Tuesday, November 23, 2010

Siapa Yang Menggunakan Perkataan "SALAM"???????? apa maksudnya??

cantik sgt khat (nasakh) syu ckp nk wt tok kak asyi n wadud hehe jgn lupa taw

Assalamualaikum salam sejahtera kpd teman semua moga bahagia.. di pagi yg indan lgi mulia, dipertemuan ini jalinkan kasih syg.. tapatkan lah ukhuwah ikatan iman amalkan sifat terpuji dlm pergaulan.. selawat dan salam buat utk rasul junjungan mulia.....

Sabda Rasul,,, Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89) السلاما=keamanan........

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.Ustaz Zawawi pendakwah bebas yg selalu muncul kt tv xkan xkenai kowt hehe dah 2 jgn terlepas pandang hai!! ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”dan…Jawab salam “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh” Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah “WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu WAALAI KUM SALAM

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata Kirim salam, assalamualaikum pada wadud ye contoh lerr…Dan bukannya :Kirim salam kat wadud yer Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti Ko tolong kirim salam maut kat dia yer.. Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan! Awas!!!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.. Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.. Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.. Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Sekian, semoga ada manfaat… klo ade teman2 nk kongsi pendapat sila ke ruangan komen okeh.. wallahu’alam ilalliqa’…


Share: