Wednesday, May 24, 2017

Diary UKM : Langkah-langkah Memohon Zakat UKM

Ini kali nak kongsi dengan korang cara dan langkah mohon zakat UKM bagi yang termasuk dalam golongan penerima zakat atau mereka yg memerlukan bantuan pembiayaan sara hidup. Aku taknak cerita golongan2 asnaf, bahagian2 mereka dsb.. untuk maklumat lanjut boleh layari web zakat UKM atau direct dengan mereka, itu lebih tepat untuk kita berhubung dengan orang yang sepatutnya, lebih arif begituuuu.

Takmoh banyak cerita.....

Lokasi.

DIARY UKM : Langkah-langkah Permohonan Zakat UKM

Segala urusan berkenaan zakat UKM, boleh lah ziarah2 pejabat zakat UKM di masjid UKM. Bukan dalam masjid tu.. diperkarangan masjid, bersebelahan tempat whudu' lelaki. Kau orang UKM stay kolej bagai, tak tahu masjid UKM, memang tak makan saman la.

Langkah-langkah.

Nasihat aku, download directly dari page zakat UKM.. jangan bedal link dari member atau mana2 sumber selain web zakat UKM. Kenapa? kadang2 ade perubahan dari borang yang baru. Ni aku cakap sebab aku dah kena hahaha... so pastikan yang ori sebelum beli OK. Bagi pelajar, korang perlu download kedua2 borang (1. Borang Permohonan Zakat Pelajar 2. Borang Pengesahan Pendapatan). 

DIARY UKM : Langkah-langkah Permohonan Zakat UKM

Borang Permohonan Zakat Pelajar. Baca dan isi dengan jujur serta telus, setiap salinan perlumendapat pengesahan, dah siap semuanya.. korang perlu mintak pengesahan dari mana2 pegawai kumpulan (A) atau pengetua kolej UKM. Borang lama.. boleh disahkan oleh pegawai unit zakat, ni yang jadi kat aku bila pakai borang lama. Memang tak diterima.

Borang Pengesahan Pendapatan. Untuk borang nih.. perlu dapat kan pengesahan dari ket.kg @ JKKK (kalau tak salah). Kalau ada slip pencen ibu ayah, sertakan sekali. Kalau takde, sila buat pengesahan pendapatan kedua2 ibu bapa.


  • Pastikan jadual sesi temuduga.
DIARY UKM : Langkah-langkah Permohonan Zakat UKM

Jangan main hantar je borang tu.. kene tahu bila jadual penghantaran borang @ sesi temuduga. Biasanya drang akan tampak jadual tu di papan kenyataan (info board). Snap dan datang pada waktunya. Contoh seperti gambar diatas, tapi tu yang lama.. so korang kene update sendiri di zakat UKM atau rajin2 lah check di papan kenyataan drang.

  • Datang awal pagi.
Kalau rasa nak cepat selesai, datang la seawal pagi yang boleh. Office hour zakat UKM seperti tertera diatas, Percaya atau tidak, pukul 8.30 dan ramai orang depan office. Bile pegawai dah sampai, korang perlu ambik no giliran. Untuk pengetahuan, setiap sorang amik masa 6-7 mint bergantung topik perbicangan.. seram kan? hahaha.. aku nak bagitahu sini, korang jangan lambat, bangau nanti jadinya...

Ape je yang drang tanya? jangan risau, brader2 ni sempoi.. so ape yang ditanya korang jawab. Interview ni bertujuan untuk drang buat calculation untuk dikategorikan korang ni bahagian mana. Fakir, Miskin, Fisabilillah? tu sebenar tujuannya. So relax la.. baru interview zakat belum interview kerja lagi hehehehe.

Senang kan? dah.. selamat memohon  ðŸ˜Œ 😌 😌 😌

**PSSTT!: Like My Page Senyum Gelak Melepak
Share:

0 comments: