Friday, December 3, 2010

Kebersihan Dalam Islam Adalah Satu Fitrah...




Menjaga kebersihan merupakan amalan yg terpuji. kebersihan itu mempunyai skop yg begitu luas. kempen2 manjaga kebersihan adalah bertujuan agar masyarakat dapat hidup dalam suasana sihat.

Lihatlah dlm mana2
kitab fiqah yg dijual di Malaysia, Mesir, Jordan, Indonesia dan lain2 lgi, at-taharah atau bersuci merupakan tajuk yg paling awal dibincangkan sebelum bab solat. mengapa???

Untuk melakukan
solat lima waktu, kita disyaratkan agar suci dari segala hadas kecil dan hadas besar. Betapa pentingnya bersuci agar kita selalu berada dlm keadaan yg bersih. Penekanan terhadap penjagaan kebersihan dikuatkan dgn hadis Nabi SAW iaitu kebersihan itu separuh daripada iman..

Perkataan
separuh menunjukkan betapa besarnya bahagian iman itu.. umapama sebiji kek yang dibahagi-bahagikan kepada rakan-rakan. Sepotong kecil diberikan kepada rakan-rakan yang lain dan kita mendapat separuh daripada kek itu... kebersihan diri, pakaian, alam sekitar, tempat tinggal dan lain-lain lagi amat dititikberatkan. Dalam kata lain, kebesihan itu mempunyai skop yang luas.. orang yang menjaga kebersihan akan diberikan pahala.

Sebagai contoh,
pada hari jumaat kita dianjurkan agar mandi sunat hari jumaat, memakai baju yg cantik dan wangi-wangian. perkara ini lah menjadi kesukaan manusia kerana manusia dilahikan atas fitrah. islam juga adalah fitrah. fitrah menujuk kepada perkara-perkara yag baik. Maka jika masih ada manusia yang suka kepada kekotoran bermakna mereka sedang melawan fitrah yang baik itu.

Bersuci mampu mendidik hati menjadi bersih. Orang yang bersuci adalah orang yang sentiasa hampir dengan ALLAH. Mereka inilah orang yang dilihat menunaikan solat sama ada di masjid atau surau. sedangkan orang yang berada dalam keadaan tidak bersuci atau pengotor dilihat seolah-olah jauh dengan ALLAH. Ketenangan akan lebih terasa jika berada dalam keadaan yang bersih. Hati menjadi lapang walaupun fikiran berserabut. Ibadah juga dapat dilakukan dengan tenang dan ikhlas.

"Pepatah arab ada menyebutkan "akal yang sihat perpunca daripada badan yang sihat"
Share: