Saturday, May 23, 2015

Pengalaman Mengurus KPP 02 2015 (MOTOSIKAL)

Lame gilerr tak update sampai naik malas nak bukak KBM lagi dah.. kalu admin pun malas, apetah lagi yang bukan owner kan.. hehe.. biaselah.. keje tak pernah nak habis, settle yang 1.. lagi 3 datang, selagi tak habis la study aku nih.. tapi enjoy beb, hehe..

Sebenonye.. aku dah settle lesen P untuk moto, tapi disebabkan 4 tahun aku blaja di Aceh menyebabkan aku malas nak fikir pasal lesen, lagipun haritu beriya sangat nak buat lesen kat sana (Aceh), sangat2 murah berbanding Malaysia (convert). Ade usaha nak buat, tapi sangkut kat KITAS aku, cop terakhir aku kat sana tak boleh untuk terus buat lesen kat sana (Aceh).. alamatnye? terpaksalah aku buat kat Malaysia jugak...

Taknak bebel panjang2.. aku nak share pngalaman buat urusan untuk dapatkan lesen P setelah hampir expired lesen L aku (lagi 6 bulan). KKP 02 untuk tahun 2015 sangat2 berbeza dengan tahun sebelum2 ni.. banyak peel JPJ ni, padahal ape yang blajo takkan dibueknye kat jalan rayooo...

1.) Lesen L hanya sah selama 1 tahun sahaja. 
Kalau korang terlupe nak renew walaupun tinggal 1 bulan sebelum expired, masih boleh renew.. tapi lepas 1 bulan tersebut, maka L korang secara automatik akan tarikh luput. Aku ada sembang dengan sorang brader ni, dia kata ade sorang pakcik tu renew lesen L sampai 6 tahun.. tapi tu cerita dulu.. sekarang L hanya sah selama 1 tahun.

Nak renew kat mana?
Boleh jer pegi Pos Office, amik no dan beratur. Dah sampai giliran, kabo ke kaunter tu nak renew lesen L. Nanti die akan keluarkan road tax dan simpan elok2. Cume kalau betul nak perbarui di Pos Office, sila datang awal2 seawal mungkin sebab orang akan membanjiri dan korang akan rasa anoying sebab tunggu terlalu lama. Selain pos office, mana-mana cawangan JPJ pun bleh.. cume faham2, JPJ lagi la ramai orang.. melainkan office JPJ tu tersangat besar macam kat Ipoh, hehe..

2.) Berapa harga renew lesen L?
Untuk 3 bulan dalam Rm60 kalau tak salah aku.. sila buat research atau pastikan sendiri di pej.pos.. 

Kalau bayar lambat kene denda ke?
Takde kene denda pun.. memang ramai yang kata kene denda kalau bayar lambat.. tapi alhamdulillah masa aku di renew tu, smooth jer walau beratur bagai nak rak..

3.) Downgrade B kepada B2.
Mesti ramai yg akan kata rugi kan? alang2 terus la buat B kalau L dah ada B. Yep memang aku rasa rugi, pertama sebab bajet tak cukup, kedua sebab L aku nak expired dah. Kalau aku keje, memang takde hal la nak buat B, yg tak jadi hal sebab rega dia bleh tahan mahal untuk student macam aku ni.. separuh duit MARA aku habis untuk sebulan kalau2 aku amik B.
Untuk pengetahuan korang.. kalau ade kes yg macam aku, maksudnye nak downgrade.. tak perlu dapat pengesahan dari JPJ, boleh terus buat jer sebab L yg B dah cover semua jenis lesen yg ada, motosikal sahaja.

Berapa harga untuk lesen P? (tambah kelas)
Lain tempat lain harga.. ade beberapa brader n sister yg aku tanya (B upgrade), berapa harga drang upgrade dari B2 ke B, ade jugak yg aku tanya dari L ke B2. Jawapan dari semua responden adalah berbeza.. tempat aku daftar lagi murah.. hehe..

Tempat brader tu (B2 ke B) = Rm700++
Tempat aku (B2 ke B) = Rm650

Tempat kakak tu (L ke B2) = Rm400++
Tempat aku (L ke B2) = Rm300

Nampak tak perbezaan yg bagi aku sangat ketara.. yelah, yg amik B tu, segelintir pakai moto cc besaq.. aku apelah sangat, kapcai ada la.. haha.. nak tahu location, tanya kat bahagian komen.. insyaallah secepatnye aku jawanb. Sebelum terlupe, aku di UKM Bangi ok.. jangan pi tanya kat semua tempat lak.. kompom aku tak tahu.. hehe..

4.) KPP 02.
Aku anggap korang dah ada tempat daftar (sekolah memandu) utk KPP 02 ni. Untuk lebih paham, kat bawah aku salin Carta Permohonan Lesen Memandu yg aku dapat dari tempat aku daftar tu. Sekiranya KPP 01 dah selesai beserta dapat lesen L, maka yg tinggal:
  • KPP 02
  • Praktikal
  • Penempahan Tarikh Ujian
  • Hadir Ujian Memandu
  • Permohonan Lesen P / CDL
Harap2 boleh faham la dari carta kat atas tu.. kalau tak faham sila rujuk pada sekolah memandu yg korang dah daftar tadi, mintak penjelasan satu persatu sampai faham.. bukan menyusahkan drang, tapi hak kite yg membayor.. kite bayor atas servis drang.. so, besar hak kite di situ.

Tempat sekolah memandu yg aku daftar ni drang tetapkan sebanyak 4 kali praktikal, tiap tempat berbeza servis drang.. sebab itulah aku kata, perlu tanya satu persatu sampai faham.. nanti kalau salah atau tak faham, mule lah fikir bukan2.. buat dosa jaaa.

Ape ade dalam KPP 02?
Ni sebenarnye soalan yg core perlu utk korang tahu.. seperti yg aku cakap kat atas, tahun ni sangat berbeza dengan tahun2 yg sebelum ni.. banyak bende yg perlu korang ingat dan betul2 ingat. Dulu takde komunikasi dengan JPJ semasa ujian, tahun ni ADA.. dulu takde cek komponen (1 motor) tapi kali ni ada dan perlu ingat satu persatu.

KLIK GAMBAR UNTUK TUMBESARAN

Pakaian / Peralatan Keselamatan:
  • Memakai baju pemantul cahaya.
  • Memakai pakaian yg sesuai.
  • Memakai kasut yg sesuai.
  • Memakai & mengikat topi keledar dengan betul dan kemas.
Baju pemantul kite boleh dapat waktu nak praktikal nanti.. jngn pi beli kat luar lak.. pakaian yg sesuai adalah baju berkolar, seluar panjang, berkasut. Memakai & mengikat topi keledar dengan betul dan kemas, lepas korang dah klip tali keledar tu, antara tali dengan dagu boleh muat dua jadi bersebelahan.

Rutin Pemeriksaan Motosikal (RPK):
  • Periksa minyak petrol.
  • Periksa penutup minyak.
  • Periksa kotak pekakas.
  • Periksa cermin sisi.
  • Periksa lampu depan, isyarat kiri kanan.
  • Periksa plat.
  • Periksa angin dan bunga tayar (depan)
  • Periksa bateri.
  • Periksa minyak enjin.
  • Periksa lampu blakang, isyarat kiri kanan.
  • Periksa plat (blakang).
  • Periksa aning dan bunga tayar (belakang)
  • No pendaftaran.
  • Periksa rantai.
Persoalan sekarang, macam mane nak periksa semua2 tu? ni aku kongsi dari pengalaman blajar dengan cikgu tu, tak pasti kalau tempat korang camno lak. Sebelum periksa, mesti dimulakan dengan minyak, penutup dan pekakas, kemudian mula dari kiri, depan, kanan dan belakang. RPK ni perlu jelas disebutkan kt JPJ nnti ok.

Contoh cara periksa dan menyebut untuk minyak petrol, penutup dan pekakas:
  • Minyak dlm keadaan penuh boleh digunakan.
  • Penutup dalam keadaan baik boleh digunakan.
  • Pekakas ada jika perlu boleh digunakan.
Contoh untuk cermin2 (lampu, sisi, plat):
  • Cermin, lampu, tidak pecah tidak retak boleh digunakan.
  • Plat no AHR 402 dlm keadaan baik boleh digunakan.
Contoh untuk bateri dan minyak enjin:
  • Bateri basah / kering dalam keadaan baik boleh digunakan.
  • Minyak enjin tidak kurang tidak lebih dlm keadaan baik bleh digunakan.
Contoh untuk angin, bunga tayar dan rantai:
  • Tekan tayar. Angin mencukupi dalam keadaan baik blh digunakan.
  • Bunga tayar dlm keadaan baik boleh digunakan.
  • Rntai tidak kendur tidak tegang dlm keadaan baik boleh digunakan.
Pemeriksaan Sebelum Memulakan Perjalanan.
  • Pastikan brek dalam keadaan baik. Cek brek depan dan brek belakang.
  • Cermin sisi.
  • Kunci penalaan. Korang kene on off.
  • Panel instrumen. Yg ni korang gosok2 meter.
  • Start motor, cek lampu depan belakang, lampu sisi dpn blkng dan hon.
  • Matikan enjin.
  • Gerakkan motor kedepan kebelakang.
  • Tongkat dua.
Korang kene ingat satu persatu mendalah ni.. aku naik fedup nak hafal, penyudahnye aku yg ajor orang lain.. tu yg jadi ingat.. haha.. blom habis lagi boss.. banyak lagi mende yg aku nak share sampailah kite selmat mendarat di tempat yg sepatutnye.

Lepas korang dah berjaya ingat dan buat PSMP di atas.. ujian seterusnya adalah meniti di atas TITI. Ape tips yg bleh aku share:
  • Masa yg diperlukan adalah lebih dari 7 saat. Slowlyyy.
  • Guna gear dua.
  • Jangan gelabah, time balancing tu gunakan brek kaki.
Cito. Cito tu ape?
Terdapat 6 tempat yg diperlukan oleh pelajar untuk melakukan Cito ni. Tempat lain aku tak pasti samada sama atau sebaliknye. Cito tu dari ape yg aku faham, isyarat singkat bile kite berhenti di persimpangan:
  • Tengok cermin sisi.
  • Pasang signal kanan.
  • Bunyikan hon.
Ujian seterusnye adalah lenggokan ular.. aku tak pasti ape ntah nama dia.. hahahantui betoi la.. ni mudah saja, pejam mata pun korang bleh settlekan.. tambah2 mat rempit, hehe. Ingat, sebelum buat lenggokan ular tu lakukan Cito (1) terlebih dahulu.

Ujian seterusnye adalah brek mengejut. 
  • Lakukan Cito (2).
  • Yg ni korang perlu sampai di kotak yg sepatutnye kurang dari 6 saat. 
  • Berhenti mengejut dengan brek kaki disusuli dengan brek tangan di kotak yg disediakan sehingga bunyi seret tayar. 
  • Jatuhkan kaki kiri. 
  • Berhenti selama 1 saat di dalam kotak.
  • Jalan ke hadapan. Lakukan Cito (3)
Ujian seterusnye adalah jalan tidak rata. Ini juga sangat mudah semudah masak megi. So aku abaikan bahagian ni. Dah siap jalan tidak rata, berhenti sebelum persimpangan. Lakukan Cito (4). Lepas tu, tengok kiri kanan, bagi signal kanan, jalan.

Ujian seterusnye adalah pusingan lapan.
  • Lakukan Cito (5).
  • Buat pusingan 8 (1 pusingan setengah).
  • Berhenti lepas garisan, tapi tidak melebihi divider.
  • Lakukan Cito (6).
Ujian seterusnye adalah selekoh tajam.. yg ni pun makanan mat rempit ja.. tapi jngn pi lipat lak, tak pasal kene sound dengan cikgu. Sampai di persimpangan, turun motor, tongkat dua. Tolak motor sampai di tempat yg sepatutnye. Lepas ni kite akan masuk bahagian kedua, iaitu jalan raya. Skema btul ayat aku.

 KLIK UNTUK TUMBESARAN

Lepas kite dah berhenti di tempat yg sepatutnye, tongkat dua motor korang. Lakukan pemeriksaan ini (Pemeriksaan sebelum memulakan perjalanan):
  • Cek angin tayar depan belakang.
  • Cek cermin sisi.
  • Start enjin.
  • Cek lampu, lampu sisi, hon.
  • Tengok kiri kanan, angkat tangan kanan sedepa kekanan.
  • Pandang belakang.
  • Bagi signal kanan.
Kemudian, jalan terus bagi signal kiri dan akan bertemu dengan lampu isyarat. Jika lampu merah berhenti, jika hijau boleh jalan terus. Jalan terus akan bertemu dengan simpang kanan, bagi signal kanan. Jalan lurus akan bertemu dengan simpang kanan, bagi signal kanan. Berhenti di persimpangan, tengok kanan jalan, bagi signal kanan dan jalan ikut lorong bahagian kiri jalan. Kemudian akan bertemu di persimpangan jalan, bagi signal kiri, berhenti. Tengok kiri jalan, sebelum round the board tengok kiri jalan, bagi signal kanan dan terus. Sebelum sampai di penghujung (persimpangan), korang perlu buat ni:

  • Lambai tangan kanan 3 kali. (bukan babai, nnti ko tanya la cikgu)
  • Kemudian dah berhenti dan jatuhkan kaki kiri, angkat tangan kanan. (bentuk L)
  • Free gear, matikan enjin, tolak motor depan belakang, tongkat dua.
  • Tolak motor sampai di tempat yg sepatutnye.
Pergh settle jugak aku menulis.. sekian lama nak update.. jadi malas sebab banyak point yg aku kene share.. tujuan aku pun memang nak kongsi pada semua, cume nak nulih nye.. perlu kepada kesabaran dan keyakinan.. haha.. bukan ape, aku rase mende ni perlu utk kite amik tahu sebelum menempuh alam yg sebenarnye, paling tidak ade la preparation tu, takde la tercangak2 macam first day aku.. haha. Ape2 pun gudluck semua, ade pertanyaan atau ketidakfahaman.. bolehlah bertanya di bahagian komen.
Share:

24 comments:

Fatin Nabihah Ibnatumar said...

T.kasih ats perkongsian

Dzasc Skachers said...

@Srikandi Umar semoga berjaya :)

Gadis Iman said...

thanks :D, sangat bermanfaat untuk saya :') sebab saya tak faham cikgu tu terangkan macam mana, laju sangat cakap, alhamdulillah lepas baca entry ni, saya lebih mudah faham :) terima kasih atas info ni yaa :D. Doakan saya lepas untuk test JPJ nanti :')

Dzasc Skachers said...

@Gadis Iman insyaAllah dipermudahkan.. semoga berjaya :)

Unknown said...

now tahun 2017?
semua ini masih sama?

i plan nak ambil b full

Dzasc Skachers said...

@clifford sanjeevi tak pasti pulak untuk tahun GST ni.. :)

Unknown said...

macam mana kalau tak tahu tongkat 2? considered failed tak

Dzasc Skachers said...

@Nurfatihah Fatin memang tak boleh langsung double stand ke? tergantung pada budi bicara penilai.. kalau performance lain OK, insyaAllah lulus. Goodluck.

Unknown said...

kalau 2017 masih samakah?

Dzasc Skachers said...

@Unknown nak kata sama tak mungkin kot bro.. di kala zaman GST nih :D

Dupb said...

Sebelum kpp 02 ada ceramah ke?

Dupb said...

Sebelum kpp 02 ada ceramah ke?

Dzasc Skachers said...

@Dupb Yup.. sebelum test kene dengar@ikut ceramah

Unknown said...

Esok ade test jpj😂 Lepas baca ni Alhamdulillah dapat ingat harap x lupa esk haha

Dzasc Skachers said...

@Muhammad Khairul semoga dipermudahkan :)

Unknown said...

Tq bro

Unknown said...

Anyone kat sini tahu mana nak cari motorbike riding
Instructor?

Anonymous said...

Contoh kalau minggu ni pi ceramah rpm &psm, minggu depanyya ka rpm dan psmnya

Dzasc Skachers said...

@Unknown tak tentu jugak.. tanya bahagian pengurusan yg handle kita. Tanya kerani kat situ untuk confirm..

Unknown said...

Tq

nanaarthur48 said...

asslm wbt.

sy nk tahu, ujian KKP 02 selama 10Jam tu hbis dlm masa 1 hari ke?

and sblm nk mnjalani praktikal KKP02 kne buat tempahan dulu ke utk slot atau dtg pd hri trsebut bagi salinan lesen L dn Salinan kad pengenalan terus buat praktikal KKP02 selama 10 jm pada hari yg sama.

hrp penjelesan :)

nanaarthur48 said...

maklum la, Kerani di tmpat sy ni Kerek sikit.. bila tanya soalan sikit dia punya jeling tu allahu ..sakitnya hati ') klau ckp pun bukan main laju ckp hmm

hrp pertanyaan sy td dpt dperjelaskn terima kasih

Dzasc Skachers said...

@nanaarthur48 sory lambat balas. aah ujian tu sehari je ikut pada tarikh yg ditentukan. Drang akan tetapkan bila kita perlu ikut ujian nanti lepas dan training..

Kalau kerani kerek, sound je.. anda ada hak sebab mereka dibayar. Tak perlu takut. Buat kecoh sikit biar dia malu dengan service busuk drang.

MhWapiti said...

Blog post yg termantop. Macam youtube tapi ada kertas kpp 02 tu memang best