Tuesday, August 27, 2013

Belajar Asas Bahasa Arab Al-Quran - Ust Rusdi Alias

Kerangka Keseluruhan Bahasa Arab 

Belajar Asas Bahasa Arab Al-Quran - Ust Rusdi Alias
EP 01 1/2


Bahasa Arab Dapat dikategorikan kepada 3 :-

1. Isim (kata nama)
2. Fi’el (kata kerja)
3. Haraf @ harf (kata sendi)

2.1. Fe’el terbahagi kepada 4 :

2.1.1. Fi’el Madhi (perbuatan telah berlaku)
2.1.2. Fi’el Mudhari’ (perbuatan sedang berlaku, akan berlaku)
2.1.3. Fi’el Amr (suruhan, perintah, rayuan)
2.1.4. Fi’el Nahi (larangan, menggunakan huruf لا @nahi) :

- contoh : La Taqrabu Zina (Al-Isra'; 17:32).
- Apabila Allah melarang, menggunakan LA NAHI.
- Apabila memohon doa kepada Allah, menggunakan FI’EL AMR.

+ Penambahan yang berlaku pada setiap fi’el :

- Fi’el Madhi penambahan berlaku pada hujung.
- Fi’el Mudhari’ penambahan di pangkal dan di hujung.
- Fi’el Amr dan Nahi penambahan akan berlaku di hujung.


3.1. Haraf @ Harf :

+ Haraf paling popular adalah Harf JAR, dinamakan JAR kerana kata selepasnya mestilah ISIM berbaris bawah. JAR akan membaris bawahkan kata setelahnya, contoh : بسم

- JAR ada 9 kata popular : MIN, ILA, AN, ALA, FI, RUBBA, BA, KAF, LAM.
- Setiap kata perlu kepada huruf JAR.


1.1. Isim :

+ Isim @ Kata nama, Isim adalah sangat banyak dan mudah dijumpai di dalam Al-Quran jadi boleh mengenalnya melalui tanda :

- Di pangkalnya ada ALIF dan LAM (al ustazu)
- Di hujungnya berbaris depan tanwin (ustazun), perhatikan di pangkal ayat ALIF dan LAM dibuang.
- Di hujungnya berbaris bawah tanwin (ustazin), perhatikan di pangkal ayat ALIF dan LAM dibuang.
- Jika ALIF, LAM dan TANWIN (ustazu) tiada, ia juga dinamakan dengan ISIM dan dibolehkan kerana kata tersebut disandarkan kepada kata yang disebelahnya. Misalnya ustaz kami, kata tersebut akan menjadi USTAZU + NA. Disandarkan kepada kami (NA). Ia juga dinamakan dengan MUDHAF (bersandar).
- Jika satu-satu kata itu MUDHAF, maka hendaklah kata tersebut ditanggalkan ALIF, LAM dan TANWIN.
- Apa sahaja kata yang terletak selepas Harf JAR, maka ia adalah ISIM dan berbaris bawah.
- Kata yang terletak selepas kata YA (nida’ : seruan) mestilah selepasnya ISIM. Contoh : Ya Ummaru, Ya Aliyu, Ya Halimu.

+ Isim popular :

- Dhomir (ganti nama diri)
- Isyarah (itu, ini)
- Mausul (yang, ALLAZI)
- Istifham (pertanyaan, dialog)
- Zhorof (masa, tempat)
Share:

4 comments:

Unknown said...

اسلم عليكوم،،،، sukron jiddan ustad wa jazzakallahu khoyr ,, aku ikuti video ustadz alhamdulillah agak mengerti bahasa arab,,, smga ustadz upload pembelajarannya selalu.

Unknown said...

Bermanfaat sekali ustadz,,, smga mnjadi amal jariyah,,, untuk cara menasrifkan kata shorof tolong ubggah keyoutube bisakah ustadz,,, faala faalaa faaluu faalat faalata .., begitu aku tidak faham. Sukron jiddan wa jazaakallahu khoyron

Unknown said...

Sangat bermanfaat ustadz ,, sukron jiddan wa jazaakallahu khoyr alal ilmi fi publikasi,,, aku senang sekali,,, unggah juga diyoutube tentang tasrifannya,,, yg faala faalaa faaluu faalat falata,, jg dngan cntohnya ustadz,,, aku kok tidak paham,,, smga mnjadi ilmu jariyah yg tiada putus kebaikkan pahalanya untuk ustadz ,,, امين

aku anak melayu said...

assalamualaikum ustaz. saya berminat sangat utk mempelajari bahasa arab setelah saya menonton melalui u tube. cara penyampaian ustaz mempengaruhi minat yang mendalam , bagaimana saya boleh memulakanya ? saya tak ada nota dan siri cd pembelajarannya. sila beri maklumat dan sebutkan bayarannya juga. saya menunggu jawapan yg secepat mungkin kerana semangat belajar sedang membara. terima kasih.