Showing posts with label Questions. Show all posts
Showing posts with label Questions. Show all posts

Friday, November 15, 2013

Tips Membeli Kereta Second Hand

Hayyyy bilelah gamak nye aku buleh pakai kete nih.. kekadang boleh stuck keje aku kalau takde kete.. yelah takkan nak bedal van sekolah sokmo? kite bukan tahu ape orang kate belakang ye dak?

Ikutkan hati memang nak angkat baru.. kalau tanya aku kete ape nak angkat.. confirm-confirm la aku kata nak Porshe.. pertanyaan biar betul, hehehe.. 

Tanya lah.. kete ape yang mampu hang pakai.. kan ke sodap donga nyo..

Kalau kereta baru mampu milik (bak kate kawan aku la), aku nak angkat Saga Flx.. walaupun monthly dia mencecah Rm470 (full loan), memang aku sanggop bayor.. muehehehe..

Tapi bebaru ni aku ada deal dengan agen Proton sendiri, kabonye Saga Flx dah tak keluar, yang terbaru sekarang Saga Sv Flx.. monthly Rm3k lebih (full loan). but the problem is, aku tak minat bentuk dia.. basic sangat.. hehehe.. dan pulak.. baru-baru ni aku denga engine Saga Sv Flx pakai engine lame? bio betol?

Tapi bile buat searching.. takde pulak orang komen negatif.. hehe.. macam-macam..

Kat bawah aku nak share tips membeli kereta terpakai @ second hand.. rasenye penting untuk kite tahu serba sedikit kalau rase nak beli kereta terpakai nih, kene rajin la mencari.. usaha besar hasil pun besar (^_^)

Kalau kete second, aku nak pakai Proton Persona.. dah survey, dan rasenye memang mampu milik.. keh2.. 

Tips Membeli Kereta Second Hand

#1 – Tempat Membeli

 Used Car atau orang persendirian? Jika used car pilihlah dengan betul bagi mengelakkan ditipu oleh penjual. Ini bukan bermaksud semua used car itu menipu pelanggannya, tetapi haruslah berhati-hati dalam memilih kerana bisness utama mereka adalah untuk menjual seberapa banyak kereta yang mereka milikki.

Kebiasaannya used car akan memperbaiki segala kerosakan yang terdapat pada kereta tersebut pada harga tertentu sebelum dijual. Ia nya bergantung kepada keadaan kereta tersebut.

Cuba lakukan survey di beberapa buah syarikat used car sebelum memilih model kereta yang anda suka kerana kuasa membeli adalah ditangan anda.

Bagi orang persendirian hanya cuma perlu melihat iklan-iklan yang disiarkan di dalam suratkhabar atau majalah kereta.

#2 – Usia Kereta Dan Mileage Kereta

Carilah kereta yang usianya di bawah 10 tahun atau mileage-nya kurang dari 100,000 km. Jika kurang jarak perjalanan maka kuranglah penggunaannya.

Saya tidak mengesyorkan para pembaca memilih kereta yang berusia lebih dari 10 tahun kerana kereta tersebut tidak boleh diinsurankan pada 1st party. Ini boleh mendatangkan masalah pada kemudian hari jika berlaku kemalangan atau kehilangan.

#3 – Pemeriksaan Visual

Sebaiknya dinasihatkan agar anda membawa orang yang lebih arif mengenai kereta atau mekanik kerana mereka boleh menilai keadaan sebenar kereta tersebut.

Jika tiada, anda boleh menilai sendiri dengan melihat dengan terperinci pada setiap inci kereta tersebut. Pastikan tiada kesan kemalangan atau kemik pada bahagian badan kereta.

Elakkan menilai kereta pada waktu malam kerana cahaya yang kurang akan melindungi pemandangan terhadap cacat cela kereta tersebut.

Buka pintu, bonet di hadapan dan belakang. Pastikan tiada bunyi pelik atau kurang sedap didengar. Lihat pada enjin kereta. Kebiasaannya enjin kereta dan bahagian dalaman kereta  akan dicuci oleh pihak penjual. Periksa sekiranya terdapat kebocoran minyak hitam pada enjin kereta sama ada di atas lantai atau tanah.

#4 – Hidupkan Enjin Kereta

Hidupkan enjin dan lihat pada bahagian badan kereta untuk memastikan anda tidak terlepas pandang terhadap kekurangan pada kereta tersebut.

Semasa enjin berjalan sila lihat jika terdapat kebocoran minyak hitam pada enjin. Periksa pada dashboard jika terdapat lampu amaran menyala atau tidak.

Hidupkan penghawa dingin semasa enjin masih berjalan dan sepatutnya enjin tidak bergegar terlalu kuat ketika penghawa dingin dihidupkan. Jika tiada bermakna enjin tersebut masih dalam keadaan yang baik.

#5 – Pandu Uji Kereta

Kebiasaannya penjual akan membenarkan pembeli untuk memandu uji kereta tersebut. Sekiranya pihak penjual meminta dokumen ataupun wang pendahuluan, berkemungkinan pihak tersebut ada niat yang tidak baik.

Ketika anda sedang memandu uji, cuba anda pandu pada kelajuan yang lebih tinggi untuk menguji rasa pecutan kereta tersebut. Pastikan ketika itu anda peka sekirannya terdapat gegaran yang tidak sepatutnya, bunyi yang pelik dari enjin dan sebagainya.

Pada kelajuan tinggi sila lihat pada stereng kereta. Pastikan tiada gegaran melampau. Di jalan lurus cuba tekan brek dengan sedikit kuat dan lepas stereng. Jika stereng dalam keadaan tegak, tiada masalah. Tetapi sekiranya stereng ke kiri atau kanan berkemungkinan besar terdapat kerosakan pada kawasan tayar, stereng atau tie rod (suspensi tayar).

Ketika menekan brek pastikan tiada bunyi yang kurang sedap di dengar.

#6 – Selepas Pandu Uji

Selepas anda memandu uji kereta tersebut, jangan terus matikan enjin. Buka bonet hadapan dan lihat sekiranya terdapat kebocoran minyak hitam enjin lagi. Sekiranya anda berpuas hati, anda boleh berurusan dengan pihak penjual.

Pastikan kereta tersebut mempunyai dokumen dari pihak Puspakom kerana sekiranya tidak mendapat kelulusan dari pihak Puspakom, anda tidak boleh membuat pinjaman bank.

Kebiasaannya semua kereta di syarikat used car sudah disiapkan dengan dokumen dari pihak Puspakom. Periksa dan teliti dokumen tersebut sebelum berbincang mengenai pembayaran.

Credit pada TT yang baik hati = http://adfoc.us/2890035354888
Share:

Sunday, March 31, 2013

Bitlocker dan Repair Harddisc Anda

Pernah pakai Bitlocker tak? kalau hangpa nak tau, Bitlocker tuh sejenis program yang dibuat khusus untuk menjaga data-data HD (harddisc). Dalam pada masa yang sama, Bitlocker dibuat untuk menjaga keamanan HD seseorang. Bitlocker boleh ditemukan di Windows Vista, Windows 7 dan Windows 8. Amende tu Bitlocker? :

BitLocker adalah fitur keamanan yang ditemukan pada Windows Vista dan Windows 7 (Ultimate dan Enterprise edisi saja) serta Windows Server 2008 yang memungkinkan pengguna untuk mengenkripsi drive menggunakan enkripsi AES (Advanced Encryption Standard).AES adalah algoritma enkripsi pertama yang digunakan oleh pemerintah Amerika Serikat untuk melindungi dokumen sensitif. AES didesain sebagai pengganti DES (Data Encryption Standard) dan didukung dalam banyak program enkripsi seperti PGP (Pretty Good Privacy).

Bitlocker dan Repair Harddisc Anda

Dan ini aku dapat setelah menggunakan Bitlocker, sebenarnye takde masalah untuk meng Encryption Harddisc anda, disebabkan aku dok Aceh.. letrik selalu mati-mati.. so kekadang dia mengganggu proses Encryption HD aku dan mengakibatkan keluarnye pop up dari Bitlocker untuk menjalankan perintah chkdsk/r. Mende pulak tu?

Kalau keluar perintah error tersebut, aku sarankan kome jalankan jer perintah di CMD macam mane yang disuruh la. Perintah tersebut keluar disebabkan adanya error semasa proses Encryption Harddisc, macam masalah aku tadi, dan risiko dia, file-file atau data korang boleh hilang macam gitu je, kalau idak hilang pon, data anda boleh rosak fatal.. want it? oh nouu..

Bitlocker dan Repair Harddisc Anda

Ade beberape perintah CMD yang hangpe boleh cobe membuatnye. Tak lain dan tak bukan untuk repair HD anda lah.. dan, anda jugak boleh menggunakan software sebagai pengganti CMD. Tapi aku lebih syorkan pada kome untuk menggunakan features dari Windows sendiri, lebih selamat dan berkesan.

++ Caranyer begini. Klik Start - Taip CMD dan enter - Taipkan perintah-perintah CMD di bawah (mengikut kesesuaian kerosakan yang anda alami) - Enter.
  • Pada tampilan Command Prompt ketik perintah: CHKDSK D:
    Perintah tersebut akan menjalankan CHKDSK pada Drive D dalam mode read-only.
  • Ketikkan perintah: CHKDSK D:/F
    Perintah tersebut digunakan untuk merepair error tanpa melakukan scanning bad sector.
  • Ketikkan perintah: CHKDSK D:/R
    Perintah tersebut digunakan untuk merepair error, menemukan bad sector dan me-recover data.
Share:

Friday, December 14, 2012

Hidung Tinggi? Yap Silekan..

 Ape je yang korang nak buat, silekan selagi perkare tersebut tak melanggar aturan Allah.. tanya dulu Allah sebelum nak buat sesuatu perkare, walaupun pada hakikatnye korang tahu kebenaran atas sesuatu perkare.. sebab yang nak melakukan hal itulah adalah diri korang, so sebenarnye ape je yang terdetik, terlintas dalam hati maupun akal pikiran manusia ni, drang dah tahu tentang perkara tersebut, paling tidak tahu mende tu salah ataupun sebaliknye.

Manusia bebas melakukan ape je hal, masalah, tindakan,.. tapi perlu ingat, semua tu datang dari Allah, awal2 hidup lagi setiap dari ape yang kite nak lakukan, dah ada aturan, ape saje mende tu sekalipun. Tapi yang pelik, manusia ni boleh bangge dengan ape yang drang miliki, punyai, padahal orang zaman dulu dah pernah ada mende tu sume, yang beza adalah zaman dan keperluan dari setiap zaman tu sendirik.

So.. ape yang perlu kite bangge dengan setiap kelebihan yang kite ada, korang pandai? korang hebat tu, hebat ni? korang adalah orang pencipta bende yang tak pernah orang lain cipta? sebab tu nak bangge.. hahah~ abaikan.. zaman aku (zaman kite) sekarang ni, takde mende dah yang perlu nak dibanggekan.. sebab? mudah je, orang dulu dah ada teknologi canggih dari zaman sekarang ni.. tak kecoh pon? apelah sangat dengan kepandaian yang ciput tuh?

Tak perlu sangat nak tepuk dada lame2.. sebab tak lame lagi korang akan mati meninggalkan dunia ni, jadi untuk ape tepuk dada bangga diri? menghabiskan tenaga je.. lebih baik buat bende yang lagi berfaedah.. cube fikir, balik-balik.. semua pada Allah, Allah, Allah.. aku tak lame dah hidup kat dunia ni.. korang? perasan tak yang kite ni dah akhir zaman? perasan x sebenarnye bumi ni dah menyampah dengan manusia zaman sekarang nih?

Aku tak sanggup pikir bile sampai mase kat Akhirat nanti.. macam mane keadaan aku masa tu, tak berani nak bayangkan, tapi sebagai seorang beragama Islam, aku yakin Akhirat tu adalah perhentian terakhir bagi umat Islam, masalahnye.. kat "Rumah" tu bukan main redah macam masuk Villa korang, bukan ada kereta atau moto, atau Limo? oh no.. tolong jangan bayangkan sume tu melainkan betul2 dah rase iman ni kukuh. Huh.. 

Setiap jam, aku rase ada je dosa yang dah aku buat.. mane taknye, mak ayah bagi duit datang sini bukan suruh goyang kaki, tapi suh menuntut ilmu, suruh carik kebenaran, suruh belajar sungguh2.. tapi? membe aku 4 tahun dah habis study kat Aceh ni, aku ni ha? hampeh.. bukan merungut, bukan mengeluh.. tapi kadang diri aku ni lupe, cepat beno lupenyer, haish.. tak concentrate terhadap satu perkare, jadi, itulah terdetik hati aku nak tulis entry yang ntah sape yang nak bace, apetah lagi paham.. at least, boleh ingatkan diri aku dan prepare untuk menjadi penghuni "Rumah" akan datang.
Share:

Saturday, April 14, 2012

Kene Like Dulu Baru Boleh Baca? Esh2 Kesian..

Ape kepentingan dan kelebihan dari buat Script Float Facebook Like ni pada blog kita? uishh banyak kelebihan dia dan memang aku teringin nak buat kat blog aku.. antara lain, visitor akan lalu lalang di belog kita tanpa henti2, boleh bukak mata Nuffnang untuk BE setiap bulan.. pergh.. sape taknak.. kalau tak salah yang fames sekarang ni, samseng facebook.. memang sungguh samseng sampai kene tunggu 400 saat baru boleh baca entry dia, selagi tak LIKE selagi tu tak boleh bukak.. kasihan.. tapi, boleh jer semua orang kata macam mana yang aku kata sekarang, ape pulak pendapat mereka2 yang menggunakan Script Float Facebook Like kat belog drang? hah.. kene tanya jugak woo.. 

Kene Like Dulu Baru Boleh Baca? Esh2 Kesian..

Walaupun aku tak de la pi interview drang ni, tapi aku boleh rasa pendapat drang atau alasan kenapa drang letak Script Float Facebook Like kat blog drang.. rasa2 mesti jawapan drang nakkan visitor yang mencecah K kan? yelah visitor yang ntah dari mane datang. Mungkin jugak alasan drang "aku dah beli, so kot mane pon kene letak" dan yang paling pedih dengar "sukahati aku la, blog aku.." takpe2.. itu semua hak mereka2 yang terlibat, same jugak kalau korang ada dalam situasi drang? lantak aku la blog aku.. kan? (kalau lebih2 la) 

Bagi aku, takde salah pon nak letak amendalah dalam blog korang sekalipun.. itu hak peribadi@persendirian korang.. tapi kite kene tanamkan sifat toleransi atau memahami orang lain.. nampak aku cakap macam aku ni power je kan? yelah.. kan ni pasal Script Float Facebook Like? so aku tulis jela ape yang patot.. kui2.. aku pon dah banyak kali terpaksa LIKE Fb ntah sape2 semata2 nak amik bahan rujukan dari blog sorang tuh, tapi nevermind lah, ape2 pon boleh tambah kawan kan.. cume tulah, terdetik di hati aku nak tulis pasal Script Float Facebook Like ni lepas baca keluhan sorang blogger tentang perkara ni..

Cume kan... pendapat aku lah.. kalau nak letak sekalipun, janganlah di set kan masa pada page tersebut.. letakkan jugak butang CLOSE di page Fb, rasaya lebih bersahabat sikit dari kita macam dah paksa sangat orang LIKE.. padahal dia sendiri pon tak tahu amendalah dia buat tu.. tak ke kesian, buatnye beliau takde Fb, kene pulak mende yang dia cari susah nak dapat.. kesian sangat2.. cume tulah, masing2 ada pendapat masing2.. ada hujah tersendri, sebab ada istilah HAK.. ^_^

Ala.. ape susah kalau dapat masuk blog macam tu, LIKE jela.. iklaskan diri.. paling2 dapat pahala iklas, setidaknye pon dapat la belajar iklas tu macam gane kan.. hmmm.. ni bukan nak salahkan blogger yang pasang script tu yer.. cume suara hati je kata macam tuh.. itukan hak kamu orang, makanya pake kartu AS.. eh.. sukehati kroang la.. yang ponting hepi, jngn buek bondo salah susah.. asalkan berguna bagi semua orang, teruskan lah share segala ilmu yang kroang ada.. sekarang dah sangat senang kalau nak share ilmu2 kita.. nak tak nak jer.. akhir kalam.. Sok ku nak poie KPM.. tinggalah Banda Aceh sekojap.. (^_^)
Share:

Monday, June 13, 2011

Tolong Wadud Sat.

Gengs.. mai tolong sat.. wadud dah tukar POLL Question (nuffnang) kepada Voting Question .. so nak tau apa pandangan korang2 yang ashler dalam berblog neh.. ^_^


Tolong vote yep.. ahaks.. hehehe.. thankss.. ^_^ korang memang da best.. ^_^ untuk vote, senarai ada kat bahagian kanan atas (atas Nuffnang Ads).

Voting ini untuk masukan wadud.. kalau dah ramai vote.. nanti wadud akan kuarkan result dari voting korang.. sebab KBM nak tau jugak ape pendapat korang sume.. kalau nak harap tanya jer.. takut nanti KBM terasa.. so wadud buat la Voting Box ^_^
Share:

Monday, May 24, 2010

Nuffnang & Advertlets, mana bagus??



Sebenar kalau nak buat satu keputusan tu tak semestinya dari diri kita sendiri, melainkan satu keputusan tuh diadili dari pendapat2 orang lain, sebab keputusan yang kita buat tuh kita dah pikir cukup bagus, padahal hancus lagi ada la..

Dari dulu sampai la sekarang ni aku sendiri tak tau jawapan yang betul2 buatkan aku puas hati, huhu.. yela nama pon manusia mana nak puas hati dengan apa yang ada, hehe..

Masalah sebenar tentang ads/iklan nieh, hehehe.. antara nuffnang dengan advertlets, aku baru lagi dalam dunia blog nieh, so kene banyak bertanya kalau tak sesat jalan kang lagi tambah susah, biar malu asal dapat ilmu, tak gitu..

Ape yang aku tau antara kedua2 ads/iklan nieh menghasilkan pendapatan, lumayan atau tak tu belom pernah dapat pown, kan dah kata baru lagi, huhu.. lepas aku lepak2 dalam blog orang, banyak lagi diorang letak ads dari nuffnang banding dengan advertlets, tapi ada gak yang letak dua2 sekali, adess.. penin gak nieh.. tapi dulu aku pon letak dua2 gak, yela aku pikir gak kalau letak satu lambat pulak nak dapat hasil kan? so bedal la dua2..




Mula2 aku letak nuff, pastu letak gak advertlets, tapi yang peliknye aku tengok akaun nuff aku jadik semacam, semacam macam tak aktif lak, banding sebelum aku letak advertlets, last aku buang advertlets tu aku usha ok balik, alahai.. main2 lak dia..

Untuk kepastian, aku runner dan bertanya kepada en Google pasal masalah nieh, banyak giler jawapan yang dia bagi dan aku merasakan seperti di perli oleh beliau.

Apa yang aku tau kelebihan dari nuffnang nieh, dia bagi kita hasil setelah kita letak ads/iklan nuff tu dalam website kita, dan ada gak dengar dari para blogger ada yang kata nuff nie bayar kita setiap bulan, pastu pantang larang nuffnang nieh, kalau tak salah tak boleh ada ads/iklan lain selain dari iklan nuff tu sendiri, yang menjadi pesaing kat syarikat nuffnang tu la, kira macam letak ads/iklan nuffnang dengan advertlets sekali dalam satu website.




Advertlets ni lak, kelebihan dia bagi aku macam best, sebab dia bayar kita setiap dari pengunjung yang masuk dalam wesite kita, kalau tak salah 0.01 kort, aku penah guna advertlets nie dalam masa 4 hari 0.30, sikit betol? yela blog aku mana fames macam korang, haha.. bayangkan kalau sehari 100 pengunjung datang lepak blog kita? pastu yang lagi menarik advertlets nie dia tak macam nuffnang, kalau kita letak iklan lain dengan dia pon ok jer.. hehe..

Kenapa aku letak nuffnang? sebab lepas dah tak larat nak tanya en Google, akhir jawapan yang aku amik adalah "pakailah nuffnang untuk blogger yang masih baru".. adess.. penin punya pasal tu yang letak nuffnang tu..

Lagipun tengok gak dalam blog korang sume pakai nuffnang, ada sorang dua je yang advertlets, so harap korang bagi la pendapat biar aku nie jelas sikit pasal dua2 menda nieh, yela bagi aku sendiri tak seronok kalau apa yang kita pakai tu sebab dari kita ikut orang, kalau boleh tahu sikit pon ok la.. :-)

Korang2 yang pro bagi la pandangan ngan pendapat sekali ngan sebab2, yela pengalaman mana bleh dapat ngan duit kalau tak dari diri sendiri :p
Share: