Semalam punya cerita aku kene buat card atm baru untuk bankislam dan maybank.. bukan sengaja tukar tapi perlu dah ditukar. Maybank tu memang wajib dah tukar sbb haritu dah dapat warning, dan chip aku pun tak valid untuk digunakan lagi. Bankislam pulak satu hal.. ketika kesempitan nilah nak hilang ntah kemana-mana.. rupenye ade kat office, sabor jelah. Nak dijadikan cerita dan pengalaman Panduan Mudah Tukar Kad ATM BankIslam / Maybank aku nak kongsi kat sini.
Bank Islam :
Datang waktu bekerja (office hour) 9.30 a.m hingga 4.30 p.m. Digalakkan datang awal, nama pun dah bank confirm setiap hari ramai orang. Untuk mengelakkan kesesakan, awal la 10 mint ke.. itupun dah ramai yang queue.
Prepare siap2 IC dan pen. Nanti kerani tu akan bagi satu borang untuk diisi dan isi lah mana yang patut dan bersesuaian.
Amik no, beratur. Bile dah sampai time, org bank akan minta IC dan cop jari (scan). Kemudian tunggu nama dipanggil untuk pengesahan (t.t) dan serahan kad bank yang baru. DONE! Untuk bayaran aku tak pasti, sebab masa aku buat atas alasan hilang.. takde pulak dia charge.
Maybank :
Pengguna maybank yang pertama kali @ perlu tukar kad untuk pertama kalinya ada berita baik buat anda! tak perlu nak beratur bagai nak kene hadap org bank tanya itu ini. Untuk yang belum tahu, sesetengah cawangan maybank ade menyediakan machine khas untuk pertukaran kad lama kepada kad baru.
Sangat mudah sebenarnye..
1. Masukkan IC
2. Masukkan kad bank (yg lama)
3. Masukkan password bank. Rujuk org bank jika lupa.
4. Replace old card (aku lupa ape yg ni).
Tunggu sehingga kad yang baru keluar dan korang boleh dah cabut IC dari machine tuh.. jangan ditinggalkan pulak dek kerana kad yang baru hehe. Step2 kat atas mungkn berbeza di tempat korang.. tapi konsep dia sama je. Beza pun mungkin tak banyak. Untuk lebih memudahkan kerja, sila rujuk pekerja bank dan minta dia buatkan untuk kita.
Semoga bermanfaat 😉😉😉😉
0 comments:
Post a Comment