Bagi pelajar UKM yang telah berjaya daftar dan mempunyai akaun di https://smp.ukm.my/smpweb/index.cfm, bolehlah memohon untuk mendaftar kenderaan anda (kereta atau motor) di http://ewarga.ukm.my/trafik/.
- Pelajar akan dibenarkan membawa kenderaan seperti peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti.
- Hanya pelajar yang mendaftar kursus pada sesi 2014/2015 sahaja dibenarkan mendaftar kenderaan.
- Semasa membeli pelekat kenderaan pelajar di kehendaki membawa :
- Lesen yang masih sah digunakan
- Kad Matrik
- Geran Asal atau salinan geran
- Jika geran mempunyai nama tidak sama dengan pelajar, perlu membawa surat KEBENARAN dari penama pada geran kenderaan tersebut
- Pelajar akan diberikan pelekat kenderaan berwarna biru.
- Pembantu penyelidik yang berstatus pelajar akan diberikan pelekat kenderaan berwarna biru
Sebelum runner ke Bahagian Keselamatan Wisma Aman UKM untuk mohon stiker kenderaan, jangan lupe daftarkan kenderaan anda terlebih dahulu di SINI, lepas dah settle key in semua, baru lah boleh mohon stiker kenderaan di Wisma Aman. Wisma Aman tu kat mane? keluar jer dari Pintu Gerbang UKM, belok ke kanan dan terus. Nanti anda akan jumpe satu lorong kecik sebelah kanan.. so masuklah kat situ, Wisma Aman berada di bahagian kanan jalan.
Sediakan RM2 bagi harga stiker kenderaan tersebut, anda akan ditanya no plate kenderaan.. so ingat2 la, takkan keta moto sendiri tak hengat no plate? hehe. Masa 1st aku daftar, tak pulak tanya2 bagai.. straight to the point jer.. dia tengok aku dah ada dalam sistem, kasi RM2, terus bagi stiker. Tak kisahlah ape hal sekalipun, yang penting dah dapat stiker.
So ape kelebihan ada stiker kenderaan UKM ni?
- Mudah lepas dari pengawasan Guard.
- Pengurusan parking lot (kolej tertentu).
- Yang lain kome carik sendiri..
Atleast mudah urusan dengan pak guard tambah2 kalau korang suke keluar malam.. pagi2 baru balik, confirm kene tahan, so kalu dia tengok stiker UKM tu.. direct jer dia bagi lepas. Dari yang aku tahu, UKM ni longgar sikit bahagian pengawasan keselamatan berbanding Uni lain.. ntah la, aku pun tak pasti sebab aku dulu belajar di Aceh.. mana ada sistem Guard2 nih.. hentam saja. Antara yang terbest adalah, kereta anda ada stiker UKM. Hehe.
0 comments:
Post a Comment