Showing posts with label ujian. Show all posts
Showing posts with label ujian. Show all posts

Monday, June 24, 2013

Jerebu : Punca Dan Kesan Berlakunya Jerebu Jun 2013

Jerebu : Punca Dan Kesan Berlakunya Jerebu Jun 2013

Jerebu sekarang dah semakin berleluasa dan berkembang menyebar ke beberapa pelusuk Benua Asia (Malaysia Indonesia) seperti mana yang berlaku sekarang adalah sangat berkaitan dengan masalah pencemaran alam sekitar.

Beberapa dari sekolah dan pusat pengajian terpaksa ditutup ekoran berlakunya jerebu yang sangat membimbangkan bagi para guru, ibu-bapa dan murid-murid. Arahan untuk menutup sekolah terpaksa dibuat sehingga masalah jerebu dapat distabilkan kembali

Mengapa jerebu boleh berlaku? apakah punca terjadinya jerebu di Malaysia? dan apakah kesannya kepada seseorang yang dijangkiti penyakit jerebu? beberapa sumber mengatakan :


JEREBU
Sumber 1 :

Fenomena jerebu yang melanda negara kita kini semakin serius dan berleluasa.Hal ini menyebabkan langit kelihatan mendung,jarak penglihatan jauh,pernafasan menjadi sesak dan sebagainya.Terdapat beberapa punca yang menyebabkan berlakunya jerebu,antaranya pembakaran hutan,pembebasan asap oleh kilang-kilang,pengeluaran gas oleh kenderaan serta pembakaran secara terbuka.Fenomena jerebu menyebabkan timbulnya kesan yang terdiri daripada kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang.Justeru,langkah-langkah yang efektif perlu dirancang lebih awal bagi menghadapi masalah jerebu.

KESAN-KESAN JEREBU

IMPLIKASI KESIHATAN

Kesan jangka pendek yang ketara ialah implikasi kesihatan.Jerebu mengandungi gas-gas yang merbahaya seperti nitrogen dioksida,sulfur dioksida,dan karbon dioksida.Gas-gas ini dan zarah terampai akan memasuki badan kita melalui pernafasan.Situasi ini akan menyebabkan mangsa diserang penyakit lelah,asma,sakit tekak, selesema,pedih mata,bronkitis dan sebagainya.Dalam kes yang lebih teruk,bendasing akan merosakkan tisu paru-paru,menghalang fungsi sel hemoglobin,dan seterusnya merosakkan sistem pernafasan.Selain itu,bahan-bahan seperti plumbum boleh menyebabkan kromosom mengalami mutasi.Di samping itu,zarah pencemar boleh menjejaskan kecerdasan otak terutamanya kanak-kanak yang sedang membesar.Bahan hidrokarbon yang dibawa oleh jerebu boleh mencetuskan kanser dan menyebabkan kerosakan otak.

DARJAH PENGLIHATAN YANG RENDAH

Fenomena jerebu juga mengakibatkan masalah penglihatan yang rendah.Masalah ini dapat dibuktikan melalui kejadian jerebu yang berlaku di bandar Kuching apabila darjah penglihatan hanya 5 meter sahaja ketika dilanda jerebu pada tahun 1997.Darjah penglihatan yang rendah boleh mengakibatkan kemalangan udara,darat dan laut yang ngeri.Kesan ini juga dapat dibuktikan apabila dua buah pesawat penumpang hampir-hampir berlanggar semasa berlakunya jerebu pada bulan September 1992 kerana pandangan juruterbang tersekat ketika melintasi Kuala Lumpur.Selain itu,pada tahun 1997 sebuah pesawat terhempas di Medan,Indonesia akibat daripada jerebu yang telah menyebabkan penlihatan juruterbang tersekat.Malaysia juga tidak terkecuali daripada mengalami kejadian jerebu yang teruk apabila kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat di beberapa tempat yang dilanda jerebu pada tahun 2005.Di samping itu,kapal juga terdedah kepada risiko kemalangan dalam keadaan cuaca buruk.Hal ini dapat dilihat apabila beberapa kes pelanggaran kapal kargo berlaku di Selat Melaka.Trajedi ini bukan sahaja mengakibatkan nyawa terkorban tetapi jga menyebabkan berlakunya pencemaran alam yang serius.

Punca Jerebu Jun 2013
Sumber 2 :

Jerebu : Punca Dan Kesan Berlakunya Jerebu Jun 2013

Sejak beberapa hari lalu, jerebu di Semenanjung Malaysia kelihatan semakin memburuk. Apakah puncanya? Seperti biasa, kebakaran tanah gambut di wilayah Riau, Indonesia menjadi punca. Mengikut pantauan titik panas di laman Badan Meterologi Klimatologi Geofisika milik Indonesia, terdapat 123 titik panas di Sumatera pada 15 Jun 2013.

Faktor angin barat laut dan angin barat daya yang bersilih ganti sebelum kekal untuk monsun barat daya sehingga November menjadi punca jerebu ini ditiup masuk dan menunjukkan bahawa ia merupakan permulaan yang tidak sihat kerana diramalkan kemarau akan berlaku dalam tahun ini.

Jerebu : Punca Dan Kesan Berlakunya Jerebu Jun 2013

Ini juga membayangkan bahawa jerebu yang lebih teruk akan melanda menjelang pertengahan monsun barat daya ini. 

Imej dari Riauterkini.com bertarikh 18 Jun 2013 menunjukkan kebakaran yang tidak mampu dipadamkan. Cuaca kering mengakibatkan pembakaran terbuka tidak terkawal turut memusnahkan ladang-ladang kelapa sawit yang sedia ada oleh kerana tanah wilayah tersebut adalah dari jenis gambut.

Adakalanya adalah tidak adil untuk terus menuduh aktiviti pembakaran terbuka sebagai punca kerana musim kemarau dan kepanasan bumi di tanah gambut di sana mampu menyebabkan kebakaran dengan sendirinya.  Ini juga berlaku di beberapa kawasan dalam negeri Selangor. Siapa yang mahu membakar kebun sendiri seperti di atas?

Namun, Indonesia menyebut, aktiviti pembakaran terbuka turut melibatkan syarikat perladangan Malaysia dan Singapura. Karikatur di bawah menterjemahkan sindiran tersebut.


Berita Terkini Jerebu Di Malaysia Sepanjang Jun 2013
Sumber :



Boleh jugak kalau nak check sendiri.. sila layari laman web : http://apims.doe.gov.my/apims/
Share:

Wednesday, May 15, 2013

Belajar Polygons.. haha je

Ntah ape ke mimpi aku tetibe nak join belajor Math walaupun dari dulu aku mhemhang boleh dikatekan fail la bab-bab Math nih, bapak aku memang kerap ngajo adik aku, dan tuk hari nih.. aku pulak yang join, almaklum, orang kurang cerdik jadi kene lah banyak belajo.

SDC14261 

Tapi seriously, aku paham ape yang bapak aku ajarkan adik aku tentang Polygons tuh.. yelah sebelum nih, cukup liat otak aku nak memikir bab-bab Math nih, maybe dah sampai mase aku kene belajo Math? kot? tak tahu lah.. so kesimpulan yang aku dapat dari tuisyen Math tadi :

  1. Wajib hafal formula dan step-step nye.
  2. Formula Polygons (n-2) x 180.
  3. Tambahkan (+) kesemua Interior Polygons n-sides.
  4. Tolakkan (-) kesemua jumlah Interior Polygons n-sides dengan jumlah dari Formula (n-2) x 180.

Isyallah dapat lah jawapannye kalau betol lah step dan kiraan yang benar.. kih3.. kalau saye salah, sile tunjuk ajarkan, kalau saye betul.. sile lah beri sokongan yang memberangsangkan supaye saye mendapat semangat yang membarooo tuk belajo Math lagik.. hehe..

Owh aku teringat, aku ada sorang member yang hebat bab-bab Math nih, die kate.. cume perlu hafal formula jep? i think she right lah.. hehe.. tapi aku tak tahu la kan, sebab, beliau lagi lame belajar Math ni banding aku.. so banyak kesimpulan yang boleh die buat dari pengalaman bertimbun-timbun dalam otak beliau.

Share:

Friday, December 14, 2012

Hidung Tinggi? Yap Silekan..

 Ape je yang korang nak buat, silekan selagi perkare tersebut tak melanggar aturan Allah.. tanya dulu Allah sebelum nak buat sesuatu perkare, walaupun pada hakikatnye korang tahu kebenaran atas sesuatu perkare.. sebab yang nak melakukan hal itulah adalah diri korang, so sebenarnye ape je yang terdetik, terlintas dalam hati maupun akal pikiran manusia ni, drang dah tahu tentang perkara tersebut, paling tidak tahu mende tu salah ataupun sebaliknye.

Manusia bebas melakukan ape je hal, masalah, tindakan,.. tapi perlu ingat, semua tu datang dari Allah, awal2 hidup lagi setiap dari ape yang kite nak lakukan, dah ada aturan, ape saje mende tu sekalipun. Tapi yang pelik, manusia ni boleh bangge dengan ape yang drang miliki, punyai, padahal orang zaman dulu dah pernah ada mende tu sume, yang beza adalah zaman dan keperluan dari setiap zaman tu sendirik.

So.. ape yang perlu kite bangge dengan setiap kelebihan yang kite ada, korang pandai? korang hebat tu, hebat ni? korang adalah orang pencipta bende yang tak pernah orang lain cipta? sebab tu nak bangge.. hahah~ abaikan.. zaman aku (zaman kite) sekarang ni, takde mende dah yang perlu nak dibanggekan.. sebab? mudah je, orang dulu dah ada teknologi canggih dari zaman sekarang ni.. tak kecoh pon? apelah sangat dengan kepandaian yang ciput tuh?

Tak perlu sangat nak tepuk dada lame2.. sebab tak lame lagi korang akan mati meninggalkan dunia ni, jadi untuk ape tepuk dada bangga diri? menghabiskan tenaga je.. lebih baik buat bende yang lagi berfaedah.. cube fikir, balik-balik.. semua pada Allah, Allah, Allah.. aku tak lame dah hidup kat dunia ni.. korang? perasan tak yang kite ni dah akhir zaman? perasan x sebenarnye bumi ni dah menyampah dengan manusia zaman sekarang nih?

Aku tak sanggup pikir bile sampai mase kat Akhirat nanti.. macam mane keadaan aku masa tu, tak berani nak bayangkan, tapi sebagai seorang beragama Islam, aku yakin Akhirat tu adalah perhentian terakhir bagi umat Islam, masalahnye.. kat "Rumah" tu bukan main redah macam masuk Villa korang, bukan ada kereta atau moto, atau Limo? oh no.. tolong jangan bayangkan sume tu melainkan betul2 dah rase iman ni kukuh. Huh.. 

Setiap jam, aku rase ada je dosa yang dah aku buat.. mane taknye, mak ayah bagi duit datang sini bukan suruh goyang kaki, tapi suh menuntut ilmu, suruh carik kebenaran, suruh belajar sungguh2.. tapi? membe aku 4 tahun dah habis study kat Aceh ni, aku ni ha? hampeh.. bukan merungut, bukan mengeluh.. tapi kadang diri aku ni lupe, cepat beno lupenyer, haish.. tak concentrate terhadap satu perkare, jadi, itulah terdetik hati aku nak tulis entry yang ntah sape yang nak bace, apetah lagi paham.. at least, boleh ingatkan diri aku dan prepare untuk menjadi penghuni "Rumah" akan datang.
Share: