Jerebu sekarang dah semakin berleluasa dan berkembang menyebar ke beberapa pelusuk Benua Asia (Malaysia Indonesia) seperti mana yang berlaku sekarang adalah sangat berkaitan dengan masalah pencemaran alam sekitar.
Beberapa dari sekolah dan pusat pengajian terpaksa ditutup ekoran berlakunya jerebu yang sangat membimbangkan bagi para guru, ibu-bapa dan murid-murid. Arahan untuk menutup sekolah terpaksa dibuat sehingga masalah jerebu dapat distabilkan kembali
Mengapa jerebu boleh berlaku? apakah punca terjadinya jerebu di Malaysia? dan apakah kesannya kepada seseorang yang dijangkiti penyakit jerebu? beberapa sumber mengatakan :
JEREBU
Sumber 1 :
Fenomena jerebu yang melanda negara kita kini semakin serius dan berleluasa.Hal ini menyebabkan langit kelihatan mendung,jarak penglihatan jauh,pernafasan menjadi sesak dan sebagainya.Terdapat beberapa punca yang menyebabkan berlakunya jerebu,antaranya pembakaran hutan,pembebasan asap oleh kilang-kilang,pengeluaran gas oleh kenderaan serta pembakaran secara terbuka.Fenomena jerebu menyebabkan timbulnya kesan yang terdiri daripada kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang.Justeru,langkah-langkah yang efektif perlu dirancang lebih awal bagi menghadapi masalah jerebu.
KESAN-KESAN JEREBU
IMPLIKASI KESIHATAN
Kesan jangka pendek yang ketara ialah implikasi kesihatan.Jerebu mengandungi gas-gas yang merbahaya seperti nitrogen dioksida,sulfur dioksida,dan karbon dioksida.Gas-gas ini dan zarah terampai akan memasuki badan kita melalui pernafasan.Situasi ini akan menyebabkan mangsa diserang penyakit lelah,asma,sakit tekak, selesema,pedih mata,bronkitis dan sebagainya.Dalam kes yang lebih teruk,bendasing akan merosakkan tisu paru-paru,menghalang fungsi sel hemoglobin,dan seterusnya merosakkan sistem pernafasan.Selain itu,bahan-bahan seperti plumbum boleh menyebabkan kromosom mengalami mutasi.Di samping itu,zarah pencemar boleh menjejaskan kecerdasan otak terutamanya kanak-kanak yang sedang membesar.Bahan hidrokarbon yang dibawa oleh jerebu boleh mencetuskan kanser dan menyebabkan kerosakan otak.
DARJAH PENGLIHATAN YANG RENDAH
Fenomena jerebu juga mengakibatkan masalah penglihatan yang rendah.Masalah ini dapat dibuktikan melalui kejadian jerebu yang berlaku di bandar Kuching apabila darjah penglihatan hanya 5 meter sahaja ketika dilanda jerebu pada tahun 1997.Darjah penglihatan yang rendah boleh mengakibatkan kemalangan udara,darat dan laut yang ngeri.Kesan ini juga dapat dibuktikan apabila dua buah pesawat penumpang hampir-hampir berlanggar semasa berlakunya jerebu pada bulan September 1992 kerana pandangan juruterbang tersekat ketika melintasi Kuala Lumpur.Selain itu,pada tahun 1997 sebuah pesawat terhempas di Medan,Indonesia akibat daripada jerebu yang telah menyebabkan penlihatan juruterbang tersekat.Malaysia juga tidak terkecuali daripada mengalami kejadian jerebu yang teruk apabila kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat di beberapa tempat yang dilanda jerebu pada tahun 2005.Di samping itu,kapal juga terdedah kepada risiko kemalangan dalam keadaan cuaca buruk.Hal ini dapat dilihat apabila beberapa kes pelanggaran kapal kargo berlaku di Selat Melaka.Trajedi ini bukan sahaja mengakibatkan nyawa terkorban tetapi jga menyebabkan berlakunya pencemaran alam yang serius.
Punca Jerebu Jun 2013
Sumber 2 :
Sejak beberapa hari lalu, jerebu di Semenanjung Malaysia kelihatan semakin memburuk. Apakah puncanya? Seperti biasa, kebakaran tanah gambut di wilayah Riau, Indonesia menjadi punca. Mengikut pantauan titik panas di laman Badan Meterologi Klimatologi Geofisika milik Indonesia, terdapat 123 titik panas di Sumatera pada 15 Jun 2013.
Faktor angin barat laut dan angin barat daya yang bersilih ganti sebelum kekal untuk monsun barat daya sehingga November menjadi punca jerebu ini ditiup masuk dan menunjukkan bahawa ia merupakan permulaan yang tidak sihat kerana diramalkan kemarau akan berlaku dalam tahun ini.
Ini juga membayangkan bahawa jerebu yang lebih teruk akan melanda menjelang pertengahan monsun barat daya ini.
Imej dari Riauterkini.com bertarikh 18 Jun 2013 menunjukkan kebakaran yang tidak mampu dipadamkan. Cuaca kering mengakibatkan pembakaran terbuka tidak terkawal turut memusnahkan ladang-ladang kelapa sawit yang sedia ada oleh kerana tanah wilayah tersebut adalah dari jenis gambut.
Adakalanya adalah tidak adil untuk terus menuduh aktiviti pembakaran terbuka sebagai punca kerana musim kemarau dan kepanasan bumi di tanah gambut di sana mampu menyebabkan kebakaran dengan sendirinya. Ini juga berlaku di beberapa kawasan dalam negeri Selangor. Siapa yang mahu membakar kebun sendiri seperti di atas?
Namun, Indonesia menyebut, aktiviti pembakaran terbuka turut melibatkan syarikat perladangan Malaysia dan Singapura. Karikatur di bawah menterjemahkan sindiran tersebut.
Berita Terkini Jerebu Di Malaysia Sepanjang Jun 2013
Sumber :
1 comments:
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
Satu perkonsian menarik mengenai Jerebu. Jemput ke blog saya Jalalboy mengenai Tindakan Semasa Jerebu
Post a Comment