Lame gilerr tak update sampai naik malas nak bukak KBM lagi dah.. kalu admin pun malas, apetah lagi yang bukan owner kan.. hehe.. biaselah.. keje tak pernah nak habis, settle yang 1.. lagi 3 datang, selagi tak habis la study aku nih.. tapi enjoy beb, hehe..
Sebenonye.. aku dah settle lesen P untuk moto, tapi disebabkan 4 tahun aku blaja di Aceh menyebabkan aku malas nak fikir pasal lesen, lagipun haritu beriya sangat nak buat lesen kat sana (Aceh), sangat2 murah berbanding Malaysia (convert). Ade usaha nak buat, tapi sangkut kat KITAS aku, cop terakhir aku kat sana tak boleh untuk terus buat lesen kat sana (Aceh).. alamatnye? terpaksalah aku buat kat Malaysia jugak...
Taknak bebel panjang2.. aku nak share pngalaman buat urusan untuk dapatkan lesen P setelah hampir expired lesen L aku (lagi 6 bulan). KKP 02 untuk tahun 2015 sangat2 berbeza dengan tahun sebelum2 ni.. banyak peel JPJ ni, padahal ape yang blajo takkan dibueknye kat jalan rayooo...
1.) Lesen L hanya sah selama 1 tahun sahaja.
Kalau korang terlupe nak renew walaupun tinggal 1 bulan sebelum expired, masih boleh renew.. tapi lepas 1 bulan tersebut, maka L korang secara automatik akan tarikh luput. Aku ada sembang dengan sorang brader ni, dia kata ade sorang pakcik tu renew lesen L sampai 6 tahun.. tapi tu cerita dulu.. sekarang L hanya sah selama 1 tahun.
Nak renew kat mana?
Boleh jer pegi Pos Office, amik no dan beratur. Dah sampai giliran, kabo ke kaunter tu nak renew lesen L. Nanti die akan keluarkan road tax dan simpan elok2. Cume kalau betul nak perbarui di Pos Office, sila datang awal2 seawal mungkin sebab orang akan membanjiri dan korang akan rasa anoying sebab tunggu terlalu lama. Selain pos office, mana-mana cawangan JPJ pun bleh.. cume faham2, JPJ lagi la ramai orang.. melainkan office JPJ tu tersangat besar macam kat Ipoh, hehe..
2.) Berapa harga renew lesen L?
Untuk 3 bulan dalam Rm60 kalau tak salah aku.. sila buat research atau pastikan sendiri di pej.pos..
Kalau bayar lambat kene denda ke?
Takde kene denda pun.. memang ramai yang kata kene denda kalau bayar lambat.. tapi alhamdulillah masa aku di renew tu, smooth jer walau beratur bagai nak rak..
3.) Downgrade B kepada B2.
Mesti ramai yg akan kata rugi kan? alang2 terus la buat B kalau L dah ada B. Yep memang aku rasa rugi, pertama sebab bajet tak cukup, kedua sebab L aku nak expired dah. Kalau aku keje, memang takde hal la nak buat B, yg tak jadi hal sebab rega dia bleh tahan mahal untuk student macam aku ni.. separuh duit MARA aku habis untuk sebulan kalau2 aku amik B.
Untuk pengetahuan korang.. kalau ade kes yg macam aku, maksudnye nak downgrade.. tak perlu dapat pengesahan dari JPJ, boleh terus buat jer sebab L yg B dah cover semua jenis lesen yg ada, motosikal sahaja.
Berapa harga untuk lesen P? (tambah kelas)
Lain tempat lain harga.. ade beberapa brader n sister yg aku tanya (B upgrade), berapa harga drang upgrade dari B2 ke B, ade jugak yg aku tanya dari L ke B2. Jawapan dari semua responden adalah berbeza.. tempat aku daftar lagi murah.. hehe..
Tempat brader tu (B2 ke B) = Rm700++
Tempat aku (B2 ke B) = Rm650
Tempat kakak tu (L ke B2) = Rm400++
Tempat aku (L ke B2) = Rm300
Nampak tak perbezaan yg bagi aku sangat ketara.. yelah, yg amik B tu, segelintir pakai moto cc besaq.. aku apelah sangat, kapcai ada la.. haha.. nak tahu location, tanya kat bahagian komen.. insyaallah secepatnye aku jawanb. Sebelum terlupe, aku di UKM Bangi ok.. jangan pi tanya kat semua tempat lak.. kompom aku tak tahu.. hehe..
4.) KPP 02.
Aku anggap korang dah ada tempat daftar (sekolah memandu) utk KPP 02 ni. Untuk lebih paham, kat bawah aku salin Carta Permohonan Lesen Memandu yg aku dapat dari tempat aku daftar tu. Sekiranya KPP 01 dah selesai beserta dapat lesen L, maka yg tinggal:
- KPP 02
- Praktikal
- Penempahan Tarikh Ujian
- Hadir Ujian Memandu
- Permohonan Lesen P / CDL
Tempat sekolah memandu yg aku daftar ni drang tetapkan sebanyak 4 kali praktikal, tiap tempat berbeza servis drang.. sebab itulah aku kata, perlu tanya satu persatu sampai faham.. nanti kalau salah atau tak faham, mule lah fikir bukan2.. buat dosa jaaa.
Ape ade dalam KPP 02?
Ni sebenarnye soalan yg core perlu utk korang tahu.. seperti yg aku cakap kat atas, tahun ni sangat berbeza dengan tahun2 yg sebelum ni.. banyak bende yg perlu korang ingat dan betul2 ingat. Dulu takde komunikasi dengan JPJ semasa ujian, tahun ni ADA.. dulu takde cek komponen (1 motor) tapi kali ni ada dan perlu ingat satu persatu.
KLIK GAMBAR UNTUK TUMBESARAN
Pakaian / Peralatan Keselamatan:
- Memakai baju pemantul cahaya.
- Memakai pakaian yg sesuai.
- Memakai kasut yg sesuai.
- Memakai & mengikat topi keledar dengan betul dan kemas.
Rutin Pemeriksaan Motosikal (RPK):
- Periksa minyak petrol.
- Periksa penutup minyak.
- Periksa kotak pekakas.
- Periksa cermin sisi.
- Periksa lampu depan, isyarat kiri kanan.
- Periksa plat.
- Periksa angin dan bunga tayar (depan)
- Periksa bateri.
- Periksa minyak enjin.
- Periksa lampu blakang, isyarat kiri kanan.
- Periksa plat (blakang).
- Periksa aning dan bunga tayar (belakang)
- No pendaftaran.
- Periksa rantai.
Contoh cara periksa dan menyebut untuk minyak petrol, penutup dan pekakas:
- Minyak dlm keadaan penuh boleh digunakan.
- Penutup dalam keadaan baik boleh digunakan.
- Pekakas ada jika perlu boleh digunakan.
- Cermin, lampu, tidak pecah tidak retak boleh digunakan.
- Plat no AHR 402 dlm keadaan baik boleh digunakan.
- Bateri basah / kering dalam keadaan baik boleh digunakan.
- Minyak enjin tidak kurang tidak lebih dlm keadaan baik bleh digunakan.
- Tekan tayar. Angin mencukupi dalam keadaan baik blh digunakan.
- Bunga tayar dlm keadaan baik boleh digunakan.
- Rntai tidak kendur tidak tegang dlm keadaan baik boleh digunakan.
- Pastikan brek dalam keadaan baik. Cek brek depan dan brek belakang.
- Cermin sisi.
- Kunci penalaan. Korang kene on off.
- Panel instrumen. Yg ni korang gosok2 meter.
- Start motor, cek lampu depan belakang, lampu sisi dpn blkng dan hon.
- Matikan enjin.
- Gerakkan motor kedepan kebelakang.
- Tongkat dua.
Lepas korang dah berjaya ingat dan buat PSMP di atas.. ujian seterusnya adalah meniti di atas TITI. Ape tips yg bleh aku share:
- Masa yg diperlukan adalah lebih dari 7 saat. Slowlyyy.
- Guna gear dua.
- Jangan gelabah, time balancing tu gunakan brek kaki.
Terdapat 6 tempat yg diperlukan oleh pelajar untuk melakukan Cito ni. Tempat lain aku tak pasti samada sama atau sebaliknye. Cito tu dari ape yg aku faham, isyarat singkat bile kite berhenti di persimpangan:
- Tengok cermin sisi.
- Pasang signal kanan.
- Bunyikan hon.
Ujian seterusnye adalah brek mengejut.
- Lakukan Cito (2).
- Yg ni korang perlu sampai di kotak yg sepatutnye kurang dari 6 saat.
- Berhenti mengejut dengan brek kaki disusuli dengan brek tangan di kotak yg disediakan sehingga bunyi seret tayar.
- Jatuhkan kaki kiri.
- Berhenti selama 1 saat di dalam kotak.
- Jalan ke hadapan. Lakukan Cito (3)
Ujian seterusnye adalah jalan tidak rata. Ini juga sangat mudah semudah masak megi. So aku abaikan bahagian ni. Dah siap jalan tidak rata, berhenti sebelum persimpangan. Lakukan Cito (4). Lepas tu, tengok kiri kanan, bagi signal kanan, jalan.
Ujian seterusnye adalah pusingan lapan.
- Lakukan Cito (5).
- Buat pusingan 8 (1 pusingan setengah).
- Berhenti lepas garisan, tapi tidak melebihi divider.
- Lakukan Cito (6).
KLIK UNTUK TUMBESARAN
Lepas kite dah berhenti di tempat yg sepatutnye, tongkat dua motor korang. Lakukan pemeriksaan ini (Pemeriksaan sebelum memulakan perjalanan):
- Cek angin tayar depan belakang.
- Cek cermin sisi.
- Start enjin.
- Cek lampu, lampu sisi, hon.
- Tengok kiri kanan, angkat tangan kanan sedepa kekanan.
- Pandang belakang.
- Bagi signal kanan.
- Lambai tangan kanan 3 kali. (bukan babai, nnti ko tanya la cikgu)
- Kemudian dah berhenti dan jatuhkan kaki kiri, angkat tangan kanan. (bentuk L)
- Free gear, matikan enjin, tolak motor depan belakang, tongkat dua.
- Tolak motor sampai di tempat yg sepatutnye.