Tuesday, September 3, 2013

Belajar Asas Bahasa Arab Al-Quran EP 01 2/2 - Ust Rusdi Alias

Belajar Asas Bahasa Arab Al-Quran - Ust Rusdi Alias
EP 01 2/2

Masih di dalam Bab ISIM (latihan di dalam surah al-Fatihah, boleh lihat atau rujuk dalam video yang disediakan di atas).

-Makhraj yang sangat sensitif dalam bahasa arab HA (tebal) dengan HA (nipis), A (alif) dengan NGA (ain). Begitu juga dengan baris, mengandungi erti yang berbeza.
-MALIKI. Hujungnya berbaris bawah, jadi ia adalah ISIM. Tetapi seharusnya jika tiada ALIF LAM di awal MALIKI, dihujung MALIKI mesti berbaris TANWIN. Ini memberi erti bahwa MALIKI ingin bersandar (mudhof) pada ayat disebelahnya. Jadi huruf ALIF LAM dan TANWIN ditanggalkan.
-YAUMI. Hujungnya berbaris bawah. Bererti ia MUDHOF kepada kata ADDINI. Sila rujuk di penjelasan MALIKI.

-ADDINI. Adalah ISIM, ada ALIF LAM dan BARIS BAWAH.
-ALLAH. Adalah ISIM. Rujuk ADDINI.
-HUSNA. Adalah ISIM. Rujuk ADDINI.
-IYYAKA. Dua perkataan yang digabungkan dan tidak boleh berdiri sendiri (IYYA + KA). IYYA bermaksud kepada, ia tidak ada apa-apa makna kecuali apabila digabungkan dengan ISIM sebelahnya.
-IYYAKA. IYYA = Hanya kepada, KA = Kamu. Lihat tanda-tanda ISIM di bawah :
a. Tiada ALIF LAM.
b. Tiada BARIS BAWAH.
c. Tiada TANWIN.
d. Tide HARF JAR sebelumnya.
e. Bukan MUDHOF.
f. IYYAKA juga dikatakan ISIM walaupun tiada tanda-tanda ISIM padanya kerana dia dikatakan sebagai ISIM POPULAR.

-HU = Dia seorang lelaki. IYYAHU = hanya kepada dia seorang lelaki
-HUMA = Mereka berdua lelaki.
-HUM = Mereka lelaki.

-HA = Dia seorang perempuan. IYYAHA = hanya kepada dia seorang perempuan.
-HUMA = Mereka berdua perempuan.
-HUNNA = Mereka perempuan.

-KA = Engkau seorang lelaki.
-KUMA = Kau berdua lelaki.
-KUM = Kamu semua lelaki.

-KI = Engkau seorang perempuan.
-KUMA = Kau berdua perempuan.
-KUNA = Kamu semua perempuan.

-YA , NI = Aku.

-NA = Kami.

-IYYAKA, ia adalah ISIM kerana ia popular dan tiada tanda
-NA’BUDU, bererti kami menghambakan diri. Ia adalah Fi’el Mudhari’. Tanda Fi’el Mudhari’ adalah di awalnya ada huruf NUN dan di hujungnya berbaris DEPAN.
-WAW, ia adalah HARF atau kata sendi.
-A’TOF bererti penyambung, kata sendi penyambung. Ada 4 yang paling kerap digunakan di dalam Al-Quran WAW(dan), SUMMA(kemudian), AW(atau), FA(lalu).
-NASTA INU, bererti kami mohon pertolongan. Ia adalah Fi’el Mudhari’(memohon). Rujuk NA’BUDU.

-Dalam bahasa arab yang paling penting untuk diketahui adalah pertama JANTINA dan kedua adalah BILANGANNYA berapa. Tanda bagi perkataan jantina adalah adanya TA MARBUTHAH di hujungnya :
a. Jannah = muannas
b. Annaru = muzakkar
c. Madrasah = muannas
d. Allah = muzakkar
Share:

0 comments: