Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya: "Kekasih.ku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ;
supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan".
supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan".
Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya : "Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha .
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab "An-Nurain" sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : "Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan." (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu berkata: "Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas" (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita'khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : " Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah.
Untuk mengamalkan sunat Dhuha, yang bekerja, dicadangkan mengambil wuduk di rumah. Selepas itu kita akan menaiki kenderaan dalam keadaan berwuduk ke tempat kerja dan insyaallah mendapat perlindungan Allah S.A.T semasa perjalanan. Bila sampai ke tempat kerja terus mengerjakan sembahyang Dhuha.
0 comments:
Post a Comment