Sunday, September 17, 2017

Diary UKM : Cara Bayar Pinjaman MARA Online (Bank Islam IB)

Hari ni aku nak share Cara Bayar Pinjaman MARA Online (Bank Islam IB) khususnya kepada mereka2 yang seangkatan. Bila dah cukup tempoh, so korang akan dapat surat dari MARA dengan arahan suh hang bayor balik la. Sebagaimana diketahui umum (aiseh ayat skema lak), MARA adalah pinjaman pemboleh ubah yang boleh diubah dengan syarat2 tertentu, antaranya wajib tamat pengajian dan pointer yang OK. Pasal pointer OK ke tidak, tamat je pengajian boleh terus mohon diskaun MARA. 

ra Bayar Pinjaman MARA Online (Bank Islam IB)


Korang boleh semak jadual bayaran balik di http://apps.mara.gov.my/ebakiv2. Kat situ semua record disimpan, kiraan jumlah hutang, bayaran balik MARA, no akaun MARA dsb. Silakan jelajah.

Takmo tulis panjang, maklumat lanjut boleh direct tanya bahagian pinjaman MARA :

Sebarang pertanyaan berhubung Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA, sila hubungi Bahagian Kawalan Kredit MARA di talian 03-2613 2000 samb. 32286/ 32178/ 32136/ 32133/ 32131/ 32399/ 32288/ 32192 atau e-mail kepada alamat infoBKK@mara.gov.my

Aku dah bayar 2 kali masuk bulan ni.. 1st bayar aku pegi sendiri di pejabat MARA KL bersebebelahan sogo tulah (baca sini). Tujuan aku pegi pejabat dia untuk pastikan samada boleh atau tidak bayar melalui internet banking atau atm machine. Aku dah cuba bayar melalui atm machine, ntah kat mana yang tak betul, jadi memang tak boleh. Internet banking (bank islam) pun aku cuba, keputusan yang sama, mungkin tersalah step. 

Jadi utk tak buang masa, aku direct pegi Pejabat MARA. Bukan takmo call.. susah nak nyembang, lagipun tak jauh mana UKM ke SOGO tuh. Konon face to face dapatlah jawapan yang tepat, rupenye hancing jugak. Aku tengok brader tu nampak macam orang lama, tapi jawapan macam budak praktikal. Bukan ape beb, gua datang jauh jugak semata nak confirmkan semua ni. Boleh pulak dia jawab tak boleh bayar online dengan IB Bank Islam, padahal MARA dengan Bank Islam ada link kot.

Aku pun balik dengan hampa la. Tak puas hati punya pasal, aku cuba punya cuba, boleh rupanya.. adoi abe oh abe, kalau dok tahu oyak dok tahu.. jangan pandai2. Orang nak bayar hutang pun bagai susah nak kene direct ke Pej. MARA. hehehe...

Ringkasnye, untuk bayar Pinjaman MARA Secara Online (IB Bank Islam) korang perlu daftar internet banking bank islam dan boleh mengakses ebaki. Tutorial berbentuk video disediakan di bawah. Nasihat aku, jangan gelojoh main tekan je ape semua.. slow2, sebab IB ni sensitif.. nama pun Internet Banking. OK? Semoga bermanfaat 😊😊


Share:

0 comments: