Wednesday, July 24, 2013

Puasa: Ibadat atau Adat??


Alhamdulillah, ari ni telah 16 hari kita berpuasa, dan telah pun masuk fasa ke 2 iaitu fasa maghfirah (pengampunan). Namun adakah kita pasti samada puasa kita selama 16 hari ini diterima atau tidak?atau hakikatnya kita hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja?dan adakah puasa selama 16 hari ini kita kerjakan sebagai ibadat atau hanya sekadar adat?

Di sini ingin Shaz mengajak sahabat semua agar kita sama-sama bermuhasabah diri, koreksi diri.. Adakah kita berpuasa tetapi solat fardhu 5 waktu ditinggalkan? Adakah kita berpuasa tetapi masih lagi tidak menutup aurat? Adakah kita berpuasa tetapi hari2 kita dipenuhi dengan aktiviti mengumpat dan kerja yang sia-sia? Jika itu yang kita lakukan, waspadalah sahabat semua kerana puasa yang kita lakukan bukanlah menjadi ibadat, tetapi hanyalah sekadar adat yang merugikan kita.. 

Sahabat semua, jadikanlah Ramadhan ini sebagai Madrasah Tarbiyah dan marilah kita bersama2 berusaha meningkat ibadah dan keimanan kita untuk mendapatkan award dari Allah sebagai hamba yang cemerlang, gemilang dan terbilang seperti mana kita berusaha untuk mendapat anugerah dekan ketika berada di university dan di fasa magfirah ini, banyakkanlah beristighfar serta solat sunat taubat untuk memohon keampunan atas segala dosa yang kita lakukan sama ada sengaja atau tidak. Lapangkanlah masa kita untuk beribadat, nescaya Allah akan melapangkan rezeki kita.. Sekiranya tidak, maka Allah akan sempitkan kehidupan kita dengan kerja-kerja dunia. Wallahua’alam dan selamat beramal.


Share:

5 comments:

Dzasc Skachers said...

betul.. malam pertama adalah malam rahmah, malah kedua malam magfirah, malam ke tiga malam.... pengampunan, yeke? :D

wajib muhasabah diri sendiri, ape saje yang kite lakukan, tak semestinye pada bulan mulia ramadhan, kalau tak sampai bile2 takde perubahan dalam hidup.

shaz said...

hahahahaha..yela pak imam.. :p

Dzasc Skachers said...

@shaz:
haha pak imam mane tuh??

shaz said...

hahahah..pak imam wadud..awat muka garang sgt??hahahaha

Dzasc Skachers said...

@shaz
garang ke? haha