Tuesday, February 10, 2015

Keputusan Mahkamah: Kes Liwat Anwar Ibrahim II dan Nukilan Syukur Saiful Bukhari

Keputusan DSAI: `Kena pergi sekarang’

Keputusan Mahkamah: Kes Liwat Anwar Ibrahim II dan Nukilan Syukur Saiful Bukhari

Putrajaya: “Kena pergi sekarang, dah sampai masa. Saya akan merindui kalian,” begitulah ucapan kedengaran daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau kedengaran berkata demikian sambil memeluk sekumpulan rakan yang masuk ke dalam mahkamah untuk berjumpa beliau.

Terdahulu, dalam prosiding mahkamah yang bersambung pada 1.08 petang, selepas berehat sejam, peguam utamanya, Datuk Seri Gopal Sri Ram, yang juga bekas hakim Mahkamah Persekutuan, yang mengemukakan rayuan bagi hukuman lebih ringan, berkata tiada sebab yang kukuh untuk menambah tempoh hukuman penjara Anwar.

Beliau berkata, mahkamah boleh menggunakan budi bicaranya untuk menjatuhi hukuman lebih ringan berdasarkan undang-undang terhadap Anwar.

Selain itu, katanya, Anwar bukanlah orang biasa berikutan sumbangannya yang begitu besar kepada negara sepanjang beliau berada dalam kerajaan.

Sri Ram berkata, malah sebagai pembangkang sekalipun, beliau memberi sumbangan penting dalam memajukan prinsip demokrasi dan membangkitkan kesedaran umum.

Bagaimanapun, panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria menolak rayuan balas pihak pendakwaan.

Panel itu, yang turut dianggotai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali, mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhi hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar.

Mereka membuat keputusan itu selepas mendengar penghujahan daripada peguam yang mewakili Anwar dan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mengetuai pasukan pendakwaan, berkaitan hukuman penjara itu. - Bernama


Ya Allah, kepadaMu ku bersujud..
Saiful Bukhari

Keputusan Mahkamah: Kes Liwat Anwar Ibrahim II dan Nukilan Syukur Saiful Bukhari

Berkat doa, istiqamah dan sabar selama 7 tahun, pada hari ini ,Mahkamah Persekutuan sebulat suara memutuskan bahawa dakwaan saya selama ini benar, dan saya seorang saksi yang "credible".

Saya dan keluarga menghormati keputusan Mahkamah hari ini.

Seawal 7 tahun dulu, dari mula saya membuat laporan Polis hinggalah ke saat ini, apa yang saya mahukan sebagai pengadu dan rakyat di negara ini adalah aduan saya keatas perlakuan Anwar Ibrahim keatas saya disiasat dan diadili, tidak lebih dari itu.

Juga sebagai hamba Allah yang tidak sempurna ini, saya menjalankan tanggungjawab, menegakkan kebenaran agar saya tidak disoal diakhirat nanti.

Yang pasti, apa yang penting kini, saya dan keluarga kehadapan.. Saya berdoa semoga Allah SWT terus memberi perlindungan, rezeki dan kemudahan dalam segala urusan saya.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama saya secara langsung atau tidak langsung selama ni. Allah sahaja mampu membalasnya.

Illahi Antal Maksudi Wa Ridhoka Mathlubi

SAIFUL BUKHARI AZLAN

Sumber

PS: Nampaknye mahkamah tetap dengan keputusan hukuman terhadap Anwar atas kesalahan (dituduh) melakukan sodomi kepada pembantu peribadinya dahulu Saiful. Hanya Allah saje yang tahu kenape semua ni terjadi, ketelusan pihak mahkamah dalam membuat keputusan hukuman, dan mane-mane pihak yang secara langsung bersubahat demi kepentingan tertentu supaye Anwar difitnah untuk kali-2 dan dimasukkan ke dalam penjara selama 5 tahun. 

Saiful Bukhari.. hang seronok dengan fitnah terhadap orang yang jelas tak bersalah dan berterusan sampai hari ni, dan sanggup bersumpah atas nama Allah padahal jelas Anwar tak buat pun perkara terkutuk tu.. hang lepas kat dunia, jangan lupa kite orang Islam (kalu Saiful Islam la) akan ada satu lagi dunia yang dikenali dengan Akhirat, tulah dunia yang kekal abadi wahai Saiful.. berdayakan seorang yang sudah berumur memaksa melakukan perkara terkutuk pada orang muda? apesal takde usaha untuk melawan? ape keputusan doktor? hang sendiri pun tahu Saiful..
Share:

0 comments: