fame.

Previously, Alvin and Vivian has caused a nationwide uproar when they post elicit photos and videos on their personal blog; 'Sumptuos Erotica' which has caused Alvin to lose his NUS scholarship in Singapore. The couple managed to get onto the media's radar and stayed as the trending topic for one whole month.


Dr M: Couple who insulted Islam must be severely punished


SHAH ALAM, (Bernama) - Former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad said the act of ridiculing Muslims and the month of Ramadan by blogging couple Tan Jye Yee dan Vivian Lee could affect the harmony in society.

Regarding the couple as irresponsible, Dr Mahathir said provocations involving religion to the extent of trampling on the sensitivities of the people of numerous communities, specifically Muslims should not be done because it was feared could to lead to riots.

"Saying things which can make people angry may cause them to retaliate and cause enmity. These people have no common sense. They are stupid but cannot be taught," he said.

Speaking to reporters after breaking fast with the staff of Proton here tonight, Dr Mahathir opined that harsh punishments must be meted out against the couple as a lesson.

"If they cannot be put under restricted residence, maybe other actions can be taken. But I think the law does not allow their citizenships to be stripped from them," he said when asked on a proposal that the couple be stripped of their citizenship.

The couples, prior to this, were condemned by many quarters after they downloaded a picture of themselves enjoying Bak Kut Teh with a caption which offended the sensitivities of Muslims on their Facebook.

During the function, Dr Mahathir also handed out Hari Raya contributions to 18 widows and children of Proton workers and 53 orphans from the Baitul Hidayah Care Centre.


ceriteracintabalqis said

16 Julai 2013
mereka berdua sudah pun dipanggil ke mahkamah untuk memberi penjelasan kepadan SKMM mengenai gambar tersebut. kalau disabit kesalahan, mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 211 dan 233 yang memperuntukkan hukuman satu tahun penjara dan dan denda RM 50 ribu. 
sumber: [sg.news] [beritaharian] [kosmo]

17 Julai 2013
Alvin dan Vivian kena serahkan diri pada Polis Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut
sumber: [kosmo]
Tun Dr Mahathir juga mengulas mengenai isu Alvivi ini dan mengatakan mereka tiada akal
sumber: [sinar harian]

alvivi sudah pun meminta maaf mengenai isu gambar tersebut. nak tengok boleh: Video Permohonan maaf Alvin Tan dan Vivian Lee - [link]



Ape yang saye nak kate?

Perlu ada tindakan tegas berhubung masalah perkauman yang dilakukan dua blogger diatas, ini bukan sahaja menyangkut masalah peribadi, tetapi sudah merebak kepada prinsip hidup umat Islam (Bulan Ramadhan) dan sengaja dilakukan atas sebab-sebab tertentu.

Mereka ni mungkin nak famous, tapi dah mati akal disebabkan terlampau banyak orang-orang handal kat dunia nih, jadi mereka ni cube untuk bangkitkan balik sifat perkauman yang selama ni dalam keadaan yang masih stabil.

Kami hanya nak berjenaka.. sebenarnye tu bukan satu alasan yang munasabah, mereka ni dah boleh berfikir waras, takkan la tak boleh pikir mana yang baik dan mana yang tidak, siap dengan berani nye upload lagi ucapan selamat menyambut Ramadhan di Facebook drang. Huh.

Ppihak berwajib "wajib" menyelesaikan masalah seperti ni agar tidak terulang lagi, demi menjaga nama baik dan Negara Malaysia tercinta ni, malu la kalau kes macam ni pun Malaysia tak boleh nak handle.. esh ~ esh ~ esh ~ 

Share:

Friday, June 14, 2013

Gambar Fasha Sandha Lepas Bersalin Beserta Anaknya Putra Rayfal

Aah aku pon tak paham kenape dengan mereka-mereka yang sangat suka amik tahu pasal artis ni sampaikan time dia mengandung sampailah melahirkan orang nak tahu guane keadaan dia, muke dia, macam mane wajah anak dia, comey ke idak.

Gambar Fasha Sandha Lepas Bersalin Beserta Anaknya

Gambar Fasha Sandha Lepas Bersalin

Gambar Fasha Sandha Lepas Bersalin Beserta Anaknya

Tetap tembam jugak ngko ea Fasha? :D

Kalau ade jer slek sikit.. habis kecoh satu dunia (Malaysia), padahal aib orang tuh.. tapi kalau comel pulak, ada jugak yang tak puas hati.. hahaha.. pikir-pikir balik kan, sangat kesian lah pada artis sekarang ni.. kalau nak kate gaji besar, rasenye takde la boleh lawan gaji Lecturer.. ?


Gambar Anak Fasha Sandha Putra Rayfal

Tu aku tak pasti pulak gaji artis-artis ni kan.. tapi aku terbukak pulak satu thread ni, drang share pendapatan yang diperolehi oleh artis masa drang (artis) ni buat show di tempat yang tidak diberitahu lokasinye.. haish, aku sertakan link thread tu kat bawah :



Mungkin betol dan boleh jugak sebaliknye.. mane aku tahu, bab-bab menggosip artis ni aku tak pakar sangat.. kepakaran tu terlebih pada melihat saje.. hehehe.. malas nak amik port sangat dengan dunia artis ni, tuh pasal bile orang tanya aku nama artis aku tak tahu.. aisehhhh (^_^)

Jangan tengok saje SS pendapatan yang diperolehi oleh artis masa drang (artis) ni buat show kat atas, kome baca thread kat bawah ni, baca komen-komen user yang lepak kat thread tuh.

Ape Kate Mereka : -




Share:

Thursday, May 16, 2013

Gambar Anak Ning Baizura dan Kontroversi Terhadapnya

Lahir sudah anak hasil hubungan penyanyi terkenal Ning Baizura dengan pasangannye Omar Dalton setelah berape lame mereka bergelar suami isteri (aku pon tak ingat). Kemudian anak tersebut diberi nama dengan Ryan Sky Dalton, Dalton adalah nama ayahnya A.K.A suami Ning Baizura.

Gambar Anak Ning Baizura dan Kontroversi Terhadapnya

Tu kat atas Gambar Anak Ning Baizura Ryn Sky Dalton bersama suaminya Omar Dalton -pergh nama! =)

Youtube : Kontroversi baju Linda Onn dijawab 2:10

KUALA LUMPUR, 16 MEI 2013: Setelah sekian lama menanti, hari ini penyanyi popular Ning Baizura dan suaminya, Omar Dalton telah menunjukan bayi sulungnya, Ryan Sky Dalton pada sidang media yang telah diadakan di Restoran Neo Tamarind, di sini sebentar tadi.

Dengan rasa syukur, Ning Baizura berterima kasih kepada pihak media yang sabar menanti detik istimewa itu sejak dia melahirkan Ryan Sky Dalton pada 31 Januari lalu iaitu tarikh ulang tahun kelima perkahwinannya.

Sebelum ini Ning Baizura pernah memberi tahu bahawa dia merancang untuk menghantar gambar Ryan Sky kepada pihak media dalam bentuk kenyataan media, tetapi berubah fikiran untuk melaksanakan dalam sebuah majlis sidang media yang lebih terancang dan sempurna.

Ning Baizura tampil menyerlah dengan persalinan rekaan Datuk Farah Khan dan sedang aktif melangsingkan tubuhnya sebelum kembali menyemarakan dunia seni tanah air.

Turut diadakan pada majlis berkenaan iaitu pelancaran video lagu terbarunya, Pelangi Untukmu yang dicipta dan ditujukan khas buat buah hati sulungnya itu.

Penyanyi hitam manis itu juga turut berkongsi kepada pihak media tentang agendanya sepanjang tahun 2013 serta projeknya bersama syarikat rakaman Universal Music Malaysia.

Nak buat macam mane kalau sudah artis masalah yang mesti timbul adalah mulut-mulut dan "penjagaan kain orang lain" selalu terjadi.. haha gelak lah sikit, kontroversi yang timbul baru-baru ini berkaitan artis terkenal Ning Baizura adalah nama yang diberi kepada anaknya sekaligus menjadi pilihan pasangan suami isteri ini adalah Syan Sky.

Tapi kengkadang, kesian pulak den tengok Ning Baizura ni, bukan takde Ust. atau Ustzh. kat dunia nih? atau tak terfikir nak bertanya pada kawan-kawan? ataupun takde masa untuk online? kontroversi berkaitan pilihan nama anaknya dijawap oleh Ning dalam fanpage nya.


Gambar Anak Ning Baizura dan Kontroversi Terhadapnya 
Please Click For Full Image

Boleh tahan lah Ning ni.. haha sikit, mak saye pon kate "dah takde name Islam ke?" kadang betul jugak kan.. awak tu orang Islam dan awak bakal bergelar ibu pasti tahu kebaikan dari nama anak yang akan digunakan selama hidupnya. 

Ape lah salahnye combine kan Omputeh dengan Islamic name kan lebih lembut + modern lah katekan, banyak nama Islam yang modern, yang nak ke arah Omputeh la ke ape ke, tapi full 100% u choose tu use Barat name, hehe.. suke hati engkau la Ning..

Share:

Saturday, March 30, 2013

Artis Dan Pakaian, Apo Kono Jah?

Hari tuh aku lepak sekali dengan my sister di ruang tamu bertemankan rancangan-rancangan TV yang ntah aku pon tak tahu, bukan tak nak amik tahu, tapi aku rase kalau amik tahu pon macam takde gune untuk aku so saye pon mengabaikannye.. sampailah satu rancangan gosip artis, aku rase pasal gosip-gosip ni ramai yang suke.. paparazzi la dan memacam lagi, so what the problem? takde masalah ape sebenarnye, takde pulak drang ganggu aku atau buat sesuatu yang boleh merugikan diri mereka, but.. mereka buat kesalahan dengan merosakkan orang lain pulak..

Artis Dan Pakaian, Ape Kono Jah?

Seorang artis yang ditanya beberapa soalan berkaitan aurat, dedah sana sini, dulu orang kampung pandai pulak jaga aurat, bile dah popular, jadi artis dengan ramai peminat kat luar, lain pulak pakaian dia. Bukak lengan la, pakai skrit sampai macam nak tunjuk pantat.. dan bile peminat bersuare, lame kelamaan dapat pulak lah title artis HOT masa kini. Tulah yang jadi masalahnye, Tuhan manusia skang ni antara lain adalah artis, ape je yang artis pakai, kata-kata drang, perbuatan drang, menjadi kewajipan tuk ditiru.. hahaha.. pelik bile tak tahu tren artis masa kini, kolot ke tu?

Bile artis ditanya mengenai pakaian mereka.. dedah tu dedah ni, tak pe ke? nampak dada.. skrit pendek. Yang lawak.. jawapan drang, setiap orang ada hak peribadi masing-masing.. kalau dedah sikit tak pe je, setakat nampak bentuk dada yang menonjol dengan pakaian ketat warna merah, tak pe lah sikit je.. ada sorang artis nih, aku dah lupe nama dia, bile TV dah tunjuk cara pemakaian drang.. wow.. boleh tahan la, bapak punye pendek skrit dia pakai, sikit lagi nampak la spender dia? tu tak pe ke kakak? jangan sampai, dosa yang kite tanggung sikit, bile dah sampai di akhirat, tibe-tibe banyak pulak.. 

Artis Dan Pakaian, Ape Kono Jah?

Jangan tak tahu melainkan memang dah tahu.. macam yang aku cakap, Tuhan manusia sekarang antara lain adalah artis masa kini, sebagai seorang artis yang tahu kedudukan mereka di tengah-tengah kelompok manusia, tunjuk lah contoh yang baik.. tunjuklah akhlak yang mulia, perbuatan korang ditiru orang tahu? aku dah tak larat nak dengar member aku dok ulang mende yang same dari trademark seorang artis, dan bile aku kate, amende tuh? drang akan menjawab.. lah, hang tak tengok ke cite tu? hahahaha.. aku macam dah lebih bangga dengan product media Barat berbanding dari Malaysia.

Aku tak tahu ape yang akan jadi kalau aku jadi artis, yelah.. kalau jadi artis ni, confirm ke akan pakai pakaian yang ketat-ketat? kalau pakai muslimah, tak boleh ke, tak jadi ke artis tu? memang kene ikut kate pengarah, tapi aku lebih yakin, dengan berpakaian ala  muslimah, yang menutup aurat, akan lebih membuaka mata peminat-peminat, drang akan respect lebih, drang akan menunjukkan rasa hormat, barulah aku boleh bangga dengan artis.. barulah bile orang kate, eh artis Malaysia bagus lah.. aku boleh kasi good pada drang, boleh jadi idola sekejap, tapi bile dah banyak berlaku hal yang same, artis yang baru join atau baru menceburi dunia artis ni pon berubah pakaian dia.. hmmm.. tak lame lagi kiamat la dunia nih.

Jangan sampai dah banyak bala yang Allah turunkan tuk manusia baru rase nak taubat dan segale macam.. sekaran gpon dah nampak bala Allah, kepanasan.. tu pun tak tahan? ape lagik bile nanti dah kat akhirat.. subhanallah..~ _ ~
Share:

Friday, January 18, 2013

Gambar : 10 Perempuan Tercantik Dunia

Tibe-tibe terase nak search pasal Perempuan Tercantik Dunia melecun, meletop kebabom. Jangan kate aku atau mate aku gatal nak usha puan cun ke ape, sebab bagi aku, kalau orang tanya aku sape puan yang cun bagi ko dud? aku akan jawap "Bini aku la".. what the problem? bukan ape, lepas aku review dalam beberape buah blog yang sembang pasal Perempuan Tercantik Dunia, celah mane drang usha perempuan dan lebelkan perempuan tu tercantik?

Ape yang aku dapat adalah, seksi, bukak sane sini, takde lah cun mane pun, biase je.. perempuan kat Malaysia lagi comel2.. tapi disebabkan keseksian mereka ke dilabelkan Perempuan Tercantik Dunia? walaweh.. padahal, punye la banyak muslimah kat dunia ni comel giler.. lagipon semua minah omputih, so takde lah dikatekan Perempuan Tercantik Dunia, nape tak kate perempuan tercantik Eropah ke, ape ke.. hahahaha.. ape cer? tapi takpe.. aku share kat korang dan tengok ape tanggapan korang lak.

1. BEYONCE


Beyoncé Giselle Knowles (lahir di Houston, Texas, Amerika Serikat, 4 September 1981; umur 30 tahun) adalah seorang penyany R&B, penulis lagu, produser rekaman, aktris, penari, perancang busana, dan model asal Amerika Serikat. Untuk karyanya di bidang musik, ia telah dianugrahi Grammy Award dan selain itu, ia dinominasikan untuk meraih Golden Globe Award untuk karyanya dalam seni peran. Awal mula ketenaran Beyoncé adalah sebagai anggota Destiny's Child yang penjualan rekamannya telah mencapai angka 50 juta

2. SOFIA VERGARA

Perempuan Tercantik Dunia

Sofía Vergara Margarita Vergara (lahir 10 Juli 1972) adalah seorang aktris, Kolombia komedian, televisi nyonya rumah dan model. Vergara sudah dikenal luas untuk co-hosting dua acara televisi untuk Univision di akhir 1990-an. Karir televisinya membuka untuk jendelanya terkena khalayak Amerika Utara sebelum pekerjaan akting pertamanya terkemuka di Inggris, film tahun 2003 Chasing Papi.

Selanjutnya, ia muncul dalam film, termasuk dua film Tyler Perry, Meet the Browns (2008) dan Madea Goes to Jail (2009), menerima nominasi Penghargaan ALMA untuk yang kedua. Sukses Vergara di televisi telah menerima perannya dalam film terakhir, The Smurfs (2011), Malam Tahun Baru (2011), Happy Feet Dua (2011) dan The Three Stooges (2012).

3. CHARLIZE THERON

Perempuan Tercantik Dunia

Charlize Theron (lahir di Benoni, Gauteng, 7 Agustus 1975; umur 36 tahun) adalah seorang aktris pemenang Academy Awards dan mantan model yang berasal dari Afrika Selatan.

4. LILY COLLINS

Perempuan Tercantik Dunia

Lily Collins (lahir 18 Maret 1989; umur 23 tahun) merupakan seorang aktris berkebangsaan Amerika Serikat. Dia menjadi terkenal saat bermain di film utamanya seperti Mirror Mirror. Dilahirkan di Guildford. Dia berkarir di dunia film sejak tahun 2002.

5. MADELEINE STOWE

Perempuan Tercantik Dunia

Madeleine M. Stowe (lahir 18 Agustus 1958) merupakan seorang aktris berkebangsaan Amerika Serikat. Dia dilahirkan di Los Angeles, California. Dia berkarier di dunia film sejak tahun 1986.

6. CHRISTINA HENDRICKS

Perempuan Tercantik Dunia

Christina Hendricks Rene (lahir pada 3 Mei, 1975) adalah seorang aktris Amerika dikenal untuk perannya sebagai Joan Holloway dalam Pria kabel serial televisi Mad AMC, dan sebagai Saffron di singkat Fox seri Firefly. Sebuah jajak pendapat pembaca betina yang diambil oleh majalah Esquire bernama Hendricks "wanita paling seksi di dunia".

7. MICHELLE WILLIAMS

Perempuan Tercantik Dunia

Tenitra Michelle Williams yang lebih dikenal Michelle Williams (lahir pada tanggal 23 Juli 1980) adalah seorang penyanyi dan juga aktris yang berasal dari Amerika Serikat. Namanya melambung setlah ia menjadi salah satu anggota dari grup musik R&B Destiny's Child, yang menggantikan posisi LeToya Luckett dan LaTavia Roberson yang mengundurkan diri dari grup tersebut.

8. PAULA PATTON

Perempuan Tercantik Dunia

Paula Maxine Patton (lahir 5 Desember 1975) adalah seorang aktris Amerika. Dia dikenal karena penampilannya di film Idlewild (2006), Déjà Vu (2006), Cermin (2008), Swing Vote (2008), Mulia (2009), Hanya Wright (2010), Jumping yang Broom (2011), dan Mission: Impossible - Protokol Ghost (2011).

9. MIRANDA LAMBERT

Perempuan Tercantik Dunia

Miranda Leigh Lambert Shelton (lahir 10 November 1983; umur 28 tahun) adalah seorang penyanyi dan penulis lagu Country berkebangsaan Amerika Serikat yang meraih ketenaran setelah menjadi finalis Nashville Star dan menempati urutan ketiga. Lambert merilis album debutnya dengan judul Kerosene pada tahun 2005 dibawah naungan label Epic Records. Album yang dianugerahi sertifikat Platinum di AS ini telah menghasilkan single "Bring Me Down", "Kerosene", "New Strings" dan "Me And Charlie Talking". Kempat single tersebut telah masuk chart top 40 Billboard Country Songs.

10. KATE MIDDLETON

Perempuan Tercantik Dunia

Catherine, Duchess of Cambridge (lahir Catherine Elizabeth Middleton lahir 9 Januari 1982; umur 30 tahun dikenal juga sebagai Kate) adalah istri Pangeran William dan menantu Pangeran Charles dari Kerajaan Inggris.

Saat hubungannya diketahui oleh media, Middleton sempat kesal karena wartawan mengusik privasinya. Pada tahun 2007, pers memberitakan bahwa keduanya sempat putus, namun kembali berhubungan beberapa bulan kemudian. Sejak itu Kate hadir dalam banyak acara penting kerajaan.

So amacam? seksi kan? haaa suke lah tuh (kaum adam)? kalau menurut aku, miranda lembert lagi comey cun dari yang pertame, tapi asal no 9? hahaha.. mybe aku tak prfessional macam mane mereka menilai awek2 diatas tersebut.. bile aku serach dengan keyword yang same "Perempuan Tercantik Dunia", mesti awek2 diatas tersenarai.. yang menjadi soklan, betuk ke sedunia? haaa... pikio2 lah ye..

Share:

Wednesday, October 10, 2012

Kemesraan Hanes Suraya Dengan Lelaki

Kemesraan Hanes Suraya Dengan Lelaki
Hanez Suraya

Hanez Suraya nafi sombong dengan Amy Search

BAGAI bertimpa kontroversi si pelakon muda, Hanez Suraya bermula isu foto dirinya bermesra bersama beberapa rakan lelaki tersebar di internet, baru-baru ini. Terkini, Hanez dicop berlagak diva gara-gara kejadian di belakang pentas majlis Anugerah Blokbuster 2011 di Shah Alam, Sabtu lalu.

Dalam kejadian itu, aktres berusia 27 tahun ini dikatakan bersikap sombong apabila tidak menghiraukan penyanyi Amy Search. Hanez juga dikatakan tidak melemparkan senyuman kepada Amy hingga ikon rock negara itu meluahkan rasa kesal terhadap Hanez menerusi Twitter.
Luah pelakon yang selesa disapa Hanez, tidak terlintas dalam fikirannya untuk berlagak dengan sesiapapun - apatah lagi penghibur lagenda seperti Amy yang dihormatinya.

Enggan mengeruhkan keadaan, kekasih Awi Rafael itu meminta maaf secara terbuka sekiranya pelakuan atau sikapnya yang kurang menyenangkan membuatkan Amy berkecil hati.

“Dengan rendah diri saya minta maaf atas kekhilafan diri. Saya tidak pernah terniat untuk menyombong dengan sesiapa. Mungkin rasa segan yang menebal berdepan dengan penghibur tersohor sepertinya membuatkan saya tidak menegurnya,” luahnya kepada HIP.

Dididik hormat golongan berusia

“Sejak kecil saya sudah dididik supaya menghormati insan lebih berusia. Jadi sudah tentu, ketika mula-mula sampai untuk sesi latihan majlis itu, saya senyum dan bersalaman dengan semua orang termasuk abang Amy. Barangkali abang Amy tak perasan.

“Malah, ketika di belakang pentas, saya bersama artis lain termasuk Nabila Huda mengikuti perjalanan majlis menerusi monitor beramai-ramai,” katanya menjelaskan keadaan ketika dipertanggungjawabkan menjadi penyampai trofi pada malam itu.
Hanez berkata, dia sebenarnya cukup peramah serta senang berkawan.

“Cuma pada malam itu, mungkin disebabkan kes kehilangan bimbit membuatkan saya tertekan hingga barangkali terserlah riak wajah yang membuatkan orang tersalah sangka. Namun, selepas menemui telefon bimbit itu, saya kembali tenang,” katanya.

Ditanya apakah dia terkejut apabila dilabel bersikap kontras dengan imej dipaparkan, Hanez menambah, dia menganggap luahan Amy umpama teguran seorang abang yang lebih berpengalaman.

Dakwa diri jadi mangsa

Ditanya kisah foto mesranya dengan beberapa lelaki dipaparkan di sebuah portal, nada suara Hanez agak berubah. Namun, nadanya kembali tegas ketika berkongsi cerita.

Hanez akui sekeping gambar mampu menceritakan 1,001 kisah tetapi ia bersandarkan persepsi orang yang melihat.

Dia berkata, setiap orang punya sejarah silam. Namun, ia tidak perlu diungkit semata-mata mahu menunjukkan keburukan mereka apatah lagi selepas diri berubah.

Lebih membuatkan dirinya terkilan ialah gambar sama dipaparkan berulang kali. Ini kata Hanez, menunjukkan individu atau pihak yang terbabit menyebarkannya seakan sengaja mencari kesilapan dirinya.

“Semua itu cerita lama. Saya sudah berubah dan saya harap penyebar gambar itu dapat menerima perubahan ini. Sokonglah perubahan ini bukannya mengorek kisah dulu. Ini kerana setiap insan akan melalui evolusi hidup yang punya hitam putihnya.

“Janganlah kerana saya nampak mudah mesra ada individu cuba mengambil peluang. Diam tidak bererti saya berhenti bersuara, cuma saya malas mahu mengulas bimbang isu sama tidak berkesudahan,” katanya yang kini lebih berhati-hati dalam menjaga pertuturan dan pelakuan.

Pelakon Dendam Pencinta itu bersyukur apabila kekasihnya juga tidak cepat melatah apabila berhadapan situasi itu. Malah buah hatinya sentiasa menitipkan kata-kata semangat apatah lagi masing-masing membuka buku baru dalam lembaran hidup.

PS : Hmmm.. artis la katekan, buat hal sikit dah kecoh seMalaysia.. kikiki.. padahal manusia biasa jugak, dah rase macam taghud lak. Nauzubillah..

Share: