Showing posts with label Zionis Yahudi. Show all posts
Showing posts with label Zionis Yahudi. Show all posts

Friday, July 31, 2015

Ulasan - Video - Berita: KPDNKK, PDRM dan Imigresen Serbu Plaza Low Yat


Noh semalam Plaza Lowyat diserbu oleh KPDNKK kerjasama dengan PDRM dan Jabatan Imigresen kononnye dengan alasan banyak aduan dibuat pengguna mengatakan barangan yang dijual tidak asli sepeti yang dikatakan penjual adalah sebaliknye. Ingat lagi tak kes 13 Mei 2013 seorang pemuda yang serang sebuah kedai jualan barangan handphone di Lowyat, konon penjual hp Oppo tu kata hp ni ori la… so lepas check dan dapat pengesahan hp tu tak seperti yang dikatakan. Naik hangin kerana ditipu, mamat tu terus serang kedai Oppo tu dengan beberapa kawannye. Habis semua barang dipecahkan, hingga kos kerosakan dianggarkan kire-kire Rm70k, bak kate bapak aku… tu say hai je, macam nak cover konon drang dah banyak rugi padahal nak tutup kesalahan drang. Ntah la.. banyak spekulasi timbul lepas kes tu.

Aku malas nak sembang sangat pasal kononnye nak timbulkan balik peristiwa 13 Mei 1969 tu bile dikaitkan dengan isu Boikot Lowyat tersebut. Buang masa… kadang nampak ade kepentingan politik, ade jugak nak sengaja nak keruhkan lagi keadaan yang sebelum ni terbina baik hubungan antara Cina Melayu. Ade jugak dengar-dengar isu, rusuhan ni sengaja dibuat kononnye atas protes kepincangan pemerintahan pemimpin Negara, sebab yang otai Lowyat tu Najib ke? Ntah la… betul jugak cakap pakcik aku, Lowyat tu kubu Cina kot… setakat mamat (aku rasa macam mat rempit) tu, apelah sangat… siap datang lagi otai Lowyat buat ucapan, haha itu lawak… maksud aku, berani nye mamat tu? Atau dah backup? Alih-alih yang terpedaya orang Melayu sendiri… padahal ada kepentingan politik, ceh!


Memang tak dapat dinafikan, boleh dikatekan 80% usahawan niaga ni dari kalangan kaum Cina. Dah tu Melayu nak senang saja? Goyang kaki duk dalam ofis? Suh belaja pun taknak, tapi nak kerja duduk dalam aircond? Suruh niaga pulak, katenye susah nak fikir rolling duit, taknak susah pastu letak harga melebihi harga pasaran? Sape nak datang macam tu. Aku pun orang Melayu, tapi ape nak buat… cume sesetengah yang ada kesedaran drang akan didik anak kepada yang lebih baik… buang segala unsur malas dan taknak berusaha tu! Korang tengok video kat atas macam mane staff cina tu layan pelanggan? Kurang hajar kan? Tak pernah terfikir ke kenape orang Melayu tak cube untuk jadi bos kepada syarikat Digi contohnye? Kenape mesti Cine. Video tu menunjukkan layanan staff pada pelanggan yang datang nak amik resit, tapi dinafikan. “Aku ni smlm bayo bil...pastu kalut nk g ambik anak lupa ambik resit. Balik check payment xmasuk. Td g balik...diorang kata xde rekod aku bayar smlm. Bila request tgk cctv...mcm2 alasan”.

KPDNKK baru nak bertindak ke? Hehe… bile dah kecoh baru nak amik tindakan, dah pecah kereta, orang cina kene belasah baru kau nak bukak mata? Habis sebelum ni, habis kedai Melayu kau orang serang, rampas itu ini… tempat Cina? Adekah sebab terlampau buncit sampai tak larat nak belajan? Maaf sekadar bergurau. Najib mudah je kalau nak settle masalah Negara ni, buat ape? Sign jela TPPA tuuu (Tans-Pasific Partnership Agreement):

KPDNKK, PDRM dan Imigresen Serbu Plaza Low Yat

11,174 aksesori tiruan dirampas di Low Yat

KUALA LUMPUR 30 Julai - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berjaya merampas sebanyak 11,174 aksesori telefon bimbit tiruan bernilai RM150,990 dalam pemeriksaan mengejut yang diadakan di Plaza Low Yat pada pukul 2.30 petang semalam.

Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, sebanyak 120 premis perniagaan diperiksa dalam operasi bersepadu itu yang dijalankan bersama anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen selepas pihaknya menerima banyak aduan daripada orang ramai mengenai kewujudan aktiviti penjualan barang tiruan di situ.

Menurut beliau, kakitangan Jabatan Imigresen turut menahan tiga warga asing yang berasal dari Bangladesh dan Pakistan atas kesalahan tinggal di negara ini tanpa dokumen sah dan salah guna pas lawatan.

“KPDNKK terlebih dahulu melakukan risikan di situ selepas menerima banyak aduan daripada orang awam sebelum melancarkan operasi bersepadu bagi membanteras aktiviti penjualan barangan tiruan.

“Semua kes disiasat di bawah Seksyen 8, Akta Perihal Dagangan 2011 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10,000 bagi setiap unit barang rampasan atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi individu yang disabit kesalahan atau denda maksimum RM15,000 seunit barang bagi syarikat yang terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, operasi berkenaan disertai sebanyak 110 anggota penguat kuasa termasuk wakil pemilik cap dagang yang berdaftar bagi mengesan sebarang cubaan penipuan oleh mana-mana peniaga.

Tambahnya, operasi seperti itu akan terus diadakan di seluruh negara terutama di tempat-tempat tumpuan dan terdapat banyak aduan bagi memastikan pengguna tidak terus ditipu selain mendidik penjual supaya mematuhi undang-undang.

“Orang ramai dialu-alukan menghubungi talian 1300886800 untuk menyampaikan aduan atau melalui laman web http://eaduan.kpdnkk.gov.my atau datang sendiri ke pejabat kami,” katanya.

Share:

Tuesday, July 14, 2015

Update ‪#‎lowyatt7‬ IGP bercakap bohong -Peguam

Update ‪#‎lowyatt7‬ IGP bercakap bohong -Peguam

Update ‪#‎lowyatt7‬

Saya baru selesai membuat sidang media di Mahkamah Jalan Duta sebentar tadi.

Saya membidas kenyataan media IGP semalam diplaza Low Yatt.

IGP bercakap bohong.

1. IGP menyatakan dua orang naik ke tingkat atas untuk mencuri telefon. INI BOHONG. Selepas bersama anakguam di IPD Dang Wangi hari ini, anakguam kami menyatakan hanya seorang sahaja naik ke atas dan bukannya dua orang.

2. IGP menyatakan salah seorang suspek yang di bebaskan telah membuat fitnah berkaitan telefon klon dan berkaitan di tipu peniaga cina, dan isu ini di petik oleh blogger untuk di viralkan padahal INI BOHONG. Anakguam kami tidak pernah menimbulkan cerita telefon klon ini dan anakguam kamitidak pernah ada apa2 hubungan dengan mana-mana blogger.

NAMPAKNYA PDRM DAH SEMAKIN HILANG KREDIBILITI APABILA IGP BERTINDAK MENGELIRUKAN ORANG AWAM DENGAN MENGELUARKAN KENYATAAN BOHONG.

MANA MUNGKIN POLIS MENANGKAP, MENYIASAT DAN TERUS MENUDUH ANAKGUAM KAMI SEBAGAI PENJENAYAH SEPERTI MANA KENYATAAN IGP SEMALAM KERANA MAHKAMAH, HAKIM DAN BUKTI2 BELUM DI KEMUKAKAN .

SESEORANG ITU TIDAK BERSALAH SELAGI BELUM DI BUKTIKAN SEBAGAI BERSALAH.

OLEH ITU JANGAN RISAU LOWYATT7, BARISAN PEGUAM TERHANDAL NEGARA BAKAL MEWAKILI ANDA SEMUA.

ALLAHUAKBAR!!!

MOHD KHAIRUL AZAM BIN ABDUL AZIZ
0129770412

Share:

Sunday, July 12, 2015

Gambar+Video : Pergaduhan Di Lowyat -Updated-

Satu pergaduhan berlaku di Plaza Lowyat yang melibatkan tujuh individu pada jam 7.50 malam Sabtu. Pergaduhan ini telah mencetuskan kesesakan di plaza berkenaan.

Sebuah kedai telefon bimbit di Plaza berkenaan telah mengalami kerosakan akibat daripada pergaduhan tersebut.

Menurut sumber polis, suspek telah memecahkan peralatan dalam kedai itu dan memukul pekerja kedai tersebut.

Selain itu, katanya kerugian dianggarkan lebih RM 70,000.

“Kejadian berpunca daripada perasaan tidak puas hati apabila salah seorang rakan suspek ditahan pengawal keselamatan Plaza Lowyat kerana didakwa mencuri telefon bimbit di kedai itu sebelum diserahkan kepada polis.” katanya memetik Harian Metro.

“Kes disiasat mengikut Seksyen147/427 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya.

Sumber

Video Seputar Kes Pergaduhan Lowyat


Gambar Seputar Kes Pergaduhan Lowyat
Video Dan Gambar : Pergaduhan Di Lowyat -Updated-

Video Dan Gambar : Pergaduhan Di Lowyat -Updated-

Video Dan Gambar : Pergaduhan Di Lowyat -Updated-

Video Dan Gambar : Pergaduhan Di Lowyat -Updated-

Video Dan Gambar : Pergaduhan Di Lowyat -Updated-

Video Dan Gambar : Pergaduhan Di Lowyat -Updated-

Video Dan Gambar : Pergaduhan Di Lowyat -Updated-

Video Dan Gambar : Pergaduhan Di Lowyat -Updated-

Video Dan Gambar : Pergaduhan Di Lowyat -Updated-

Sape tak marah dah jelas-jelas menipu, dah kantoi tak nak pulak minta maaf atau settle cara baik. Itulah peniaga cina, ini bukan rasis tapi realiti.. melayu malas nak susah payah niaga, bile ekonomi didominasi golongan cina, mahu tidak mahu terpaksa jugak beli pada orang cina. Tapi bukan lah nak salahkan orang melayu, kerajaan ada macam-macam badan berkuasa untuk pantau gelaja kononnye menjaga keaslian produk.. tapi hakikatnye? tempat-tempat niaga kecil melayu dijadikan sasaran serbuan, rampas semua barangan tiruan.. tapi tempat cina? sekarang sah-sah Lowyat memiliki baragan tiruan, so KPDNKK nak cerita apa?
Share:

Wednesday, January 11, 2012

Salasilah Nabi/Rasul

Salasilah Nabi/Rasul


Aku ada baca satu buku tajuk Sejarah Agama Yahudi (Dr. Muhammad Khalifah Hasan) yang membahaskan sejarah awal mula Yahudi, secara detail mengenai Yahudi dan sebagainye la..

Jadi kaitan dengan aku nak kongsi Salasilah Nabi/Rasul kat atas tuh, aku cume nak mencari kepastian dari banyak sangkaan buruk orang atau salah paham orang terhadap salasilah @ keturunan Nabi ni, tertutama bile aku baca buku Sejarah Agama Yahudi ni.. panduan kat atas tu sangat penting.

Korang kalau ada masa, tengok2 la balik salasilah nabi/rasul utusan Allah ni.. masa untuk makan, minum, sembang ada jer.. tapi ni sikit punya hal pon tak boleh nak luang ke? hehe ^_^.. bukan marah, nasihat.. 

Satu lagi, kalau korang dah Open In New Tab pada gambarajah atas tu tapi tak jugak besar atau kabur, aku dah uploadkan gambar tuh pada Mediafire, so download jer dan boleh bukak besar2 dalam lappy korang ea.. nak seribu daya, taknak seribu dalih ^_^..
Share:

Wednesday, June 29, 2011

8 Protokol Yahudi... 4S N 4F! |edited|


Assalamualaikum semua...
Hari ini 27 Rejab.. yang berpuasa tahniah!! semoga ALLAH rahmati kita semua.. sedikit perkongsian ilmu.. pagi tadi Sekolah Rendah Sri Aman Wakaf Bharu ade buat majlis sambutan israk mikraj.. jadi disini nk kongsi la sedikit input daripada penceramah yang menceritakan tentang 8 protokol cara yahudi merosakkan islam antaranya adalah.......

1.. Song....
Ada anak-anak yang tak hafal Al-Fatihah....tapi
boleh mengingati lagu Siti Norhaliza yang panjangnya berdepa-depa.....
berjaya sudah Yahudi..... Hingga kita terfikir.... ..
bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?

2...Sex.....
Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex di mana-mana..
di kaca tv, dalam filem, dalam iklan...babak sex amat lumrah...
kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua
sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex...
filem 18SX amat laris berbanding filem U...
VCD lucah mudah didapati...dan harganya amat murah...

3...Smoke....
Rokok..menjadi kegilaan para remaja....
sehingga dikatakan tidak modern jika tidak merokok...
malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan
yang kononnya mau di gelar 'up to date'..

4...Sport..
Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali,
sembahyang pun banyak yang miss.....bukan yang bermain sahaja tak sembahyang.. ...
yang menonton pun tak sembahyang juga .......
Kalau menonton dirumah.... akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak macam mana BOLA masuk GOL......
Then Yahudi gol lagi........sampai ada ulamak kata...kerana sukan...sembahyang boleh tangguh....
Masha Allah..

5...Fun..
Hiburan...di mana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan.. ..
Kalau kita lihat dalam 100 majalah..
Kalau ada konsert....sanggup orang Islam bertandang hingga
menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert....
pelbagai maksiat akan diselit masuk.... Yahudi terhibur lagi....

6...Female...
Perempuan... tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan. .
terutama dalam iklan..yang kadang-kadang tidak ada kena
mengena dengan perempuan... . Kalau kita ke kedai bateri kereta....
dihadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi.....
apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan?.. .
kalau iklan Modess... perempuan adalah patutnya...
Yahudi bersorak lagi......

7...Fashion...
Fesyen terutama perempuan yang bermacam-macam. .
sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat....
Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat
yang kekadang menampakkan pusat?
Yahudi ketawa lagi....
Umat Islam sudah jadi macam Yahudi.....

8...Food..Makanan..
Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasuklah
MC D, Kentucky , Pizza hut...dan seribu satu macam lagi...
Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah di pandang hina....
masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan...
tapi makanan Barat menjadi kebanggaan.. .

Ini hanya baru sedikit yang di ambil dari protokol yahudi.. protokol yang lain-lain entah macam-macam lagi.. bersama kita cegah... membangun bersama islam! sedikit cacatan.. wat asal akk nk masuk gambar xleh eh?? xbesh laaaaaa..

** the answer : Boleh jer akak.. maybe info ni akak tak letak dulu di notepad, so secara default text yang akak amik akan terdetect oleh blogspot jadi macam gini, bila nak masuk gambar kadang tak boleh, nak edit kadang sangkut-sangkut. Kan? so.. kan saya dah gtau akak awal-awal lagi.. edit dulu di Notepad baru post kat sini.. hehehehe.. okie kak??
Share: